Raysha Rizrose

Pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia

Farza Naquraisha Mohd Fariz atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose (lahir 22 Jun 1996) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau meraih kemasyhuran setelah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015.[1] Raysha ialah adik kandung seibu pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.[2][3] Beliau terkenal dengan menjayakan peranan utama dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (2017), Zahir Tak Terucap (2018), Dia Menantu Rahsia (2019) dan Ryan Aralyn (2020).[4][5]

Raysha Rizrose
Raysha ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Mei 2015.
Kelahiran
Farza Naquraisha binti Mohd Fariz

(1996-06-22) 22 Jun 1996 (umur 27)
Nama lainRaysha Rizrose
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikanSekolah Kebangsaan Taman Muda
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
PasanganNabil Jeffri (k. 2023)
IbuRosmizai Mohd Noor
BapaMuhammad Fariz Arshad
SaudaraNelissa Senrose (Kakak kandung seibu)
Uqasha Senrose (kakak kandung seibu)
Nelydia Senrose (kakak kandung seibu)
Danitra Rizrose (adik)
Qirana Rizrose (adik)
Arjuna Rizrose (adik)
Ramada Manrose (sepupu belah ibu)
Oktovia Manrose (sepupu belah ibu)
Aprena Manrose (sepupu belah ibu)
KeluargaRosnah Mohd Noor (ibu saudara)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Farza Naquraisha binti Mohd Fariz pada Sabtu, 22 Jun 1996 Masihi bersamaan 5 Safar 1417 Hijrah di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Bapa beliau, Mohd Fariz Iskandar berdarah campuran Melayu dan Cina-Indonesia dan ibunya, Rosmizai Mohd Noor berketurunan Siam. Rosmizai ialah adik kepada pelakon veteran Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Sewaktu zaman persekolahannya di SMK Pandan Indah, beliau pernah bergiat aktif dalam pertandingan pidato dan debat. Kakak beliau—Uqasha dan Nelydia Senrose juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[6][7][8]

Kerjaya sunting

Kerjaya Raysha bermula pada 2011 menerusi watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, yang merupakan kemunculan sulung beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun.

Empat tahun kemudian, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 20 peserta Dewi Remaja 2014/15 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid.[9][10][11] Ini menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu. Selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan sama.[12][13]

Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[14] Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.[15]

Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha. Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang diadakan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja.[16] Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3.[17] Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.[18]

Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018.[19]

Beliau berlakon bersama Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan dalam drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia sebagai Melissa, yang bersiaran di TV3 dari 29 Januari hingga 7 Mac 2019.

Raysha bakal tampil dengan sebuah lagu baru untuk runut bunyi filem Seandainya Kau Ada di mana beliau merupakan salah seorang pelakon utamanya bersama Fendy Bakry dan Ruhainies Farehah. Beliau muncul dalam drama Ryan Aralyn lakonan bersama Zul Ariffin yang bersiaran di TV3 dari 25 September 2020 sehingga 3 November 2020.[20]

Pada tahun 2021, beliau memegang watak sebagai Jasmine dalam drama Terlerai Noktah, seterusnya membintangi filem Hantu Ke Lima sebagai Auni Qaisara Putri. Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Elizabeth Tan, Ikmal Amry dan Alicia Amin dalam drama seram Ex Aku Pontianak yang mana beliau melakonkan watak sebagai Suraya, seorang penjejak pontianak yang memiliki kuasa istimewa boleh menghapuskan makhluk halus itu.[21][22]

Raysha kemudian muncul dalam drama Bisik Bisik Gelora yang menggandingkan beliau bersama Redza Rosli. Menerusi drama ini, beliau melakonkan watak sebagai Banin Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda.[23]

Kehidupan peribadi sunting

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian pada Mei 2015, Raysha mendedahkan alasan beliau untuk tidak menyambung pelajaran demi menyertai Dewi Remaja: "Saya sepatutnya sambung belajar bulan depan tetapi dengan kemenangan ini saya perlu menangguh seketika apa yang dirancang. Saya mahu timba pengalaman dalam dunia seni terlebih dahulu. Insya-Allah lima tahun lagi, saya akan memenuhi impian untuk menuntut dalam bidang undang-undang,".[24] Raysha turut mendedahkan amat mengagumi Lisa Surihani dan menyifatkannya sebagai seorang yang "minimalis".[25]

