Janna Nick

Pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia

Nurul Jannah Muner[2] (lahir 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit wanita Malaysia.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012) dan mula dikenali secara meluas menerusi siri drama waktu perdana, Syurga Nur (2015), kemudian muncul dalam beberapa drama TV termasuk Kau Aku Kita (2015), Anakku Diva (2016), Suami Tanpa Cinta (2017) dan Biar Aku Jadi Penunggu (2017).[4] Janna membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017) memegang watak antagonis bernama Zara.[5][6]

Janna Nick
Janna semasa memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.
Kelahiran
Nurul Jannah binti Muner

(1995-06-01) 1 Jun 1995 (umur 28)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikanMaktab Rendah Sains MARA Pendang
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit
Tahun aktif2012–kini
EjenLOL Entertainment (2017-kini)[1]
PasanganDini Schatzmann (k. 2023)
SaudaraMuhammad Firdaus Muner (abang)
Nurul Balqish Muner (adik)
Nur Iris Rose Sofea Muner (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
Hikayat Records

Beliau memulakan kerjaya muziknya[7] dengan melancarkan single pertama yang bertajuk "Mungkin Saja" pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang muzik. Janna telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjaya lakonannya termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular. Pada Februari 2017, beliau menyertai LOL Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya.[1]

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Nurul Jannah binti Muner pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya.[8] Adik-beradik beliau ialah abang sulungnya, Mohamad Firdaus, dua adik perempuannya, Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah. Beliau juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan nyanyian semasa zaman persekolahannya. Janna dan keluarganya pernah menetap di Amsterdam, Belanda selama 3 tahun sewaktu beliau masih kecil.[9]

Kerjaya sunting

Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya.[10]

Peranan lakonan pertamanya pada 2012 ialah menerusi telefilem Cinta Vlog, yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Wawa Zainal, telefilem ini disiarkan di TV9. Seterusnya beliau berlakon dalam drama Ikatan, yang dibintangi oleh Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly, yang bersiaran di TV2. Pada tahun 2013, beliau membawakan peranan sebagai Elle dalam siri TV Jodoh lakonan Dazrin Kamarudin yang bersiaran di Astro Ria dan sebagai Nur dalam siri Tanah Kubur (Musim 8) episod "Minyak Murai Gila" di Astro Oasis. Beliau memegang dua peranan dalam dua siri televisyen di TV1, iaitu watak sebagi Astri dalam Syurga Di Wajahmu dan watak sebagai Aishah dalam Di Penghujung Dendam. Beliau turut membintangi drama online, Dan Calonnya Adalah di laman web Tonton, memegang watak sebagai Shai. Pada tahun berikutnya, Janna membawakan kembali watak Elle dalam musim kedua siri drama Jodoh, serta muncul dalam dua drama TV, Puasa Oh Puasa dan Kasih Berbisik.

Namanya menjadi perhatian ramai apabila bergandingan bersama Amar Asyraf dan Azrel Ismail menerusi siri drama Syurga Nur, yang mana beliau memegang watak utama sebagai Nur Jannah, drama ini diarahkan oleh Azman “Jinggo” Yahya dan diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi JS Pictures dan disiarkan di Slot Akasia TV3, drama ini mengisahkan Nur yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Drama ini turut dibintangi oleh Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson[11] Janna berlakon dalam drama 60 episod, Keluarga Karaoke yang mana beliau membawakan watak sebagi Shirley. Drama yang disiarkan di Astro Mustika HD dan Astro Bella ini turut dibintangi oleh Elyana, Raja Ema, Sherry Ibrahim dan Elfaeza Ul Haq. Profil beliau sebagai pelakon terus berkembang dengan membintangi telefilem Bila Cinta Berbunga lakonan Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim yang bersiaran di TVi, Janna memegang watak pembantu sebagai Amira. Beliau turut membintangi drama Bila Hati Telah Hitam di Astro Oasis menerusi episod "Fanatik" dengan memegang watak lakonannya sebagai Azwa. Pada tahun sama, beliau berlakon bersama Idris Khan, Cat Farish dan Shahz Jaszle menerusi drama Abang Sado Jemur Kain yang bersiaran di Slot Iris TV3 dan membintangi muzik video lagu "Mikraj Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, dimana dalam muzik video ini, Janna memegang watak sebagai seorang wanita yang sedang asyik berswafoto sambil memandu keretanya sehingga mengakibatkan kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga. Beliau turut membintangi drama online, Si Montel di HyppTV (kini Unifi TV).[12]

