Sharifah Shahirah

Pelakon, model, pelawak, pengacara dan penyampai radio Malaysia

Sharifah Sahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah (lahir 14 Oktober 1974)[1] merupakan pelakon, model, pelawak, pengacara dan penyampai radio di Malaysia. Beliau mula mencipta nama sejak tahun 1992 hingga kini, sezaman dengan Didie Alias, Nina Juren, Ahmad Idham, Azhar Sulaiman, Zamarul Hisham, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

Sharifah Shahirah
Kelahiran
Sharifah Sahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired

(1974-10-14) 14 Oktober 1974 (umur 49)
PekerjaanPelakon, model, pelawak, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif1992–kini
Majikan
  • Star Media Radio Group (2010-11, 2018-kini)
Pasangan
Anak-anak5 (1 bersama Jatt Ali & 4 bersama Ijoy Azhari)
Keluarga
HubunganMaria Arshad (ibu mertua)

Kerjaya lakonan sunting

Beliau bermula sebagai aktres pada tahun 1993 selepas menamatkan zaman persekolahan. Beliau mengikut jejak langkah kakaknya, Sharifah Haslinda atau Lynn yang lebih dahulu popular di kaca TV. Penampilan pertama Shiera di layar perak menerusi filem Imigran pada 1993 memegang watak sebagai pelayan restoran makanan Indonesia.[2] Kemudian dilamar Aziz M. Osman untuk memegang salah satu watak sokongan dalam filem Femina pada tahun yang sama.

Sejak itu Shiera sering diberi peranan pembantu dalam filem dimana kebanyakan watak-watak yang diberikan tidak cukup mencabar. Hanya pada tahun 2002 apabila Othman Hafsham menawarkan watak komedi kepada beliau dalam filem Soalnya Siapa? barulah Shiera mula mencipta nama sebagai seorang aktres komedi yang mula memintas kedudukan komedian-komedian senior. Shiera juga bertuah apabila diberi peluang untuk memegang watak yang agak menarik dalam filem Afdlin Shauki yang pertama iaitu Buli pada tahun 2004.

Biarpun sinar Shiera di layar perak tidak segermerlapan aktres-aktres komedi lain, namun nama Shiera meniti bibir peminat menerusi aksi nya di kaca TV. Drama Mat Despatch yang dibintanginya sejak 1996 hingga 2001 ternyata menjadi fenomena selain kemunculan Shiera dalam sitkom Ada Ada Aje pada tahun 2004 yang memberi tuah kepada beliau apabila dinobatkan sebagai Aktres Komedi TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

Biarpun tidak cenderung kepada watak-watak dramatik, namun Shiera pernah diberi peluang untuk memegang watak-watak serius. Antara yang paling berkesan adalah menerusi watak utamanya dalam drama bersiri Salam Terakhir bersama Zul Yahya pada tahun 2002. Ironinya, Zul Yahya juga adalah aktor komedi yang sering digandingkan bersama-sama Shiera.

Kerjaya pengacaraan sunting

Shiera menjadi bidan terjun bersama kakaknya, Lynn ketika diberi peluang untuk mengacarakan siaran langsung Anugerah Media Hiburan 2002 di Angkasapuri pada Januari 2003.[3] Sebetulnya, Afdlin dan Amy Mastura adalah gandingan pengacara yang sebenar namun mereka berdua tidak dapat menyertai penganugerah itu. Biarpun sekadar pengacara bidan terjun, gandingan Shiera dan Lynn mendapat pujian ramai.

Sejak itu Shiera diberi peluang untuk mengacarakan pelbagai majlis-majlis anugerah di Malaysia. Selain sudah beberapa kali menjadi pengemudi acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2005, 2008, 2009, 2010, dan 2011); beliau juga pernah mengacarakan siaran langsung Festival Filem Asia Pasifik ke 50 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pada 2005.

Menariknya mengenai Shiera, beliau bermula sebagai pengacara majlis anugerah sebelum berkecimpung sebagai pengacara TV. Antara rancangan TV yang di acarakan oleh beliau adalah Nasi Lemak Kopi O, Mangkuk Tingkat serta rancangan bual bicara Gedik Santai.

Komersial sunting

Rezeki Shiera dalam bidang komersial juga melimpah ruah. Sheera dilantik menjadi duta kepada produk kecantikan Bio Essence selain menjadi jurucakap kepada produk Sunlight, Lipton, Mamil DuGrow dan banyak lagi.

