Khir Rahman
Khairulizam "Khir" Abdul Rahman (lahir 12 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, pengarah, penyanyi, penulis skrip dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, Allahyarham Dato' A. Rahman Hassan dan Allahyarhamah Datin Azizah Mohamad. Beliau menyerlah melalui filem pertama arahannya, ...Dalam Botol dan watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Beliau mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.
Khir Rahman | |
---|---|
![]() Ketika melakonkan watak Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa, bersama Stephen Rahman-Hughes (kanan) | |
Kelahiran | Khairulizam bin Abdul Rahman[1] 12 Mac 1973 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penyanyi, penulis skrip, pengacara |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Siti Jasmina Ibrahim (k. 2002) |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa | Dato' A. Rahman Hassan (bapa) Datin Azizah Mohamad (ibu) Datin Fadilah Mansor (ibu tiri) |
Saudara | Khairulazmi Abd Rahman (adik) |
Kehidupan awalSunting
Beliau dilahirkan sebagai Khairulizam bin Abdul Rahman pada 12 Mac 1973 dan merupakan anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh-Yeh, iaitu Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad. Membesar di Johor, darah seni itu mengalir kuat di badannya sehingga kini.
KerjayaSunting
TeaterSunting
Memulakan langkah beliau dalam bidang seni melalui teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Antara teman - teman seangkatan beliau ialah Zul Huzaimy, Adlin Aman Ramlie dan anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila.
Beliau kembali semula ke pentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi. Beliau bergandingan dengan Fauzi Nawawi dan Jue Aziz[2].
MuzikSunting
Khir Rahman juga popular sebagai komposer lagu-lagu etnik kreatif. Lagu ciptaannya yang paling popular adalah Mahligai Permata nyanyian Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album Sahmura pada tahun 2000. Khir juga pernah merakamkan album solo pada tahun 2004 di bawah label MIG Music yang berjudul Filsafat.
Khir Rahman juga pernah menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Saleem dan sempat merakamkan lagu 'Pergimu Satu Tanda'[3]
FilemSunting
Beliau akhirnya ditawarkan berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang, membawa watak Tun Mamat. Impak dari lakonan beliau dalam filem itu, beliau menerima tawaran pada tahun berikutnya dengan 3 filem ditayangkan pada 2005.
Beliau sering mendapat tawaran berlakon menerusi pengarah Mamat Khalid dan Afdlin Shauki. Nama beliau mula menjadi sebutan selepas lakonan berhasil beliau dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Kemawas.
PengarahanSunting
Sebagai seorang penulis cerita, beliau turut bersama - sama dalam menghasilkan filem Syaitan.
Peluang sebagai pengarah tiba apabila beliau ditawarkan oleh penerbit, Raja Azmi untuk mengarah filem kontroversi, ...Dalam Botol. Hasil pengarahan beliau, filem ini mendapat sambutan di luar negara dan menaikan nama beliau dalam bidang pengarahan.[4] Beliau seterusnya mengarahkan filem keduanya, drama romantik Balada Pencinta yang dibintangi oleh Johan As'ari dan Siti Saleha.[5]
Kehidupan peribadiSunting
Khir berkahwin dengan novelis dan penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim pada 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata.[6][7]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Pelakon | ||||
2004 | Puteri Gunung Ledang | Tun Mamat | Filem pertama | ||
2005 | Potret Mistik | Hayden | |||
Pontianak Harum Sundal Malam II | Tok Urut | ||||
Rock | Jijo Alfonso Pareira Abdullah @ Jijoe | ||||
2006 | Gubra | Ki | |||
Bilut | Wan Mat | ||||
2007 | Syaitan | — | Penulis cerita asal | ||
2008 | Cuci | Wira | |||
Los dan Faun | Amran Askor | ||||
2009 | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | Nakhoda Galigor | |||
2010 | Kapoww | Faizal Borhan @ FaiBo | |||
2011 | ...Dalam Botol | — | Filem arahan pertama | ||
Hikayat Merong Mahawangsa | Kemawas | ||||
2012 | Pontianak vs Orang Minyak | Sudiro | |||
2013 | Rock Oo! | Jijoe Alfonso Pareira Abdullah @ Jijo | |||
Langgar | |||||
Lemak Kampung Santan | Badrul | ||||
KL Zombi | Juri persembahan | Penampilan khas | |||
Balada Pencinta | Juga sebagai penulis skrip | ||||
Papadom 2 | Jay Rahman | ||||
2014 | Hantu Nan Sempit | Spid | |||
Tembus | Mazri | ||||
Terbaik dari Langit | Warung Patron 1 | Penampilan khas | |||
2015 | Bangunan | Juga sebagai pengarah bersama Sein Qudsi | |||
Gangsterock Kasi Sengat | |||||
2016 | Rock Bro! | Jijoe Alfonso Pareira Abdullah @ Jijo | |||
2017 | Lebuhraya Ke Neraka | Tyson | |||
2019 | Bella & Jamie | Badrul | |||
Till Death: Azalea's Wrath | Azman | Ditayangkan eksklusif di Netflix | |||
2020 | Rock 4: Rockers Never Dai | Jijo | Penampilan khas | ||
Bulan dan Pria Terhebat | Agus | ||||
2021 | 10 Tips Tipu Bini | Kay | |||
Arwah Pak Mat, Lif & AJK | — | ||||
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Usup | |||
Gadis Jolobu The Movie | Acong | ||||
Cikgu VS Hantu | Cikgu Samad | ||||
Abang Long Fadil 3 | Presiden Republik Nusantara | ||||
2023 | Raja Hitam |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Hati Kristal | TV1 | ||
2008 | Seri Budi Emas | |||
2009 | Mingguan Lelaki | Bos | Tonton | |
2011 | Oh Yeah! | Pelbagai watak | Astro Warna | |
2012 | Tanah Kubur (Musim 4) | Rahman | Astro Oasis | Episod: "Dosa Anak" |
2013 | Langit Yang Sama | Pok Ku | TV2 | |
2016 | Gabuk | Qalam | TV1 | |
2018 | Gerak Khas (Musim 18) | Pelbagai | TV2 | 2 episod: "Ops Malindo" dan "Jejak" |
2019–2021 | Keluarga Baha Don | Mat Don | Viu | |
Black | Detektif Borhan | |||
2022 | AI.5YA | Pak Mail | ||
Hilang | Inspektor Munir | |||
2023 | Nenek Bongkok Tiga | Tuan Tanah |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | |
---|---|---|---|---|---|
Pengarah | Pelakon | ||||
2010 | Pabila Larut Malam | Astro Prima | |||
2013 | 4 Beradik | Along | |||
2014 | Warkah Syurga | Astro Prima | |||
2015 | Tanah Kubur: Ummah Jahiliah | Encik Khalid | Astro Oasis | ||
Hanya Suara | |||||
Rekah | TV2 | ||||
2016 | Dalam Kasut | Salleh | TV3 | ||
2017 | Saling | Rawan | TV1 | ||
Cik Misi | — | TV9 | |||
Ana Anak Ibu | Mazlan | Astro Citra | |||
Mak Tak Bagi Balik | Ismail | TV3 | |||
Mat So'od | Mat So'od | Astro Citra | |||
Psikosis | |||||
Beli Adik | — | TV2 | |||
2018 | Kampung Kuala Lambat | Saadon | Astro Citra | ||
Aku Posmen | Usop | ||||
Bebel | — | TV1 | |||
2019 | Salam Manis | — | TV2 | ||
2020 | Pencipta Pegang Waktu | Zaman | TV3 | ||
Stesen Ke Daerah Qalbi | — | TV1 | |||
Koboi & Vampire | Jali | BOO | |||
2023 | Heist- Dil Fitri | Dato' Jack | Astro Ria |
PesertaSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2019 | Muzikal Lawak Superstar |
Maharaja Lawak Mega 2019 |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2011 | Semerah Padi | Aduka |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Berita Hangit | Wan Tujus Wan Tusom | Astro Warna | Sitkom berkonsepkan berita |
2020 | Rumah No. 107 | Pengacara | Astro Warna | |
2021 | Borak Dulu Sampai Menang | TV1 | bersama Amin Idris | |
2022–kini | Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini | TV1 / TV Okey | bersama Amin Idris & Wany Hasrita | |
2022 | Awesome Raja Lawak | Juri | Awesome TV | |
Anak Abah | Sitkom |
AnimasiSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010/11 | Mickey Mouse Clubhouse | Mickey Mouse (Alih Suara) | TV2 |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Pengarah Harapan | ...Dalam Botol | Tercalon |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Hikayat Merong Mahawangsa | Tercalon | ||
2022 | Anugerah Seri Angkasa 2022 | Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik | Pencipta Pegang Waktu | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ http://aper.my/group/groups/27/articles/3205
- ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-18.
- ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Pilih_Khir_arah_...Dalam_Botol_2934[pautan mati kekal]
- ^ Feride Hikmet Atak (18 Oktober 2013). Khir Rahman Terap Nilai Komersial & Seni Dalam 'Balada Pencinta' mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2015.
- ^ "Dua cerita, satu cinta - Utusan Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.
- ^ "'Masih ingat asal-usul' - Harian Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.