Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) atau Anugerah Bintang Popular (ABP) ialah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan. Para pemenang anugerah ditentukan oleh undian daripada para pembaca Berita Harian dan akhbar-akhbar lain terbitan New Straits Times Press (Harian Metro dan New Straits Times) yang mengisi lalu menghantar borang undian yang tersedia dalam akhbar-akhbar berkenaan. Bermula tahun 2017, anugerah berprestij ini bertukar format pengundiannya di mana pembaca mahupun peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Semasa: Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36
JenisAnugerah Sunting nilai ini di Wikidata
PeneranganPenggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan
NegaraMalaysia
Disampaikan olehBerita Harian
Kali pertama1987
Tapak web
www.abpbh.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A. Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini. Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada waktu malam 1 Disember 1987.[1]

Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu: Pelakon Lelaki Popular yang dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search). Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi).[1]

Impak daripada kejayaan pertama, APPP88 pula dianjurkan, ia turut mengekalkan tujuh kategori yang sama. Pemenang pada tahun kedua ialah Sabree Fadzil (Pelakon Lelaki Popular), Aznah Hamid (Pelakon Wanita Popular), Ridzuan Hashim (Pelakon Pembantu Lelaki Popular), Raja Ema (Pelakon Pembantu Wanita Popular), Jay Jay (Penyanyi Lelaki Popular), Ramlah Ram (Penyanyi Wanita Popular) dan Gersang (Penyanyi Berkumpulan Popular). Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada malam 10 Disember 1988, dihoskan oleh N.D. Lala dan Charmaine Agustine. dirakamkan oleh TV3 untuk siaran pada 25 Disember 1988.[1]

Kemudian barulah muncul APPP89 yang dianjurkan dengan kerjasama RTM dan Salem, bersiaran langsung dari Angkasapuri, pada 13 Januari 1990, jam 8.30 malam. Hosnya adalah DJ Ainul Jamal dan Sharifah Sakinah Al Junid. Mulai 1990, diperkenalkannya anugerah terbesar Artis Paling Popular yang diberikan kepada artis yang meraih jumlah undian terbanyak dari kesemua kategori lain. Pemenang pertama Artis Paling Popular ialah Aishah.[2]

Mulai 1992, Anugerah Penyanyi/Pelakon Popular ditukar namanya menjadi Anugerah Bintang-Bintang Popular, di samping bilangan anugerah ditambah kepada 15, termasuk Penghibur TV Lelaki dan Wanita, Pelakon TV Lelaki dan Wanita, Artis Komedi Lelaki dan Wanita, dan Drama TV.[3] Anugerah Drama TV hanya bertahan selama setahun, iaitu dimenangi oleh siri TV Opah. Mulai 1994, nama penganugerahan dipendekkan menjadi Anugerah Bintang Popular.

Anugerah Bintang Popular 1996 memperkenalkan dua kategori yang dinilai oleh juri, iaitu Kategori Filem (Filem, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Hadiah Khas Juri Grand Brilliance) dan Kategori Drama (Drama, Pengarah, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita, Skrip, Suntingan, Videografi Terbaik; Anugerah Khas Juri),[4] tetapi kategori-kategori ini bertahan sehingga edisi 1997/98 sahaja.[5] Edisi 1996 turut memperkenalkan anugerah Artis Remaja Popular selama setahun (dimenangi oleh Siti Nurhaliza)[4], kemudian menggantikannya dengan Artis Baru Popular (dimenangi oleh Ahmad Idham) pada edisi seterusnya.[5] Edisi 1996 juga menggabungkan Penghibur TV Lelaki dan Wanita Popular menjadi satu anugerah Penghibur TV Popular untuk direbut oleh kedua-dua jantina.

