Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 atau Anugerah DFKL 2016 merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan sempena program Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad. Majlis diadakan pada 19 Mac 2016 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis diacarakan oleh pengacara Fattah Amin, Amyra Rosli dan Fizi (Hot FM) dan dipancarkan secara langsung di stesen TV3.
Pemenang Anugerah DFKL 2016Sunting
Kategori | Pemenang | Drama |
---|---|---|
Aktor Pilihan | Saharul Ridzwan | Kau Aku Kita |
Aktres Pilihan | Janna Nick | Kau Aku Kita |
Pasangan Pilihan | Saharul Ridzwan & Janna Nick | Kau Aku Kita |
Pengarah Pilihan | Azman Haji Yahya (Jinggo) | Kau Aku Kita |
Penulis Skrip Pilihan | Rehal Nurharis | Kau Aku Kita |
Lagu Tema Pilihan | Mungkin Kamu nyanyian asal Sissy Iman | Eksperimen Cinta |
Antagonis Pilihan | Ruhainies | Hello, Mr Perfect! |
Drama Pendek Pilihan | Muhammad Firdhaus Bin Rahmat | Kembara Si Kecil |
Drama Pilihan | JS Pictures Sdn Bhd | Kau Aku Kita |