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 1993, ketika baru bermula sebagai artis Shiera nekad mengahwini Jatt Ali, vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura yang jauh lebih berusia daripadanya. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berama Alisya. Jodoh tidak panjang, pasangan ini berpisah pada tahun 1999.

Ketika melalui zaman janda, Shiera sering digossipkan bercinta dengan pelakon dan pelawak Zul Yahya namun kedua-duanya menafikan. Dalam pada itu, ketika membintangi siri komedi Mat Despatch pada era lewat 90an, Shiera mula berkenalan dengan aktor remaja Ijoy Azhari. Kedua-duanya akhirnya mengaku bercinta pada tahun 2002 dan akhirnya Shiera menamatkan zaman janda pada tahun 2003 bersama Ijoy. Ijoy merupakan anak teruna kepada aktres popular 80an, Maria Arshad.[4]

Perkahwinan keduanya ini diserikan dengan kehadiran 4 orang cahaya mata, Airel (lahir pada 2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016). Audra yang dijadikan sebagai anak angkat kepada Datuk Siti Nurhaliza juga pernah membuat kemunculan istimewa di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang mana setahun sebelumnya, ketika masih mengandungkan anaknya itu, Shiera juga mengacarakan ABPBH 2008.

Sharifah Shahirah kini sudah mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. beliau menyatakan niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT. Pada mulanya beliau bernazar, jika wabak ini ada penawar beliau akan bertudung dan bersopan. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. [5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Selubung Perempuan Lalu Lalang Filem pertama, pelakon tambahan
1993 Imigran Ida
Azizah The Legend Jarah
1995 Cinta Kita Azimah
1997 Azam Izah
2002 Soalnya Siapa? Tina
2004 Buli Kak Illa
2005 Gila-Gila Pengantin Popular Pengacara
2006 Buli Balik Kak Ila
Bujang Senang Lily
2008 Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Dr. Suzana
2009 Skrip 7707 Perempuan Jelita
2012 Baik Giler!! Ibu Afiq
Pontianak vs Orang Minyak Ratu Pontianak
2013 Tanda Putera Guru Besar Penampilan khas
2018 Enjin No.9 Leha
2019 7 Hari Kisah Cinta Langkawi Mok Cik

Siri Komedi TV sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996-2001 Mat Despatch TV1
2004-2005 Ada-ada Aje
2007-2008 Alamak Amy
2010 Mat Jaja
2019 KL Meroyan Lola TV2

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Salam Terakhir
2006 Badai Pesona Ringgit TV1
2017-2018 My Coffee Prince Zahara Astro Ria
2008 Puteri Salju Kelly Chantek @ Khamsiah Tukiran TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1994 Dilema Kasih
Pengantin Popular
1996 Kembali
2004 Kelibat Tanti/Yanti Astro Ria
2010 Ibu Mee Segera
2017 Ooops! Terlajak Nikah Astro Mustika HD
Cinta Gred A
2020 Perang Dingin Mona Awesome TV

Siri Animasi sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1997-1999 Kampung Boy Bob (Suara) Astro Ria
2000 - 2008 Dragon Ball Bezita (Suara) ntv7

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2001 Terserah Anda
2006-2007 Gedik Santai Pengacara TV3 bersama Raja Azura
2007 Raja Lawak Astro (Musim 1) Astro Ria
2009 Spontan (Musim 1) Astro Warna
2010 Fesyenista Manja Astro Ria
Kecoh Kenduri Sunlight TV9
2010-2015 Nasi Lemak Kopi O
2011-2012 Mangkuk Tingkat
2020 Masak Apa Tu? Artis Jemputan TV3
2021 Havoc Nak Raya
Mind Your Loghat Astro Prima
Festival Filem Malaysia Pengacara TV2
2022 Mega Lawak: Drama Queen Artis Jemputan Astro Warna
Sembang Sahur 2022 TV3
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pengacara mengacara bersama Sherry Alhadad
2024 Malam Anugerah KNKV Viral Award 2024 TV2 mengacara bersama Tyzo Xander Diana Rusdi & Azhar Jalil

Majlis Hiburan sunting

Tahun Tajuk
2002 Anugerah Media Hiburan 2002
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005
Festival Filem Asia Pasifik ke 50 (2005)
2006 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
2010–2011, 2018–kini Rancangan Suria Petang & Carta Rockmantika Suria Suria

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting