Zul Ariffin

Pelakon dan model Malaysia

Haji Zulkifli bin Ariffin[1] (lahir 25 Oktober 1986)[2] ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.[4]

Haji Zul Ariffin
Zul ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 16 Jun 2015.
Kelahiran
Zulkifli bin Ariffin

(1986-10-25) 25 Oktober 1986 (umur 37)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2008–kini
IbuRobiah binti Nasir
BapaAriffin bin Hassan
Laman web rasmihttps://thezulariffin.com

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada ibu bapanya, Ariffin Hassan dan Robiah Nasir,[5] beliau mempunyai dua kakak dan seorang abang serta berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya beliau tidak layak akibat kecederaan patah di bahu. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara, pada usia 18 tahun. Beliau kemudiannya mengambil latihan sebagai model fesyen dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen.[6]

Kerjaya sunting

Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama aksi kepolisan Gerak Khas terbitan Yusof Haslam, bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama Gerak Khas tidak berkekalan apabila drama itu direhatkan sementara dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai ASP Zam, bersama Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan mencapai kutipan pecah panggung.[7]

Selepas Gerak Khas "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama Nora Elena bersama Aaron Aziz dan Siti Saleha yang disiarkan di Slot Akasia TV3, beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada tahun 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, Luluhnya Sebuah Ikrar bersama Sara Ali dan Ryzal Jaafar.

Bekerja di bawah arahan pelakon senior Ellie Suriati, Zul berlakon dalam filem keduanya—filem seram berjudul Penanggal bersama Fasha Sandha dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, Bikers Kental bersama Awie, Zizan Razak dan Bront Palarae yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi Rindu Awak 200%[8] bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Ayda Jebat yang melakonkan watak Armel Aisya dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul, drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 15 Julai hingga 1 September 2014.[9] Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Penanggal, sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk Karl Shafek (Zaiton: Ceritaku), Shukri Yahaya (Ular) dan Syazwan Zulkifli (Juvana).

Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana Slot Akasia TV3, Istikharah Cinta bersama heroinnya, Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonkan watak ketua mafia dalam filem aksi Balistik bersama pelakon utamanya, Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Bekerja di bawah arahan Pierre Andre, beliau bersama Mon Ryanti membintangi filem seram, Jin terbitan Empat Samudera.[10]

Pada tahun 2015, beliau memenangi kategori Pelakon TV Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi lakonannya dalam Rindu Awak 200%. Beliau digandingkan sekali lagi bersama Siti Saleha menerusi drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Allahyarham Usman Awang yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016.[11]

Pada tahun 2017, filem lakonannya, J Revolusi ditayangkan di pawagam pada 2 Mac, beliau memegang watak sebagai Jay Zulkarnain, seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).[12] Zul dilaporkan telah membeli motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan.[13][14][15] Beliau berlakon bersama Nur Fathia menerusi drama Menanti Februari yang disiarkan di TV3, mengisahkan tentang tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza.[16]

Seterusnya, beliau membintangi drama adaptasi novel, Titian Cinta yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[17][18] Zul muncul bersama Farid Kamil dalam filem pengembaraan epik adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[19][20][21][22][23]

Beliau bersama Izara Aishah kemudiannya menjayakan peranan utama dalam drama Mr. London Ms. Langkawi di Astro Warna, memegang watak sebagai Aidid.[24] Projek filem beliau seterusnya ialah filem seram komedi Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid yang ditayangkan pada 9 Ogos 2018.[25][26] Zul bersama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan membintangi filem seram thriller, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019, beliau memegang watak sebagai Jefri.[27][28][29]

Zul muncul kembali sebagai Inspektor Ashraf dalam Gerak Khas selepas lebih 8 tahun. Beliau ialah salah seorang dari barisan pelakon Gerak Khas musim 19 termasuk Mustaqim Bahadon dan dua pelakon asalnya, Farid Amirul dan Abby Abadi. Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Adam "The Ace" Abdullah dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[30][31] Ini merupakan kerjasama kedua Zul dan Remy dalam tempoh 9 tahun sejak Evolusi KL Drift 2.

Zul kembali digandingkan bersama Mira dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan yang bersiaran di Astro Ria, memegang watak sebagai Yusof, seterusnya berlakon di samping Raysha Rizrose dalam drama Ryan Aralyn di TV3, memegang watak sebagai Ryan.[32] Selain itu, beliau bakal membintangi sebuah filem biopik terbitan Rosyam Nor yang bertajuk Juang yang turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Jack Lim.[33]

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof menerusi filem Penunggang Agama dengan memegang watak sebagai Amir. Ia kembali menggandingkan beliau bersama Azira Shafinaz yang memegang watak sebagai Anna. Ini juga merupakan gandingan pertama Zul dan Azira dalam tempoh 3 tahun sejak Seribu Rindu.[34] Selepas Penunggang Agama, beliau kembali menjayakan watak Jay Zulkarnain dalam filem J2: J Retribusi, kesinambungan dari filem J Revolusi. Filem ini ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 1 Jun. Zul digandingkan bersama Uyaina Arshad dalam drama Love Elsa yang bersiaran di Astro Ria, yang mana beliau memegang watak sebagai Ridza Kim. Beliau juga berlakon di samping Ruhainies Farehah dalam drama WiFi Sebelah Rumah dengan memegang watak sebagai Ghaz.

Pada September 2021, Zul mengumumkan telah menarik diri daripada dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram.[35] Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Nelissa Nizam dalam drama Tarik Aku Ke Syurga dengan memegang watak sebagai Zamri, seorang perunding hartanah yang berjaya.[36]

Penajaan sunting

Perkembangan kualiti dan populariti Zul Ariffin dalam bidang lakonan sering tampak konsisten dan juga berkualiti telah memberikan suatu impak positif serta sedikit sebanyak menjadi sebab, mengapa beliau secara tidak lansung telah berjaya menarik minat serta perhatian daripada pelbagai syarikat pengeluar produk-produk berjenama di pasaran tempatan dan juga antarabangsa dan di mana ia kini berkhidmat sebagai duta dan juga jurucakapnya, justeru itu ia kini berkhidmat sebagai duta, Fisherman's Friend, Nescafe (bersama Maya Karin) dan Senheng.[37] Beliau kini dilantik sebagai duta bagi syarikat automotif negara, PROTON.[38] Produk lain termasuk Gatsby, Lipton (bersama Nur Fathia), Systema, Mont Cabana dan Code 10.

Kehidupan peribadi sunting

Kehidupan peribadi Zul banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau dikatakan pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi pada ketika pelakon itu memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009, bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan.[39][40][41] Beliau dikaitkan pula dengan penerbit filem terkenal Gayatri Su-Lin Pillai, bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.[42][43][44]

Pada tahun 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson yang juga anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson.[45] Beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan kerjayanya.[46][47] Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2018 dan masing-masing membawa haluan. Ibu beliau, Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.[48]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Ashraf Sinclair (Allahyarham). "Saya kenal arwah sudah lama, sebelum kami terjun dalam industri seni. Selepas lama berkawan, kami berpeluang berlakon bersama dalam filem J Retribusi. Saya lihat arwah periang dan sangat baik. Beruntung siapa yang dapat mengenali dirinya,".[49][50]

