Rosnani Jamil
Dato' Hajah Rosnani Jamil merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1936 di Kampung Sungai Geringiang, Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Keluarganya melarikan diri ke Singapura ketika Perang Dunia II meletus.
Rosnani Jamil | |
---|---|
Kelahiran | Rosnani Ludin 20 Januari 1936 |
Nama lain | Rosnani Jamil, Mak Nani |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit |
Tahun aktif | 1952–kini |
Pasangan | Datuk Jamil Sulong (k. 1953; m. 2014) |
Anak-anak | 4 (termasuk Anwardi Jamil) |
Pelakon muda, Nur Fazura merupakan salah seorang anak didiknya.[1]
Kerjaya
suntingKetika bekerja sebagai pelayan di kedai kopi dan penari joget di Kelab Happy World, pengarah Tan Sri L. Krishnan yang melihatnya telah menawarkan peluang berlakon. Rosnani muncul buat kali pertamanya dalam filem Lupa Daratan bersama Omar Rojik pada 1952.
Sejak itu, Rosnani terus laris dalam filem klasik terbitan Shaw Brothers dan Cathay-Keris Film Productions. Walaupun sibuk berlakon, Rosnani masih sempat mencuri masa untuk belajar bahasa Inggeris bersama rakannya, penyanyi veteran Nona Asiah.
Apabila tiba zaman gerhana Studio Jalan Ampas, Rosnani sekeluarga berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur pada 1967. Di sini, beliau meneruskan kerjaya lakonannya bersama Merdeka Studio, Hulu Klang, selain meminjamkan suaranya pada filem dan drama terbitan Jepun serta Hong Kong. Atas inisiatifnya sendiri, Rosnani pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.
Selepas enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Mak Nani mengumumkan bersara selepas filem terakhir garapannya, Mawar Putih ditayangkan di pawagam pada 18 Ogos 2016.[2] Rosnani yang juga penerbit dan pengarah terkenal berkata, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga dan melawat negara orang selepas meninggalkan dunia seni, "Pada usia ini, anak-anak meminta saya berjanji itu saja". Mak Nani berkata, Mawar Putih bukan sekadar naskhah penghargaan untuk arwah suami (Datuk Jamil Sulong) yang meninggal dunia pada 2014, malah ia menjadi tanda perpisahan dengan dunia seni.[3][4]
Kehidupan peribadi
suntingMak Nani membina rumah tangga dengan Jamil Sulong pada 12 November 1953, Rosnani tidak pernah mempersia-siakan ilmu filem yang diperturunkan suaminya itu. Pada 1985, beliau berjaya menubuhkan syarikat sendiri, RJ Filem dan menerbit serta mengarahkan filem Mawar Merah lakonan Raja Ema dan Mustaffa Noor. Langkah pertama Rosnani itu jelas membuahkan hasil apabila Mawar Merah diiktiraf juri dalam Festival Filem Malaysia (FFM) menerusi beberapa kategori lakonan dan teknikal.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1952 | Lupa Daratan | Filem pertama | |
Sedarah | Asiah | ||
Miskin | Jamilah | ||
1953 | Ayer Mata | Hasnah | |
Chemburu | Rosnah | ||
Ibu | Hamidah | ||
1954 | Pawang | ||
Gelora Hidup | Azian | ||
1955 | Kasih Menumpang | ||
1956 | Ribut | ||
Anak-ku Sazali | Rubiah | ||
1958 | Masyarakat Pinchang | Maimun | |
1959 | Samseng | ||
Raja Laksamana Bentan | Tengku Wan Indah | ||
1960 | Lela Manja | Mawar | |
1961 | Sri Mersing | Sri Mersing | |
Hang Jebat | Raden Mas Ayu | ||
1962 | Lubalang Daik | Isteri Kedua Tok Demang | |
1963 | Nasib Si Labu Labi | Juri Pertandingan Ratu 3 | Penampilan khas |
Kasih Tanpa Sayang | Maimon | ||
1966 | Kacha Permata | Laili | |
Anak Buloh Betong | Ratu Ratnasari | ||
1968 | Play Boy | Latifah | |
Lain Jalan Ka-Shorga | Salmah | ||
1984 | Jasmin | Mak Munah | |
1986 | Suara Kekasih | Ibu Ayu | |
1987 | Mawar Merah | — | Juga sebagai pengarah dan penulis skrip |
1988 | Antara Dua Hati | Datin Sharifah | Sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit |
1989 | Tuah | — | Sebagai penerbit |
Sumpahan Mahsuri | Mak Andak | ||
1991 | Memory | — | Sebagai pengarah dan penulis skrip |
1993 | Azizah The Legend | Mak Ngah | |
1994 | Amelia | — | Sebagai pengarah dan penulis skrip |
1995 | Amok | Aishah | |
Cinta Rosevilla | |||
1998 | Raja Melewar | Lijah | |
2001 | Cheritera | ||
2004 | Bicara Hati | — | Sebagai pengarah dan penerbit |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II | Mak Long | Penampilan khas |
2009 | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Mak Ngah | |
2016 | Mawar Putih | — | Sebagai pengarah |
2017 | Kerja Kahwin | Mak Tok |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1976 | Bapa Borek | TV1 | ||
2001 | Kiranya Ku Tahu | TV3 | ||
2005 | Villa Cinta Daddy | |||
2009 | Suraya | Tengku Kartini | ||
Dua Marhalah | Kesuma | Astro Oasis | Penampilan khas |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1980 | Lagenda Lela Manja | TV1 | ||
2011 | Sakura | — | TV3 | Sebagai pengarah |
2021 | Violin Hatiku | TV Okey | Penampilan khas |
Anugerah dan pencalonan
sunting- Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 1984 menerusi filem Jasmin.
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) [5]
Rujukan
sunting- ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 Ogos 2016). ROSNANI JAMIL IMPIKAN FAZURA DALAM FILEM TERAKHIRNYA Media Hiburan. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
- ^ Mohd Haikal Isa (10 Ogos 2016). Mawar Putih, naskhah terakhir Rosnani Jamil Kosmo!. Dicapai pada 4 Mac 2017.
- ^ Hanisah Selamat (3 Ogos 2016). Mak Nani ucap selamat tinggal kepada dunia seni Berita Harian. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
- ^ Amirul Afiq (5 Ogos 2016). "Saya Nekad" - Datuk Rosnani Jamil Rojak Daily. Diperoleh pada 4 Mac 2017.
- ^ Penghargaan untuk anak seni