Liyana Jasmay

Pelakon, penyanyi, penerbit televisyen, pengarah dan usahawan wanita Malaysia

Liyana binti Jasmay (lahir 28 Mac 1988)[a] ialah seorang pelakon, penyanyi, penerbit, pengarah dan usahawan wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dengan membawakan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi sebelum melangkah ke peranan utama menrerusi drama termasuk KAMI The Series (2007), Puaka Niyang Rapik (2008-2009), Zati dan Si Mawas (2009) dan Ponti Anak Remaja (2010). Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Castello (2006). Liyana telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk KAMI The Movie (2008), Maut (2009), Papadom (2009), Pisau Cukur (2009), Niyang Rapik (2010) dan Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) dan terbaru, Bella & Jamie (2017). Liyana melancarkan kerjaya muziknya pada 2009 menerusi single sulung "Aku Tak Percaya Cinta" dan seterusnya melancarkan album EP pertama, LJ (2010) yang merupakan singkatan bagi namanya diterbitkan oleh Alibi Music.[4]

Liyana Jasmay
Kelahiran (1988-03-28) 28 Mac 1988 (umur 35)
Nama lainLJ, Nana
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Sunway
PekerjaanPelakon, penyanyi, penerbit, pengarah, usahawan, pengacara, penulis
Tahun aktif1997–kini
PasanganFathuddin Mazlan (k. 2013)
Anak-anak2
IbuHabsah Simpon
BapaJasmay Md Shah
SaudaraAdriana Jasmay (kakak)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
  • Alibi Music (2010-2012)
  • Mermaid Studios (2012-kini)

Liyana telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bahagian televisyen dan filem termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout!, dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain. Selain itu, beliau turut mengembangkan lagi profilnya sebagai selebriti dengan menjadi penerbit televisyen dengan menubuhkan syarikatnya, Mermaid Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan rancangan televisyen dan sebagai usahawanita dengan menubuhkan Mermaid Luxe dan Mermaid Store pada 2015.

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Liyana Jasmay dilahirkan pada 28 Mac 1988 di Kuantan, Pahang kepada pasangan Jasmay Md. Shah dan Habsah Simpon. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan, salah seorang kakaknya ialah Adriana. Liyana dibesarkan di Kuala Lumpur, mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Liyana yang lebih mesra dengan panggilan Nana ialah seorang anak yang manja dan beliau cukup mengerti jika ada yang tidak selesa dengan perwatakannya yang hiper dan suka ketawa.[5]

Pada tahun 2012, beliau berangkat ke Manhattan, New York, Amerika Syarikat bagi menjalani kursus seni lakonan, pengarahan dan penulisan skrip di Akademi Filem New York (NYFA) selama 6 bulan, ditemani oleh ibunya.[6] Beliau merupakan graduan Diploma Seni Persembahan dan Media dari Universiti Sunway.[7]

Kerjaya lakonan sunting

Permulaan kerjaya (1997–2006) sunting

Liyana memulakan kerjaya lakonan pada 1997. Ketika berusia 9 tahun,[8] beliau menjayakan peranan kecil dalam drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi yang bersiaran di TV3, yang dikatakan mempunyai persamaan dengan The Little Rascals. Wajah Liyana disifatkan oleh media dengan daya penarik kegadisan, senyuman manis, mata yang penuh perasaan dan bibir bermuncung, berpadanan dengan keyakinan yang ditonjolkan apabila menyentuh mengenai lakonan.[8] Sewaktu mula berkecimpung dalam bidang lakonan, Liyana hanya berlakon dalam siri televisyen.[8] Pada tahun 2006, Liyana melangkah ke layar lebar dengan memegang watak utama Phim dalam filem Castello[9] arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira,[9] Peranan ini yang melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun yang sama.[10]

Kejayaan awal, KAMI, Maut dan kemenangan anugerah (2007–2010) sunting

Pada awal tahun 2007, Liyana muncul dalam filem Syaitan, tetapi cuma memegang watak sampingan. Pada tahun yang sama Liyana kembali ke layar kaca dengan memegang watak Lyn dalam drama KAMI[11] arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak,[11] lakonan bersama Juliana Evans, Nas-T, Ani Zayanah dan Syarul Ezani.[11] Beliau juga muncul dalam video muzik lagu "Salahku" oleh kumpulan Sofaz.[12] Beliau bergandingan bersama Faizal Yusup (Allahyarham) sebagai pelakon utama dalam telefilem Cinta Si Rempit (2007) yang bersiaran di Cerekarama TV3.

Selepas kejayaan filem sulung lakonannya, Castello, pada 2008, Liyana membawakan semula peranannya sebagai Lyn dalam filem KAMI The Movie terbitan Redfilms dan Grand Brilliance yang berdasarkan daripada siri mini dengan judul sama, filem ini ditayangkan di pawagam pada Oktober 2008, filem ketiga lakonannya, Histeria arahan James Lee menemui penonton di pawagam, beliau melakonkan watak sebagai Murni. Filem yang turut dibintangi oleh Scha Al-Yahya dan Yana Samsudin ini berkisarkan tentang enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Juga pada 2008, Liyana menyertai barisan pelakon drama seram arahan Ahmad Idham, Puaka Niyang Rapik (2008-09) yang bersiaran di TV3.

Pada 2009, beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan Bade Hj. Azmi menerusi filem Maut (tajuk asal Malaikat Maut) terbitan Tayangan Unggul, dalam filem yang mengandungi 3 jalan cerita ini, Liyana memegang watak sebagi Su dalam cerita pertama yang turut dibintangi oleh Danny X-Factor, Raja Farah dan Nuremynadia. Liyana membintangi watak utama sebagai Laila dalam teledrama arahan Ghaz Abu Bakar, Laila Sari yang bersiaran pada 1 Ogos 2009 di Astro Ria, telefilem komedi romantis dan fantasi ini turut dibintangi oleh Erry Putra, Tam Suhaimi dan Chomel Fana, diangkat dari skrip tulisan Nizam Zakaria, mengisahkan 2 puteri bunian dari kerajaan Buni Tujuh yang memiliki jurang perbezaan dan kerap bercanggah pendapat. Berbanding dengan Laila yang agresif dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya, Sari lebih rasional dan tidak rakus. Telefilem ini diilhamkan dari filem Disney, Enchanted. Selepas muncul dengan Laila Sari,[13] Liyana bergandingan bersama Kamal Adli menerusi drama Zati & Si Mawas[14] yang diilhamkan dari kisah dongeng Beauty & The Beast.[14] Siri ini mengisahkan seorang gadis biasa bernama Zati melalui kehidupan kolej yang juga seringkali dibuli oleh kakak-kakaknya, Rina dan Joey.[14]

Pada tahun yang sama, Liyana melakonkan peranan utama sebagai Miasara dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki, filem ini menandakan kerjasama sulungnya bersama Afdlin. Filem ini melayakkan beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk filem di Festival Filem Malaysia ke-22; untuk filem KAMI The Movie, Liyana memenangi Pelakon Wanita Terbaik Filem untuk di Anugerah Skrin 2009.[15] Selepas Maut dan Papadom, Liyana kemudiannya berlakon dalam filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Fazura dan Maya Karin, tetapi hanya melakonkan watak pembantu sebagai Suri. Beliau sekali lagi bergandingan bersama aktor berbakat Que Haidar menerusi filem Duhai Si Pari-Pari, yang menandakan kali keempat mereka berdua berlakon bersama selepas berlakon bersama dalam filem Castello, Maut dan Papadom.

Satu-satunya filem lakonan Liyana pada 2010 ialah Niyang Rapik arahan Ahmad Idham yang diterbitkan susulan kejayaan Puaka Niyang Rapik yang mendapat sambutan hebat di kalangan penonton[16] tetapi jalan cerita filem ini berbeza daripada siri TV tersebut walaupun mempunyai latar tempat yang sama, turut membintangi filem ini ialah Fizz Fairuz dan Shaheizy Sam. Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Siti Nur Ponti dalam telefilem Ponti Anak Remaja[17][18] terbitan The Media Hustler arahan Ghaz Abu Bakar lakonan bersama Tam Suhaimi, Farish Aziz dan Hairul Azreen.[17] Telefilem ini kemudiannya dikembangkan dalam bentuk siri televisyen yang disiarkan di Astro Ria.[17] Pada tahun yang sama, beliau memenangi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 dan Anugerah Shout! bagi kategori Best On the Screen Chemistry (bersama Afdlin Shauki) menerusi filem Papadom.

Khurafat dan Frozen: Anna & Permaisuri Salji (2011–2013) sunting

Liyana memulakan portfolio 2011 dengan membintangi bersama pelakon dan pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof menerusi filem seram 2011, Khurafat: Perjanjian Syaitan terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance, beliau melakonkan watak sebagai Aishah, isteri kepada Johan yang dilakonkan oleh Syamsul, filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat sambutan daripada penonton, meraih kutipan pecah panggung RM8.08 juta serta menerima ulasan positif dari pengkritik filem.[19] Selepas Khurafat, Liyana muncul pula menerusi satu lagi filem seram lakonannya, Senjakala arahan Ahmad Idham, kali ini beliau berpasangan dengan Zahiril Adzim sebagai Armand, beliau memegang peranan sebagai Karlisa, filem yang berkisarkan tentang Karlisa yang baru saja kematian tunangnya di dalam satu kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama.[20] Filem yang ditayangkan pada 14 April 2011 merupakan satu kegagalan komersial, hanya sekadar meraih kutipan sebanyak RM1.10 juta.

Pada 16 November 2011, telefilem Si Tudung Tweet yang merupakan cetusan idea Liyana dan Tam Suhaimi, menemui penonton di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Liyana Jasmay sendiri turut berlakon dalam telefilem arahan Ghaz Abu Bakar, bersama Juliana Evans, Izzue Islam (juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Forteen), Natasha Hudson, Nelydia Senrose dan ramai lagi. Liyana melakonkan watak sebagai Zubaidah, seorang pelajar kolej Zubaidah yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Beliau seterusnya membintangi dua lagi filem, juga bergenre seram — Tolong Awek Aku Pontianak arahan James Lee dan Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki.

Pada 2012, Liyana hanya berlakon dalam satu siri TV sahaja, iaitu 3 Janji[21] yang bersiaran di Slot Lestary TV3 bersama dua heronya, Shahz Jaszle dan Shah Iskandar, beliau melakonkan watak Dahlia. Liyana melangkah setapak lagi dalam kerjayanya dengan bergelar penerbit dengan menubuhkan syarikat miliknya, Mermaid Studios bersama kakaknya, Edriana Jasmay, telefilem Cik Paris Diva Kampung merupakan produksi sulung syarikatnya. Pada tahun berikutnya, Liyana kembali membawakan semula watak Miasara dalam kesinambungan filem Papadom, Papadom 2 arahan Afdlin Shauki, selain itu, beliau muncul dalam filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar. Liyana bergandingan bersama Bront Palarae menerusi telefilem NY Cinta[22] yang mana penggambaran dijalankan selepas Liyana berkahwin,[22] ia ditayangkan di Astro First pada 13 September 2013.[22] Liyana melakonkan watak utama sebagai Mia yang melanjutkan pelajaran di New York, secara tak sengaja telah bertemu dengan Seth (Bront Palarae), seorang rakyat Malaysia tetapi telah lama menetap di New York.[22] Menggunakan 99% latar belakang kota metropolis New York, NY Cinta juga turut memperkenalkan lagu tema berjudul “Jujur” yang dinyanyikan sendiri oleh Liyana dimana lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh kumpulan Tilu.[23]

Pada November 2013, Liyana meminjamkan suaranya untuk watak Puteri Anna dalam versi alihsuara bahasa Melayu filem animasi Disney 2013, Frozen: Anna dan Permaisuri Salji yang mana beliau mengambil alih watak itu daripada Kristen Bell untuk versi bahasa Inggeris.[24] Turut menyumbangkan suara ialah Marsha Milan Londoh yang meminjamkan suara untuk watak Puteri Elsa, penyampai radio Era FM, Ray meminjamkan suaranya untuk watak Olaf.[25]

Peningkatan kerjaya dan perkembangan terkini (2014–kini) sunting

Liyana berlakon dalam satu-satunya telefilem lakonannya pada 2014, Bila Kau Datang bersama pelawak Nabil Ahmad yang ditayangkan pada 24 Januari di Astro Ria. Pada tahun 2015, beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan Bade Haji Azmi menerusi filem Isyarat Cinta yang diterbitkan oleh pelakon berkaliber, Rosyam Nor, menggandingkan beliau bersama Fizo Omar dan Adi Putra. Beliau melakonkan watak sebagai Dhia, yang mengalami cacat penglihatan. Filem ini ditayangkan pada 19 Mac 2015[26][27] dan menerima ulasan positif daripada pengulas filem, malah Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memuji filem ini.[28]

