Lembing Awang Pulang Ke Dayang (filem)
Lembing Awang Pulang Ke Dayang merupakan sebuah filem hikayat cereka. Filem ini telah ditayangkan pada 22 Oktober 2009. Filem ini unik kerana berasaskan sebuah buku tulisan Cikgu Shaharom Husain yang merupakan seorang ahli sasterawan terkenal dan juga pakar sejarah negeri Johor. Kisah asal Lembing Awang Pulang Ke Dayang adalah sebuah legenda negeri Johor dan ia di katakan benar-benar terjadi pada tahun 1776 di kawasan yang kini didirikan Parit Raja, Muar.
Lembing Awang Pulang Ke Dayang | |
---|---|
Pengarah | Majed Salleh |
Penulis | Shahroom Husain |
Dihasilkan oleh | Baba Alsharafudin Bin Mohamed N Azman |
Dibintangi | Farid Kamil Siti Elizad Uji Rashid Kuswadinata Mustapha Maarof Hattan Aziz M. Osman M. Rajoli |
Muzik oleh | Mazley Ukays |
Syarikat penerbitan | Dayang Digital Sdn Bhd |
Diedarkan oleh | Grand Brilliance |
Tarikh tayangan | 22 Oktober 2009 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.88 juta[1] |
Pecah panggung | RM 0.09 Juta[2] |
Dikatakan bahawa seperti kebanyakan legenda tragedi lain, kisah ini ada sumpahannya yang tersendiri. Sebelum filem ini di buat oleh penerbit, dikatakan bahawa telah terdapat usaha untuk menghidupkan kembali kisah ini melalui teater dan drama TV. Semua usaha-usaha ini banyak menghadapi masalah, drama TV tersebut dikatakan sampai kini belum ditayangkan. Filem ini juga dikatakan menempuhi banyak halangan dan tertangguh beberapa kali.
Sinopsis
suntingTemplat:Spoiler Filem ini diilhamkan daripada kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya iaitu Dayang (anak kepada Mak Longnya). Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan. Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini. Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia. Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda? Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya? Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa. Saksikan kesudahan filem ini - adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Farid Kamil sebagai Awang
- Siti Elizad sebagai Dayang
- Zul Huzaimy sebagai Bachuk
- Lynette Ludi sebagai Claudia
Pelakon pembantu
sunting- Hattan sebagai Panglima Merah
- Aziz M. Osman sebagai Dekar Agas & Raja Muda Bugis
- Kuswadinata sebagai Pak Long
- Uji Rashid sebagai Mak Long
- Dato' Mustapha Maarof sebagai Pak Ngah
- Khir Rahman sebagai Nakhoda Galigor
- Datin Hajah Rosnani Jamil sebagai Mak Ngah
- M. Rajoli sebagai Orang Kaya Aris
- Zainurdin Ismail sebagai Tok Beta
- Tamrin Ibrahim Pendek sebagai Pendek