Eja

Pelakon wanita Malaysia

Siti Shahrizah "Eja" Saifuddin (dilahirkan pada 18 Januari 1972) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan pengacara bersama Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003. Beliau turut mengacarakan beberapa rancangan lain termasuk rancangan untuk remaja, Zoom oleh Astro, di TV1 mengenai fesyen dan gaya hidup - Gaya, dan ntv7 dalam rancangan You Asked For It, program maklumria (infotainment).

Eja
Kelahiran
Siti Shahrizah binti Saifuddin

(1972-01-18) 18 Januari 1972 (umur 52)
Kampung Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1997–kini
PasanganMohd. Silahuddin Jamaluddin
Anak-anak1
IbuHamidah Ibrahim
BapaSaifuddin Abdul Salam
AnugerahPelakon Wanita Terbaik (FFM)

Kehidupan awal sunting

Eja dilahirkan di Kuala Kubu Baru, Selangor dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor, merupakan anak pegawai polis marin. Beliau pada sekolah kebangsaan pulau rusa & sekolah menengah kebangsaan pulau indah mulanya mengambil kursus setiausaha selepas tingkatan lima, sebelum memutuskan untuk menyertai Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari. Enam tahun kemudian, Eja menceburi bidang lakonan.

Pada tahun 1997, beliau ditawarkan bagi mengacara pelbagai rancangan muzik TV3, Video Skop.

Kerjaya Seni sunting

Drama Rahsia Demi Rahsia yang ditayangkan pada 1999 memperkenalkan nama Eja kepada peminat drama tanahair. Lakonannya bersama Mahmud Ali Bashah itu menarik perhatian penonton dalam sekelip mata. Setelah itu, nama Eja menjadi pilihan ramai penerbit untuk drama-drama popular seperti Salam Taj Mahal (2000) bersama Rashidi Ishak dan Kiranya Ku Tahu (2001) bersama Rosyam Nor untuk Slot Identiti di TV3. Populariti Eja mula menaik setelah menjadi gadis pembuka kotak huruf dalam program kuiz Roda Impian bersama pengacara Halim Othman dan kemudian Hani Mohsin. Pada tahun 2001, Eja mula muncul di layar perak menerusi watak pembantu dalam filem arahan Along Kamaludin berjudul Sara. Setelah itu Eja muncul dalam filem box office Anak Mami The Movie sebelum mengambil keputusan fokus kepada lakonan di kaca TV.

Telefilem "Cinta Kek dan Roti" lakonan bersama Hani mula menaikkan nama Eja ke tempat yang lebih kukuh sebelum disambar sekali lagi untuk berpasangan dengan Rosyam untuk dua drama yang cukup popular pada 2004 dan 2005 di Slot Samarinda iaitu Rindu Semakin Jauh dan Masih Ada Cinta. Popularitinya cukup hebat pada tahun itu sehingga memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004. Setelah itu Eja terus membintangi drama-drama dengan rating yang cukup bagus seperti Kalau Itu Takdirnya (2005) bersama Ahmad Idham, Mya Zara (2006) bersama Zulkifli Zain , Ako Mustapha dan Azhar Sulaiman, Seputeh Qaseh Ramadan (2006) bersama Arash Mohamad dan Sadiq & Co (2007) bersama Aaron Aziz serta telefilem seperti Cahaya Hati juga bersama Aaron, Sanggar Saadah bersama Yusry Abdul Halim, Sirah bersama Nasir Bilal Khan dan Talkin Terakhir bersama Rashidi Ishak. Eja kembali muncul di layar perak menerusi watak isteri peneroka Felda dalam filem Bilut (2006), jurutera awam dalam Kayangan (2007), wanita yang menjalinkan hubungan sulit dalam Sepi (2008) dan kakak kepada remaja black metal dalam Maut (2009) . Menerusi Bilut Eja mendapat pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 dan menang Pelakon Pilihan SMS. Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Eja terus dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dari 2005 hingga 2007. Menerusi telefilem Mujahadah (2007), Eja menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Media Islam Malaysia [1]. Projek-projek yang dijayakannya ketika itu berjaya meletakkan nama Eja sebagai pelakon wanita paling laris pada separuh kedua dekad 2000an.

Menjelang dekad 2010an, Eja memperlahankan kerjaya seninya bagi menumpukan perhatian kepada keluarga setelah melahirkan zuriat pertama pada 2010. Eja muncul dalam beberapa drama popular dan beberapa projek filem. Filem Janin arahan M. Hitler Zami pada 2011 berjaya mengangkat Eja sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 dan Anugerah Skrin 2012 apabila lakonannya sebagai wanita yang mengalami kemurungan setelah keguguran anak dalam kandungan itu mendapat pujian ramai. Eja kemudian muncul dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia sebagai watak Aida, mangsa keganasan rumahtangga dan pesakit kanser [2]. Beliau dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27. Eja mengambil keputusan untuk memakai hijab sepenuhnya sebelum memulakan penggambaran filem ini [3].

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Sara Rozita
2002 Anak Mami The Movie Julia
2006 Bilut Aishah
Misi: 1511 Camelia
2007 Kayangan Suraya
2008 Sepi Marya
2009 Maut Jasmin
2010 Janin Sutera
2014 Tembus Ibu Izza
2015 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Aida

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Ejen 88 & 44 TV3
Rahsia Demi Rahsia TV1
Teduh Kabus
2000 Salam Taj Mahal TV3
2001 Kiranya Ku Tahu Iman
2003 Takhta Hati
Tiga Dara Episod : "Tan, Tin Tun"
2004 Rindu Semakin Jauh Shira TV3
Kalau Itu Takdirnya
Masih Ada Cinta Tasha
2005 Wajah Kekasih
Cinta Semerbak Kayu Manis
2006 Mya Zara Zara TV3
Seputeh Qaseh Ramadan Qaseh
2009 Wadi Unung Azrin Astro Prima
2010 Ahmad Durrah Islah TV3
2011 Mantera Anjasmoro Sabrina

Telefilem sunting

  • Neon
  • Sadiq & Co
  • Dinasti Bilut
  • Dimata Mu Aku
  • Dijiwa Mu Dia (2002)
  • Pembunuh Upahan (2003)
  • Igawan (2004)
  • DNA Jasmin (2007)
  • Cahaya Hati
  • Rama-Rama Terkopak Sayapnya (2007)
  • Talkin Terakhir
  • Sejernih Hati Khadijah (2014)
  • Rantai (2017)

Anugerah sunting

Festival Filem Malaysia
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2006 Festival Filem Malaysia ke-21 Bilut Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Pelakon Wanita Pilihan Penonton (SMS) Menang
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Janin Pelakon Wanita Terbaik Menang
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Anugerah Skrin 2011 Janin Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Kategori Keputusan
2004 Pelakon TV Wanita Popular Menang
2005 Tercalon
2006 Tercalon
2007 Tercalon
2011 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Anugerah Media Islam Malaysia (AMIN)
Tahun Karya tercalon Kategori Keputusan
2008 "Mujahadah" Pelakon Wanita Terbaik Menang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting