Puteri Balqis

Pelakon kanak-kanak Malaysia

Puteri Balqis Binti Azizi (lahir 12 April 2007) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, Balqis membuat penampilan televisyen pertamanya menerusi peranan pembantu dalam Gemilang (2011), sebelum meraih peranan utama dalam Bicara Hati (2012). Balqis telah membintangi beberapa drama TV terkenal termasuk Takdir Qismah (2012), Astana Cinta Aleesa (2014) dan Akulah Balqis (2015) serta telah membintangi beberapa telefilem termasuk Aduh Sayang (2011) dan Pelarian (2012). Melalui drama Pelarian, Balqis telah dicalonkan di Anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene dan telah memenangi anugerah tersebut. Ia merupakan satu penghormatan buat beliau apabila hampir keseluruhan drama tersebut telah diadaptasi dari kisah hidup beliau sendiri.[1]

Puteri Balqis
Kelahiran
Puteri Balqis binti Azizi

(2007-04-12) 12 April 2007 (umur 16)
Nama lainAqish
PekerjaanPelakon, model komersial, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2011–kini

Penampilan filem sulung Balqis ialah pada 2012 menerusi filem Strawberi Cinta (2012). Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa filem yang diiktiraf secara kritis termasuk 1 Lawan Satu (2013), Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016) dan KL Special Force (2018). Kejayaan beliau hadir pada 2014 apabila Balqis memenangi Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Televisyen Asia 2014 menerusi telefilem Balqis lakonannya. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[2]

Kehidupan awal sunting

Puteri Balqis dilahirkan pada 12 April 2007 di Kuala Lumpur, Malaysia kepada Azizi Aziz dan Norashikin Mohd Aziz. Balqis merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Beliau lebih mesra dengan panggilan Aqish di kalangan keluarganya.[3]

Kerjaya sunting

2009–2011: Permulaan kerjaya dan penglibatan awal sunting

Bakat Puteri Balqis dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun.[3] Semuanya bermula ketika ibu bapanya dihampiri ejen pencari bakat di Uptown Shah Alam di mana ibu bapanya berniaga di situ.[3] Selepas berjaya dalam uji bakat, Balqis terus ditawarkan menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama. Bakat beliau diwarisi daripada arwah datuknya, Mohd Aziz Arifin yang lebih dikenali sebagai Ken Arifin yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.[3]

Balqis juga memasang angan-angan untuk mencipta nama di Hollywood dan menjadikan bintang Hollywood terkenal iaitu Dakota Fanning dan Natalie Portman sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[3] Tidak ketinggalan, Tan Sri P. Ramlee. Pada masa sama, Balqis banyak berguru ilmu lakonan dengan barisan pelakon senior di lokasi seperti Erma Fatima dan Ellie Suriati.[3]

Balqis membuat kemunculan pertamanya di layar kaca pada 2011, dengan memegang peranan kecil dalam siri televisyen Gemilang lakonan Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Shahz Jaszle.

2012–2014: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah sunting

Selepas Gemilang berakhir, pada 2012, beliau melakonkan peranan kecil sebagai Tengku Murni dalam drama Bicara Hati bersama pelakon utamanya, Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne Stockstill. Seterusnya, beliau melakonkan watak Zara dalam drama romantik TV3, Cinta Itu Milikku lakonan Fazren Rafi dan Emma Maembong.[4]

Pada November 2012, menerusi watak Bobok lakonannya dalam telefilem Pelarian, Balqis memenangi Anugerah Skrin ke-16 menerusi Anugerah Bintang Harapan Pantene. Lakonannya sebagai Amira dalam telefilem penghargaan khas kepada P. Ramlee, Di Mana Kan Ku Cari Ganti di TV1 telah melayakkan Balqis menerima pencalonan bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah P. Ramlee yang julung kalinya diadakan pada tahun berikutnya.[5]

Penampilan sulung Balqis di layar lebar hadir pada 6 Disember 2012 apabila beliau berlakon dalam filem komedi romantik arahan Rusli Khadri, Strawberi Cinta yang mana Balqis memegang watak Ichigo yang berusia 6 tahun. Filem ini dibintangi oleh Pierre Andre dan Yana Samsudin. Beliau muncul pula dalam filem aksi seni mempertahankan diri 1 Lawan Satu[6] arahan Pierre yang mana beliau memegang watak sebagai adik kepada Radhi lakonan Mikail Andre yang bernama Sara, yang sakit tenat akibat penyakit leukemia. Filem yang turut dibintangi oleh Azlan Komeng, Along Eyzendy dan Fyza Kadir ini ditayangkan pada 27 Jun 2013 [6] dan mendapat sambutan meskipun berdepan dengan kegagalan komersial.[6]

Pada Januari 2014, Balqis melakonkan watak dirinya sendiri dalam telefilem yang menggunakan namanya sebagai judul arahan pelakon veteran Erma Fatima, lakonan Nabila Huda dan Pekin Ibrahim yang bersiaran pada 19 Januari di TV3, telefilem ini melayakkan Balqis meraih kemenangan besar di Anugerah Skrin ke-18 bagi Pelakon Wanita Terbaik Drama.[7] Kemenangannya sekali gus memperlihatkan Balqis menjadi pelakon wanita termuda yang memenangi kategori berkenaan dan menewaskan nama besar dalam kategori tersebut iaitu Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.[7][8] Di Anugerah Televisyen Asia 2014 yang diadakan di Singapura, Balqis memenangi[9] Pelakon Wanita Terbaik sekaligus turut mengalahkan finalis lain terutama aktres Joan Chen yang sudah lama mencipta nama dalam filem Hollywood seperti The Last Emperor dan Judge Dredd. Malah, kemenangannya turut membuka mata banyak pihak.[10]

2015–2020: Puncak populariti dan pengunduran dari kerjaya lakonan sunting

Pada November 2015, Balqis menjadi pelakon kanak-kanak pertama yang menghiasi Slot Akasia TV3 menerusi drama Akulah Balqis arahan Fazli "Pali" Yahya.[11]

Selepas memenangi Anugerah Televisyen Asia 2014 di Singapura, Balqis menerima tawaran dari HBO Asia[12][13] untuk membintangi musim pertama drama fantasi Halfworlds[12] arahan Joko Anwar bersama beberapa pelakon yang terlibat termasuk Bront Palarae, dua pelakon Indonesia, Reza Rahadian dan Adinia Wirasti yang mana penggambarannya dijalankan di Thailand dan Indonesia,[12] Balqis melakonkan watak kanak-kanak perempuan buta yang bernama Tari, drama ini juga memerlukan beliau berkebolehan berbahasa Inggeris.[12][14][15][16]

Balqis memegang watak sebagai Syafiqa dalam filem pendek Kad Raya Syafiqa arahan Khairul Azwan terbitan PTS Media Group. Ia mengisahkan seorang murid bernama Syafiqa dan cikgunya yang bernama Hayati. Syafiqa terdengar perbualan cikgu Hayati bersama ibunya yang memberitahu dia tidak dapat pulang beraya kerana sibuk dengan kerja. Tanpa pengetahuan sesiapa, Syafiqa rupanya mengidap penyakit kanser otak dan meninggal dunia. Sebelum meninggal, Syafiqa sempat membuat sekeping kad raya khas untuk cikgunya.[17]

Pada November 2016, filem kedua lakonannya, Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! menemui penonton di pawagam, dalam filem terbitan bersama Les' Copaque Production dan KRU Studios, beliau melakonkan watak Aqish, seorang anak yatim piatu yang meminati Upin & Ipin.[18] Filem yang ditayangkan pada 24 November 2016 turut dibintangi oleh Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin.[19]

Pada 2 Disember 2016, Balqis berlakon di samping Janna Nick dan Raja Afiq dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah, yang mana beliau memegang watak Izara.[20]

Beliau diberikan peranan sebagai Aleya dalam siri televisyen Andainya Takdir lakonan bersama Shukri Yahaya dan Nina Iskandar arahan Along Kamaludin yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 dari 29 Mei hingga 22 Jun 2017.[21]

Balqis menjayakan peranan Ayesha dalam filem drama biografi romantik arahan Kamal G, Makrifat Cinta lakonan Syamsul Yusof dan Nora Danish yang ditayangkan pada 1 Februari 2018. Ia merupakan filem ketiga lakonan beliau.[22][23] Selain itu, beliau muncul bersama Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin dalam filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 8 Mac 2018.[24] Balqis memegang watak sebagai Amirah, anak perempuan Ketua Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), ASP Roslan yang dilakonkan oleh Rosyam.

Balqis kembali aktif berlakon selepas beberapa bulan terlantar sakit.[25] Beliau menjayakan versi watak kecil protagonis dalam Camelia menerusi watak Camelia/Maryam kepada Diana Danielle yang bersiaran di TV3.

Beliau kini berundur sementara dari bidang lakonan.

Kehidupan peribadi sunting

Selepas perceraian ibu bapanya, Balqis kini tinggal berdua bersama ibunya.

Pada Mei 2018, Balqis disahkan menghidap masalah jantung. Perkara ini didedahkan oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang turut memberitahu keadaan kesihatan Balqis mula merosot selepas menjalani beberapa siri rawatan pada Disember 2017.[26][27] Beliau disahkan menghidap kanser pada awal Julai 2018.[28]

Beliau telah menulis memoirnya bertajuk 38 Poems of Puteri Balqis berdasarkan pengalaman hidupnya.[29][30]

Pada September 2022, melalui sebuah temu bual siniar, Balqis mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa serangan seksual oleh bapanya sendiri ketika berusia lima tahun, termasuk bertanyakan soalan berunsur seksual, mengajak menonton pornografi, meraba-raba dan menurutinya ke bilik air. Selain itu, beliau turut mendedahkan kejelikan seksual bapanya, termasuk ketagihannya terhadap pornografi dan kerap melancap di hadapan keluarga.[31][32]

Di dalam media sunting

Pelakon Siti Elizad semasa ditemuramah oleh majalah Jelita, mengulas mengenai Balqis: "Saya senang bekerja dengan Balqis. Dia mempunyai bakat yang istimewa. Saya kagum dengan pelakon yang sangat muda seperti dia. Dia rajin bertanya dan pandai menjiwai watak. Dia bukan seperti kanak-kanak biasa. Dia komited dan serius ketika bekerja dan saya sendiri belajar sesuatu daripada Balqis."[33]

Balqis bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Syamsul Yusof, Afdlin Shauki, June Lojong, Chew Kin Wah, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Maya Karin telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[2]

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk lagu
2023 "Rinduku"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Strawberi Cinta Ichigo (kecil) Filem pertama
2013 1 Lawan Satu Sara
2014 Despicable Me 2 Agnes Alih suara (versi Bahasa Melayu)
2015 Kad Raya Syafiqa Syafiqa Filem pendek
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Aqish Filem animasi dan realiti
2017 Tumpang Hasnah Filem pendek
2018 Makrifat Cinta Aisha
KL Special Force Amirah
2019 Melissa Melissa Filem pendek
2022 Rumah Bella
Halimun Laila (9 tahun) Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Gemilang[34] Mia TV3
2012 Bicara Hati[35][36] Tengku Murni Astro Prima
Berlari Ke Bintang[37] Nur Faiza TV AlHijrah
Takdir Qismah[38] Anis TV3
Cinta Itu Milikku[39][40] Zara
Mencari Athirah Athirah (kecil) TV1
Hanya Dengan Bismillah[41] Khalisha TV2
Kambingku Yaggy
2013 Dia Suamiku Aqish Astro Prima
2014 Separuh Jiwaku Intan Qaisara TV9
Astana Cinta Aleesa Zara
2015 Takhta 3 Ratu Pue Astro First Eksklusif
Dee The Series Mia Astro Ceria
Akulah Balqis Balqis TV3
Halfworlds (Musim 1) Tari HBO Asia
2016 Lambaian Ramadan Nurin TV3
2017 Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! HyppTV
Andainya Takdir Aleeya TV3
2018 Andainya Takdir 2
2019 Sweet Dreams Lisa Astro Ria
2020 Camelia Camelia / Mariam (kecil) TV3
2022 Rampas Cintaku Rina iQIYI
2023 Bukan Lelaki Terhebat Zalikha TV3
Misteri Flat Kirana Soyaye
Diva Seroja Amanda
2024 Rampas Cintaku 2 Rina IQIYI
Terlanjur Cinta Aishah Viu

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Di Sebalik Tirai Kasih TV9
Zuriat Yang Tercalar
Aduh Sayang Fatehah TV3
2012 Persona Grata Ain
Mr. Labuci Mimi
Pelarian Bobok
Mencari Nurfitri Nurfitri TV9
Tiada Raya Tahun Ini Balqis TV AlHijrah
Fajar Syawal Fateha TV2
Nur Ramadan Nur TV3
Kalut Raya TV AlHijrah
Anak Lorong Fara TV3
Dimana Kanku Cari Ganti Amira TV1
Aku Bukan Mashitah TV2
2013 Bintang Hati Umi Amira TV9
Jangan Ganggu Aku Nurul TV3
Janji Si Bidadari
Poskad Dari Switzerland Inayah TV AlHijrah
Hi Papa! Dhia Astro Ceria
Nyamuk Tak Berdosa Atiqa TV3
Seringgit Kasorga Jamilah TV9
Walau Siapa Pun Aku Aishah TV1
Aku Tahu Ika Astro Box Office
2014 Balqis Balqis TV3
Parasit Badrisya
Bidadari Walid Aleesya (kecil) TV9
Menuju Taubatan Nasuha Anum Astro Ria
Saloma Saloma (kecil) Astro First Eksklusif
Acu Acu/Dania TV3
Bisikan Azazil Salmah TV1
Qish Qish Qish Qish Astro Ceria
2015 Hidupku Solatku Matiku Lara Astro Oasis
Pendua TV2
Di Halaman Rindu Han TV1
Tulus Sufi Sufi
Tanah Kubur Ummah Jahiliah Aisyah Astro Oasis
Andai Bukan Khilaf Itu TV2
2016 Jangan Ambil Anak Aku Airis Rania
Dendam Manisa TV3
Kulit Farhana Astro Citra
Duit Raya Trisya TV9
Ayah Untuk Disewa Liyana Astro Prima
Bibah Bebel Bibah TV9
Tangisan Izara Izara TV3
2017 Ana Anak Ibu Ana Astro Citra
Misi Teha Teha TV1
2018 Studio Awie Sherry TV3
Fasiq Erin ntv7
2020 Pencipta Pegang Waktu Balqis TV3
2022 Angah Angah Astro Ria
Lebai Sampan Dian Astro Citra
Itulah Takdirnya Qistina TV Okey
Dania Dania TV3
2023 Telah Aku Halalkan Mariam TV2
TBA Qish Qish Qish 2 Qish Astro Ceria

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Zoomers Pengacara TV3 bersama Firdaus Ghufran
2015 Makmal Masak (Musim 2) Peserta TV9 bersama Muntazar Ghufran & Danish Harraz
2018 Quran Tag Dirinya Sendiri Naura HD Tetamu jemputan
2020 Shuk Nak Tanya Awesome TV Artis Jemputan
Bersamamu TV3

Video Klip sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Matahari" Hafiz Suip
2016 "Andainya Takdir" Anuar Zain
2017 "Cinta Takkan Berakhir"
2022 "Balasan Janji Palsumu" Yamani Abdillah
"Jesnita" Ammar Nobita, Azzam Sham dan Ariff Bahran

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2012
Anugerah Skrin ke-16
Anugerah Artis Harapan Pantene Pelarian Menang [42][43][44][45]
2013
Anugerah P. Ramlee
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dimana Kanku Cari Ganti Tercalon
2014
Festival Filem Malaysia ke-26
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 1 Lawan Satu Tercalon [46]
Anugerah Skrin ke-18
Pelakon Wanita Terbaik Drama Balqis Menang [47][48]
Anugerah Televisyen Asia ke-19
Pelakon Wanita Terbaik Menang [49][50][51][52]
2015
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28
Artis Baru Wanita Popular Tercalon [53][54]
Anugerah Melodi ke-2
Artis Dinamik Tercalon [55]
2016
Anugerah Seri Angkasa 2016
Pelakon Kanak Kanak TV Terbaik Hidupku Solatku Matiku Tercalon [56]
2017
Anugerah Televisyen Asia ke-22
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Ana Anak Ibu Tercalon [57][58][59]
2019
Festival Filem Malaysia ke-30
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Makrifat Cinta Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Haryati Karim (6 November 2014). "Dunia pilihan Balqis". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-04. Dicapai pada 6 November 2014.
  2. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  3. ^ a b c d e f "Puteri Balqis, diintai produksi luar". Harian Metro. 17 Disember 2014. Dicapai pada 2 April 2015.
  4. ^ Akmaliah Razak (14 November 2012). "Cinta Itu Milikku selongkar jiwa Rania". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Februari 2016.
  5. ^ Buidey (29 November 2013). "Telefilem Di Mana Ku Cari Ganti Lakonan Faezah Elai dan Arja Lee". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Februari 2016.
  6. ^ a b c Aksi 1 Lawan Satu Diarkibkan 2017-04-03 di Wayback Machine. Kosmo!. 27 Jun 2013. Diperoleh pada 2 April 2014.
  7. ^ a b Aqmar Mustaza (9 November 2014). "Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  8. ^ Zaidi Mohamad (11 Disember 2014). "Puteri Balqis menang lagi". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  9. ^ "Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia". Astro Awani. 12 Disember 2014. Dicapai pada 3 April 2015.
  10. ^ Mohammad Shamsul Abdul Ghani (12 Disember 2014). "Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asia". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2015.
  11. ^ "Cabaran Drama Akulah Balqis". Malaysian Access. 22 November 2015. Dicapai pada 6 Februari 2016.
  12. ^ a b c d Zainal, Norhidayyu (5 November 2015). "Puteri Balqis dilamar HBO". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2016.
  13. ^ Gun, Michelle (17 November 2015). "Puteri Balqis jadi anak terabai". Sinar Harian. Dicapai pada 3 April 2016.
  14. ^ Hon, Jin Yi (19 June 2015). "Cast of HBO Asia's new original series Halfworlds can't wait to 'kick a**'". TODAYonline. Dicapai pada 10 June 2016.
  15. ^ Simanjuntak, Tertiani ZB (25 July 2015). "'Halfworlds' goes the whole nine yards". The Jakarta Post. Dicapai pada 10 June 2016.
  16. ^ Ramli, Bibi Nurshuhada (22 October 2015). "Puteri Balqis wants to play a psycho". New Straits Times. Dicapai pada 10 November 2015.
  17. ^ "Filem pendek Kad Raya Syafiqa lakonan Puteri Balqis boleh buat anda menitis air mata". Beautifulnara. 20 Jun 2015. Dicapai pada 2016-12-06.
  18. ^ Syanty Octavia Amry (19 November 2016). "Mimpi Puteri Balqis jadi kenyataan". Harian Metro. Dicapai pada 2016-12-06.
  19. ^ "#MOVIEREVIEW - UPIN DAN IPIN: JENG JENG JENG!". Dicapai pada 2016-12-06.
  20. ^ Nor Akmar Samudin (29 September 2016). "Pelakon baru taruhan Tangisan Izara". Harian Metro. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  21. ^ "Andainya Takdir menyentuh hati". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-11. Dicapai pada 24 Jun 2017.
  22. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  23. ^ Nadzarul Amir Zainal Azam (25 Januari 2018). "Makrifat cinta Syamsul, Balqis, Sabrina". Kosmo!. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  24. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  25. ^ Georgie Joseph (11 Ogos 2018). "Puteri Balqis kembali berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2018.
  26. ^ Nor Eryani Yusop (14 Mei 2018). Pelakon Puteri Balqis disahkan menghidap masalah jantung Kosmo!. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  27. ^ Hanisah Selamat (14 Mei 2018). Aqish ada masalah jantung Berita Harian. Diperoleh pada 18 Mei 2018.
  28. ^ Hanisah Selamat (7 Julai 2018). #Showbiz: Child star Puteri Balqis fighting cancer New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2018.
  29. ^ Sudirman Mohd Tahir (13 Januari 2020). Ujian itu Indah - Puteri Balqis Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  30. ^ Dennis Chua (13 Januari 2020). #Showbiz: This hardship is God reminding us not to go astray - Puteri Balqis New Straits Times. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  31. ^ Aiman, Aqasha (5 September 2022). "Puteri Balqis Opens Up About Sexual Assault At The Hands Of Her Father Since She Was 5". SAYS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 September 2022.
  32. ^ "15岁女星揭童年遭父亲性骚 狼父把色情片当卡通片看". Oriental Daily (dalam bahasa Cina). 5 September 2022. Dicapai pada 5 September 2022.
  33. ^ "Elizad Kagum Dengan Puteri Balqis". Jelita. 18 Mei 2016. Dicapai pada 3 April 2017.
  34. ^ Drama Gemilang Bakal Kalahkan Nur Kasih. Sensasi Selebriti (budiey). January 21, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  35. ^ Drama Bicara Hati. Sensasi Selebriti (budiey). December 12, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  36. ^ Gambar Sekitar Penggambaran Drama Bicara Hati. Beautiful Nara. October 8, 2011. Retrieved November 12, 2012.
  37. ^ Sinosis Drama Berlari Ke Bintang
  38. ^ Takdir Qismah 4 Petang Ini di TV3!. MIG Online. Julai 17, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  39. ^ Sekitar Pelancaran Drama Cinta Itu Milikku. Sensasi Selebriti (budiey). November 6, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  40. ^ 'Cinta Itu Milikku' Bakal Dapat Sambutan Penonton TV3. mStar Online. November 6, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  41. ^ Khianat seorang sahabat karib. Harian Metro. Jun 27, 2012.
  42. ^ "Anugerah Skrin 2012: Senarai pemenang". Sinar Harian. November 9, 2012.
  43. ^ Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2012. ohbulan!. November 9, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  44. ^ Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2012. Sensasi Selebriti (budiey). November 10, 2012. Retrieved November 12, 2012.
  45. ^ Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012. RotiKaya. Retrieved November 12, 2012.
  46. ^ Kemalia Othman (Ogos 16, 2014). "'Penanggal' & 'Sembunyi:Amukan Azazil' Pencalonan Tertinggi FFM26". mStar.
  47. ^ Zaidi Mohamad (November 7, 2014). "Tanda Putera, Matahari Terbit Lagi raih filem, drama terbaik Anugerah Skrin". Berita Harian.
  48. ^ Aqmar Mustaza (November 9, 2014). "Pelakon cilik Puteri Balqis, pecah rekod". Sinar Harian.
  49. ^ Zaidi Mohamad (November 13, 2014). "Puteri Balqis dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award 2014". Berita Harian.
  50. ^ Zaidi Mohamad (Disember 11, 2014). "Puteri Balqis menang lagi". Berita Harian.
  51. ^ Patrick Brzeski (Disember 11, 2014). "Singapore: Asian TV Awards Unveils 2014 Winners". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris).
  52. ^ Linawati Adnan (Disember 12, 2014). "All hail youngest Malaysian star, Puteri Balqis!". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris).
  53. ^ Zaidi Mohamad (Februari 17, 2015). "Calon lima teratas ABPBH 2014 diumum". Berita Harian.
  54. ^ Zaidi Mohamad (Februari 17, 2015). "ABPBH 2014: Puteri Balqis finalis paling muda". Berita Harian.
  55. ^ "Melodi Raya - TV3: 'ANUGERAH MELODI 2014'". TV3.
  56. ^ Marina Sahabudin (Mei 23, 2016). "Malam penuh gemilang ASA 2016". Sinar Harian.
  57. ^ Kenneth Chaw (November 9, 2017). "10-year-old actress Puteri Balqis nominated for Asian Television Award". The Star (dalam bahasa Inggeris).
  58. ^ Dennis Chua (November 16, 2017). "(Showbiz) Puteri Balqis nominated again at Asian TV Awards, this time for Best Supporting Actress". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
  59. ^ "Pesona Balqis". Harian Metro. 16 November 2017. Dicapai pada 17 November 2017.

Pautan luar sunting