Orang Thai

Orang Thai (atau Tai) ialah etnik utama di Thailand dan merupakan sebahagian daripada orang etnolinguistik Tai yang didapati di Thailand dan beberapa negara di Asia Tenggara serta di selatan China. Mereka juga dikenali sebagai Thailander. Bahasa mereka ialah bahasa Thai, bahasa rasmi Thailand, yang diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada rumpun bahasa Tai-Kadai. Kebanyakan mereka ialah pengamal agama Buddhisme Theravada.

Thai
คนไทย
Kawasan ramai penduduk
 Thailandkira-kira 48,500,000 (termasuk 21,000,000 penutur Isan)[1]
 Amerika Syarikat136,000[perlu rujukan]
 Laos121,000[perlu rujukan]
 Taiwan102,000[perlu rujukan]
 Singapura48,000[perlu rujukan]
 Myanmar41,000[perlu rujukan]
 Kemboja41,000
 Australia26,000[2]
 Malaysia25,000[perlu rujukan]
 Israel25,000[3]
 United Kingdom16,256[perlu rujukan]
 Hong Kong15,000[4]
 Sweden11,244 (2004)[5]
 Jepun10,000[perlu rujukan]
 Arab Saudi16,000[6]
 Kuwait5,000[7]
 Bahrain3,000[8]
Bahasa
Thai
Agama
Theravada Buddhisme
Kumpulan etnik berkaitan
Lao, Shan, Ahom, orang Tai lain

SejarahSunting

Sejarah awal orang Thai ialah sebagai satu bangsa dari selatan China dipanggil NAN-JOA (Nanzhao atau Nanman), daripada rekod Cina dalam abad keenam SM. Orang Thai awal ini adalah dari Yunnan dan bertebaran ke beberapa daerah di Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos. Orang-orang Thai tiba dalam beberapa gelombang dan menggantikan penduduk Mon dan Khmer sebagai penduduk utama di daerah Thailand semasa zaman Sung China sekitar 960 Masihi. Orang Lao yang berkait berpisah daripada orang Tai-Kadai awal dan bergerak ke Asia Tenggara, terutamanya Laos, manakala suku Thai yang lain, bangsa Shan, bergerak ke Myanmar.

Penubuhan kerajaan Sukhothai pada tahun 1238 ialah kemuncak kejayaan pertama bangsa Thai. Sebelum dimusnahkan oleh kerajaan Ayutthaya yang mendapat sokongan daripada Mongol India dan Mongol di China atau Manchuria. Kemudian dikembalikan kepada Thai oleh usaha yang dilakukan oleh dinasti Chakri 1768.

Geografi dan demografiSunting

Majoriti bangsa Thai mendiami Thailand dan Laos. Walaupun begitu, bangsa Thai boleh juga ditemui di negara lain di Asia Tenggara. Hampir 50 juta mendiami di Thailand [1], manakala ribuan lagi di Taiwan, Singapura, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Laos, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Budaya dan masyarakatSunting

Bangsa Thai boleh dibahagiakan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan kepada Thai utama, timur laut, utara dan selatan dengan setiapnya mempunyai dialek sendiri bagi bahasa Thai, namun masih boleh difahami yang lain. Kini, Bahasa Bangsa Thai utama telah menjadi bahasa rasmi dan menjadi dominan akibat dasar rasmi kerajaan yang cuba mengasimilasi dan menyatukan bangsa Thai, walaupun ia boleh mengakibatkan bahasa Melayu Patani, Khmer dan lain-lain bahasa etnik di Thai menjadi hilang. Penulisan bahasa Thai menggunakan abjad Thai yang dibangunkan tidak lama selepas penaklukan Angkor, yang menandakan ia berasal daripada tulisan Khmer.

Orang Thai kini kebanyakannya penganut Buddhisme Theravada dan kuat mengaitkan identiti etnik mereka dengan kepercayaan agama yang termasuk pemujaan nenek moyang (lihat budaya Thailand). Sesetengah bahasa Thai dipinjam daripada Sanskrit yang asasnya dipinjam melalui budaya Khmer dan Mon, sementara dari segi etnik bangsa Thai berkaitan dengan selatan China. Budaya setempat termasuklah Tomoi (Muay Thai), tarian Thai dan Nang Yai (wayang kulit). Masakan Thai pula agak bersifat eklektik dan merupakan pengaruh daripada negara jiran Burma, Laos dan Kemboja.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Thailand, The World Factbook
  • Girsling, John L.S., Thailand: Society and Politics (Cornell University Press, 1981).
  • Terwiel, B.J., A History of Modern Thailand (Univ. of Queensland Press, 1984).
  • Wyatt, D.K., Thailand: A Short History (Yale University Press, 1986).

Pautan luarSunting