Ipoh

ibu kota negeri Perak Darul Ridzuan

Ipoh ialah sebuah bandar raya bukit yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan Ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak, Malaysia. Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, merupakan bandaraya ketiga terbesar di bahagian tengah Malaysia selepas Kuala Lumpur. 

Ipoh
Bandaraya Ipoh
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Jalan Tun Sambanthan di Bandar Lama, Stesen Keretapi Ipoh, Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Institusi Saint Michael, Perak Tong
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Jalan Tun Sambanthan di Bandar Lama, Stesen Keretapi Ipoh, Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Institusi Saint Michael, Perak Tong
Bendera Ipoh
Mohor rasmi Ipoh
Cogan kata: Bersih,Hijau dan Maju
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DitubuhkanSekitar 1880
Pengisytiharan sebagai Bandaraya27 Mei 1988
Kerajaan
 • Datuk BandarDato' Rumaizi Baharin
Keluasan
 • Jumlah643 km2 (248.268 batu persegi)
Aras
21.95 m (72 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah710,798[1]
 • Kepadatan1,002.80/km2 (2,597.20/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Musim Panas dan Hujan
Laman sesawangMajlis Bandaraya Ipoh

Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Dato' Zamri. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun di Malaysia, terletak di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "ipuh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 Mei 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah. Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.

Keretapi tren ETS Malaysia dari Kuala Lumpur adalah sampai di Stesen Ipoh terlebih dahulu. Stesen keretapi Ipoh juga merupakan stesen keretapi bersejarah di Malaysia. Pada zaman ini, perjalanan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur adalah mengambil masa kurang daripada 2 jam sahaja untuk sampai ke destinasi menggunakan keretapi berkelajuan tinggi yang boleh mencapai 140–160 km/j ini.

Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon bertaraf dunia juga adalah berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia.

Majlis Bandaraya Ipoh sunting

 
Majlis Bandaraya Ipoh
 
Ipoh

Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandaraya Ipoh dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Ipoh ditubuhkan.

  • 01.01.1980 - Majlis Perbandaran Kinta Tengah ditubuhkan
  • 12.05.1988 - Ipoh diisytiharkan sebagai bandaraya.
  • 01.10.1989 - MBI mengambil alih pentadbiran Zon Perdagangan Bebas di Jelapang II seluas 3394 hektar.
  • 21.03.1989 - MBI menjalin hubungan di antara Bandaraya Ipoh dan Bandaraya Fukuoka, Jepun sebagai bandaraya kembar.
  • 1990 - MBI melancarkan kempen MBI bersih dan indah.
  • 1991 - Penduduk Bandaraya Ipoh seramai 382,633 orang dengan keluasan 134.7 km/persegi.
  • 1991 - Menaik taraf perpustakaan Tun Abdul Razak.
  • 1991 - Melebarkan Jalan Sultan Iskandar Shah ke Jalan Chung Thye Pin.
  • 1993 - Menaik taraf Taman Dr Seenivasagam dengan kos RM800,000.
  • 1994 - Melebarkan Jalan Lim Boo Seng dengan kos RM2.8 juta.
  • 1994 - Melebarkan jalan dari Jalan Raja Dr Nazrin Shah ke Pekan Razaki.
  • 1994 - Melebarkan Jalan Raja Muda Musa Mahadi ke Jalan Sultan Azlan Shah.
  • 1994 - Membina 60 buah pondok bas di sekitar bandaraya dengan kos RM 350,000.
  • Terdapat beberapa pekan dan bandar disekitar Ipoh di bawah pentadbiran MBI:
  1. Ampang
  2. Bercham
  3. Buntong
  4. Falim
  5. Gugusan Manjoi
  6. Gunung Rapat
  7. Ipoh Garden
  8. Jelapang
  9. Klebang
  10. Lahat
  11. Meru
  12. Menglembu
  13. Pasir Puteh
  14. Pekan Baru
  15. Pekan Lama
  16. Pengkalan
  17. Simpang Pulai
  18. Silibin
  19. Station 18
  20. Sunway City
  21. Tambun
  22. Taman Cempaka Ipoh
  23. Tanjung Rambutan
  24. Tasek
  25. Chemor


 
Pemandangan Bandaraya Ipoh

Populasi sunting

Penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh.

Ipoh masih menjadi salah satu bandaraya terbesar di Malaysia,walaupun status bandaraya kedua terbesar di Malaysia itu telah di ambil-alih oleh George Town dan Johor Bahru disebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut. Statistik populasi adalah seperti berikut:

  • Populasi = 732,924 (2010)
  • Populasi sekitar bandar = 1,022,240 (2010) [1]
  • Tangga : Ke-empat terbesar bandar-bandar sekitar di Malaysia.
Kumpulan Etnik di Ipoh, 2010 [2][pautan mati kekal] [3] Diarkibkan 2007-10-09 di Wayback Machine
Etnik Populasi Peratus
Cina 310,277 42.3%
Melayu 295,407 40.3%
India 124,015 16.9%
Lain-lain 3,225 0.5%

Destinasi pelancongan sunting

 
Lost World of Tambun
  • Lost World of Tambun, merupakan tarikan di Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun. Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak. Taman Tema ini akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Petting Zoo, Tin Valley, Team Building Park dan Kolam Air Panas.
  • Muzium Darul Ridzuan, terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dibuka kepada pengunjung pada tahun 1992. Bangunanya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak yang menarik dan memberi maklumat tentang sejarah pembangunan bandaraya Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.
  • Muzium Geologi, mula ditubuhkan sejak tahun 1957.Ia memaparkan pelbagai jenis mineral, batuan fosil dan batu permata dari dalam dan luar negara. Terletak di Jalan Sultan Azlan Shah.
  • Tokong Gua, terletak di sepanjang Jalan Raja Nazrin Shah, terdapat banyak tokong-tokong gua yang menjadi tarikan pelancong di bandaraya ini. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong, Ling Sen Tong dan Kek Look Tong merupakan tokong yang popular di Ipoh. Dinding gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan agama Tao dan Buddha. Di Jalan Kuala Kangsar pula terdapat satu tokong bernama Perak Tong.
  • Tokong Paloh Ku Miew, ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin, seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat dilihat daripada Jambatan Sultan Iskandar.
  • Masjid Panglima Kinta, dibina oleh Dato Panglima Kinta yang merupakan pembesar bandaraya ini dahulu. Masjid ini terletak di pekan baru Ipoh. Di sebelah masjid terdapat tanah perkuburan bagi kaum kerabat Dato Panglima Kinta. Terletak di Jalan Masjid dan berdekatan Sungai Kinta.
  • Taman Dr Seenivasagam, ialah taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang popular di Ipoh. Sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika Taman Jepun yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utamanya.
  • Pekan Lama, Bangunan yang terdapat di Pekan Lama Ipoh sangat unik dan mempunyai nilai sejarah yang amat beharga. Bangunan Stesyen Kereta Api, Dewan Perbandaran Ipoh, Pejabat Pos Lama dan Jam Peringatan Birch merupakan antara bangunan yang mendapat perhatian pelancong. Terdapat juga bangunan-bangunan yang telah dijadikan kafe. Perak Tourism Hub juga telah melancarkan Jejak Warisan Ipoh, Jejak Mural Ipoh dan Jejak Makanan Ipoh sebagai salah satu produk pelancongan di bandaraya ini.
  • Riverwalk @ Kinta Riverfront, merupakan kawasan tarikan pelancong. Terletak di sepanjang tebing Sungai Kinta di antara Jalan sultan Iskandar dan Jalan Lim Bo Seng. Dihiasi dengan pokok LED memberikan satu pemandangan cantik untuk sungai ini pada waktu malam. Terdapat kemudahan hotel dan servis apartment. Rumah kedai juga turut dibina sepanjang tebing sungai begitu juga replika jambatan yang popular di dunia.

Pusat Membeli-belah sunting

 
Ipoh Parade

-Siap dibina:

  • AEON Mall Station 18
  • AEON Mall Kinta City
  • AEON Mall Klebang
  • AEON Midtown Falim Shopping Centre (AEON BiG)
  • Lotus's Ipoh Garden
  • Lotus's Ipoh Bercham
  • Lotus's Station 18
  • Lotus's Pulai Hartamas
  • Mydin Mall Manjol
  • Mydin Mall Meru Raya
  • Ipoh Parade Shopping Centre
  • Angsana Ipoh Mall
  • De Garden Mall
  • Glamour Square
  • Pengkalan Emas Mall
  • Kompleks Yik Foong
  • Great World Centre @ Econsave Jalan Kampar
  • Econsave Klebang
  • Econsave Bercham
  • Econsave Ampang Centre Point
  • Econsave Jelapang Sq
  • The Store Jalan Kampar
  • The Store Jalan Yau Tet Shin
  • TF Value Mart Tambun
  • TF Value Mart Ipoh South
  • TF Value Mart Falim
  • Billion Mart Jelapang
  • Billion Supermarket Gunung Rapat
  • Megoplex
  • Festival Walk
  • Octagon Square
  • Perak IT Mall

-Dalam pembangunan dan perancangan:

  • Lang Valley Megamall
  • Sunway Lost World Mall
  • Tin City
  • Basco Avenue
  • Ipoh Convention Centre (pembangunan bercampur)
  • Lulu Hypermarket
  • Pinnacle Mall
  • Econsave Chemor

Pembangunan Ekonomi sunting

Kawasan Greentown telah menjadi pusat tumpuan pembangunan selepas Greentown Bussines Centre dibuka. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai makan, pejabat, butik dan pub telah merancakkan ekonomi bandaraya ini.

Medan Ipoh Bistari yang terletak bersebelahan dengan Ipoh Garden telah menjadi kawasan hot spot bagi penduduk di bandaraya ini. Kawasan ini yang dipenuhi dengan kedai makan dan pub akan hidup sepenuhnya pada malam hari.

Lost World of Tambun telah dapat menarik pelancong untuk datang ke Ipoh. Taman tema ini terletak di dalam kawasan Sunway City Ipoh. Bersebelahan dengan taman tema ini terletaknya Banjaran Hot Spring. Banjaran Hot Spring mempunyai kolam air panas semula jadi dan telah mendapat pengiktirafan.

Bandar Meru Raya yang terletak di utara Ipoh telah mendapat pengiktirafan MSC yang pertama di Perak. Banyak projek bernilai tinggi sedang dibangunkan antaranya Movie Animation Park Studio. Di sini juga menempatkan Terminal Amanjaya. Bandar baru ini akan menjadi mini Putrajaya untuk Bandaraya Ipoh.

Infrastruktur sunting

Pusat kesihatan sunting

Awam sunting

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), merupakan salah satu hospital hak milik penuh kerajaan dan merupakan hospital yang terbesar di Ipoh dan Perak. Ia terletak berdekatan dengan kawasan Fair Park and Pusat Perdagangan Greentown. Tidak jauh dari kawasan Hospital itu, terdapat Klinik Kesihatan Greentown yang juga milik penuh kerajaan.

Swasta sunting

Selain dari Hospital kerajaan, terdapat juga Pusat Perubatan swasta yang terletak disekitar bandaraya Ipoh:

  • Hospital Pakar Ipoh (KPJ)
    • dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Pakar Ipoh.
  • Pusat Perubatan Kinta
  • Hospital Pakar Komuniti Perak
    • dikenali juga sebagai Perak Chinese Maternity Hospital, terletak di Jalan Kampar
  • Hospital Fatimah
  • Pantai Puteri Hospital

Sekolah (rendah dan menengah) sunting

Terdapat beberapa sekolah di Ipoh dan juga sekolah yang telah dibina hampir se-abad yang lalu. Diantaranya termasuklah:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (Sekolah sukan negeri perak)
  • Anglo-Chinese School (ACS) Ipoh @ SMK Methodist (ACS), Ipoh
  • Ave Maria Convent
  • Ipoh International School (IIS)
  • Methodist Girls School (MGS) Ipoh @ SMK Perempuan Methodist, Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji
  • SMJK Perempuan Perak
  • SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  • SMKA Izzuddin Shah
  • Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima Kinta
  • Sekolah Kebangsaan Manjoi 1 & 2
  • Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Chemor
  • Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMARI)
  • Sekolah Menengah Doktor Megat Khas Ipoh
  • SMK Convent, Ipoh (Main Convent)
  • SMK Tarcisian Convent, Ipoh (TCS)
  • Anderson School Ipoh @ Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Pasir Puteh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan JalanTasek
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Dato' Ahmad Said Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Pasir Puteh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Taib, Chemor
  • Sekolah Menengah Agama Darul Taqwa ,Tanjong Rambutan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia (6J)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC)
  • SMK Raja Perempuan, Ipoh (RPS)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan ,Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya
  • Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA)
  • SMK Seri Intan, Ipoh
  • SMK Seri Puteri, Ipoh
  • Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, Ipoh
  • Sekolah Menengah Sri Ampang
  • Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh ( KVLC )
  • Sekolah Menengah Teknik Ipoh Persiaran Brash
  • SMKA Raja Perempuan Taayah
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh
  • SMJK Sam Tet Secondary School
  • SRJK(C) Sam Tet Primary School
  • SMJK Poi Lam
  • SJK (C) Poi Lam
  • SMJK Yuk Choy
  • SRJK(C) Yuk Choy
  • SRK La Salle Ipoh
  • SRK MARIAN CONVENT
  • St Michael's Institution
  • Yuk Choy (SUWA) Independent High School
  • SJK(T) St. Philomena Convent
  • Wesley Methodist School Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh
  • SJK(T)PERAK SANGEETHA SABAH,IPOH PERAK
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Putra
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Taman Jati, Ipoh
  • Sekolah Rendah Al-Hidayah,Ipoh (SRAH)
  • Sekolah Menengah Al-Hidayah,Ipoh (SMAH)