Filemografi sunting

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Evolusi KL Drift 2 ASP Zam Filem pertama
Lukisan Hati Filem bebas
2013 Bikers Kental Arbi
Penanggal Syed Umar Al-Attas
2014 Balistik Bos Gengster
Jin Syafiq
2016 Evolusi Persona Faiz Filem pendek
#ER3 Ertiga
2017 J Revolusi Jay Zulkarnain
Tombiruo: Penunggu Rimba Tombiruo/Ejim
2018 Hantu Kak Limah Ustaz Solihin
2019 Misteri Dilaila Jefri
Sangkar Adam "The Ace" Abdullah
2021 Penunggang Agama Amir
J2: J Retribusi Jay Zulkarnain
Penunggang Agama 2 Amir
2022 Juang Dr. Johan
Talbis Iblis Nasir
Zaara Afifi
2024 Sheriff Sheriff Pos-produksi
TBA J3: J Resolusi Jay Zulkarnain Pra-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Awan Dania (Musim 1) Astro Ria Drama pertama
2009 Yusuff Jamal TV3
Segalanya Ku Terima Daniel
2009–2011
2019–2020
Gerak Khas Inspektor Ashraf TV2
2010 Mayang Mengurai Dr. Roslee TV3
Tudung Ekspres Syahrul Izhar Astro Prima
Tiramisu Zain TV3
2011 Moreh Astro Oasis
Hilang Azrul TV9
Laila Manja Imran TV3
Nora Elena Saiful Idham / Eid
2011–2012 Karma Aduka TV9
2012 Cikgu Kemisah Kirby (Musim 1) Asmadi TV2
Anak Raja Dongeng
Lagenda Langkawi Amin TV2
Terlanjur Cinta Izam TV9
2013 Cikgu Kemisah Kirby (Musim 2) Asmadi TV2
Janji Adam Adam TV3
Luluhnya Sebuah Ikrar Azhar TV9
Firdausi Cinta TV1
Debunga Lalang Halim TV3
Jodoh Itu Milik Kita Redza Astro Mustika HD
Sangkar Tuan Syed TV9
2014 Rindu Awak 200% Zill Faezrul TV3
Istikharah Cinta Airil
Walau Sedetik Cuma Azhan TV AlHijrah
2015 M.A.I.D Harris Astro Ria
Cinta Karan Zul Tonton
2016 Uda & Dara Izzat Hilman Astro Prima
2017 Menanti Februari Arie TV3
Titian Cinta Umayr Harris
2018 Mr. London, Ms. Langkawi Aidid Astro Warna
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari Iskandar Astro Ria
Seribu Rindu Irfan TV3
2019 Setelah Ku Dimiliki Adriz
2020 Bidadari Kiriman Tuhan Cikgu Yusof Astro Ria
Ryan Aralyn Ryan TV3
2021 Diva Popular Awesome TV
Love Elsa Ridza Kim Astro Ria
Wifi Sebelah Rumah Ghaz Disney+ Hotstar
Budak Intern Dato Shuk TV9
2022 Tarik Aku Ke Syurga Zamri TV3
2023 Perempuan Itu Emir Tonton

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Anak Rintih Roni Ahmad Astro Prima
2011 7 Lagu Raizal Astro Citra
Mendongak Ke Langit Zikri/Aliff Astro Ria
Hatiku Di Kinabalu Anuar Astro Citra
Sayang Abah Along Astro Prima
2012 Cik Paris Diva Kampung Rahim Astro Prima
Jujur Aku Dayus Azhan TV3
2013 Mr. Feminin Fahmi TV9
Kabin Di Tepi Tasik Rushid Astro Ria
Mimpi Fara Farid TV9
Kasih Bersulam Daun Palas Fazli bin Mansor Astro Prima
2014 Panik Rashid Astro First Eksklusif
Kemaafan Terindah Aliff Firdaus TV1
Hati Untuk Siapa Zul Astro Prima
Habibah vs Baby Badrul TV9
Aira Airil Abdullah TV1
2015 Rindu Awak 200% Raya Zill Faezrul TV3
Lokum Untuk Mama Shahrul TV9
Lilinkah Aku Iskandar
2016 M.A.I.D Pun Nak Raya Harris Astro Ria
Lara Hadi Hadi TV2
2017 Permata Hati Aizuddin Astro First Eksklusif
2019 Sempurnakah Aku Johan Astro Ria
2022 Mandi Mayat Syawal Astro Citra

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Pencuri Hati Pengacara Sooka
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Juri Astro Warna

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2011 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Seksi – Lelaki Tercalon
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama Hero & Heroin Pilihan (bersama Elfaeza Ul Haq) Janji Adam Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Penanggal Menang
Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Filem Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era ke-2 Pelakon TV MeleTOP Rindu Awak 200% Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2 Pelakon Drama Lelaki Pilihan Menang
Hero & Heroin Pilihan (bersama Ayda Jebat) Tercalon
Barisan Pelakon Drama Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon Filem Lelaki Popular Penanggal Tercalon
Artis Lelaki Stailo Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Ayda Jebat) Rindu Awak 200% Menang
HLive! Special Artiste Of The Month Menang
Anugerah Melodi ke-2 Artis Lelaki Pilihan Menang
2016 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Popular Rindu Awak 200% Tercalon
2017 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon Filem Lelaki Popular J Revolusi Menang
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Popular Uda & Dara Tercalon
2018 Anugerah MeleTOP Era ke-5 Bintang Filem MeleTOP J Revolusi Tercalon
Tombiruo: Penunggu Rimba Tercalon
Pelakon MeleTOP Titian Cinta Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 Aktor Pilihan Menang
Pasangan Pilihan (bersama Farah Nabilah) Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Filem Terbaik Tombiruo: Penunggu Rimba Tercalon
Pelakon Lelaki Filem Popular Tercalon
Pelakon Lelaki Telenovela Popular Titian Cinta Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tombiruo: Penunggu Rimba Menang
Pasangan Serasi Filem (bersama Nabila Huda) Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Nur Fazura) J Revolusi Menang
Pasangan Serasi Drama (bersama Farah Nabilah) Titian Cinta Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6 Aktor Pilihan Seribu Rindu Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Azira Shafinaz) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pelakon Lelaki Terbaik Sangkar Menang
Anugerah Drama Sangat 2021 Pelakon Lelaki Terbaik Ryan Aralyn Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Azira Shafinaz) Talbis Iblis Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Amelia Henderson) J2: J Retribusi Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Profil Zul Ariffin". Berita Semasa. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  2. ^ Tuan Azman (25 November 2017). "Zul Ariffin tangkis tanggapan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  3. ^ Norhidayyu Zainal (13 Julai 2017). "Zul Ariffin mahu kekal watak utama". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  4. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (June 27, 2017). Set being Hero New Straits Times. Retrieved on July 21, 2017.
  5. ^ Nurul Khaleeda Rashikin (30 Ogos 2017). "'Ya, saya memang rapat dengan mak'". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  6. ^ "Zul Ariffin is more than just a pretty face". The Malay Mail. 8 September 2017. Dicapai pada 6 Oktober 2017.
  7. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30.[pautan mati kekal]
  8. ^ Kemalia Othman (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% Bawa Karier Zul Ariffin Ke Tahap Lebih Tinggi mSTAR Online. Dicapai pada 1 April 2015.
  9. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% bukti kehebatan drama adaptasi Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2015.
  10. ^ "Jin temukan Zul Ariffin, Mon Ryanti". Kosmo!. 19 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Ogos 2014.
  11. ^ http://www.mreena.com/2015/10/drama-uda-dan-dara.html
  12. ^ Zul Arrifin leads action movie, "J Revolusi" The Hive Asia (20 April 2016). Retrieved on 1 May 2016.
  13. ^ Zul Ariffin beli motor untuk diguna dalam filem 'J Revolusi' Berita Harian SG (18 Februari 2017). Diperoleh pada 6 Mac 2017.
  14. ^ Mohd Haikal Isa (28 Mac 2017). Zul Ariffin mahu jadi hero filem aksi Kosmo! (18 Februari 2017). Diperoleh pada 23 April 2017.
  15. ^ Aref Omar (20 January 2017). "Hunky J Revolusi star Zul Ariffin says "Oh, Hell no!" to theatre". New Straits Times. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  16. ^ Kenneth Chaw (18 April 2017). Menanti Februari stars Zul Ariffin and Nur Fathia challenge each other Star2. Diperoleh pada 23 April 2017.
  17. ^ Aqmar Mustaza (29 September 2017). "Titian Cinta terima sambutan hangat". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  18. ^ "Titian Cinta sarat konflik". Kosmo!. 1 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  19. ^ Ramlah Zainal (8 September 2017). "Bukan jual tubuh". Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  20. ^ Syanty Octavia Amry (29 September 2017). "Beraksi dalam butan". Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  21. ^ Norhidayyu Zainal (12 September 2017). "Zul Ariffin puas kerana Tombiruo: Penunggu Rimba". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  22. ^ Aqmar Mustaza (5 Mac 2017). "Profesionalisme Zul Ariffin & Farid Kamil". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  23. ^ Muhamad Fairoz Azizan (27 September 2017). "Zul sedia dikritik tayang badan dalam Tombiruo". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2017.
  24. ^ "Mr London Ms Langkawi lakonan Zul Ariffin dan Izara Aishah". KepalaBergetar. 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  25. ^ Dennis Chua (12 Disember 2017). Zul Ariffin realises dream of starring in Mamat Khalid film New Straits Times. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  26. ^ Nor Eryani Yusop (13 Ogos 2018). "Acuan komedi Zul Ariffin". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 2 Mac 2019.
  27. ^ "Cinta lokasi Zul-Lizzy". Harian Metro. 29 April 2018. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  28. ^ Ramlah Zainal (20 Januari 2019). "Karya khas buat Zul". Harian Metro. Dicapai pada 20 Januari 2019.
  29. ^ Bissme S. "Playing mind games". The Sun (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 February 2019.
  30. ^ Zaidi Che (3 Julai 2019). Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar Diarkibkan 2019-08-20 di Wayback Machine STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  31. ^ Jessica Chua (17 Julai 2019). Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  32. ^ Norhayati Nordin (1 Oktober 2020). "Zul dapat 'rehat' lama". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2020.
  33. ^ Norhayati Nordin (26 September 2020). "Kisah benar wira negara". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2020.
  34. ^ Zulaikha Yusof (25 Mac 2021). "Sebab Syafiq Yusof, Zul Ariffin cakap 'yes' untuk filem Penunggang Agama - "Saya percaya dengan cara kerja dia"". Astro Gempak. Dicapai pada 5 April 2021.
  35. ^ Najiy Jefri (11 September 2021). "Zul Ariffin tarik diri ABPBH34". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2021.
  36. ^ Zaara Talita (19 Januari 2022). "'Dia bukan kekasih saya'". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
  37. ^ Jessie Lim (11 November 2015). New telco line in town The Star. Retrieved on 14 November 2015.
  38. ^ Fazura and Zul Arifin star in action packed Proton Persona ad video The Malay Mail. Retrieved on 3 October 2017.
  39. ^ Mohd Al Qayun Azizi (19 Jun 2014). "Zul Ariffin Tepis Tuduhan Pernah Jadi Mangsa Kekasaran Abby Abadi". mSTAR Online. Dicapai pada 12 November 2015.
  40. ^ Mohd Al Qayun Azizi (17 Disember 2011). "Zul Ariffin Akui Masih Sayangkan Abby Abadi". mSTAR Online. Dicapai pada 12 November 2015.
  41. ^ "Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan". Rotikaya. 19 Jun 2014. Dicapai pada 12 November 2015.
  42. ^ Gayatri beri amaran kepada Zul Ariffin Rotikaya. 15 April 2016. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  43. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Julai 2015). "'Saya mahu bersikap telus'". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2015.
  44. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (5 June 2015). "Zul Ariffin hot tempered". New Straits Times. Dicapai pada 12 November 2015.
  45. ^ Hidyah Mohamad (6 April 2017). Saya dan Zul masih bercinta - Zahirah MacWilson Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  46. ^ Nurul Fadila Awaludin (4 November 2017). "Zul Ariffin mahu penjelasan terperinci Zahirah". Kosmo!. Dicapai pada 12 November 2017.
  47. ^ Norhidayyu Zainal (14 Januari 2015). "Zul Ariffin: Belum masa berkahwin". Sinar Harian. Dicapai pada 12 November 2017.
  48. ^ Amirul Haswendy Ashari (5 Disember 2017). Ibu Zul Ariffin meninggal dunia Harian Metro. Diperoleh pada 6 Ogos 2018.
  49. ^ Farihad Shalla Mahmud (19 Februari 2020). Zul Ariffin terkilan tak sempat usung jenazah Ashraf Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2020.
  50. ^ Georgie Joseph (19 Februari 2020). Susah senang Zul Ariffin bersama Ashraf Sinclair Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.

Pautan luar sunting