Pada tahun yang sama, Janna kemudiannya membintangi dua telefilem di TV1Bejalai (watak sebagai Julia) dan Cinta & Coklat (watak sebagai Sheila), serta satu telefilem di TV3, Sayang Suria. Beliau sekali lagi bekerja di bawah bimbingan Sheila Rusly dan suami, Azman Yahya menerusi siri drama Kau Aku Kita yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Orkid Edyliyne terbitan Fajar Pakeer, beliau memegang watak sebagai Iman Firdaus,[13] bergandingan bersama Saharul Ridzwan sebagai Im Aus dan bersiaran di TV3 menerusi Slot Lestary.[13] Drama ini melayakkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.[14] Gandingannya bersama Saharul juga memenangi Pasangan Pilihan di anugerah sama, drama Kau Aku Kita mencapai penarafan sebanyak 4.7 penonton, pertama kali dalam Slot Lestary dan paling tertinggi dalam drama adaptasi dan sejarah televisyen Malaysia. Pada awal 2016, beliau membintangi bersama Ardell Aryana dan Shakilla Khoriri dalam siri drama waktu perdana Anakku Diva di TV3 di mana beliau memegang watak Melati dan Suami Tanpa Cinta di Astro Ria, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Ain Syifa dan bergandingan bersama Shukri Yahaya.[15] Janna meluahkan rasa syukur diatas penerimaan penonton terhadap keserasian beliau bersama Shukri di dalam drama itu. Namun beliau akan cuba untuk mengelak melakukan adegan berpelukan melampau sehingga boleh menimbulkan kemarahan.[16][17] Beliau juga melibatkan diri dalam pementasan teater apabila membintangi teater yang bertajuk Zombie La La La yang dipentaskan pada 13 hingga 21 Februari 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, beliau memegang watak utama sebagai Me Mang Nak.[18]

Pada Januari, Janna melancarkan single sulungnya, "Mungkin Saja"[19][20] yang menjadi lagu tema drama Suami Tanpa Cinta lakonannya. Ia menjadi percubaan sulungnya dalam industri muzik Malaysia, lagu yang berentak pop ini dicipta dan ditulis oleh Kuncidemak dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Hikayat Records. Bagaimanapun, Janna menepis tuduhan segelintir pihak kononnya beliau tamak dalam mengejar populariti apabila membuat keputusan untuk menjadi penyanyi.[21][22] Ternyata percubaan terbarunya sebagai penyanyi membuahkan hasil apabila "Mungkin Saja" telah terpilih untuk layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Lagu ini juga menduduki tangga ke-11 di Carta Era. Semua ini juga adalah sebagai memenuhi permintaan para peminatnya yang mengikuti perkembangan kerjaya lakonannya.[23] Pada Mac, Janna memenangi anugerah Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 menerusi lakonannya dalam drama Kau Aku Kita, ini merupakan anugerah pertama yang dimenanginya.[24] Pada April, beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular, tetapi tewas kepada pelakon drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah serta pencalonan di Anugerah Melodi 2016 anjuran TV3, Harian Metro dan Hot FM. Pada masa yang sama, beliau membintangi telefilem Anak Ibu Buangan Ibu arahan Ellie Suriati yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 5 Mac sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) beliau memegang watak sebagai Putri Aishah, seorang remaja yang degil dan nakal, telefilem ini turut dibintangi oleh Johan As'ari, Aida Aris dan Azri Iskandar.[25] Pada bulan yang sama, Janna menerima dua pencalonan di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bagi kategori Aktres Terbaik Pilihan Online (beliau dicalonkan bersama Ayda Jebat, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zara Zya) dan Wanita Anggun Pilihan DNARS, anugerah APO2016 dianjurkan oleh mStar Online dan stesen radio Suria FM, untuk mengiktiraf kepentingan media digital dan mereka yang telah membuat perbezaan di platform, anugerah APO2016 diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 April.[26][27]