Anugerah Bintang Popular 1998/99 memperkenalkan anugerah baru untuk Penyanyi Nasyid Popular yang dihadiahkan setiap tahun hingga kini; pemenang pertamanya ialah Raihan. Selain itu, edisi ABP 1998/99 turut menyediakan dua Anugerah Khas untuk Seniman Veteran dan Seniwati Veteran (masing-masing dimenangi oleh Ibrahim Pendek dan Ruminah Sidek); masing-masing ditukar namanya menjadi Anugerah Seniman Veteran dan Anugerah Seniwati Veteran dan bertahan hingga edisi 2001. Edisi 1998/99 turut anugerah Artis Bukan Melayu Popular untuk seniman bukan berketurunan Melayu, dan pemenang pertamanya ialah Sathiya yang berketurunan India[6]; anugerah ini bertahan sehingga 2004 dengan Vince (kacukan Cina/Inggeris) sebagai pemenang terakhirnya.[7]

ABP 2000 menyaksikan "Anugerah Khas Bintang Popular" yang bertahan sehingga edisi 2006; antara pemenangnya ialah Anita Sarawak, Sheila on 7 (sebuah kugiran dari Indonesia) dan Datuk Jamil Sulong.[8] Edisi 2000 turut mencari Artis Kanak-kanak Popular untuk setahun sahaja; pemenangnya ialah kumpulan Kristal.[8]

RTM yang menjadi penyiar siaran langsung ABP sepanjang 1990-an menyerahkan tugasnya ini kepada TV3 mulai edisi 2001, dan begitu juga tempat acara berpindah dari Angkasapuri ke Genting Highlands.[9]

ABP 2003 menyaksikan anugerah Artis Berkumpulan Popular diubah namanya menjadi Artis Berkumpulan/Duo Popular yang dikekalkan hingga kini; serta anugerah-anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular ditukar namanya kepada "Pelakon TV/VCD Lelaki Popular" dan "Pelakon TV/VCD Wanita Popular" sempena populariti drama VCD tempatan ketika itu,[10] sehingga dipulihkan nama-nama asalnya pada edisi 2005.

ABP 2007 menggantikan tiga anugerah khas juri iaitu Anugerah Biduan Veteran, Anugerah Seniwati Veteran dan Anugerah Khas Bintang Popular, dengan satu anugerah yang serupa peranannya iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat; penerima pertamanya ialah M. Nasir.

Anugerah bintang paling popular turut berubah format pada tahun 2002 dan 2003 (pemilihan berdasarkan jumlah undian paling banyak diterima dalam satu kategori) sebelum kembali kepada format asal (kategori bintang paling popular disediakan untuk diundi).

Pada tahun 2014, kategori dalam talian diwujudkan dimana para pembaca akhbar BH dan peminat boleh mengundi selebriti kegemaran mereka secara atas talian bagi kategori dalam talian tersebut.

Pada tahun 2016, satu kategori baru telah diperkenalkan iaitu Artis Versatil Popular demi mengiktiraf anak seni yang mempunyai pelbagai bakat dalam bidang seni dan artis serbaboleh Ifa Raziah telah menjadi selebriti pertama yang berjaya memenangi kategori itu. Manakala kategori Pengacara TV Lelaki Popular & Pengacara TV Wanita Popular disatukan menjadi Pengacara TV Popular begitu juga dengan kategori Artis Komedi Lelaki Popular & Artis Komedi Wanita Popular disatukan menjadi Artis Komedi Popular.

Kategori Dipertandingkan

sunting

Kategori Utama

sunting
  1. Penyanyi Lelaki Popular (1987 - kini).
  2. Penyanyi Wanita Popular (1987 - kini).
  3. Pelakon Lelaki Popular (1987 - 1991).
  4. Pelakon Wanita Popular (1987 - 1991).
  5. Pelakon Pembantu Lelaki Popular (1987 - 1991).
  6. Pelakon Pembantu Wanita Popular (1987 - 1991).
  7. Penyanyi Berkumpulan Popular (1987 - 1998/99).
  8. Artis Paling Popular (1990 - 2000).
  9. Pelakon Filem Lelaki Popular (1992 - kini).
  10. Pelakon Filem Wanita Popular (1992 - kini).
  11. Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular (1992 - 1995).
  12. Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular (1992 - 1995).
  13. Pelakon TV Lelaki Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
  14. Pelakon TV Wanita Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
  15. Artis Komedi Lelaki Popular (1992 - 2014).
  16. Artis Komedi Wanita Popular (1992 - 2014).
  17. Penghibur TV Lelaki Popular (1992 - 1995).
  18. Penghibur TV Wanita Popular (1992 - 1995).
  19. Drama TV Popular (1992).
  20. Penghibur TV Popular (1996 - 2000).
  21. Artis Remaja Popular (1996).
  22. Artis Baru Popular (1997/98 - 2001).
  23. Penyanyi Nasyid Popular (1998/99; 2003 - 2010).
  24. Artis Bukan Melayu Popular (1998/99 - 2004).
  25. Artis Nasyid Popular (2000 - 2002).
  26. Artis Berkumpulan Popular (2000 - 2002).
  27. Artis Kanak-kanak Popular (2000).
  28. Bintang Paling Popular (2001 - kini).
  29. Pengacara TV Lelaki Popular (2001 - 2014).
  30. Pengacara TV Wanita Popular (2001 - 2014).
  31. Penyampai Radio Lelaki Popular (2001 - 2014).
  32. Penyampai Radio Wanita Popular (2001 - 2014).
  33. Artis Baru Lelaki Popular (2002 - kini).
  34. Artis Baru Wanita Popular (2002 - kini).
  35. Artis Berkumpulan/Duo Popular (2003 - 2007).
  36. Pelakon TV/VCD Lelaki Popular (2003 - 2004).
  37. Pelakon TV/VCD Wanita Popular (2003 - 2004).
  38. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular (2008).
  39. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (2009).
  40. Artis Duo/Berkumpulan Popular (2010 - 2016).
  41. Artis Mobile Bintang Popular (2010).
  42. Artis Versatil Popular (2015 - kini).
  43. Pengacara TV Popular (2015 - kini).
  44. Penyampai Radio Popular (2015 - kini).
  45. Artis Komedi Popular (2015 - kini).
  46. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (2017 - kini).
  47. Artis Indonesia Popular (2018 - kini).
  48. Artis Korea Popular (2018 - kini).

Kategori Dalam Talian

sunting
  1. Artis Lelaki Paling Popular Online (2011).
  2. Artis Wanita Paling Popular Online (2012).
  3. Artis Lelaki Anggun Bergaya (2011).
  4. Artis Wanita Anggun Bergaya (2011).
  5. Artis Asia Paling Popular (2011 - 2012).
  6. Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular (2012 - 2013).
  7. Gandingan Serasi di Layar (2012 - 2014).
  8. Watak Animasi Tempatan Paling Popular (2012).
  9. Artis Paling Berpengaruh di Laman Media Sosial (2012 - 2013).
  10. Artis Lelaki Stailo (2012 - 2014).
  11. Artis Wanita Stailo (2012 - 2014).
  12. Chef Selebriti Paling Popular (2013).
  13. Aksi Di YouTube Paling Popular (2013).
  14. Personaliti Popular (2014).
  15. Pasangan Selebriti Romantis (2014).
  16. Artis Paling Kontroversi (2014).
  17. Artis Aksi Selfie Popular (2015).
  18. Personaliti Media Sosial Popular (2015; 2017).
  19. Artis Ikon Respek Popular (2015).
  20. Artis Trending Popular (2015).
  21. Artis YouTube Popular (2015).
  22. Gandingan Serasi Drama (2016).
  23. Gandingan Serasi Filem (2016).
  24. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial (2016).
  25. Personaliti Media Sosial (2016).
  26. Artis Sensasi (2016).
  27. Pasangan Serasi Drama (2017).
  28. Pasangan Serasi Filem (2017).
  29. InstaFamous Cilik Popular (2017).
  30. Artis Sensasi Popular (2017 - 2018).
  31. Gandingan Serasi Drama Popular (2018).
  32. Gandingan Serasi Filem Popular (2018).
  33. Pelakon Watak Antagonis Popular (2018).
  34. Lagu Paling Boom (2018).

Anugerah Khas Juri

sunting
  1. Anugerah Khas Juri (1996 - 1997/98).
  2. Anugerah Khas Seniman Veteran (1998/99 - 2001; 2003 - 2005).
  3. Anugerah Khas Seniwati Veteran (1998/99 - 2002; 2006).
  4. Anugerah Khas Bintang Popular (2000 - 2006).
  5. Anugerah Khas Biduan Veteran (2002; 2006).
  6. Anugerah Khas Biduanita Veteran (2003 - 2005).
  7. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (2007 - kini).
  8. Anugerah Sri Perak (2011).
sunting
Tahun Edisi Pemenang Asal Bidang Undian
1987 Pertama Fauziah Ahmad Daud1   Singapura Pelakon 284,813
1988 ke-2 Ramlah Ram1   Johor Penyanyi 65,426
1990 ke-3 Kumpulan Search1   Johor Penyanyi/ Pemuzik 99,873
1991 ke-4 Aishah   Negeri Sembilan Penyanyi 124,572
1992 ke-5 Zainal Abidin   Johor Penyanyi 184,355
1993 ke-6 Eman Manan   Terengganu Pelakon 63,675
1994 ke-7 Sofia Jane   England Pelakon 170,698
1995 ke-8 M. Nasir   Singapura Penyanyi 179,830
1996 ke-9 Ziana Zain   Melaka Penyanyi 58,462
1997 ke-10 Siti Nurhaliza   Pahang Penyanyi 226,931
1998 ke-11 Siti Nurhaliza (2)   Pahang Penyanyi 16,867
1999 ke-12 Siti Nurhaliza (3)   Pahang Penyanyi 30,738
2000 ke-13 Siti Nurhaliza (4)   Pahang Penyanyi 44,703
2001 ke-14 Siti Nurhaliza (5)   Pahang Penyanyi 101,175 * (Pengacara Aidiel Abd Ghafar tersilap umumkan angka dalam juta ketika lintas langsung)
2002 ke-15 Rosyam Nor   Kuala Lumpur Pelakon 335,272
2004 ke-16 ke-17 Saiful Apek   Selangor Pelawak 97,680
2005 ke-18 Siti Nurhaliza (6)   Pahang Penyanyi 110,585
2006 ke-19 Mawi   Johor Penyanyi 351,570
2007 ke-20 Mawi (2)   Johor Penyanyi 261,555
2008 ke-21 Mawi (3)   Johor Penyanyi 119,268
2009 ke-22 Nabil Ahmad   Negeri Sembilan Pelawak 127,524
2010 ke-23 Siti Nurhaliza (7)   Pahang Penyanyi 225,300
2011 ke-24 Shaheizy Sam   Selangor Pelakon 126,168
2012 ke-25 Aaron Aziz   Singapura Pelakon 87,669
2013 ke-26 Shaheizy Sam (2)   Selangor Pelakon 79,656
2014 ke-27 Aaron Aziz (2)   Singapura Pelakon 76,742
2015 ke-28 Shaheizy Sam (3)   Selangor Pelakon 265,703
2016 ke-29 Neelofa   Kelantan Pengacara 212,829
2017 ke-30 Fattah Amin   Kuala Lumpur Pelakon 82,635
2018 ke-31 Wany Hasrita   Perak Penyanyi 2.05 Juta
2019 ke-32 Mira Filzah   Perak Pelakon 6.03 Juta
2020 ke-33 Haqiem Rusli   Selangor Penyanyi 22.3 Juta
2021 ke-34 Janna Nick   Kedah Pelakon 86.3 Juta
2023 ke-35 Bell Ngasri   Selangor Pelakon,Pelawak 12,654,855 Juta
2024 ke-36 Aina Abdul   Johor Penyanyi, Pelakon 8,882,662 Juta

Nota
↑Nota 1 : Sebelum gelaran ini diperkenalkan pada edisi keempat pada tahun 1990, Berita Harian sekadar menamakan artis dengan undian tertinggi dalam kalangan semua kategori yang bertanding. Namun ketiga-tiga artis ini tidak ditabalkan sebagai Artis/Bintang Paling Popular, sebaliknya hanya menang atas tiket kategori.

Senarai penganjuran

sunting
Edisi Tarikh Tempat Siaran Pengacara Penaja Utama
Penaja Bersama
Tema Video
Pertama 1 Disember 1987

(Selasa)

Riverside Cafe, Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Tidak disiarkan di kaca TV Ahmad Daud Nescafe
Ke-2 10 Disember 1988

(Sabtu)

Holiday Villa, Subang Jaya TV3, 9 - 10 malam
Rakaman acara disiarkan pada 25 Disember 1988
ND Lala
Charmaine Agustine
Ke-3 13 Januari 1990

(Sabtu)

Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur TV1, 8.30 - 10 malam
Kali pertama disiarkan secara langsung
Ainul Jamal
Sharifah Sakinah Al Junid
RJ Reynolds (Salem)
Ke-4 12 Januari 1991

(Sabtu)

Auditorium Majlis Perbandaran, Shah Alam TV3, 8.30 - 10 malam Mahadzir Lokman
Nurfarahin Jamsari
Ke-5 11 Januari 1992

(Sabtu)

Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur TV1, 8.30 - 10 malam Azmil Mustapha
Tiara Jacquelina
Ke-6 13 Februari 1993

(Sabtu)

ND Lala
Syafinaz Selamat
Singer Kaulah Bintang
Ke-7 8 Mei 1994

(Ahad)

Eman Manan
Erma Fatima
Sabri Yunus
Ali Mamak
Accapan
Imuda
Celcom Technology
Ke-8 29 April 1995

(Sabtu)

Jalaluddin Hassan
Haliza Misbun
Ke-9 19 Oktober 1996

(Sabtu)

Rosyam Nor
Seha
Measat Broadcast Network
Ke-10 24 Ogos 1997

(Ahad)

Auditorium Majlis Perbandaran, Shah Alam TV3, 8.30 - 10 malam Fauziah Ahmad Daud Malaysian Borneo Finance (MBF) Era Kegemilangan Filem Melayu Klasik
Ke-11 15 November 1998

(Ahad)

Auditorium Sri Panggung, Kota Francais, Shah Alam TV3, 2.30 - 4.30 petang Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)
Vistacomm
Ke-12 4 Disember 1999

(Sabtu)

Angkasapuri, Bangsar, Kuala Lumpur TV1, 3.00 - 5.00 petang Bob Lokman
Janet Khoo
Pelangi Air
Proton
Mengembalikan Kegemilangan Komedi Tanahair
Ke-13 12 November 2000

(Sabtu)

Pusat Konvensyen Bandar Sunway, Petaling Jaya TV1, 9.00 - 11 malam Raja Azura
Rosyam Nor
Sarimah Ibrahim
Kotex Malam Pesona Bintang
Ke-14 14 Oktober 2001

(Ahad)

Arena of Stars, Genting Highlands TV3, 4.00 - 7 malam Campuran regu
ND Lala / Normala Samsudin
Ally Iskandar/ Maya Karin
Salih Yaacob/ Linda Onn
Aidil Abdul Ghafar/ Intan Suraya
Resorts World Berhad
Edaran Otomobil Nasional
Gala Pesona Bintang
Ke-15 13 Oktober 2002

(Ahad)

Anita Sarawak
Raja Azura
Time dotCom Berhad
Edaran Otomobil Nasional
Gala Pesona Bintang
Ke-16 Ke-17 14 Mac 2004

(Ahad)

TV3
Era FM, 9.00 - 11.30 malam
Fauziah Ahmad Daud
Salih Yaacob
Hicomobil (Chevrolet) Penghormatan Kepada Bintang-bintang
Ke-18 3 April 2005

(Ahad)

Naza Kia & Naza Bikers Gemilang Bersama Bintang
Ke-19 26 Februari 2006

(Ahad)

Raja Azura
Sharifah Shahirah
Ke-20 4 Februari 2007

(Ahad)

Fauziah Ahmad Daud
Raja Azura
[1]
Ke-21 30 Mac 2008

(Ahad)

TV3
Hot FM, 9.00 - 11.30 malam
Habib Jewels Batik Glam [2]
Ke-22 12 April 2009

(Ahad)

Adlin Aman Ramli
Sharifah Shahirah
Pos Malaysia
Empire Classic Furniture
Sentuhan Tenun [3]
Ke-23 4 April 2010

(Ahad)

Raja Azura
Sharifah Shahirah
Celcom Axiata Berhad Cetusan Warna
Ke-24 3 April 2011

(Ahad)

Raja Azura
Sharifah Shahirah
Zizan Razak
Puncak Kegemilangan
Ke-25 8 April 2012

(Ahad)

Didie Alias
Raja Azura
Sharifah Shahirah
Zizan Razak
Lux Larger Than Life [4]
Ke-26 7 April 2013

(Ahad)

Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Fara Fauzana
Johan Yazid Lim
Zizan Razak
Habib Jewels Ledakan Geometri [5]
Ke-27 24 Mei 2014

(Sabtu)

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Ajak Shiro
Amy Mastura
Fara Fauzana
Shahrol Shiro
Eynasha Magis Alam
Ke-28 5 April 2015

(Ahad)

Arena of Stars, Genting Highlands Amy Mastura
Sherry Alhadad
AG Selamat
Zarra Cosmetic Semarak Cinta [6]
Ke-29 8 Mei 2016

(Ahad)

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya TV3
Hot FM
Kool FM
9.00 malam - 12.00 tengah malam
AG Selamat
Mira Filzah
Zizan Razak
Haiza
U Mobile #Respek [7]
Ke-30 14 Mei 2017

(Ahad)

Faizal Ismail
Zulin Aziz
Fauziah Ahmad Daud
Pamoga QuPuteh
Coca-Cola
Domino's Pizza
Futuristik [8]
Ke-31 7 Oktober 2018

(Ahad)

Zara Zya
Ajak Shiro
Janna Nick
Alha Alfa
Maggi Pedas Giler
McCafe
Samsung
Habib
Citroen
Infiniti [9]
Ke-32 22 September 2019

(Ahad)

AC Mizal
Elly Mazlein
Alha Alfa
DuitNow
Melangkaui Sempadan [10]
Ke-33 13 November 2020

(Jumaat)

Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur TV3

9:00 - 11:30 malam

AC Mizal

Nabila Huda

Xiaomi #ABPBHKITA2020 [11]
Ke-34 13 November 2021

(Sabtu)

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur TV3

9:00 - 11:30 malam

Sherry Alhadad Xiaomi #KITABERSAMA [12]
Ke-35 21 Julai 2023

(Jumaat)

Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur TV3

9:00 - 11:30 malam

Johan Raja Lawak
Ain Edruce
Fellera #EKSPRESILEGASISENI [13]
Ke-36 11 Oktober 2024

(Jumaat)

Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor TV3

9:00 malam - 12:00 tengah malam

Didie Alias
Haniff Hamzah
Riena Diana
Conboo #TEGUH

Proses pencalonan

sunting

Label rakaman, stesen TV, stesen radio dan syarikat penerbitan filem bertanggungjawab menyerahkan senarai nama artis yang layak bertanding dalam setiap kategori. Calon-calonnya termasuk kakitangan, selebriti, pelakon, dan penyanyi yang aktif dan berprestasi konsisten dalam bidang masing-masing dalam tempoh kelayakan yang diberikan.[11]

Untuk setiap rangkaian atau stesen radio, pencalonan terhad kepada tiga orang penyampai lelaki dan wanita, apatah lagi stesen radio itu mestilah dapat didengari di sekurang-kurangnya tiga negeri (tidak termasuk radio Internet). Untuk pengacara TV, pencalonan dilayakkan untuk mereka yang menjadi pengacara tetap untuk sesebuah program dalam tempoh sekurang-kurangnya dua musim siarannya.[11]

Pencalonan bagi kategori pelakon filem adalah berdasarkan filem yang sudah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan mendapat tarikh tayangan daripada Unit Wajib Tayang Finas. Setiap sebuah filem boleh mencalonkan dua pelakon lelaki dan wanita bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular selain untuk kategori Artis Baru Lelaki dan Artis Baru Wanita.[11]

Sementara itu, syarat bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Penyanyi Berkumpulan/Dua Popular pula secara umumnya berpandukan kepada peraturan yang diamalkan oleh Anugerah Industri Muzik (AIM). Bagaimanapun, mulai edisi 2007, sedikit kelonggaran diberikan apabila penyanyi atau artis berkumpulan/duo yang boleh dicalonkan mestilah sudah merakamkan satu single atau satu lagu baru.[11]

Pencalonan awal disiarkan di akhbar Berita Harian dan sekutu-sekutunya selama lebih kurang lima minggu berturut-turut, untuk para pembaca memilih lima calon terbaik bagi setiap kategori yang ada. Setelah dimuktamadkan finalis-finalisnya, pusingan kedua undian akan disiarkan untuk semua pembaca untuk memilih seorang sahaja artis bagi setiap kategori. Akhir sekali, para pemenang anugerah diumumkan di majlis gilang-gemilang. Mulai edisi 2009, para peminat juga boleh mengundi melalui SMS.[12]

Senarai kategori pencalonan

sunting

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

sunting
Tahun Penerima
1996 M. Amin, Momo Latiff, Latifah Omar
1997/98 Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud
1998/99 Ibrahim Pendek, Ruminah Sidek
2000 Aziz Sattar, Maria Menado, Anita Sarawak
2001 Ahmad Mahmud, Mariam Ismail, Sheila on 7
2002 Ahmad Jais, Sarimah, Michelle Yeoh
2003 Mustapha Maarof, Orchid Abdullah, Sharifah Aini
2004 Jins Shamsuddin, Uji Rashid, Yusof Haslam
2005 Hussein Abu Hassan, Azean Irdawaty, Ahmad Nawab
2006 Jeffrydin, Umi Kalthum, Jamil Sulong
2007 M. Nasir
2008 Jamal Abdillah
2009 Khadijah Ibrahim
2010 Rosnani Jamil
2011 Sheila Majid, Siti Nurhaliza[a]
2012 Search
2013 Rahim Razali
2014 S. M. Salim
2015 Ogy Ahmad Daud
2016 Ella
2017 Noorkumalasari
2018 Raihan
2019 Francissca Peter
2020 Habsah Hassan
2024 S. Atan

Catatan

sunting
  1. ^ Anugerah Sri Perak

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Latar Belakang ABP Diarkibkan 2009-09-26 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  2. ^ Arkib Pemenang ABP (1990) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  3. ^ Arkib Pemenang ABP (1992) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  4. ^ a b Arkib Pemenang ABP (1996) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  5. ^ a b Arkib Pemenang ABP (1997/98) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  6. ^ Arkib Pemenang ABP (1998/99) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  7. ^ Arkib Pemenang ABP (2004) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  8. ^ a b Arkib Pemenang ABP (2000) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  9. ^ "TV3 to broadcast 'Anugerah Bintang Popular'". New Straits Times. 14 September 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-21. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  10. ^ Arkib Pemenang ABP (2003) Diarkibkan 2011-04-23 di Wayback Machine. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  11. ^ a b c d "Tarikh akhir hantar pencalonan awal 3 November". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-12. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  12. ^ Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad (3 Disember 2009). "Format pengundian baru diperkenal, selain guna borang". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-13. Dicapai pada 6 Disember 2009.

Pautan luar

sunting