Sejak 2013, beliau menjalin hubungan dengan pelumba kereta F3 negara, Nabil Jeffri.[26] Pada 22 Februari 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan Nabil dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan itu berlangsung pada jam 8.52 malam di Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, pada majlis tertutup di sebuah hotel.[27]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Dukun Doktor Dani Fikha Filem pertama
2021 Seandainya Kau Ada Nur Syahirah
Hantu Ke Lima Auni Qaisara Putri
TBA Roxana Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Pak Su Man Mimi TV AlHijrah Penampilan drama TV pertama
2017 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Yuhanis TV3
Apa Dah Jadi Alana TV2
Misi Laksa dan Laksam Mek Su TV3
2018 Zahir Tak Terucap Aishah
Cintaku di Bumi Izmir Sharifah Suzan Sevgi Hypp Sensasi
2019 Dia Menantu Rahsia Melissa TV3
2019–2020 Cindai Yasmin
2020 Ryan Aralyn Aralyn
2021 Terlerai Noktah Jasmine
2022 Ex Aku Pontianak Suraya Astro Ria
Bisik Bisik Gelora Banin Arumi TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Isteriku Miss Sally Sherry TV1 Telefilem pertama
Batas Nik La TV2
2017 Apa Dah Jadi Alana TV1
2018 Jodoh Tak Salah Alamat Diana / Rabiatul Adawiyah TV3
Simpang Sejenak Suri
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya Yuhanis
Mr. Smiley Moon TV2
Pendosa Ingin Ke Syurga Juanita TV3
2023 Bisik-Bisik Gelora Raya Banin Arumi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014–2015 Dewi Remaja Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1 Tetamu jemputan

Diskografi sunting

Tahun Tajuk
2014 "Sampai Mati"
2019 "Cinta Luar Biasa"
2021 "Cinta Sejati"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 Dewi Remaja 2014/15 Dirinya sendiri Juara
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pasangan Serasi Drama (bersama Idris Khan) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Raysha Rizrose". Ishak Hashimi. 1 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-15. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  2. ^ Qarami Hashim (9 November 2017). "Raysha bongkar rahsia: "Uqasha gadis jujur, Nelydia kuat menangis"". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-20. Dicapai pada 27 November 2017.
  3. ^ Rafiq Mazlan (1 Ogos 2017). "Raysha Rizrose selesa tanpa gosip". Sinar Harian. Dicapai pada 27 November 2017.
  4. ^ Najiy Jefri (24 Jun 2020). "Elak kisah sensasi". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  5. ^ Haryati Karim (12 Februari 2022). "Nilai bintang Raysha Rizrose". Kosmo!. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  6. ^ Norhaizan Ahmad (11 Julai 2017). ""Kami Bukan Adik-beradik Tiri Sebab Kami Seibu Lain Bapa" — Ini Penjelasan Raysha Tentang Statusnya: Adik Tiri atau Kandung?". InTrend. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  7. ^ Najiy Jefri (5 Februari 2018). "Raysha bersinar". Rentak Artis Popular (RAP). Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  8. ^ Siti Athirah Dzulkifly (4 Oktober 2015). "Kanvas seni Raysha". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-26. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  9. ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2016). "Inspirasi dewi Raysha". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Ogos 2017. Seorang lagi keluarga Senrose ke bidang glamor
  10. ^ Zaidi Mohamad (24 Mei 2015). "Adik Nelydia dan Uqasha menang Dewi Remaja". Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  11. ^ Rudy Imran Shamsudin (24 Mei 2015). Detik penentuan Diarkibkan 2018-06-19 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  12. ^ Feride Hikmet Atak (25 Mei 2015). "Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015". mSTAR Online. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  13. ^ "Masuk 'Dewi Remaja', Raysha Rizrose akui bukan untuk jadi pelakon". The Malay Mail. 4 Ogos 2016. Dicapai pada 27 Ogos 2017.
  14. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Ogos 2017). "Tiada cinta Azrel-Raysha". Berita Harian. Dicapai pada 15 September 2017.
  15. ^ Zaidi Mohamad (21 November 2016). "Raysha Rizrose bebas daripada Astro". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2017.
  16. ^ "Pertama kali ke layar perak". Kosmo!. 31 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-18. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  17. ^ Zulhilmi Jalil (4 Februari 2018). "Raysha teroka bidang nyanyian". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  18. ^ Budiey (5 Jun 2017). "Aiman Hakim Hero Raysha Rizrose dalam Telemovie APA DAH JADI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Jun 2018.
  19. ^ Najiy Jefri (4 September 2018). "Raysha beri laluan kepada kakak". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2018.
  20. ^ Najiy Jefri (24 Jun 2020). Elak kisah sensasi Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  21. ^ Norhayati Nordin (27 Januari 2022). "Raysha tak suka kongsi". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  22. ^ Norhayati Nordin (2 Februari 2022). "Raysha Rizrose nak kahwin bila dah bersedia..." Harian Metro. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  23. ^ Najiy Jefri (18 Jun 2022). "Raysha boleh menyanyi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  24. ^ Zaidi Mohamad (27 Mei 2015). "Alasan Raysha Rizrose tak sambung belajar". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  25. ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2015). "Raysha Rizrose kagumi Lisa Surihani". Berita Harian. Dicapai pada 19 Julai 2018.
  26. ^ Wahi Aziz (1 Jun 2015). "Raysha perlu lebih berhati-hati". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2018.
  27. ^ Farizan Zainal (22 Februari 2023). "Raysha Rizrose Sah Bergelar Isteri Nabil Jeffri Dengan Sekali Lafaz". Rotikaya. Dicapai pada 27 Februari 2023.

Pautan luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Neelofa
Dewi Remaja
2014/2015
Diikuti oleh:
Haneesya Hanee
(ditarik balik)