Tolong Awek Aku Pontianak
Tolong Awek Aku Pontianak merupakan sebuah filem komedi romantik yang mula ditayangkan di pawagam pada 7 Julai 2011. Filem arahan James Lee ini menampilkan Zahiril Adzim, Sazzy Falak, dan Harun Salim Bachik sebagai pelakon utama filem ini.
Tolong Awek Aku Pontianak | |
---|---|
![]() Poster filem Tolong Awek Aku Pontianak | |
Pengarah | James Lee |
Penerbit | Gayatri Su-Lin Pillai |
Penulis | James Lee (Lakon layar & Cerita Asal) |
Dibintangi oleh | Zahiril Adzim Sazzy Falak Liyana Jasmay Harun Salim Bachik |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Syarikat penerbitan | |
Pengedar | Tayangan Unggul |
Mula ditayangkan | 7 Julai 2011 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Perbelanjaan | RM 1.22 juta [1] |
Pecah panggung | RM 0.76 juta |
PlotSunting
Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh Aaron Slam Bach (Harun Salim Bachik) untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.
PelakonSunting
- Zahiril Adzim - Bob
- Sazzy Falak - Maya
- Liyana Jasmay - Liyana
- Nurul Wahab - Nadia
- Rashidi Ishak - Farid
- Harun Salim Bachik - Bomoh 'Aaron Slam Bachch'
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
Pautan luarSunting
- Tolong Awek aku Pontianak di Sinema Malaysia
- Filem 2011 di FINAS