Buka menu utama

Kerja Kahwin ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 arahan Anwardi Jamil, yang memaparkan budaya dan keunikan perkahwinan tradisional orang Melayu di kampung. Ia diterbitkan oleh Wayang Padu Sdn. Bhd. dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan ditayangkan pada 20 Julai 2017.[1]

Kerja Kahwin
PengarahAnwardi Jamil
PenerbitLiza Mawarti Mohd Yusoff
PenulisZabir Suliman
Dibintangi oleh
Disunting olehHafeez Mohd Nor
Syarikat
penerbitan
Wayang Padu Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
20 Julai 2017
Tempoh tayangan
85 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

PlotSunting

Berkisarkan tentang gadis kota, Farah (Janna Nick) yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Farah memilih untuk berkahwin secara tradisional di kampung. Beliau membuat keputusan itu bagi memenuhi permintaan Mak Tok yang mahu majlis perkahwinan dibuat mengikut adat budaya tradisi Melayu dan bukannya di hotel mewah. Bagaimanapun, mengadakan perkahwinan di kampung bukanlah tugas mudah kerana dia memerlukan bantuan daripada pelbagai orang. Bermula dengan persiapan sehingga hari majlis perkahwinan pelbagai kejadian dan ragam dapat dilihat termasuk gelagat pengantin, mak andam, bunga telur, joget lambak serta persiapan menyediakan hidangan.

PelakonSunting

Keluaran dan sambutanSunting

Kerja Kahwin pada awalnya dikeluarkan pada 20 Julai 2016, namun menerima tarikh tayangan rasmi pada 20 Julai 2017. Pelakon utamanya, Janna Nick tidak hadir ke majlis pratonton filem ini kerana komitmen kerja.[2] Filem ini menyaksikan tayangan perdana sedunianya di Festival Satu Negara Satu Filem 2016 yang berlangsung di Issoire, Perancis, pada 26 Julai 2016, meskipun belum ditayangkan di Malaysia.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Aqmar Mustaza, Wawann Mohd (22 Julai 2017). "Kerja Kahwin imbau memori majlis perkahwinan lama". Sinar Harian. Dicapai 4 Julai 2018. 
  2. ^ "Janna Nick Tak Hadir Promosi Filem Sendiri?". Astro Gempak. 7 Julai 2017. Dicapai 4 Julai 2018. 
  3. ^ Hidayah Mohammad (18 Julai 2016). "Kerja Kahwin bersaing pada festival filem di Perancis". Berita Harian. Dicapai 4 Julai 2018. 

Pautan luarSunting