Shukri Yahaya

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Shukri bin Yahaya (lahir 13 Jun 1988) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Beliau telah membintangi sejumlah drama bersiri yang popular antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Kerana Dia Manusia Biasa (2019), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), Rindu Awak Separuh Nyawa (2021) dan Andai Itu Takdirnya (2023).[1] Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi beberapa anugerah menerusi lakonannya dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir dan Split TV Series. Beliau mengembangkan bakatnya di dalam bidang pengarahan menerusi telefilem Raya Talak Satu (2022) untuk siaran Astro Ria.

Shukri Yahaya
Kelahiran
Mohd Shukri bin Yahaya

(1988-06-13) 13 Jun 1988 (umur 35)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2011–kini
PasanganTya Adnan (k. 2015)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1988 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik. Beliau memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[2]

Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau memulakan kerjaya awalnya dalam sektor korporat dengan memiliki dua pengalaman bekerja iaitu sebagai kerani bank dan membuat kerja audit. Beliau pernah berkhidmat sebagai kerani di Bahagian Sumber Manusia Bank Mualamat di Jalan Melaka, Kuala Lumpur. Semasa tempoh beliau di Bank Muamalat, beliau mengendalikan program dalaman institusi itu selain membantu pasukan kerja.[3]

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juruaudit di PricewaterhouseCoopers (PwC) dalam tempoh jangka pendek. Selain itu, beliau pernah membuat kerja audit di syarikat kedai serbaneka 7-Eleven, Watsons dan Maxis. Beliau bersama rakan sekerja sering dibawa menaiki bas untuk menjalankan audit di premis cawangan.[3]

Kerjaya sunting

Pada tahun 2011, Shukri memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Jiwa Taiko arahan Osman Ali dan kemudiannya beliau muncul dalam drama siri popular Juvana.

Pada tahun 2013, beliau muncul dalam filem Ular arahan Jason Chong lakonan Yusry KRU dan Lisa Surihani, kemudiannya beliau dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi kategori "Pelakon Harapan Lelaki Terbaik", tetapi dimenangi oleh Zul Ariffin. Beliau juga menerima pencalonan di Anugerah Skrin ke-17 bagi kategori "Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)" menerusi telefilem Perempuan Itu Ibuku, beliau bagaimanapun tewas kepada Hasnul Rahmat.

Pada tahun 2015, Shukri berlakon dalam drama siri romantik Dia Isteri Luar Biasa bersama Fathia Latiff dan Cik Cinderella dan Encik Tengku bersama Zahirah MacWilson.

Pada tahun 2016, beliau berlakon dalam drama siri romantik komedi Suami Tanpa Cinta bersama Janna Nick dan drama siri popular 7 Hari Mencintaiku bersama Siti Saleha yang merekodkan rating tontonan drama tertinggi di Malaysia iaitu berjumlah 12 juta penonton selain memenangi "Drama Pilihan" serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4 di mana Shukri juga berjaya memenangi "Aktor Pilihan" dan "Pasangan Pilihan" bersama Siti Saleha.

Pada tahun 2017, Shukri berlakon dalam drama siri popular Andainya Takdir bersama Nina Iskandar.[4] Drama siri ini menjadi sebuah drama yang menjadi sohor kini di media sosial dan mencatatkan rating berjumlah 10 juta penonton. Meneruskan kesinambungan pada tahun berikutnya menerusi Andainya Takdir 2 dan berjaya meraih rating terkumpul berjumlah 12 juta penonton. Menerusi drama siri popular ini, Shukri berjaya memenangi "Antagonis Pilihan" di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5 dan "Pelakon Watak Antagonis Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32.

Pada tahun 2018, buat pertama kalinya beliau muncul sebagai watak utama dalam filem menerusi Surf This Love: Gelora Juara dan turut membintangi beberapa drama bersiri antaranya Tiada Arah Jodoh Kita, Vila Ghazara dan Split TV Series. Menerusi Split TV Series, Shukri berjaya memenangi "Pelakon Lelaki Terbaik" di Anugerah Telenovela.

Pada tahun 2019, Shukri membintangi beberapa drama bersiri antaranya Asalkan Dia Bahagia, 30 Pesanan Suara, Kerana Dia Manusia Biasa dan Pesan Pada Hati.

Pada tahun 2020, beliau membintangi drama bersiri Di Hujung Ranting bersama Nad Zainal yang ditayangkan di TV2 dan memegang watak sebagai Amar. Beliau kembali menjayakan watak sebagai Khuzairi dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 12 juta penonton sepanjang 33 episod dan menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim pertama.[5]

Pada tahun 2021, Shukri membintangi drama bersiri Kelmarin Cinta bersama Reen Rahim yang ditayangkan di TV Okey dan memegang dua watak iaitu sebagai Azhar dan Azman. Beliau kemudiannya menjayakan watak sebagai Nazril Nazim[6][7] dalam drama siri popular Rindu Awak Separuh Nyawa di slot MegaDrama Astro Ria bersama Uqasha Senrose yang berjaya mencetuskan fenomena dan mengungguli carta drama Melayu untuk tahun 2021.[8] Beliau juga membuat penampilan khas dalam drama siri I Promise Janji Anaqi[9] lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong dengan memegang watak sebagai pembunuh upahan bernama Zero.

Pada tahun 2022, beliau kembali bergandingan dengan Janna Nick dalam drama siri romantik komedi Shakira[10] dan kemudiannya kembali menjayakan watak sebagai Khuzairi dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 3[11] bersama Siti Saleha. Kedua-dua drama bersiri ini ditayangkan di slot Akasia TV3. Pada tahun yang sama, Shukri mengembangkan bakatnya di dalam bidang pengarahan menerusi telefilem Raya Talak Satu untuk siaran Astro Ria, lakonan beliau bersama Emma Maembong.

Pada tahun 2023, Shukri membintangi drama siri jenayah "thriller" Stella on Stage bersama Hannah Delisha yang ditayangkan di platform digital Sooka. Beliau kemudiannya kembali bergandingan dengan Hannah Delisha dalam drama siri popular Andai Itu Takdirnya di slot MegaDrama Astro Ria yang berjaya mencetuskan fenomena. Beliau juga membintangi drama siri popular Surat Dari Tuhan bersama Janna Nick dan Ummi Nazeera di slot Samarinda TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 10 juta penonton sepanjang 30 episod dan mengungguli carta drama Melayu untuk tahun 2023.

Kehidupan peribadi sunting

Shukri berkahwin dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah "Tya" Adnan pada 20 November 2015[12] dan menimang cahaya mata pertama mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.[13]

Beliau dikurniakan cahaya mata kedua, Maleeq Miqayl yang dilahirkan pada 20 Julai 2020.[14][15]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Jiwa Taiko Jami Filem pertama
2013 Juvana Fit Penampilan khas
Sembunyi: Amukan Azazil Salleh
Lari Zakuan
Ular Boy
2018 Surf This Love: Gelora Juara[16] Billy
2022 Seratus Penampilan khas
TBA Balas  

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Juvana Fit TV3 Drama pertama
2012 Gemersik Kalbu Rudy
Runtun Qalbu Bon
Diari Platun Zakaria Astro Prima
2013 Ruby Danny TV3
Sahabat Bakri Astro Ria
Asmara Luna Habib TV3
Menjinak Ombak Firhad
2014 Jika Itu Takdirku Azri
Tanah Kubur (Musim 9) Naim Astro Oasis Episod: "Pembalasan Dunia"
Dendam 5 Beradik Mikhail Astro Box Office
PLAN B Khai TV3
Tabuh Merdeka Ariff Hidayat TV AlHijrah
Kifarah Zaki TV3 Episod: "Sahabat Subahat"
2015 Asam Pedas Untuk Dia Ahmad Ziyad
Dia Isteri Luar Biasa Raden Amzar
Sirah Amran TV9 Episod: "Cukur Jambul"
Kifarah Mistik Haris TV3 Episod: "Malam Jumaat"
Cik Cinderella dan Encik Tengku Tengku Daniel
2016 Suami Tanpa Cinta Zaidan Iman Astro Ria
Surah Buat Maisarah Saiful Nazim TV3
7 Hari Mencintaiku Khuzairi
Hantu Punya Bos Arrayyan Zainuddin
2017 Andainya Takdir Airil
Gaduh-Gaduh Sayang Rafiqi Rayyan TV1
2018 Tiada Arah Jodoh Kita Megat Aathif TV3
Pelangi Cinta Halim Drama Mini 100Plus
Andainya Takdir 2 Airil
Vila Ghazara Hariz
Split TV Series Mikael/ Hafez/ Dhia/ Encik Suffian/ Adam/ Jeff & Kid Astro Citra
Opsss... Terpikat Cik Sombong Hans Unifi TV
Ghaib Reza Tonton Siri Original Tonton. Adaptasi daripada novel bertajuk "Projek Seram Terowong".
2019 Asalkan Dia Bahagia Haris Aryan TV3
30 Pesanan Suara Izman
Kerana Dia Manusia Biasa Tengku Shamil
Pesan Pada Hati Yusuf
2020 Di Hujung Ranting Amar TV2
7 Hari Mencintaiku 2 Khuzairi TV3
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Nazril Nazim Astro Ria
Kelmarin Cinta Azhar / Azman TV Okey
I Promise Janji Anaqi Zero Astro Ria Penampilan khas
2022 Shakira Amir TV3
7 Hari Mencintaiku 3 Khuzairi
2023 Stella on Stage Nik Sooka Siri Original Sooka
Andai Itu Takdirnya Syed Adam Aizril Astro Ria
Surat Dari Tuhan Ryan TV3
2024 Layang Layang Perkahwinan Azim Hasibullah Astro Ria
Kuih Muah Adam Tonton Siri Original Tonton

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Utusan Ilahi Daniel TV3
Panggilan 10 Zulhijjah Zaki
Di Telapak Kaki Bonda Salim
Azam Ala Kazam Din Asap
Atokku Juniorku Fadil Astro Warna
2012 Jatuh Cinta Izman TV3
Alamak 7 Hari Lagi Andi
Mariam Kampung Putat Shah
Perempuan Itu Ibuku Azri
2013 Mawar Putih Tanda Perpisahan Megat Astro Box Office
Baju Raya Kain Perca Amin TV3
2014 Yang Mana Satu Shukri
Nenek Ranggi Yazid
Antara Dia Ryan TV2
Selempang Kuning Bahar Astro Prima
Kereta Kita Amran TV3
Sebuah Pangkin Kayu Omar Astro Prima
Engkau Laksana Bulan Ridz TV1
2015 Mahar Cinta Alia Hezri TV3
Jalan Taubat Zul
Isteriku Bukan Tukang Masak Shukri Astro Prima Penampilan khas
Cinta Qasidah Ryan Astro Ria
Abang Beduk Ahmad Nizamuddin Astro Oasis
Munajat Terhenti Yusri TV2
2016 Surat Buat Bakal Isteriku Fakhrul Radzi Astro Ria
Perempuan Disarung Ungu Zamani
Auta Nizam TV3
Lamar Hairul
Calon Syurga Aliff
Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya Tengku Daniel
Suami Tanpa Cinta Raya Zaidan Iman Astro Ria
Janji Hati Along TV2
2017 Rasuk Asyraf Astro Citra
Kasih Seorang Ayah Husin TV3
The Berlian Job Syam Astro Citra
Jongkong Wan Ibrahim
2018 Qaseh Venezia Adam ntv7
Selirat Madi TV3
Matilahnak Jep/Hantu Jepun Astro Citra
Akil & Juan Adam TV3
2019 Nana Dan Jam Atok Samad
Rengkat Rais
Remuk Zamri
Peraturan: Ikut Atau Mati Owdy Astro Citra
2020 Kasih Tau Foo Fah Fitri TV3 Penampilan khas
2022 Raya Talak Satu Danni Astro Ria Sebagai pelakon dan pengarah

Videografi sunting

Video muzik sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2019 "As Never Before"
(All-new Toyota Vios MV)
Shukri Yahaya & Shawn Lee
2022 "Gatal" Janna Nick

Diskografi sunting

Lagu tema (OST) sunting

Tahun Tajuk lagu Catatan
2015 "Tak Pernah"
(bersama Nur Fathia)
OST Dia Isteri Luar Biasa

Duta Jenama sunting

  • Toyota Vios
  • Bulan Bintang
  • VANZO
  • Nivea
  • Nescafé

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Rujukan
2013 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Perempuan Itu Ibuku Tercalon [17]
2014 Barisan Pelakon Pilihan Ruby Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Ular Tercalon [18]
2015 Aktor Pilihan Menjinak Ombak Tercalon [19]
Pasangan Pilihan (bersama Risteena Munim) Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Anugerah Tribute P. Ramlee ke–2
Pelakon Lelaki Terbaik Engkau Laksana Bulan Tercalon
Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
Artis Lelaki Stailo Tercalon [20][21]
Anugerah Melodi
Artis Lelaki Pilihan Tercalon [22]
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Jalan Taubat Tercalon [23]
EH! Malaysia
EH! Top 20 Menang [24]
2016 Aktor Pilihan Asam Pedas Untuk Dia Tercalon [25]
Artis Selfie Popular Tercalon [26]
Anugerah Seri Angkasa
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Abang Beduk Tercalon
Pelakon Komedi TV Terbaik Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon [27]
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Terbaik Dia Isteri Luar Biasa Tercalon [28]
2017 Aktor Pilihan 7 Hari Mencintaiku Menang [29][30]
Pasangan Pilihan (bersama Siti Saleha) Menang
Pelakon TV MeleTOP Tercalon [31]
Pasangan MeleTOP (bersama Tya Adnan) Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon [32]
Gandingan Serasi Drama (bersama Siti Saleha) 7 Hari Mencintaiku Tercalon
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Terbaik Cik Cinderella dan Encik Tengku Tercalon
2018 Aktor Pilihan Andainya Takdir Tercalon [33]
Antagonis Pilihan Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Kasih Seorang Ayah Tercalon
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Terbaik Gaduh-Gaduh Sayang Tercalon
2019 Pelakon Watak Antagonis Popular Andainya Takdir 2 Menang [34][35]
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Remuk Tercalon
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Terbaik Split TV Series Menang
2020 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon [36]
Gandingan Serasi Drama (bersama Hannah Delisha) 30 Pesanan Suara Tercalon [37]
Gandingan Serasi Drama (bersama Emma Maembong) Kerana Dia Manusia Biasa Tercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Nabila Razali) Pesan Pada Hati Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Popular Kerana Dia Manusia Biasa Tercalon
Pasangan Serasi Popular (bersama Emma Maembong) Tercalon
2021 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Siti Saleha) 7 Hari Mencintaiku 2 Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Pasangan Drama Terbaik (bersama Siti Saleha) Menang
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Pelakon Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Popular (bersama Siti Saleha) Tercalon
2022 Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Popular Rindu Awak Separuh Nyawa Tercalon
Pasangan Serasi Popular (bersama Uqasha Senrose) Tercalon
2023 Pelakon Lelaki Terbaik 7 Hari Mencintaiku 3 Tercalon
Pelakon Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Drama Terbaik (bersama Siti Saleha) Tercalon
Content Asia Awards 2023 Pelakon Lelaki Terbaik Andai Itu Takdirnya Tercalon [38]

Rujukan sunting

  1. ^ SHUKRI YAHAYA-AKTOR TV PALING PROLIFIK ERA INI Glam Lelaki (Julai 2019). Dicapai pada Julai 2019.
  2. ^ Nasib berubah Utusan Malaysia (13 Ogos 2014). Dicapai pada 13 Ogos 2014.
  3. ^ a b Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Oktober 2019). Kerja biasa-biasa sebelum popular Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
  4. ^ Someone actually wanted to beat Malaysian actor because of his evil roles AsiaOne (19 Julai 2017). Dicapai pada 20 Julai 2017.
  5. ^ 12 juta tengok Shukri Yahaya -Hiburan- Harian Metro
  6. ^ Lakonan Shukri Yahaya dipuji, ramai terkesan watak Nazril dalam RASN -Hiburan- mStar
  7. ^ Shukri Yahaya si hero drama ‘cintan-cintun’ -Hiburan- Kosmo !
  8. ^ Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021 -Hiburan- Astro Awani
  9. ^ Gandingan sulung Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya -Hiburan- Harian Metro
  10. ^ Shukri Yahaya tak 'terbeban' dengan pelakon baharu -Hiburan- Harian Metro
  11. ^ 'Serasi dalam sengketa' -Hiburan- Berita Harian
  12. ^ Mohd Al-Qayum Aziz (20 November 2015). Shukri Yahaya selamat bergelar suami Tya Adnan dengan sekali lafaz mStar Online. Retrieved on Disember 1, 2015.
  13. ^ Isteri Shukri Yahaya selamat lahirkan anak pertama Berita Harian (24 Ogos 2016). Retrieved on November 23, 2016.
  14. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (6 Julai 2020). Shukri bakal timang anak lelaki Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  15. ^ Najiy Jefri (20 Julai 2020). Isteri Shukri Yahaya selamat bersalin anak kedua Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2020.
  16. ^ Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia -Hiburan- SinarHarian
  17. ^ Mohd Al Qayum Azizi (November 2, 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli 'Top 5' ASK 2013". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2018-02-23.
  18. ^ Kemalia Othman (Ogos 16, 2014). "'Penanggal' & 'Sembunyi:Amukan Azazil' Pencalonan Tertinggi FFM26". mStar.
  19. ^ Budiey (Februari 11, 2015). "Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2015". Sensasi Selebriti.
  20. ^ Zaidi Mohamad (Februari 17, 2015). "Calon lima teratas ABPBH 2014 diumum". Berita Harian.
  21. ^ Farhana Fuad (Februari 18, 2015). "TOP 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014". EH!.
  22. ^ "Melodi Raya - TV3: 'ANUGERAH MELODI 2014'". TV3.
  23. ^ Ramlah Zainal (November 6, 2015). "Shukri tercalon dalam telemovie Jalan Taubat". Harian Metro.
  24. ^ Zaidi Mohamad (Disember 13, 2015). "Majalah EH! lancar segmen TV sendiri". Berita Harian.
  25. ^ Budiey (Februari 19, 2016). "Senarai Penuh Pencalonan Malam Anugerah DFKL 2016". Sensasi Selebriti.
  26. ^ Zaidi Mohamad (Mac 23, 2016). "ABPBH: Calon 5 teratas 13 kategori diumum". Berita Harian.
  27. ^ "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. Mac 31, 2016.
  28. ^ "Anugerah Telenovela 2015 Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara". Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN). Disember 19, 2016.
  29. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (April 9, 2017). "7 Hari Mencintaiku raih enam trofi DFKL". Berita Harian.
  30. ^ Michelle Gun (April 11, 2017). "Luah rasa terkejut". Harian Metro.
  31. ^ Kamaruddin Razal (Mac 28, 2017). "Senarai Penuh Calon Top 5 AME 2017 - Neelofa Mendominasi, Raih 5 Pencalonan". Astro Gempak.
  32. ^ Zaidi Mohamad (Mei 4, 2017). "Alif Satar, Neelofa kuasai senarai Top 5 ABPBH 3.0". Berita Harian.
  33. ^ "Undian Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 Kini Dibuka!". urtv. Februari 2, 2018.
  34. ^ Farihad Shalla Mahmud (Ogos 16, 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian.
  35. ^ Zul Husni Abdul Hamid (September 22, 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian.
  36. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed dan Ahmad Johari Mohd Ali (November 13, 2020). "Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 33". Berita Harian.
  37. ^ Fatin Farhana Ariffin (November 11, 2020). "Siapa heroin gandingan Shukri paling disukai?". Berita Harian.
  38. ^ "Content Asia Awards 2023 Nominees". Content Asia Awards (dalam bahasa Inggeris). 24 Ogos 2023.

Pautan luar sunting