Liyana melangkah setapak lagi dalam kerjayanya dengan bergelar penerbit filem. Menerusi syarikat Mermaid Studios yang diasaskan bersama kakaknya, Adriana, Liyana tampil dengan filem pertama terbitannya berjudul Bella & Jamie. Selain Liyana selaku teraju utama, filem arahan bersama Ghaz Abu Bakar dan Fairul Nizam Ablah ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Juliana Evans, Izzue Islam, Dynas Mokhtar dan Khir Rahman.[29][30][31][32]

Pada tahun 2016, Liyana kembali aktif dalam bidang lakonan selepas habis tempoh berpantang 44 hari. Memetik dari portal hiburan Sinar Harian, kerana kerja yang banyak membuatkan Liyana tidak mahu melengahkan masa yang terluang.[33] Pada April, telefilem Angin Cinta terbitannya disiarkan di Astro First Eksklusif, dibintangi oleh Zizan Raja Lawak dan Ummi Nazeera.[34][35]

Pada Mac 2017, Liyana meraikan 20 tahun kerjayanya sebagai pelakon.[36] Bekerja kembali bersama Bade Hj. Azmi, Liyana berlakon dalam filem aksi 2017 terbitan Loyal Studio Sdn. Bhd., Sindiket yang memberi fokus kepada jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia bersama pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad, Sharifah Amani dan Daphne Iking. Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai Noreen, filem ini ditayangkan pada 6 April 2017 di pawagam seluruh negara.[37][38]

Selepas sekian lama tidak muncul dalam mana-mana drama, Liyana membintangi drama online arahan Bade Hj. Azmi, Hey Mr. Spotlight yang bersiaran di Unifi TV; menggandingkan beliau bersama Amar Asyraf.[39] Bella & Jamie, filem lakonan beliau bersama Juliana Evans ditayangkan pada 24 Januari 2019 terbitan Mermaid Studios, ia mengisahkan prsahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie menjadi lebih rapat selepas mereka mendapat tahu ibu Bella dan bapa Jamie merancang untuk berkahwin. Namun hubungan mereka goyah apabila Bella mendapat tahu yang Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.[40][41]

Pada tahun 2023, beliau memegang watak sebagai Aira dalam drama cereka sains, Alter-Naratif di platform penstriman Viu.[42]

Kerjaya muzik sunting

Pada tahun 2009, Liyana memulakan kerjaya muzik[43] dengan mengeluarkan album EP sulung LJ,[44] pada 18 November 2009[45] menampilkan lagu-lagu seperti "Aku Tak Percaya Cinta" dan "Aku Jatuh Cinta". Beliau merupakan salah seorang artis di bawah payung syarikat rakaman Alibi Music yang baru ditubuhkan ketika itu.[46] Pada tahun 2011, Liyana melancarkan single bertajuk "Cinta Bersatu" hasil nukilan kumpulan Tilu, diikuti oleh "Jujur" pada 2013.

Pada tahun 2016, beliau melancarkan dua single dan video lagunya berjudul "Oh Na Na" dan "Selesa Tanpamu".[47][48] Mengulas mengenai dua single terbaharunya,[47] Liyana berkata, ia diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia.[47] Dua single berkenaan dicipta komposer Alyph yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Sleeq. Serentak dengan pelancaran dua single berkenaan, dokumentari berdurasi 22 minit berjudul H Live! X LJ turut disiarkan di Astro.[47][49][50]

Cabang lain sunting

Liyana ialah Duta Malaysia Maybelline pada tahun 2009 dan memegang peranan selama tiga tahun. Beliau menjadi Duta Kempen Gaya Hidup Bebas Asap sejak 2011.

Dengan kejayannya dalam bidang lakonan, Liyana Jasmay menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan dengan menubuuhkan Mermaid Luxe dan Mermaid Store.[51] Dalam temuramah dengan mSTAR Online,[51] Liyana memberitahu mengambil tempoh selama setahun untuk mengukuhkan label Mermaid Luxe yang menghasilkan tudung dan jubah sebelum membuka butik pakaian pertama yang diberi nama Mermaid Store.[51] Sepanjang tempoh itu, beliau bergiat aktif menjual barangan keluarannya di bazar dan kedai vendor termasuk di luar Lembah Klang bagi memenuhi penerimaan dan kehendak pelanggan.[51][52]

Kehidupan peribadi sunting

Liyana berkahwin dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013. Beliau dikurniakan dua anak perempuan, iaitu Sofia Arissa (lahir Mei 2014) dan Selena (lahir Januari 2016).[53][54][55] Beliau dilaporkan berhasrat menimang anak lelaki pada usia 31 tahun.[56][57]

Sekitar 2013, beliau dilaporkan berselisih faham dengan jurugambar, Saiful Nang berhubung kontrak penajaan beliau menyebabkan Saiful tidak mahu meneruskan kerjasama dengannya lagi.[58]

Bapa Liyana, Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Disember 2021.[59][60] Ini kemudian diikuti oleh ibunya, Habsah Simpon yang meninggal dunia pada Mei 2023 akibat kanser limfoma.[61][62]

Berikutan kematian ibu bapanya, Liyana meluahkan kebimbangannya bahawa berkutan faktor genetik, beliau berkemungkinan berisiko untuk menghidap kanser dalam satu temubual bersama Kosmo!: "Perkara yang menimpa ibu bapa menjadi pengajaran untuk saya memandangkan kedua-duanya meninggal dunia disebabkan kanser [...] Jadi genetik saya memang berisiko untuk menghidap kanser".[63]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Castello Phim Filem pertama
2007 Syaitan Ana
2008 Histeria Murni
KAMI The Movie Lynn
2009 Maut Sue
Papadom Miasara Saadom
Pisau Cukur Suri Datuk Zakaria Hitam
Duhai Si Pari-Pari Pari
2010 Niyang Rapik Laila
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Aisyah
Senjakala Kharlisa
Tolong Awek Aku Pontianak Liyana
Misteri Jalan Lama Nina Penampilan khas
2013 Papadom 2 Miasara Saadom
Frozen Puteri Anna Alih suara Bahasa Melayu
Tokan Suri
Chikaro Dirinya sendiri Penampilan khas
2015 Isyarat Cinta Dhia
2017 Sindiket Noreen
2019 Bella & Jamie Bella Juga sebagai penulis dan penerbit bersama
2022 Cinta VS Hantu Juga sebagai pengarah
2024 Harimau Malaya: The Untold Story Ana
Baik Punya Ah Long

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1997 Si Lembik TV3 Drama pertama
1998 Dendam Terlerai
2006 CID 3278 TV9 Peranan ulangan
2007 KAMI The Series Lynn 8TV
2008 Sari Maya Maya TV9
2008–2009 Puaka Niyang Rapik Wirna TV3
2009 Zati & Si Mawas Zati
2010 Ponti Anak Remaja Siti Nur Ponti Astro Ria Siri mini
2012 3 Janji Dalia TV3
2013 Sahabat Haneez Astro Ria
2018 Misteri Jenazah Farhana Astro Prima Episod: "Tangisan Jenazah"
Hey! Mr. Spotlight Raisya Unifi TV
2019 Cikgu, Papa Kirim Salam Cikgu Siti Munirah TV3
2020 Kau Perempuan Itu Sarah TV1
The Gadis TV3 Juga sebagai pengarah dan penerbit
2022 Life Lila Sebagai pengarah
Histeria The Series Murni Astro Citra
2023 Alter-Naratif Aira Kamal Viu
Alice Kampung Baru tonton Sebagai pengarah

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Najwa Najwa VCD Di samping Rosyam Nor & Sidi Oraza
Orang Kasar Di samping Eman Manan & Uji Rashid
2004 Cinta Sempadan Astro Ria
2007 Cinta Si Rempit Ain TV3
2009 Laila Sari Laila Sari Astro Ria
2010 Ponti Anak Remaja Siti Nur Ponti Astro Ria
2011 Si Tudung Tweet Zubaidah TV9
2013 New York Cinta Mia Astro First Eksklusif
2014 Bila Kau Datang Nia Astro Ria
2015 Cik Paris Diva Kampung Zulaikha Astro Prima
Mama Zoomba Lena Astro Ria
2016 Aku dan Adik Ira TV9 Sebagai penerbit
Angin Cinta Astro First Eksklusif
2018 Studio Awie Mawar TV3
Manipulasi Rita
Haji Gugel Damia
Vivi Si Perigi Vivi ntv7 Sebagai penerbit
2020 #SoKampung TV3 Sebagai pengarah
10 Malam Terakhir TV Okey
2022 Doktor Idaman TV3 Sebagai pengarah
2023 Dalang Ayu tonton

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Air Tangan Bonda Dirinya sendiri Astro Prima Sebagai tetamu bersama ibu
2018 Fly Us To Asia Pengacara RTM

Videografi sunting

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Artis
2007 Janjiku Sofaz
2012 Oh My English! OST Liyana Jasmay & Altimet

Diskografi sunting

Album sunting

Tajuk Maklumat album
LJ[64]

Single sunting

Tahun Tajuk
2009
"Aku Tak Percaya Cinta"[65]
2010
"Aku Jatuh Cinta"[66]
2011
"Jujur"[67][68]
2013
"Cinta Bersatu"[69][70]

Anugerah dan pencalonan sunting

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Liyana Jasmay
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Castello Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Wanita Terbaik Papadom Menang
Shout Awards 2009 Best On the Screen Chemistry (bersama Zahiril Adzim) KAMI the Movie Tercalon
Anugerah Skrin 2009 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Shout Awards 2010 Best On the Screen Chemistry (bersama Afdlin Shauki) Papadom Menang
Anugerah Skrin 2010 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Wanita Terbaik Senjakala Tercalon
2015 Anugerah Skrin 2015 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Isyarat Cinta Tercalon

Catatan sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Fasha Sandha yang empat tahun lebih tua daripadanya. Ini kerana, Fasha lahir pada 28 Mac 1984 manakala Liyana lahir pada 28 Mac 1988.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sambung pengajian di luar negara". Harnas. 7 Februari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-22. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  2. ^ Aqmar Mustaza (19 April 2016). "Liyana Jasmay mahu jadi artis versatil". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  3. ^ Norhayati Nordin (19 April 2016). "Liyana bergaya bak perawan". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  4. ^ Ulasan video klip Aku Tak Percaya Cinta oleh Liyana Jasmay Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 28 Oktober 2010.
  5. ^ Shazryn Mohd Faizal (7 Oktober 2009). ""Liyana penghibur keluarga kami"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-05. Dicapai pada 6 September 2015.
  6. ^ "14 Foto Terbaru Liyana Jasmay Di Bandar New York. Ah, Tunang Pun Ada Sekali…". 10 October 2012.
  7. ^ "Sambung pengajian di luar negara". Kosmo!. 2 November 2010. Dicapai pada 20 Mac 2015.
  8. ^ a b c "Youth2 : No plastic". the Star. 2007. Dicapai pada 2007-10-26.
  9. ^ a b A. Wahab Hamzah (10 Januari 2006). "Castello paparkan hero macho dan adegan spektakular". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 21 Mac 2014.
  10. ^ Abd. Aziz Itar (15 Disember 2005). "Liyana Jasmay dapat tunjuk ajar Rosyam Nor". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 21 Mac 2014.
  11. ^ a b c Azhariah Kamin (6 October 2008). "Growing pains on Kami". The Star Online. Dicapai pada 21 Mac 2014.
  12. ^ Sofaz - Salahku di YouTube.
  13. ^ Budiey (30 Julai 2009). "Trailer dan Sinopsis Drama Laila Sari Lakonan Liyana Jasmay". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Mac 2015.
  14. ^ a b c Norliza Mohd Zakaria (29 Mei 2009). "Cinta Kamal, Liyana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  15. ^ Li Ee Kee (5 Disember 2009). "Tuah Liyana Jasmay". gua.com.my. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  16. ^ The Curse Of Niyang Rapik (2010) - Movie Diarkibkan 2010-02-09 di Wayback Machine, Yahoo! Movies. Dicapai pada 7 Mei 2010.
  17. ^ a b c Raja Intan Dianna Raja Azham (21 Oktober 2010). "Ponti Anak Remaja iras Twilight". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 20 Mac 2015.
  18. ^ Budiey (20 Oktober 2010). "Drama Mini Ponti Anak Remaja Lakonan Liyana Jasmay". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Mac 2015.
  19. ^ Khurafat Sangat Menyeramkan, Menggugurkan Jantung! Diarkibkan 2013-02-04 di Wayback Machine, Murai.com.my. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  20. ^ Sinopsis Filem Senjakala Lakonan Liyana Jasmay Diarkibkan 2017-03-21 di Wayback Machine, Limau Ais. Dicapai pada 21 Mac 2014.
  21. ^ "3 Janji Serikan Slot Lestary TV3 Bermula Malam Ini, Gandingkan Shahz Jaszle & Liyana Jasmay". Rotikaya. 20 Mac 2012. Dicapai pada 11 November 2013.
  22. ^ a b c d Nuriz Ibrahim (11 September 2013). "NY Cinta lakonan Bront Palarae dan Liyana Jasmay". Nurizspace. Dicapai pada 11 November 2013.
  23. ^ "(HIBURAN) NY Cinta supertelefilem terhebat di ASTRO FIRST". Galaksi Media. 11 September 2013. Dicapai pada 11 November 2013.
  24. ^ "FROZEN (BM)". Golden Screen Cinemas. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
  25. ^ "Frozen (Malay version)". Cinema.com.my. Dicapai pada 21 March 2014.
  26. ^ "Respon Oh! Media Tentang Filem Isyarat Cinta". Oh Media. 18 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 19 Mac 2015.
  27. ^ Shazryn Mohd Faizal (23 Mac 2015). "'Isyarat Cinta' Sebuah Karya 'Mahal' Bade Hj Azmi". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 27 Mac 2015.
  28. ^ Ahmad Zahid gives thumbs up to local film ‘Isyarat Cinta’ (video). The Rakyat Post. 19 Mac 2015. Dicapai pada 21 Mac 2015.
  29. ^ Ramlah Zainal (20 April 2015). "Bella & Jamie: Debaran Liyana Jasmay". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2015.
  30. ^ Feride Hikmet Atak (17 April 2015). "Filem sekarang sudah tidak relevan - Liyana Jasmay". mSTAR Online. Dicapai pada 21 Mei 2015.
  31. ^ Nor Eryani Yusop (30 April 2015). "Sahabat selamanya tema filem Bella & Jamie". Kosmo!. Dicapai pada 21 Mei 2015.
  32. ^ "Liyana Jasmay semakin serius dengan dunia filem". The Rakyat Post. 30 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada 21 Mei 2015.
  33. ^ "LIYANA JASMAY KEMBALI AKTIF SELEPAS BERPANTANG". Media Hiburan. 18 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 1 Mei 2016.
  34. ^ Kemalia Othman (28 Mac 2015). "Ketepi gosip, Liyana Jasmay tetap pilih Zizan terajui Angin Cinta". MSTAR Online. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  35. ^ Arina Azlan (7 April 2016). "Sulaman komedi, romantik Angin Cinta". Kosmo!. Dicapai pada 1 Mei 2016.
