Gadis Semasa Sunsilk

Gadis Semasa Sunsilk merupakan sebuah siri drama televisyen realiti Malaysia 2011 arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications. Dibintangi oleh Melda Ahmad, Ain Edruce dan Liyana Kamarhisham, ia berkisarkan konflik dalaman, aspirasi cinta, pahit manis, perkembangan peribadi dan perubahan hidup Melda. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 11 Januari hingga 5 April 2011.[1][2]

Gadis Semasa Sunsilk
GenreDrama realiti
PengarahBernard Chauly
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Aku Adalah Aku" oleh Melda Ahmad
Lagu penutup"Aku Adalah Aku" oleh Melda Ahmad
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitLina Tan
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Red Communications
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal11 Januari 2011 – 5 April 2011

Sinopsis

sunting

Mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yang mempunyai bakat terpendam, umpama sebutir permata yang belum ditemui sinarnya. Bakatnya hanya dikenali menerusi lagu nukilannya yang dimuatnaik ke laman sosial internet. Tidak pernah terlintas dalam fikiran gadis ini untuk merealisasikan impiannya di persada pentas.

Selaku jenama yang sinonim dengan kesempurnaan tahap pakar, Sunsilk, pakar penjagaan rambut akan berganding bahu dengan pakar vokal, Ajai; pakar personaliti, Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto bagi menawarkan akses, pengalaman ekstensif dan bimbingan pakar untuk menyerlahkan keyakinan dan merealisasikan impian Gadis Semasa Sunsilk.

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Gadis Semasa Sunsilk Di TV3 Hari Ini". mSTAR Online. 11 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 9 Oktober 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Kisah Melda dari YouTube ke TV Diarkibkan 2018-10-09 di Wayback Machine Utusan Malaysia (1 Februari 2011). Diperoleh pada 9 Oktober 2011.

Pautan luar

sunting