Wilayah Narathiwat

(Dilencongkan daripada Narathiwat)

Narathiwat (Bahasa Thai: นราธิวาส) atau Manara (Tulisan Jawi: منارا‎; Kelantan-Pattani: Nara/Naro) merupakan salah satu daripada wilayah terletak di selatan negara Thailand pesisiran menghadap Teluk Thailand di Semenanjung Tanah Melayu. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat ikut jam) adalah Yala dan Patani. Narathiwat bersempadan dengan Malaysia di bahagian selatan. Narathiwat terletak kira-kira 1,140 kilometer selatan Bangkok dan mempunyai keluasan 4,475 kilometer persegi.

Narathiwat
นราธิวาส
Nara
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiمنارا‎
 • Tulisan Thaiมานารา
Peta Wilayah Narathiwat di Thailand
Peta Wilayah Narathiwat di Thailand
Negara Thailand
CapitalNarathiwat
Pentadbiran
 • Gabenor NarathiwatNatthapong Sirichana
Keluasan
 • Jumlah4,475.0 km2 (1,727.8 batu persegi)
 • PemeringkatanKe-50
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah747,372
 • PemeringkatanKe-36
 • Kepadatan170/km2 (430/batu persegi)
  • PemeringkatanKe-24
HDI
 • HDI (2009)0.636 (medium) (76th)
Zon waktuUTC+7 (Waktu di Thailand)
Kod kawasan073
Kod ISO 3166TH-96
Pendaftaran kenderaanนราธิวาส

Penamaan

sunting

Nama setempat ia dalam Bahasa Melayu, Menara turut diserap menjadi nama Bang Nara (บางนรา) atau Bang Nak (บางนาค) dalam bahasa Thai.[1]

Nama Narathiwat diberikan Raja Rama VI pada tahun 1915[2] dari ungkapan bahasa Sanskrit नर nara dan अधिवास adhivāsa bermaksud "kediaman orang budiman".

Sejarah

sunting

Pada asalnya, Narathiwat, bersama dengan Yala adalah sebahagian daripada kerajaan Patani yang merdeka. Sebelum itu Patani dikenali sebagai Langkasuka, iaitu menjadi Islam. Kemudian jatuh ke tangan Siam dan berada di bawah kerajaan Sukhothai dan kemudiannya Ayuthaya. Setelah kejatuhan Ayutthaya pada tahun 1767, Patani menjadi merdeka semula tetapi kembali kepada Thai sewaktu pemerintahan Raja Rama I. Pada 1909, Thai menakluki Patani akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri.

Demografi

sunting

Narathiwat merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 82% adalah Muslim dan 17.9% adalah penganut agama Buddha. Lebih 80.4% daripada penduduknya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu Kelantan dan selebihnya masyarakat Melayu di sini turut berdialek Patani yang hampir sama dengan dialek Melayu Kelantan. Kerajaan memanggil bahasa Melayu dialek Kelantan dan Patani ini sebagai bahasa Yawi, iaitu Jawi, panggilan terhadap tulisan Arab yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu di selatan Thai.

Simbol

sunting
  Lambang wilayah Narathiwat menunjukkan sebuah kapal yang memiliki layar yang bergambarkan seekor gajah putih. Gajah putih merupakan simbol diraja Thailand dan dipaparkan di sini bagi memperingati peristiwa gajah Phra Sri Nararat Rajakarini yang ditangkap di wilayah ini dan diberikan kepada raja Thai sebagai hadiah.

Simbol-simbol wilayah yang lain termasuk buah dokong (Lansium domesticum), pokok chengal (Neobalanocarpus heimii) dan bunga Odontadenia macrantha.

Bahagian pentadbiran

sunting

Narathiwat terbahagi kepada 13 buah kawasan pentadbiran (Amphoe), dibahagikan lagi kepada 77 daerah swapraja (tambon) dan 551 buah kampung (mubaan).

Peta Nombor Nama Thai Melayu
 
1 Mueang Narathiwat เมืองนราธิวาส Menara
2 Tak Bai ตากใบ Tabal
3 Bacho บาเจาะ Bachok
4 Yi-ngo ยี่งอ Jeringa
5 Ra-ngae ระแงะ Rengit
6 Rueso รือเสาะ Resak
7 Si Sakhon ศรีสาคร Saka, Kula Kaway
8 Waeng แว้ง Weng
9 Sukhirin สุคิริน ?
10 Su-ngai Kolok สุไหงโก-ลก Sungai Golok
11 Su-ngai Padi สุไหงปาดี Sungai Padi
12 Chanae จะแนะ Chendik
13 Cho-airong เจาะไอร้อง Jok Irong

Kekecohan

sunting

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Narathiwat, Yala, dan Patani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 1980-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.

Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya.

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah megatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari.

Tarikan

sunting
  • Masjid Pusat Narathiwat
  • Taman Buddha Khao Kong
  • Pra Buddha Thaksin Ming Monkol

Pengangkutan

sunting

Penerbangan

sunting

Lapangan Terbang Narathiwat mempunyai penerbangan terus dari dan ke Bangkok setiap hari, yang dikendalikan oleh Air Asia, berlepas dari Bangkok pada waktu pagi & meninggalkan Narathiwat ke Bangkok pada sebelah petang. Satu lagi syarikat penerbangan tempatan bernama Nok Air menggantung operasi hariannya Bangkok<->Narathiwat sehingga kini kerana banjir besar di Bangkok sejak Q4 tahun 2011.

Rujukan

sunting
  1. ^ ประพนธ์ เรืองณรงค์. "บทผนวกเกียรติยศ". ใน รัฐปัตตานีใน "ศรีวิชัย" เก่าแก่กว่ารัฐสุโขทัยในประวัติศาสตร์. สุจิตต์ วงษ์เทศ (บรรณาธิการ). พิมพ์ครั้งที่ 2. กรุงเทพฯ:มติชน. 2547, หน้า 350
  2. ^ ประกาศ เปลี่ยนชื่อเมืองบางนรา เป็นเมืองนราธิวาส (PDF). Royal Gazette (dalam bahasa Thai). 32 (0 ก): 145. August 8, 1915.

Pautan luar

sunting