Banjaran Titiwangsa
Koordinat: 5°58′11″N 101°19′37″E / 5.96985121639°N 101.326904297°E
Banjaran Titiwangsa (Jawi: بنجرن تيتيوڠسا), sebutan dalam Bahasa Melayu: [ˈband͡ʒaˈran titiwaŋˈsa]) juga dikenali sebagai Banjaran Besar oleh penduduk tempatan, menganjur dari wilayah-wilayah Songkhla, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand hingga ke Tampin di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Bahagian banjaran di utara yang berdekatan dengan Thailand Selatan, ia dikenali sebagai "Banjaran Sankalakhiri" (Bahasa Thai: ทิวเขาสันกาลาคีรี, Sebutan bahasa Thai: [tʰīw kʰǎw sǎn.kāːlāːkʰīːrīː]).
Banjaran Titiwangsa بنجرن تيتيوڠسا | |
---|---|
![]() Sebahagian pemandangan bukit-bukau dari sistem Banjaran Titiwangsa, dilihat dari Kawasan Rehat Ulu Bernam, Selangor (Lebuhraya Utara Selatan jajaran utara, arah selatan) | |
Titik tertinggi | |
Puncak | Gunung Korbu |
Ketinggian | 2,187 m (7,175 ka) |
Dimensi | |
Panjang | 480 km (300 bt) NW/SE |
Lebar | 120 km (75 bt) NE/SW |
Geografi | |
Lokasi | ![]() ![]() |
Negara | ![]() ![]() |
Induk banjaran | Banjaran Tenasserim |
Bersempadan dengan | Thailand/Malaysia |

Banjaran Titiwangsa bertindak sebagai tulang belakang Semenanjung Malaysia yang memisahkan pantai barat dengan pantai timur Semenanjung. Ia merupakan unjuran selatan dari Banjaran Tenasserim yang meliputi Myanmar, Thailand dan Semenanjung Malaysia.
Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu.
Di sini juga dijalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2,100 meter dari aras laut.
Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari selatan Thailand ke Negeri Sembilan, di mana Tampin merupakan titik penghujung banjaran itu secara geografi. Di kaki bukit selatan banjaran itu, kemuncak tertinggi ialah Gunung Ledang di Johor, dan Gunung Pulai adalah penghujung selatan kaki bukit banjaran Titiwangsa. Di sebelah utara, gunung Ulu Titi Basah yang terletak di sempadan Malaysia - Thailand merupakan kemuncak tertinggi. Kemuncak-kemuncak penting yang lain adalah Gunung Yong Belar, Gunung Gayong dan Gunung Chamah di sempadan Perak - Kelantan dan Gunung Nuang di sempadan Selangor - Pahang dan tidak jauh dari sempadan Negeri Sembilan.
Sementara Perak dan Selangor dipisahkan dari Kelantan dan Pahang sepanjang Banjaran Titiwangsa, banjaran itu membahagikan Negeri Sembilan menjadi dua kawasan, iaitu Negeri Sembilan Barat yang merangkumi daerah Seremban, daerah Port Dickson dan daerah Rembau, dan Negeri Sembilan Timur yang terdiri daripada daerah Tampin, daerah Kuala Pilah, daerah Jempol dan daerah Jelebu.
RujukanSunting
http://tra3001.spp.moe.edu.my/file.php/1/BahanBPG/Geografi%20Form%201/Maheran%20Bt%20Baharum/BahanBantuMengajar/Peta%20Lokasi%20Tanah%20Tinggi.htm[pautan mati kekal]