  36. ^ "Dua dekad Liyana Jasmay". Kosmo!. 19 Mac 2017. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  37. ^ Budiey (6 April 2017). "Apa yang anda patut tahu tentang filem Sindiket". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 April 2017.
  38. ^ "Sindiket - Filem jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia". Ultra News. 2 April 2017. Dicapai pada 20 April 2017.
  39. ^ Zaidi Mohamad (21 Mac 2018). "Liyana Jasmay susun strategi untuk bertahan". Berita Harian. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  40. ^ "Penantian tiga tahun Liyana berakhir". Berita Harian. 2 Januari 2019.
  41. ^ "Usaha keras Liyana Jasmay". Kosmo!. 23 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  42. ^ Georgie Joseph (28 Mei 2023). "Hilang tiang bersandar". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  43. ^ Kenneth Chaw (19 November 2017). "Can Liyana Jasmay actually sing?". Star2.com. Dicapai pada 3 February 2017. Liyana Jasmay started acting when she was only nine.
  44. ^ Siti Azira Abdul Aziz (4 Ogos 2009). "Liyana Jasmay elak bercakap pasal Aizat kerana takut dikutuk". mStar Online. Dicapai pada 31 Ogos 2009.
  45. ^ "Liyana Jasmay: Saya Boleh Nyanyi". gua.com.my. 19 November 2009. Dicapai pada 27 November 2009. Ditemui selepas majlis pelancaran album itu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang semalam, Nana memberitahu dia sangat gembira kerana akhirnya album itu dapat dilancarkan setelah beberapa lama tertangguh.
  46. ^ "Alibi Music buka sayap". Kosmo!. 26 April 2010. Dicapai pada 21 Mac 2014.
  47. ^ a b c d Zaidi Mohamad (28 Oktober 2016). "Liyana Jasmay lancar dua single, video muzik serentak". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2016.
  48. ^ Zaidi Mohamad (12 April 2016). "Liyana dedikasi lagu Oh Nana buat suami". Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2016.
  49. ^ Tahir Alhamzah (11 November 2016). "On a musical journey, with Liyana". New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2016.
  50. ^ Fatin Razali (28 Oktober 2016). "LIYANA JASMAY MUNCUL DENGAN DUA SINGLE TERBARU". Ehgosheep. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 11 November 2016.
  51. ^ a b c d Mohd Al Qayum Azizi (15 November 2015). "Liyana Jasmay Ambil Tempoh Setahun Buka 'Mermaid Store'". mSTAR Online. Dicapai pada 15 November 2015.
  52. ^ Aqmar Mustaza (31 Oktober 2016). "Liyana Jasmay giat perluas empayar". Sinar Harian. Dicapai pada 1 November 2016.
  53. ^ Zaidi Mohamad (26 Januari 2016). "Liyana Jasmay lahir anak kedua Jumaat lalu". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mac 2016.
  54. ^ Zaidi Mohamad (14 Julai 2015). "Liyana Jasmay mengandung lagi". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mac 2016.
  55. ^ Aqmar Mustaza (29 Januari 2015). "Liyana Jasmay jaga privasi keluarga". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Mac 2015.
  56. ^ Addy Junaidi (25 April 2016). "Liyana Jasmay Mahu Dua Anak Lelaki Pada Usia 31 Tahun". mSTAR Online. Dicapai pada 25 April 2016.
  57. ^ Siti Shahila (15 Oktober 2016). "Liyana Jasmay Terus Belajar Menjadi Ibu Terbaik". Jelita. Dicapai pada 20 Oktober 2016.[pautan mati kekal]
  58. ^ Feride Hikmet Atak (3 Februari 2013). "Kontroversi tidak jejaskan perkahwinan Liyana Jasmay". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2017.
  59. ^ "Setahun Menderita, Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-paru". BOOM!. 17 Disember 2021. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  60. ^ Farihad Shalla Mahmud (17 Disember 2021). "Bapa Liyana Jasmay meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  61. ^ Farihad Shalla Mahmuud (12 Mei 2023). "Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia akibat kanser limfoma". Berita Harian. Dicapai pada 25 Mei 2023.
  62. ^ "Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia akibat kanser". Utusan Malaysia. 12 Mei 2023. Dicapai pada 25 Mei 2023.
  63. ^ Mohammad Shahemy Azmi (24 Mei 2023). "[VIDEO] Faktor genetik, Liyana Jasmay bimbang berisiko hidap kanser". Kosmo!. Dicapai pada 25 Mei 2023.
  64. ^ LJ (Catatan media). Liyana Jasmay. Alibi Music. 2010.CS1 maint: others (link)
  65. ^ Aku Tak Percaya Cinta (Catatan media). Liyana Jasmay. Alibi Music. 2010.CS1 maint: others (link)
  66. ^ Aku Jatuh Cinta (Catatan media). Liyana Jasmay. Alibi Music. 2010.CS1 maint: others (link)
  67. ^ "Cinta Bersatu". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 21 Mac 2015.
  68. ^ Cinta Bersatu (Catatan media). Liyana Jasmay. Indigital Sdn. Bhd. 2011.CS1 maint: others (link)
  69. ^ "Jujur". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 21 Mac 2015.
  70. ^ Jujur (Catatan media). Liyana Jasmay. Indigital Sdn. Bhd. 2013.CS1 maint: others (link)

Pautan luar sunting