Nabila Huda

Pelakon wanita Malaysia

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) ialah seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada lagenda rock terkenal Datuk Amy, vokalis kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan kecil dalam Lagi-Lagi Senario (2001) arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012), Munafik (2016), Makrifat Cinta (2018) dan Rahsia (2023).[1]

Nabila Huda
Nabila ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 6 September 2016.
Kelahiran
Nabila Huda binti Suhaimi

(1984-12-02) 2 Disember 1984 (umur 39)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2001–kini
Pasangan
  • Zaidi Zailani (k. 2008; c. 2011)
  • Mohd. Izwan Johar (k. 2015)
Anak-anak1
IbuFaridah Fadzil
BapaDatuk Amy Search

Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.[2]

Kehidupan awal sunting

Nabila Huda dilahirkan pada 2 Disember 1984 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung kepada penyanyi rock terkenal dan vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abil mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu—Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (lahir 2003), Sania Samara (lahir 2005) dan Qaqa At-Tameemi (lahir 2008).[3]

Kerjaya sunting

Kerjaya awal (2001–08) sunting

Nabila Huda memulakan kerjaya lakonannya pada 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4] Di awal penglibatannya, Nabila menguruskan kerjayanya sendiri dan belajar mengenai seni lakonan ketika berada di lokasi penggambaran. Beliau tidak hanya duduk bersama pelakon lain, tetapi juga semua individu yang terlibat termasuk jurukamera dan penulis skrip.[5] Beliau menjayakan peranan kecil dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) arahan Aziz M. Osman, seterusnya pada 2004, beliau muncul dalam telefilem Blok 404 bersama Zamarul Hisham.

Peranan di layar lebar tiba pada 2005, Nabila berlakon dalam filem sulungnya, filem komedi muzikal arahan Mamat Khalid, Rock yang dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman dan Soffi Jikan di mana beliau memegang watak sebagai Nurfarzana @ Foxy Lady. Pada tahun berikutnya, beliau diberikan watak undangan dalam filem komedi Bujang Senang arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen. Selepas kejayaan filem pertamanya, beliau kemudiannya melakonkan watak utama sebagai Noni dalam filem drama Malaysia, Akhirat bersama Ady Putra, Vanidah Imran dan Tony Eusoff, yang melayakkannya menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.

Selepas sekian lama beraksi di layar lebar, Nabila berlakon dalam drama Impak Maksima the Series sebagai Shikin arahan Ahmad Idham yang bersiaran di TV3. Pada tahun 2008 juga, beliau berlakon dalam drama Ibu bersama Hamidah Wahab. Seterusnya, beliau memegang watak utama sebagai Ravina dalam telefilem Bahang Ravina bersama Jasmin Hamid dan Rencong bersama Soffi Jikan.

Pengiktirafan meluas (2009–14) sunting

Nabila memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single solo pertamanya, "X-Ray" hasil nukilan Edrie Hashim. Dalam satu temuramah pada 2018, beliau mengakui kerjaya sebagai penyanyi dianggap paling memalukan buat dirinya.[6][7]

Beliau mula mendapat perhatian secara meluas pada 2009 menerusi lakonannya sebagai seorang gadis bohsia dalam filem aksi sosial Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam arahan Syamsul Yusof yang menjadi blokbuster terbesar dalam pecah panggung.[8] Menerusi filem ini, beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Beliau turut menerima pencalonan bagi kategori Aktres Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2009 menerusi filem sama.

Selepas kejayaan Bohsia, Nabila membuat kemunculan istimewa menerusi watak Natasha dalam filem komedi Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Nur Fazura dan Maya Karin.[9] Beliau kemudiannya berlakon dalam filem romantik fantasi Duhai Si Pari-Pari lakonan Liyana Jasmay dan Que Haidar. Nabila kembali ke layar kaca dengan memegang watak utama sebagai Ain dalam melodrama 13 episod, Cinta Untuk Ain bersama heronya, Que Haidar yang ditayangkan di Slot Lestary TV3.[10][11]

Beliau kembali ke layar lebar pada 2012 selepas dua tahun, Nabila menjayakan semula peranannya sebagai Tasya dalam filem Jalan Kembali: Bohsia 2[12] yang merupakan kesinambungan daripada filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009).[13] Filem ini menjadi kejayaan secara komersial sekaligus melayakkan beliau menerima pencalonan bagi Aktres Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2012.

Pada tahun 2013, beliau berlakon bersama Pekin Ibrahim dan pelakon kanak-kanak yang sedang meningkat naik, Puteri Balqis dalam siri drama waktu perdana TV3, Balqis. Pada tahun yang sama, beliau berlakon bersama Fizz Fairuz dalam filem seram thriler, Bisikan Syaitan arahan Faizul A. Rashid, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Soraya, filem mengisahkan tentang kehidupan sebuah pasangan iaitu Soraya lakonan beliau dan Kamil (dilakonkan oleh Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.[14]

Pada tahun 2014, menerusi persembahannya dalam Balqis, beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014. Beliau kemudiannya diberi peranan sebagai Biduanita Negara, Saloma dalam telefilem biopik dua episod bertajuk, Saloma arahan Melissa Saila yang disiarkan di Astro First Eksklusif.[15][16] Beliau mengakui biopik mengenai biduanita, Puan Sri Saloma antara yang paling sukar untuk dijayakan.[17][18] Seterusnya, beliau berlakon bersama Nur Fathia, Arja Lee dan Keith Foo dengan memegang watak antagonis sebagai Liyana dalam siri drama waktu perdana Ariana Rose yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker hasil tulisan Evelyn Rose.[19][20]

Kejayaan berterusan (2015–kini) sunting

Pada tahun 2015, beliau berlakon dalam filem seram paranormal thriler Gamatisme arahan Yeop Hitler Zami bersama Syazwan Zulkifly, filem ini mengisahkan mengenai Zara, seorang mangsa rogol yang mengalami gangguan aktiviti paranormal selepas menggugurkan bayi perogolnya. Apabila dia berpindah ke hostel kolejnya, rakan-rakannya mula mengalami gangguan yang sama.[21] Zara pula mulai diganggu oleh seorang wanita hamil[22] serta berlakon dalam drama Akulah Balqis arahan Fadzil "Pali" Yahya yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Puteri Balqis.[23][24]

Nabila membuat penampilan teater pertamanya menerusi pementasan teater adaptasi novel karya penulis Indonesia, Hamka, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 18 Oktober 2015.[25] Beliau merupakan pengacara rancangan travelog Awak Kat Mana yang bersiaran di Astro Ria.[26]

Pada 2016, Nabila sekali lagi bekerja dengan Syamsul Yusof menerusi filem seram Munafik yang menjadi pecah panggung di pawagam,[27][28] di mana beliau memegang watak sebagai Maria.[29] Filem itu melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Beliau juga dicalonkan bagi Kategori Pelakon Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2016 dan Bintang Filem MeleTOP di Anugerah meleTOP Era 2017 menerusi filem sama.

Pada akhir 2016, ia telah diumumkan bahawa Skop Productions akan menerbitkan kesinambungan filem Munafik. Bagaimanapun, pada Mac 2017, Nabila mengumumkan menarik diri dari kesinambungan filem itu kerana kesibukan jadual kerjanya dan beliau digantikan oleh Maya Karin untuk sekuel ini yang diberi judul Munafik 2.[30][31][32][33][34] Beliau digandingkan bersama Ungku Ismail Aziz dalam telenovela romantik paling berjaya, Dendam Aurora yang bersiaran di Astro Ria,[35] mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik.[36][37]

Kembali bekerjasama bersama Syamsul, Nabila membintangi filem drama biografi romantik, Makrifat Cinta arahan Kamal G,[38] beliau memegang watak Zara, seorang wanita yang ingin hidup senang. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018.[39][40]

Nabila merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; Nabila memegang watak sebagai Shameen.[41] Beliau muncul bersama Bront Palarae dalam drama antologi Folklore yang bersiaran di HBO Asia mulai 7 Oktober 2018.[42][43]

Beliau juga muncul dalam muzik video lagu "Ragaman" nyanyian Faizal Tahir. Faizal berkata mengenai pemilihan Nabila sebagai pasangannya dalam muzik video "Ragaman": "Saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk memegang watak ini. Nabila merupakan pilihan terbaik".[44]

Nabila merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Tony Eusoff dan Douglas Lim.[45]

Kehidupan peribadi sunting

Nabila berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009.[46] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2011.

Pada 25 Disember 2015, Nabila telah sah bergelar isteri sekali lagi buat kali kedua kepada Mohd Izwan Johar seorang tauke kafe hipster.[47] Beliau menerima mas kahwin berjumlah RM300.[48][49]

Nabila mendedahkan pada Ogos 2018 yang beliau sudah tiga tahun tidak bertemu dengan bapanya, Amy Search sejak 2015.[50][51] Beliau turut mendedahkan mempunyai perselisihan faham dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan yang lebih dikenali sebagai Norish.[52]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Lagi-Lagi Senario Pelanggan Warung Azlee Filem pertama, pelakon tambahan
2004 Blok 404 Nurisa
2005 Rock Nurfarazana @ Foxy Lady
2006 Bujang Senang Melly Penampilan khas
2007 Cinta Yang Satu Farah
2008 Akhirat Noni
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Tasha
Pisau Cukur Natasha
Duhai Si Pari-Pari Mala
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Tasha
2013 Bisikan Syaitan Soraya
Juvana Jururawat Penampilan khas
2014 Yasmine Nurul Filem Brunei
2015 Gamatisme Zara
2016 Munafik Maria
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Wan Suraya
Rempit Sampai Langit Comel
2018 Makrifat Cinta Zara
2019 Wangi Bella
2020 M4M4 Aini
2021 Petaka Ima
2022 Renjana Che Aminah
Halimun Laila
2023 Harum Malam Sarjan Zehan
Rahsia Ramlah
Budak Flat Jojo
2024 Pemburu Saka
Memoir Seorang Guru
Abnormal: Buas
Telaga Suriram Maimon

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Kisah Benar (Musim 23) TV3 Episod: "Kejutan Budaya"
2006 Badai Pesona Ringgit TV1 Pelakon undangan
2008 Impak Maksima the Series Shikin TV3
Sari Maya Sari TV9
KL Menjerit The Series Mira Astro Ria
Laila Majnun Laila TV3
2009 Gerak Khas (Musim 11) Izan TV2 Episod: "Kaki Buli"
Cinta Untuk Ain Ain TV3
Sari Maya 2 Sari TV9
Dari Mata Arisa Azarina TV2
2010 Na O Mei Camelia TV3
Ahmad Durrah Fatanah
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Dila Astro Oasis Episod: "Melawan Kudrat"
Dewa Cintaku Ona TV3
Tihany Tihany TV9
Laila Manja Azie TV3
2012 Friday I'm In Love Elly TV9
Pelangi Kasih Sofea TV3
7 Ramadan Sufiah (Muda)
Julia Julia
2013 Janji Shirah Shirah
Udin Glamor Balik Kampung Zakiyya TV2
Teduhan Kasih Ayu TV3
Jodoh Itu Milik Kita Alya Astro Mustika HD
Sangkar Yasmin TV9
Dia Suamiku Aisyah Astro Prima
2013–2014 Ariana Rose Liyana TV3
2014 Masihkah Ada Cinta Tina
Tanah Kubur (Musim 10) Tina Astro Oasis Episod: "Langkah Mayatku"
Antidot Teja TV3
2015 Bencinta Emak Nabil
Akulah Balqis Seri
2016 Udin Glamor Balik Kampung 2 Zakiyya TV2
Sayap Jibril Aisyah Astro Oasis Episod: "Hati"
2017 Dendam Aurora Aurora Astro Prima
Mr. Hijab Fazira TV3
2018 KL Gangster: Underworld Shameen Iflix
Folklore HBO Asia Episod: "Toyol"
2019 Spanar Jaya X Mona TV3
Kamar Kamariah Kamariah
Iktibar Fatimah Episod: "Korban Cinta"
2019–2021 Black Dr. Aisya Viu
2020 KL Gangster Underworld 2 Shameen Iflix,
WeTV
You Kat...? Maisarah Awesome TV
2021 Covid Oh Covid Salmiah TV3
Diva Popular Erma Erika Awesome TV
Lockdown Aliya Astro Ria
Terlerai Noktah Zaira TV3
Diva Popular 2 Erma Erika Awesome TV
2022 Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya Mak Wok TV3
2023 Sekali Aku Bahagia Aireen
Alter-Naratif Mel Isa Viu
2024 Lelaki Itu Sarina TV3
Projek: Exit Ibu Zan Astro Premier

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Meraung Ayu VCD
Satria Maya
2004 Cinta Kinabalu
2005 Kem 505
2008 Bahang Ravina Ravina Astro Prima
Rencong
2009 Bisikan Azazil Kid / Wawa Astro Ria
Alahai Cucu Atuk Milah Astro Prima
2010 Emily Emily TV3
2011 Panggilan Ilahi Astro Prima
Takbur Seorang Isteri Sheena TV9
Jangan Dilukai Hatinya Astro Oasis
2012 Mahar Untukmu Aisyah TV3
Kasih Bumi Kasih TV9
Rebah Taubat Wati TV3
Menara Cinta Nur
2013 Balqis Anis
Sebenarnya Airis
Cinta Gadis Igal-Igal TV2
2014 Hanya Di Atas Kertas El TV3
Anak Aku Bukan Milik Aku Maya
Saloma: Mencuri Guruh Saloma Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kaseh
2015 Rose Emilia Rose TV9
Olong Olong TV3
2016 Budak Dari Tak Bai Kisya Astro Ria
Kulit Chempaka Astro Citra
Batu Nisan Ibu Ana TV3
Ketupat Terakhir Dira
Baju Berkancing Peniti
Tercipta Untukku Thia Astro First Eksklusif
2017 Lukisan Cinta Natasha Astro Ria
Dan... Aku Jatuh Cinta Indah Astro Citra
2018 Malam Ini Aku Menangis Julia Astro Ria
Arafah Arafah TV3
Rama-Rama Sahira ntv7
2019 Sirna Irma TV1
Dia Tak Berdosa Laila
Remuk TV3
Syawal Untuk Semah Zulaikha
2020 Jihad Ramadan Juita
2021 Jeti Zaiton
Aku Bukan Malaikat Shuhada TV1
2022 Pelampung Hayati TV2
Pak Kodi Diserang Zombie Aida TV3
2023 Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Ramona
Maaf Terakhir Midah
2024 Jodoh Geng G Julia Astro Warna

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2010 Natrah Musical
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Haryati
2015 Bawang Puteh Bawang Merah Nenek kebayan
2019 Ola Bola The Musical: Restaging
2023 Lantai T. Pinkie Nyai Sunari

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Belahan Jiwa Pengacara TV1
2015 Awak Kat Mana ? Astro Ria
2016 Apa Rasa ? Artis Jemputan Astro Prima
Resepi Memikat Suami Astro Ria
2017 Bas Stop Astro Warna Episod: "Viral"
2019 Muzikal Lawak Superstar Pengacara
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 TV3
The Masked Singer Malaysia (musim 1) Juri Astro Warna
2021 Laki Masak, Bini Lucky Pengacara Awesome TV
Anugerah Drama Sangat 2021 TV3 mengacara bersama Ain Edruce
2021–2022 Melodi
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 mengacara bersama Alif Satar
Sepahtu Reunion Live Nisa Astro Warna Episod: "Sejati"
2023 Muzika Ekstravaganza 2023 Pengacara TV2 mengacara bersama Suzairhe Sumari
2023–2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Juri Astro Warna
2024 Masak Sana Sini New York Pengacara TV Okey

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi Ruj.
2018 "Ragaman" Faizal Tahir [53]

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk lagu
2009
"X-Ray"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Akhirat Tercalon
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Wanita Terbaik Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Tercalon
Anugerah Skrin ke-13 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
2012 Anugerah Skrin ke-16 Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Mahar Untukmu Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Jalan Kembali: Bohsia 2 Tercalon
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pelakon TV Wanita Popular Menang
Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jalan Kembali: Bohsia 2 Tercalon
2014 Anugerah Skrin ke-18 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Balqis Menang
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Wanita Terbaik Munafik Menang
Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah Skrin ke-20 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya Tercalon
Anugerah Melodi ke-3 Personaliti Filem Melodi Tercalon
2017 Anugerah MeleTOP Era ke-4 Bintang Filem MeleTOP Munafik Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Gandingan Serasi Filem (bersama Syamsul Yusof) Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era ke-5 Pelakon MeleTOP Dendam Aurora Tercalon
Bintang Filem MeleTOP Tombiruo: Penunggu Rimba Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Ajak Shiro) Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Zul Ariffin) Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Makrifat Cinta Menang
Anugerah Skrin ke-23 Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Kamar Kamariah Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Drama Dia Tak Berdosa Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik Jeti Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Syahirah Mokhtazar (23 November 2017). "Nabila Huda dreams of life beyond acting". New Straits Times. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  2. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 September 2016). Malam Syamsul, Shanjhey, Nabila, Pekin... Diarkibkan 2018-08-10 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2016.
  3. ^ Farhana Ab Rahman (26 Mei 2017). "Nabila lebih selesa kongsi perihal kerjaya". Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  4. ^ Aqmar Mustaza (21 November 2017). "Nabila Huda lebih suka naskhah berat, mencabar". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (23 September 2019). "Bukan buat asal boleh". Harian Metro. Dicapai pada 25 September 2019.
  6. ^ Kemalia Othman (11 Jun 2018). "Perkara memalukan Nabila dipaksa jadi penyanyi". mStar Online. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  7. ^ Zulqarnain Abu Hassan (11 Jun 2018). "Single itu benda paling memalukan: Nabila Huda". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  8. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai pada 2009-05-07.
  9. ^ Nur Safina Othman (11 November 2009). "Gold diggers strike gold". CinemaOnline. Dicapai pada 11 November 2009.
  10. ^ Budiey (26 Februari 2009). "Drama Cinta Untuk Ain Lakonan Que Haidar, Nabila Huda, Sherry Ibrahim". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 April 2018.
  11. ^ Wahida Asrani (17 Februari 2009). "Nabila, Que sukar wujudkan bibit cinta". mStar Online. Dicapai pada 20 April 2018.
  12. ^ Wahiduzzaman (18 Jun 2012). "'Bohsia 2' Kehebatan Dalam Sebuah Karya Klise". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-26. Dicapai pada 2012-06-09.
  13. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai pada 2012-06-09.
  14. ^ Khairul Amri Hassan (2 Mei 2013). "Perjanjian durjana dengan syaitan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-10. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  15. ^ Azyyati Ahmad (30 Mei 2014). "Aura Saloma hidup dalam Nabila Huda". Astro Awani. Dicapai pada 6 Februari 2015.
  16. ^ Kenneth Chaw (21 Ogos 2014). "The makings of a star". The Star Online. Dicapai pada 9 September 2015.
  17. ^ Feride Hikmet Atak (4 Januari 2014). "Nabila Huda Akui Sukar Lakonkan Watak Saloma". mStar Online. Dicapai pada 6 Februari 2015.
  18. ^ "Tangis Nabila menjiwai Saloma". Kosmo!. 22 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 6 Februari 2015.
  19. ^ "Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton". Sinar Harian. 18 Februari 2014. Dicapai pada 25 April 2017.
  20. ^ Budiey (19 Disember 2013). "Drama Bersiri Ariana Rose di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 April 2017.
  21. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (1 Jun 2015). "Gamatisme sarat dengan pengajaran". mSTAR Online. Dicapai pada 25 April 2017.
  22. ^ Ridzuan Abdul Rahman (8 April 2015). "Misteri Gamatisme bermula". Harian Metro. Dicapai pada 25 April 2017.
  23. ^ Zaidi Mohamad (17 November 2015). "Akulah Balqis di TV3 mulai esok". Berita Harian. Dicapai pada 25 April 2017.
  24. ^ Zaidi Mohamad (22 November 2015). "Cabaran drama Akulah Balqis". Malaysian Access. Dicapai pada 25 April 2017.
  25. ^ Norhayati Nordin (23 Ogos 2015). "Karier Nabila bercambah". Harian Metro. Dicapai pada 25 September 2015.
  26. ^ "Astro Ria lancar program baru 'Awak Kat Mana'". Astro. 4 Ogos 2015. Dicapai pada 25 April 2017.
  27. ^ Mohd Tahir, Sudirman (14 April 2016). "Munafik paling laris". Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2016.
  28. ^ Mumtaj Begum (10 March 2016). "Malaysian horror flick Munafik set to scare other films off". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 16 April 2017.
  29. ^ "Sihir Munafik Nabila Huda". Malaysian Access. 24 Februari 2016. Dicapai pada 16 April 2016.
  30. ^ "NABILA HUDA TOLAK TAWARAN FILEM MUNAFIK 2". TV14. 7 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 25 April 2017.
  31. ^ "NABILA HUDA TOLAK BERLAKON MUNAFIK 2". Media Hiburan. 7 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-25. Dicapai pada 25 April 2017.
  32. ^ "Nabila Huda tolak berlakon Munafik 2". Berita RTM. 7 Mac 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  33. ^ "Munafik 2 bakal terbit tanpa Nabila Huda". Utara News. 8 Mac 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  34. ^ "Nabila Huda Tolak Tawaran Syamsul Yusof Bintangi Munafik 2". Iluminasi. 8 Mac 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  35. ^ Zaidi Mohamad (19 Julai 2017). "Dendam Aurora keutamaan Nabila, bukan Blok 404". Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  36. ^ "Nabila Berhabis Ribuan Ringgit Demi Baju 'Dendam Aurora'". Malaysian Digest. 25 Julai 2017. Dicapai pada 20 April 2018.
  37. ^ Zulhilmi Jalil (16 Julai 2017). "Dendam Aurora adaptasi telenovela Itali". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 20 April 2018.
  38. ^ Dennis Chua (21 Disember 2016). "Makrifat Cinta: The tale of a self-made millionaire". New Straits Times. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  39. ^ Zulhilmi Jalil (24 Disember 2017). "Kisah benar dalam Makrifat Cinta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-07. Dicapai pada 7 April 2018.
  40. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  41. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  42. ^ Melanie Chalil (7 September 2018). "In new horror anthology 'Folklore', Asian ghouls are given contemporary twist". The Malay Mail. Dicapai pada 9 September 2018.
  43. ^ "Naskhah Asia pertama Nabila Huda". Kosmo!. 17 Oktober 2018. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  44. ^ Syafil Syazwan Jefri (12 September 2018). "Gabungan reggae, pop yeh yeh". Harian Metro. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  45. ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: Ola Bola The Musical returns with new cast members". New Straits Times. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  46. ^ Angelin Yeoh (6 Februari 2018). "Nabila Huda won't force her daughter became actress". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-03. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  47. ^ Kyra Alegria (25 Disember 2015). "Actress Nabila Huda ties the knot with restaurateur". The Rakyat Post. Dicapai pada 1 Januari 2016.
  48. ^ 26 Disember 2015. Nabila Huda Ambil Masa Enam Bulan Pikat Suami - Berita Hiburan mStar (26 Disember 2015). Dicapai pada 27 Disember 2015.
  49. ^ Farhana Ab Rahman (4 Januari 2016). "Hidup Nabila Huda berubah 360 darjah lepas kahwin". Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  50. ^ "Tiga tahun tak jumpa, Nabila Huda sangat-sangat rindukan Amy Search". Astro Awani. 16 Ogos 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
  51. ^ Ifqdar Rahman (16 Ogos 2018). "Tiga tahun tak jumpa bapa, Nabila Huda reda". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 September 2018.
  52. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (12 Jun 2018). "Nabila Huda dedah ibu tiri punca hubungannya dengan Amy Search tidak baik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 September 2018.
  53. ^ Salman Sazali (29 September 2018). "Tonton Video Muzik Rasmi 'Ragaman' Faizal Tahir". The Vocket. Dicapai pada 6 Oktober 2018.

Pautan luar sunting