Bernard Chauly

Pengarah, penerbit filem dan penulis skrip Malaysia

Bernard Chauly (lahir 1973) merupakan seorang pengarah, penerbit filem dan penulis skrip Malaysia, berasal dari Taiping, Perak dan merupakan adik kepada Bernice Chauly, penulis dan pendidik terkenal. Memulakan kerjaya sinematografi pada 1997, beliau terkenal dengan hasil kerjanya yang mendapat sambutan seperti Gol & Gincu (2005), Goodbye Boys (2006), Pisau Cukur (2009) dan Manisnya Cinta di Cappadoccia (2014). Nur Fazura, Lisa Surihani, Nas-T, Maya Karin, Ashraf Sinclair, Razif Hashim, Sazzy Falak dan Beto Kusyairy antara pelakon-pelakon yang pernah bekerja di bawah arahan beliau.

Bernard Chauly
Kelahiran1973 (umur 50–51)
PekerjaanPengarah, penerbit filem, pembikin filem, penulis skrip
Tahun aktif1997–kini
Karya terkenal
Gol & Gincu
Goodbye Boys
Pisau Cukur
Istanbul Aku Datang!
Manisnya Cinta di Cappadoccia
SaudaraBernice Chauly (kakak)

Kehidupan awal sunting

Bernard Chauly dilahirkan pada 1973 di Taiping, Perak dan dibesarkan di Georgetown, Pulau Pinang. Bapanya, Surinder Singh berketurunan India Malaysia dan ibunya ialah Loh Siew Yoke (juga dikenali sebagai Jane Chauly) berketurunan Cina Malaysia. Bapanya meninggal dunia sewaktu ibunya mengandungkannya. Bernard mempunyai darah kacukan Cina, India dan Inggeris.[1] Beliau menghadiri Universiti Sains Malaysia (USM) di mana beliau belajar dalam bidang komunikasi, menekuni sosiologi dan antropologi. Beliau juga memiliki minat dalam seni persembahan.[1] Semasa tahun ketiganya di USM, Bernard menjadi mejar filem. Kemudian beliau mendapat biasiswa untuk pergi ke Goldsmiths College, di London, untuk memperoleh ijazah beliau.[1]

Kerjaya sunting

Bernard memulakan kerjaya filemnya pada 1997 menerusi filem pendek bertajuk Saying Goodbye di mana beliau berkhidmat sebagai penulis, dan filem ini memenangi Video Eksperimental Terbaik di Anugerah Video Malaysia (MVA) 1998.

ia kemudian diikuti oleh satu lagi filem pendek Adam and Steve (2000) yang turut menggunakan khidmat beliau sebagai penulis. Pada 2000, beliau mengarahkan video bertajuk Semangat Insan: Masters of Tradition.[2]

Beliau mengarahkan filem sulungnya menerusi Redfilms, Gol & Gincu yang ditayangkan pada Ogos 2005 lakonan Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Pierre Andre dan Ashraf Sinclair, mengisahkan tentang suka dan duka 8 sekawan yang bergiat aktif dalam sukan futsal, Filem ini melayakkan Bernard menerima pencalonan Pengarah Terbaik dan pelakon utamanya, Fazura menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19.

Filem kedua arahan beliau, Goodbye Boys ditayangkan pada 2006 berkisarkan sekumpulan ahli pengakap yang terlibat dalam ekspedisi ke Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan yang berlatarkan pada 1993.[3] Pelakon utamanya ialah Razif Hashim, Nas T Muammar Zar, Farid Ramlee, Jay Eng dan ramai lagi, filem ini juga melancarkan kerjaya Lisa Surihani ke tahap yang tinggi dalam bidang lakonan.[3]

Tiga tahun kemudian, Bernard mengarahkan Pisau Cukur yang ditayangkan pada 5 November 2009 dan menerima pencalonan Anugerah Cipta bagi Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.[4] Pada 2010, beliau mengarah dan menulis bersama telefilem drama sejarah Apa Dosaku yang dibintangi oleh Elaine Daly, berdasarkan daripada kisah benar Sybil Kathigasu, seorang jururawat veteran semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.[5][6]

Beliau mengarah dan menjadi penerbit eksekutif untuk rancangan dokumentari biografi Datuk Siti Nurhaliza terbitan Red Communications untuk siaran di The History Channel (ASTRO Saluran 555) yang memperincikan kehidupan dan kerjaya penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.[7] Ia memulakan tayangan perdana pada 11 Januari 2012 bersempena ulang tahun ke-33 penyanyi itu.[7]

Beliau mengarahkan filem seterusnya, Istanbul Aku Datang! yang dikeluarkan pada 2012 lakonan Tomok, Lisa Surihani dan Beto Kusyairy difilemkan sebahagian besar di Istanbul, Turki. Satu lagi filem arahan beliau, Manisnya Cinta di Cappadocia (2014) lakonan Fazura dan Lisa, juga difilemkan di Turki.[8] Pada 2016, beliau mengarahkan telefilem bertajuk Eropah, Here I Am lakonan Bront Palarae dan Fazura, yang memperlihatkan beliau lari daripada kebiasaan dengan mengangkat krisis pelarian Syria sebagai subjek utama.[9][10] Ia berkisar mengenai pelarian Syria yang datang dari Turki secara haram dengan menaiki bot dan mereka tiba di bumi Eropah menerusi Pulau Leros.[9]

Pada 2017, beliau mengarah dan menulis telefilem bertajuk Kontena Ana terbitan Wayangworks yang dibintangi oleh Lisa Surihani, yang disifatkan sebagai "persembahan oleh satu wanita".[11]

Kolaborasi sunting

Bernard mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Nur Fazura ialah pelakon yang kerap bekerjasama dengan beliau, muncul dalam empat filem, sementara Lisa Surihani muncul dalam tiga filem.

Pelakon Gol & Gincu Goodbye Boys Pisau Cukur Istanbul Aku Datang! Manisnya Cinta Di Cappadoccia Jumlah
Nur Fazura
 N
 N
 N
 N
4
Lisa Surihani
 N
 N
 N
3
Maya Karin
 N
1
Ashraf Sinclair
 N
1
Razif Hashim
 N
1
Nas-T
 N
 N
2
Sazzy Falak
 N
1
Liyana Jasmay
 N
1
Pierre Andre
 N
1
Melissa Maureen
 N
1
Khatijah Tan
 N
 N
2
Aaron Aziz
 N
1
Beto Kusyairy
 N
1
Shaheizy Sam
 N
1

Filemografi sunting

  • Saying Goodbye (filem pendek; 1997) — penulis
  • Dari Jemapoh Ke Manchester (telefilem; 1998) — pembantu penerbitan
  • Adam and Steve (filem pendek; 2000) — penulis
  • Semangat Insan: Masters of Tradition (video; 2000) — pengarah
  • You Fang Chu Zu (2002) — pelakon
  • Filem Room To Let (2002) — pelakon
  • Gol & Gincu (2005) — pengarah
  • Goodbye Boys (2006) — pengarah
  • 10 Tahun Sebelum Merdeka (dokumentari; 2007) — penghargaan
  • Goda (drama; 2008) — pengarah
  • Blogger Boy (drama; 2009) — pengarah
  • Pisau Cukur (2009) — pengarah
  • Apakah Dosaku (telefilem; 2010) — pengarah, penulis
  • Gadis Semasa Sunsilk (drama realiti; 2011) — pengarah
  • Siti Nurhaliza (dokumentari; 2012) — pengarah, penerbit eksekutif
  • Memberku Hawa (drama; 2012) — pengarah
  • Istanbul Aku Datang! (2012) — pengarah
  • Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) — pengarah
  • How Sweet Love is in Cappadoccia (2015) — pengarah
  • Eropah, Here I Am (telefilem; 2016) — pengarah
  • Kontena Ana (telefilem; 2017) — pengarah, olahan bersama Lisa Surihani
  • Anak Merdeka (drama; 2017) — 1 episod, penulis, pengarah
  • Alamatnya Cinta (drama; 2018) — pengarah
  • Janji Zehan - Lahzeya Bi Payan (telefilem; 2018) — pengarah

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Zedeck Siew (7 Mei 2009). "Harmony is a myth". The Nut Graph. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  2. ^ Semangat Insan: Masters of Tradition. Bernice Chauly (5 Mac 2009). Diperoleh pada 1 November 2014.
  3. ^ a b A. Wahab Hamzah (31 Oktober 2006). "Goodbye Boys mengimbau zaman remaja". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 11 Mei 2011.
  4. ^ Shazryn Mohd Faizal (5 November 2009). "Karya matang Bernard Chauly". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-07. Dicapai pada 11 Mei 2017.
  5. ^ "Apa Dosaku, karya terbaik Bernard Chauly". Amy Ikram. 10 Mei 2010. Dicapai pada 11 Mei 2011.
  6. ^ Ali Yeong How (10 Mei 2010). "Dilema moral menulis skrip cerita Apa Dosaku". mSTAR Online. Dicapai pada 11 Mei 2011.
  7. ^ a b "Video Dokumentari Khas Siti Nurhaliza di Saluran History". Sensasi Selebriti. 10 Disember 2011. Dicapai pada 2013-05-12.
  8. ^ Azhariah Kamin-Duncan (11 December 2014). "Bernard Chauly tackles the screen adaptation of a book with his latest". The Star. Dicapai pada 11 Mei 2015.
  9. ^ a b "'Eropah, Here I Am' Cabar Cara Pengarahan Bernard Chauly". Astro Gempak. 8 Mei 2016. Dicapai pada 11 Mei 2016.
  10. ^ Dennis Chua (15 April 2016). "Touched by Syrian refugees' plight, director Bernard Chauly gives a moving tale in Eropah Aku Sampai". New Straits Times. Dicapai pada 11 Mei 2016.
  11. ^ http://www.myinfotaip.com/2017/08/kontena-ana.html

Pautan luar sunting