Institut pengajian tinggi sunting

  • Universiti Teknologi MARA Perak
  • Institut Teknologi Cosmopoint
  • Kolej Teknologi Perak (Institut Teknologi Perak)
  • Institut Kompas Accountancy and Business College
  • Kolej WIT
  • Linton College
  • Olympia College
  • Polytechnic Ungku Omar
  • Sunway College Ipoh
  • Kolej Poly-DTech MARA
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
  • UniKL RMCP
  • TAJ College
  • KERIS College
  • Kolej Pembantu Perubatan
  • Kolej Masterskill
  • Syuen College
  • Maxwell College
  • Nursing College Ipoh
  • Quest International University Perak (QIUP)
  • UniKL MIMET(Malaysian Institute of Marine Engineering Technology)

Sukan sunting

 
Stadium Perak

Terdapat satu kawasan yang luas iaitu di Kampong Simee telah dipilih oleh Dewan Bandaraya sebagai Pusat Sukan. Sukan utama yang popular bagi bola sepak dan sukan-sukan lain, juga bagi acara padang banyak berlaku di Stadium Perak. Bersebelahan Stadium Perak terdapat juga stadium tertutup, iaitu Stadium Indera Mulia, memainkan peranan sebagai hos bagi sukan badminton. Ipoh juga rumah kepada Perak FA .

Berdekatan dengan stadium terdapat Kompleks Sukan Renang yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya. Ia dibuka kepada orang umum dengan kadar harga yang berpatutan (RM1 untuk hari biasa/RM2 untuk cuti umum and hari minggu). Kompleks ini mempunyai kolam bersaiz Olimpik, kolam untuk menyelam, kolam berombak, kolam bersederhana saiz dan kolam untuk kanak-kanak.

Ipoh merupakan tuan rumah velodrom, iaitu dipanggil Velodrom Rakyat. Ia merupakan Velodrom yang pertama di Malaysia dimana ia dibina atas inisiatif Dato' Darshan Singh Gill (sekarang Tan Sri Dato' Seri). Tambahan lagi, Ipoh juga menyerlah sebagai salah satu dari beberapa bandar di Malaysia yang mempunyai "stadium astroturf" untuk sukan hoki, yang dipanggil Stadium Azlan Shah.

Untuk golf pula, padang golf popular yang terdapat di Ipoh ialah Kelab Golf Diraja Perak (sebelah Tiger Lane atau Jalan Sultan Azlan Shah). Kelab Golf Meru terletak di Jelapang. Selain itu, jalan menuju ke Batu Gajah, terletaknya Clearwater Sanctuary golf club.

Tempat bagi sukan-sukan lain termasuklah Kelab Kilat di Pasir Pinji, Padang Ipoh di Pekan Lama, Padang Polo, dan padang polo di Iskandar Polo Club, di Ampang Baru.

Pengangkutan sunting

 
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
  • Jalan Persekutuan: Jalan umum di Malaysia yang menghubungkan bandaraya Ipoh dengan pekan-pekan sekitarnya dan juga negeri-negeri lain.
  • Lebuhraya: Dengan terbinanya Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan dapat bergerak dengan pantas serta lebih efisien berbanding jalan umum. Pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan boleh memilih susur keluar ke Ipoh daripada 5 susur keluar iaitu Simpang Pulai, Tambun, Ipoh(S), Ipoh(U) & Jelapang.
  • Keretapi: Stesen Keretapi Ipoh dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan ianya terletak di Pekan Lama. Landasan keretapi ini hanya dapat menghubungkan diantara Ipoh dengan pekan dan bandar-bandar berdekatan.
  • Bas: Terminal Amanjaya merupakan terminal bas baru bagi menggantikan terminal bas lama di Silveritage. Terminal ini lebih merupakan antara terminal yang canggih di koridor utara. Reka bentuknya diilhamkan daripada bentuk kapal korek jika dilihat di bahagian sisi.
  • Udara: Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah merupakan lapangan terbang di Ipoh. Ia terletak berdekatan dengan Gunung Rapat. Lapangan terbang ini telah dinaik taraf bagi memastikan pesawat yang lebih besar boleh mendarat. Pada waktu ini, lapangan terbang ini menjalankan operasi penerbangan domestik dari Ipoh ke Johor Bahru 11x seminggu oleh Malindo Air dengan menggunakan pesawat ATR72-600. Selain itu, lapangan terbang ini juga turut menjalankan penerbangan ke destinasi antarabangsa seperti Medan, Indonesia dengan frekuensi 4 kali seminggu oleh Malindo Air dengan pesawat ATR72-600 manakala destinasi Singapura dioperasikan oleh 2 syarikat penerbangan iaitu Firefly dengan frekuensi 2 kali penerbangan sehari menggunakan pesawat ATR72-500 dan Scoot 11 kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320-200. Sebelum ini, lapangan terbang ini juga pernah menerima pendaratan dan perlepasan penerbangan ke destinasi Subang dan Kota Bharu. Dalam perancangan dan perbincangan yang dilakukan dengan syarikat penerbangan tempatan dan luar, lapangan terbang ini dijangka akan menambah destinasi-destinasi baharu seperti Kota Bharu, Langkawi, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Hatyai, Phuket, dan Guangzhou.