Beliau turut membuat penampilan khas dalam sitkom J.K.K di TV3 menerusi episod "Hari Keluarga". Selepas muncul dengan beberapa projek televisyen dan single terbaru, Janna memperlahankan aktiviti lakonan kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak.[28] Beliau mengakui teruja menanti ketibaan Ramadan kerana sudah lama tidak berehat panjang apabila sering diasak kesibukan hingga menyebabkan ibunya mengeluh ekoran dirinya jarang mempunyai masa bersama keluarga dan hanya akan kembali ke lokasi penggambaran seminggu selepas sambutan Aidilfitri nanti,[28] sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Janna membintangi dua teledrama khas sempena Hari Lebaran, Kau Aku Kita Raya di TV3 dan Suami Tanpa Cinta Raya di Astro Ria, beliau juga tampil sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Ketuk-Ketuk Syawal di TV1 dan sebagai pelakon dengan watak sebagai Sakinah dalam telefilem Tragedi Hari Raya di Astro Prima.[28]

Pada Oktober, Janna membatalkan hasrat untuk menarik diri daripada saingan separuh akhir Muzik Muzik 31 pada 4 November selepas dipujuk komposer dan penulis lirik lagu nyanyiannya "Mungkin Saja" iaitu Kunci Demak, sebelum ini dia berhasrat untuk menarik diri kerana merasakan dirinya kurang kemampuan sebagai penyanyi.[29][30][31] Kegagalan "Mungkin Saja" ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak mematahkan semangat Janna untuk tampil dengan lagu kedua.[32][33] Beliau bergandingan bersama Ashraf Muslim dalam drama Biar Aku Jadi Penunggu yang bersiaran di Slot Akasia TV3 yang mana beliau memegang watak sebagai Iffat Hamani.

Janna membuat kemunculan sulung di layar lebar menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.[34] Penggambaran filem yang diadaptasi daripada novel karya Suri Ryana dengan judul sama ini juga dijalankan di Seoul, Korea Selatan. Turut membintangi filem ini ialah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong dan Natasha Elyzza, filem ini mengisahkan tentang Bella, seorang pelajar di universiti Korea Selatan menghabiskan cuti semesternya di Malaysia. Hidup Bella menjadi kucar-kacir sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee Jae Hwan. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 Mac 2017, beliau memegang watak antagonis bernama Zara.[35]

Beliau sekali lagi digandingkan bersama Saharul Ridzwan dalam supertelefilem bertajuk Bo Bajet arahan Bak Chee Hong. Untuk menjayakan watak sebagai inspektor polis, Janna memotong rambutnya agar ia menjadi pendek seperti rambut lelaki.[33] Filem televisyen ini akan ditayangkan di Astro First Eksklusif (Saluran 480) atau Astro On Demand bermula 27 April 2017.[36] Janna dijangka bakal melancarkan single terbaru bertajuk "Lena Yang Tenang" hasil nukilan penyanyi muda yang sedang meningkat naik Ippo Hafiz dan liriknya ditulis sendiri oleh beliau.[37] Filem kedua lakonannya, Kerja Kahwin mula ditayangkan di pawagam pada 20 Julai 2017.[38] Projek beliau seterusnya ialah drama 60 episod berjudul Dia, hasil kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia. Dalam drama berkenaan, beliau bersama Izara Aishah digandingkan bersama pelakon Indonesia, Irwansyah.

Bermula 27 November 2017, Janna digandingkan bersama Fattah Amin menerusi drama My Coffee Prince yang diadapasi daripada drama Korea Selatan 2007 yang menjadi kegilaan ramai, The 1st Shop of Coffee Prince. Ia disiarkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria bermula tarikh tersebut, beliau memegang watak gadis tomboi bernama Dani.[39] Beliau juga menyanyikan lagu tema drama ini, bertajuk "Akan Bercinta".[40]

Bermula 7 Januari 2018, Janna bersama Ajak Shiro menjadi pengacara rancangan hiburan TV3, Melodi memggantikan Awal Ashaari dan AG yang telah mengacarakan rancangan itu selama 4 tahun.[41] Janna berlakon di samping Fikry Ibrahim dalam telefilem Enam/6 yang memulakan tayangan perdana di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 28 April 2018.

Beliau menjayakan watak Ana Julia dalam drama Isteri Untuk Diiktiraf yang dibintangi oleh Redza Rosli dan Elvina Mohamad, yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama terbitan Dear Novels. Ia memulakan siaran di RTM TV1 pada 16 Mei 2018.[42]

Kehidupan peribadi sunting

Janna membuka akaun Instagram beliau dengan akaun @janna_nicker bagi mengemaskini aktiviti beliau dan dianggarkan mempunyai kira-kira 3.1 juta pengikut. Pada 30 November 2017, akaun beliau telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, menyebabkan akaunnya tidak dapat diakses pada petang Khamis.[43][44]

Beliau berkahwin dengan pelakon, Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023 dengan sekali lafaz.[45]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Kimchi Untuk Awak Zara Filem pertama
Kerja Kahwin[46][47] Farah
2020 Pasal Kau! Jane
2021 Selamat Hari X Jadi Hani
2022 Juang Hannah
2023 Jemputan Ke Neraka Ivy

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Ikatan TV2 Drama pertama
2013 Jodoh (Musim 1) Elle Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 8) Nur Astro Oasis Episod: "Minyak Murai Gila"
Syurga Di Wajahmu Astri TV1
Dan Calonnya Adalah Shai Tonton
Di Penghujung Dendam Aishah TV1
Istidraj Cinta Ija TV3
2014 Jodoh (Musim 2) Elle Astro Ria
Kasih Berbisik TV3
2015 Keluarga Karaoke Shirley Astro Mustika HD
Puasa Oh Puasa (Musim 2) Cikgu Emma Astro Ceria
Bila Hati Telah Hitam Azwa Astro Oasis Episod: "Fanatik"
Anak Ke-5 Marina TV9
Syurga Nur Nur Jannah TV3
Abang Sado Jemur Kain Yana
Si Montel HyppTV
Terlanjur Mencintaimu Sofea TV2
Kau Aku Kita Iman Firdaus TV3
2016 Anakku Diva Melati
Kopi Sentul Mocha Santorini Alya TV1
Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.) Sweet TV3 Episod: "Hari Keluarga"
Suami Tanpa Cinta Ain Syifa Astro Ria
2000km Ke Al-Haram Inas TV1
Biar Aku Jadi Penunggu Ifaat Hamani TV3
2017 Cerita Dari Mastika Nia Astro Prima Episod: "Ratah Janin Sendiri"
Dia Aira TV3
My Coffee Prince Dani Astro Ria
2018 Isteri Untuk Diiktiraf Ana Julia TV1
Janji Arissa Arissa Mediacorp Suria
Semerah Cinta Humairah Humairah TV3
2019 Leftenan Zana Leftenan Zana
Cari Aku Di Syurga Lisa
Bukan Cinta Aku Riana
Demi Rindumu Nurhana Astro Ria
Diari Tular TV2 Episod: "Palsukan Culik Untuk Hidup Bebas"
2020 Misteri Mona Anom TV3
2021 Melastik Ke Hatimu Haura Annisa
Marry Me Senorita Sofiy Leia Astro Ria
A.I in Love Audria TV1
Yo Lah Tu! Eyka TV9
Malaysian Ghost Stories Farah Astro Ria Episod: "Pocong"
Zana Episod: "Hantu Public Phone"
2022 Shakira Shakira TV3
Lockdown 2 Lola Astro Ria
2023 Bukan Puteri Lindungan Bulan Larasati Aisya (Lara) TV3
Cik PA Tuan Ash Husna
Melastik Ke Hatimu 2 Haura Annisa
Surat Dari Tuhan Misha
Entitled Elis Prime Video

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Cinta Vlog Rissa TV9 Telefilem pertama
2014 Aku Bukan Orang Gaji Tuty TV1
2015 Bejalai Julia
Bila Cinta Berbunga Amira
Sayang Suria Suria TV3
Cinta & Coklat Sheila TV1
2016 Isteriku Miss Sally Salihah
Hilangnya Kasih Qaisara TV9
Anak Ibu Buangan Ibu Putri Aisyah TV3
Mek Kelate Mek Tie
Suami Tanpa Cinta Raya Ain Syifa Astro Ria
Tragedi Duit Raya Sakinah Astro Prima
Kau Aku Kita Raya Iman Firdaus TV3
Mat Salleh Sangat Mimi TV1
Gadis Kampung Paling Popular Maya TV3
Tangisan Izara Raihana
Tribute P. Ramlee : Aku dan Dia Izara TV1
2017 Di Pintu Syurga Jannah TV3
Tesis Cinta Untuk B Bella TV2
Trauma Roza TV3
Bobajet Inspektor Siti Astro First Eksklusif
Menantu Material Emilya Hypp Sensasi
2018 Enam Myra Astro Citra
Wan Peah Balik Beraya Mas Ayu TV3
2019 Tok Siah Munirah Astro Citra
Dosa Semalam Khadijah TV3
Kisah Seram Hostel Mayang Sari Astro Citra
2020 Tuhan Lebih Tahu Aku Dayana TV Okey
Rahsia Malam Jumaat Hana TV3
2021 Delen Emily Astro Citra Sebagai pengarah dan penerbit
Jeti TV3 Sebagai pengarah dan penerbit
Perfect Raya Aina Astro Ria
Misteri Mona: Kuserumu Kembali Anom TV3
2022 Istikharahku Dirinya sendiri Sebagai cerita asal
Peti Ais Mak Mona Astro Ria
Secret Admirer Ira Nazeera Astro Citra
London With Love Fifi Sooka Sebagai pengarah dan penerbit

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2016 Zombie La La La Me Mang Nak[48]
2019 Pawana Isabella Permaisuri Isabella
Siti Di Alam Fantasi Siti

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 CCTV (Suami Tanpa Cinta Special) Dirinya sendiri, pelakon utama Astro Ria
Pernah Makan Tak? Dirinya sendiri, tetamu jemputan TV9
Ketuk-Ketuk Syawal Dirinya sendiri, tetamu jemputan TV1
Sembang Teh Tarik Kaw Dirinya sendiri, tetamu jemputan Astro Warna
Kelab Komedi (Musim 2) Dirinya sendiri, tetamu jemputan TV9
2018–2021 Melodi Dirinya sendiri, pengacara bersama Awal Ashaari & Ajak Shiro TV3
2019 I Can See Your Voice Malaysia (Musim 2) Dirinya sendiri, ahli panel
2020 Studio Drama Sangat Dirinya sendiri, pengacara
The Masked Singer Malaysia (musim 1) Juri jemputan Astro Warna
2021 Banteras Covid-19 Dirinya sendiri, pengacara TV1
2022 Sampaikan Raya Dirinya sendiri, pengacara bersama Andi Bernadee TV3
I Can See Your Voice Malaysia (musim 5) Penyiasat tetap
Famili Duo (Musim 2) Dirinya sendiri, pengacara bersama Sean Lee
2023 Famili Duo (Musim 3) Dirinya sendiri, pengacara bersama Izzue Islam

Muzik video sunting

Tahun Lagu Penyanyi
2013 "Kayangan" Hyper Act
2015 "Mikraj Cinta"[49] Dato' Siti Nurhaliza

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk Kedudukan carta Catatan
ERA
[50]
Hot FM
[51]
Muzik Muzik
[52]
2016 "Mungkin Saja"[53][54][55][56][57] 11 - - OST Suami Tanpa Cinta
2017 "Akan Bercinta"[58][59] 18 - - OST My Coffee Prince
2022 "Gatal" - -
"Mentari Setia" - -

Aktivisme sunting

Pada 25 Mei 2016, Janna Nick bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.[60] Janna bersama Amar dan Hafidz tampil dalam iklan pendek 'Ilmu' yang mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar dalam menjalankan perniagaan baju raya manakala Janna pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan.[60] Amar tidak lokek ilmu untuk membantu Janna melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.[60]

Beliau juga dilantik sebagai duta bagi portal pendidikan interaktif, FullAMark[61] yang merupakan salah satu inisiatif oleh Media Prima Berhad untuk memudahkan proses pembelajaran di rumah. Ia diwujudkan selari dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.[61] Pada September 2016, beliau dilantik sebagai ‘wajah’ bagi produk kecantikan Farmasi Colour Cosmetic (FCC).[62] Pemilihan Janna menjadi rasmi menerusi majlis khas yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur. Mengulas pemilihan sebagai duta, Janna berkata, beliau gembira kerana diberi peluang menjadi wajah bagi produk tempatan yang berkualiti dan halal.

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Aktres Pilihan (Kau Aku Kita) Menang
Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
Anugerah Pilihan Online 2016[63] Aktres Terbaik Pilihan Online Tercalon
Wanita Anggun Pilihan DNARS Tercalon
Anugerah Melodi[64] Personaliti Drama Melodi Tercalon
Personaliti Sensasi Melodi Tercalon
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Wanita Popular Menang
Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Wanita Sensasi Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Bintang Filem MeleTOP (Kimchi Untuk Awak) Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 Aktres Pilihan (Biar Aku Jadi Penunggu) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Ashraf Muslim) Tercalon
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Aktres Pilihan (Semerah Cinta Humairah) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pengacara Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Pengacara TV Popular Menang
Bintang Paling Popular Menang
Anugerah Drama Sangat 2021 Pelakon Wanita Terbaik (Misteri Mona) Menang
2022 Anugerah Stail EH! Video Muzik Paling Stylish (Lagu Gatal) Menang
Anugerah Industri Muzik ke-23 Video Muzik Terbaik (Lagu Gatal) Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b Arina Azlan (25 Februari 2017). Janna Nick milik LOL Kosmo!. Dicapai pada 25 Februari 2017.
  2. ^ Biografi Janna Nick Diarkibkan 2017-02-14 di Wayback Machine MySumber.
  3. ^ "Graf cemerlang Janna Nick". Kosmo!. 2016-12-17. Dicapai pada 2017-02-03.
  4. ^ Hasbullah Awang Chik (2016-11-29). "Janna Nick tetap serasi walau batasan Ashraf Muslim". The Malay Mail. Dicapai pada 2017-02-14.
  5. ^ "Tidak lagi mudah melatah". Metro Ahad. 2017-01-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-13. Dicapai pada 2017-02-12.
  6. ^ "Penantian jodoh Janna Nick". Kosmo!. 2016-12-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-13. Dicapai pada 2017-02-12.
  7. ^ Hizreen Azleena Kamal (2017-02-25). "When popular actors become singers". New Straits Times. Dicapai pada 2017-02-25.
  8. ^ Encik Shino (14 September 2016). "Profil Janna Nick". Dicapai pada 2016-10-01.
  9. ^ Alif Fadli Mohd Sori (2016-07-13). "Sederhana Janna Nick". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-03.
  10. ^ "Diva, tiada dalam kamus". Utusan Malaysia. 2016-04-22. Dicapai pada 17 Jun 2016. Janna Nick berlakon sejak umur 16 tahun, bukan populariti yang dicari
  11. ^ Zaa, Zaini (2015-08-17). "Drama Syurga Nur ubah peribadi Janna". Agenda Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-24. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  12. ^ "Janna pelapis primadona Melayu?". Utusan Malaysia. 2016-03-27. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  13. ^ a b Marina Sahabudin (2015-12-31). "Tuah Iman Firdaus". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  14. ^ Azlan, Arina (2016-03-20). "Rezeki Kau, Aku, Kita". Kosmo!. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  15. ^ Zaidi Mohamad (2 Jun 2016). "Peminat tak puas tonton gandingan Shukri, Janna Nick". BH Online. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  16. ^ Hazawani Ariffin (14 April 2016). "Janna Nick Elak Adegan Berpelukan Melampau, Tidak Mahu Dikritik Peminat". RotiKaya. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  17. ^ "Janna Nick Elak Lakonan Terlalu Over, Tidak Mahu Berpelukan". MyNewsHub. 14 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-15. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  18. ^ Zainal, Ramlah (2016-03-15). "Janna kian serasi berteater". Harian Metro. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  19. ^ "Janna Nick anak emas Hikayat Records?". Utusan Malaysia. 2016-03-07. Dicapai pada 2017-02-03.
  20. ^ "Selepas Berlakon Janna Nick Menyanyi Pula". Sinar FM. 2016-02-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-18. Dicapai pada 2016-03-01.
  21. ^ Jemag Rahman (2016-02-25). "Pelakon Janna Nick Dituduh Tamak Kerana Menjadi Penyanyi". mStar Online. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  22. ^ Yusop, Nor Eryani (2013-05-25). "Janna Nick terima teguran peminat". Kosmo!. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  23. ^ "Janna Nick: Berlakon tetap keutamaan saya". Sinar Harian. 2016-02-04. Dicapai pada 2017-02-03.
  24. ^ Farhana Ab Rahman (2016-04-20). "Janna terkilan sering terpalit kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-04.
  25. ^ "Anak Ibu Buangan Ibu (Cerekarama TV3)". MyInfoTaip.com. 2016-03-05. Dicapai pada 2017-02-04.
  26. ^ Lim, Jarod (1 April 2016). "Actress Janna Nick on her nomination in APO2016". The Star Online. Dicapai pada 2017-02-03.
  27. ^ Mohd Al-Qayum Azzizi (1 April 2016). "Finalis APO2016: Janna Nick Tidak Gemar Bazirkan Wang". The Star Online. Dicapai pada 2017-02-03.
  28. ^ a b c Zaidi Mohamad (4 Jun 2016). "Janna Nick kurangkan aktiviti lakonan sepanjang Ramadan". BH Online. Dicapai pada 2017-02-04.
  29. ^ Sudirman Mohd Tahir (2016-10-26). "Janna Nick buat pusingan 'U'". Harian Metro. Dicapai pada 2017-02-04.
  30. ^ Wahi Aziz (2016-11-02). "Janna Nick tak peduli isu dolak-dalik sertai Muzik-Muzik". mSTAR Online. Dicapai pada 2017-02-04.
  31. ^ ""Saya Pilih Berlakon" - Janna Nick". Rojak Daily. 2016-11-16. Dicapai pada 2016-12-01.
  32. ^ Nabihah Hamid (2016-11-23). "Tidak putus asa, Janna Nick terus nyanyi selepas gagal Juara Lagu (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 2017-02-04.
  33. ^ a b Zaidi Mohamad (23 November 2016). "Janna potong rambut seperti lelaki demi watak polis". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-04.
  34. ^ "From the girl-next-door to villain". New Straits Times. 30 January 2017. Dicapai pada 2017-02-07.
  35. ^ "Mahu watak jahat lagi". Harian Metro. 29 Mac 2017. Dicapai pada 2017-02-04.
  36. ^ "Janna Nick mahu keluar dari kepompong". Sinar Harian. 11 April 2017. Dicapai pada 20 April 2017.
  37. ^ "Janna Nick Tak Kejar Pengiktirafan Sebagai Penyanyi". mSTAR Online. 29 Mac 2017. Dicapai pada 20 April 2017.
  38. ^ "Why actress Janna Nick bought her first home at the age of 219". Star2. June 5, 2017. Dicapai pada 22 Julai 2017.
  39. ^ Jannah Nick Takkan Bercinta Dengan Fattah Amin
  40. ^ "Janna feels the heat of starring in 'Coffee Prince'". New Straits Times. July 25, 2017. Dicapai pada 27 November 2017.
  41. ^ Wawann Mohd (4 Januari 2018). "Janna Nick, Ajak Shiro hos baru Melodi". Sinar Harian. Dicapai pada 12 Januari 2018.
  42. ^ Wawann Mohamad (10 Disember 2017). "Janna Nick kini bergelar pengarah". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Disember 2017.
  43. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-15. Dicapai pada 2017-12-14.
  44. ^ "Instagram Janna Nick dengan 3.1 juta pengikut kena hack, dia disabotaj?". Astro Awani. 1 Disember 2017. Dicapai pada 2017-12-20.
  45. ^ Alif Fadli Mohd Sori (10 Jun 2023). "Janna Nick, Dini Schatzmann selamat bernikah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Jun 2023.
  46. ^ Ashari, Amirul Haswendy (2015-12-06). "Misi dan visi Kerja Kahwin". Harian Metro. Dicapai pada 2016-07-18.
  47. ^ Mohammad, Hidayah (2016-07-18). "Kerja Kahwin bersaing pada festival filem di Perancis". Berita Harian. Dicapai pada 2016-07-18.
  48. ^ Zombie La La La janji hibur penonton Diarkibkan 2017-02-04 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 7 Februari 2016.
  49. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2015). "Siti Nurhaliza pertaruh Mikraj Cinta pada bulan mulia". Berita Harian. Dicapai pada 2015-08-26.
  50. ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
  51. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2016-03-19.
  52. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-05. Dicapai pada 2016-03-19.
  53. ^ "Impian terbesar Janna Nick". Utusan Malaysia. 2016-03-03. Dicapai pada 2017-02-03.
  54. ^ "Janna nafi tiru Ayda Jebat". Harian Metro. 2016-02-26. Dicapai pada 2017-02-03.
  55. ^ Nina Sharom (2016-02-23). "Saya tak setanding Ayda Jebat". Sinar Harian. Dicapai pada 2017-02-03.
  56. ^ "Mungkin Saja kata Janna Nick". Hot FM. 2016-02-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-04. Dicapai pada 2016-02-24.
  57. ^ "Janna nafi tiru Ayda Jebat". Harian Metro. 2016-02-26. Dicapai pada 2017-02-03.
  58. ^ "Tak cipta gimik". Harian Metro. 2017-12-08. Dicapai pada 2017-12-15.
  59. ^ "Janna tak perlu gimik nak promosi produk". Berita Harian. 2017-12-07. Dicapai pada 2017-12-15.
  60. ^ a b c Budiey (25 Mei 2016). TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Syukur Selalu 2016 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  61. ^ a b C., PREMANANTHINI (2016-05-20). "FullAMark to provide students with new exam tools". The New Straits Times. Dicapai pada 17 Jun 2016.
  62. ^ "FCC pilih Janna Nick". Utusan Malaysia. 3 September 2016. Dicapai pada 2017-02-03.
  63. ^ Angelin Yeoh and Kenneth Chew (March 31, 2016).Will you vote for Janna Nick at APO2016? Star2.com. Retrieved February 3, 2017.
  64. ^ Saidatul Natrah (1 Novemnber 2016).ANUGERAH MELODI RAI PERSONALITI SENI Diarkibkan 2017-02-14 di Wayback Machine InstaOnline. Diperoleh pada 14 Februari 2017.

Pautan luar sunting