Tembus ialah filem aksi drama Malaysia 2014 arahan Ahmad Idham. Dibintangi oleh pelakon dari tiga negara—Khir Rahman dan Fazura (Malaysia), Aaron Aziz (Singapura) dan Luna Maya (Indonesia).[1] Filem ini ditayangkan kepada umum pada 28 Julai 2014, sempena Hari Raya Aidilfitri.[2][3]

Tembus
PengarahAhmad Idham
PenulisSiti Jasmina Ibrahim
Dihasilkan olehAhmad Idham
Dibintangi
SinematografiAhmad Nizar Hanafiah
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
28 Julai 2014
Masa tayangan
85 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Tembus berkisarkan tentang sepasang suami isteri yang berkerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka. Namun segala-galanya berubah dalam sekelip mata apabila anak tunggal mereka hilang. Sepanjang pencarian anak tunggal mereka, banyak kebenaran yang terbongkar.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur bermula 24 Ogos 2013. Tembus merupakan filem yang ke-14 terbitan Excellent Pictures dan skrip ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim. Aaron Aziz yang sebelum ini bekeejasama dengan Ahmad Idham menerusi filem Lari (2013), memegang watak sebagai Hari.[4][5]

Keluaran dan sambutan sunting

Tembus dikeluarkan pada 28 Julai 2014, serentak dengan tayangan filem Mat Tudung, kedua-duanya ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Rujukan sunting

  1. ^ Kemalia Othman (13 Julai 2014). "Ahmad Idham pertaruh pelakon tiga negara dalam Tembus". mStar Online. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  2. ^ Budiey (24 Ogos 2013). "Aaron Aziz bergabung dengan Fazura dan Luna Maya dalam filem Tembus". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  3. ^ Ashraf Nasser (11 Julai 2014). "Ahmad Idham tampil kelainan daam Tembus". Yahoo! News. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  4. ^ Aqmar Mustaza (14 Julai 2014). "Tembus satukan Aaron, Luna". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  5. ^ Khadijah Ibrahim (23 Ogos 2013). "Aaron, Luna bergandingan dalam filem Tembus". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Mei 2018.

Pautan luar sunting