Masjid di Ipoh sunting

 
Masjid Negeri Perak
  1. Masjid Al-Aulia Tembok Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
  2. Masjid India Muslim Jalan Senivasagam, 30450 Ipoh
  3. Masjid Jamek Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh
  4. Masjid Jamek Ad-Diniah , Kampung Seri Kinta, 31600 Ipoh
  5. Masjid Paloh Jalan Datoh, 30000 Ipoh
  6. Masjid Panglima Kinta 30300 Ipoh
  7. Masjid As-Saadah, Kampung Dato' Ahmad Said, 30020 Ipoh
  8. Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh
  9. Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh (Masjid Negeri) Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh
  10. Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 3, 30020 Ipoh
  11. Masjid Tayibbin, Kampung Tersusun Tanah Hitam, 31200 Chemor
  12. Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Jelapang, 30020 Ipoh
  13. Masjid Ahmadiah, Kampung Sungai Raya, 31300 Kampung Kepayang
  14. Masjid Al-Huda, Kampung Sungai Tapah 30020 Ipoh
  15. Masjid Idrisiah, Kuala Pari, 31450 Menglembu
  16. Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang, 31400 Ipoh
  17. Masjid Raja Nazrin Shah, Kampung Rapat Jaya Tambahan, 31350 Ipoh
  18. Masjid Taman Keledang Jaya 30100 Ipoh
  19. Masjid Al-Ahmadiah, Kampung Changkat Larang, 31500 Lahat
  20. Masjid Al-Khairiah, Pengkalan Stesyen Lahat, 31500 Lahat
  21. Masjid Ghufran, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh
  22. Masjid Menglembu, 31450 Menglembu
  23. Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya(SPPK) 31650 Ipoh
  24. Masjid Al-Rahmaniah, Pengkalan Baru, 31300 Kampung Kepayang
  25. Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh 31500 Lahat Ipoh
  26. Masjid Kampung Pasir Putih 31650 Ipoh
  27. Masjid Sultan Yusuf, Jalan Raja Musa Mahadi, Rapat Setia, 31350 Ipoh
  28. Masjid Kampung Taufiqiyah, Rapat Setia 31350 Ipoh
  29. Masjid Al-Ittiahadiah, Kampung Tengku Hussein Baru, Taman Silibin, 30020 Ipoh
  30. Masjid Jamil Al-Kholidi, Kampung Sengat, Sungai Raya, 31300 Kampung Kepayang
  31. Masjid Kampung Melayu, Sungai Rapat,31350 Ipoh
  32. Masjid Sultan Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam 31350 Ipoh
  33. Masjid As-Syakirin, Kampung Tersusun Tasek 31400 Ipoh
  34. Masjid As-Syarifah, Kampung Tasek 31350 Ipoh
  35. Masjid Jamek Al-Amin, Tambun 31400 Ipoh
  36. Masjid Pasukan Gerakan Am, 31150 Ulu Kinta
  37. Masjid Nur Ramadhan, Taman Seri Raia, 31300 Kampung Kepayang
  38. Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh

Seni, budaya dan hiburan sunting

Ipoh telah dilabelkan oleh para seniman dan penerbit sebagai salah satu lokasi sesuai untuk penggambaran melihatkan kepada kecantikan alam semula jadinya. Filem-filem yang diterbitkan dan dilakonkan di Ipoh diantaranya ialah:

Bandaraya kembar sunting

Ipoh telah menjalinkan hubungan bandaraya kembar (sister city) dengan bandaraya-bandaraya berikut:

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

2. 7 Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati/