Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-23 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini dilangsungkan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April 2010 bertemakan "Cetusan Warna".[1] Raja Azura dan Sharifah Shahirah telah digandingkan bersama sebagai pengacara.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Tarikh4 April 2010
LokasiArena of Stars, Genting Highlands
NegaraMalaysia
PengacaraRaja Azura
Sharifah Shahirah
Anugerah pertama1987
Anugerah terbanyakFara Fauzana (2)
Pencalonan terbanyak
Laman web rasmiabp.bharian.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan2 jam
Bil. penonton3.9 juta
  • ← ke-22
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23
  • ke-24 →

Anugerah tertinggi, "Bintang Paling Popular" telah dimenangi Siti Nurhaliza. Siaran langsung menerusi TV3 dan Hot FM telah memudahkan orang ramai mengikuti perkembangannya. Pada malam anugerah, Aznil Nawawi, Faizal Ismail dan Nabil sempat mengucapkan dedikasi hadiah mereka kepada allahyarham Din Beramboi dalam ucapan penerimaan hadiah masing-masing.[2] Anugerah Bintang Paling Popular dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza yang kali terakhir memenangi anugerah tertinggi ini pada upacara tahun 2004.

Maklumat am sunting

Apa yang menarik mengenai ABPBH 2009 adalah para peminat boleh mengundi seniman kegemaran mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)[3] selain mengerat borang dari akhbar Berita Harian dan Harian Metro untuk dihantar melalui pos.

Senarai calon akhir untuk 16 kategori yang boleh diundi untuk ABPBH 2009 diumumkan di sebuah sidang media di Royal Ballroom 3, Palace of The Golden Horses, Mines City Resort pada 20 Januari 2010.[1] Para pengundi diberi masa hingga 19 Mac 2010 untuk menentukan pemenang setiap anugerah.

Siti Nurhaliza mengumumkan hasratnya untuk mengundurkan diri dari pencalonan ABPBH selepas ini. Beliau mahu berehat untuk seketika kerana telah melalui suatu proses yang panjang dalam berkempen. Beliau gembira setelah melihat peningkatan dari segi senarai finalis ABPBH dan wujudnya pelapis yang baru.[4]

Jelajah ABPBH kali ini hanya dilangsungkan di empat tempat merangkumi Semenanjung Malaysia.[5] Jelajah bermula di Village Mall, Sungai Petani, Kedah (5 & 6 Mac 2010), diikuti Mesra Mall, Kemasek, Kemaman, Terengganu (12 & 13 Mac 2010), Plaza Angsana, Johor Bahru (20 & 21 Mac 2010) dan Klang Parade, Klang (26, 27 & 28 Mac 2010). Dilaporkan 10,000 orang berpusu-pusu bertemu dengan artis di sesi Johor Bahru,[6] diikuti 10,000 lagi di Klang Parade.[7]

Kiraan undi diumumkan selesai di Balai Berita (ibu pejabat Berita Harian) pada petang 2 April, dengan lebih 400,000 borang undian yang dikira dan 220,000 hantaran undian SMS[8] dari para pembaca. Tetapi, pada awal hari itu, negara dikejutkan dengan pemergian salah seorang calon ABPBH 2009, iaitu Din Beramboi yang julung kali dicalonkan untuk Penyampai Radio Lelaki Paling Popular.

Sambutan sunting

Menurut pantauan AGB Nielsen Media Research, siaran langsung majlis ABPBH 2009 ditonton oleh kira-kira 3,995 juta (20.5 TVR) atau 64.1% dari peratusan penonton yang menonton pada waktu siarannya (9:00 – 11:59 malam); malahan, melalui kajian minit per minit, pada jam 10.40 malam dan 10.50 malam, ABPBH 2009 berjaya mencecah sehingga hampir 4.6 juta penonton.[9]

Antara perkara-perkara yang paling menarik perhatian pada malam itu adalah kedengaran sorakan 'boo' para penonton di tempat acara ketika nama Mawi dan Fasha Sandha disebut ketika pencalonan Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Wanita TV Popular dibacakan oleh suara latar.[10][11] Dikupaskan bahawa kecaman terhadap Fasha berpunca dari kontroversi beliau sepanjang tahun lalu, bermula dari kes bersikap biadab dengan para wartawan sehingga dituduh sebagai orang ketiga yang membawa kepada keretakan rumahtangga Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli[10], manakala suara 'boo' yang dilemparkan kepada Mawi tidak diketahui sebabnya, selain hakikat bahawa beliau pernah memutuskan pertunangannya dengan Ina Naim untuk bernikah dengan Ekin.

Persembahan sunting

Penyampai sunting

Calon dan pemenang sunting

Perhatian: Nama pemenang berhuruf tebal.

Bintang Paling Popular sunting

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sunting

Penyanyi Lelaki Popular sunting

Penyanyi Wanita Popular sunting

Penyanyi Duo/Kumpulan Popular sunting

Penyanyi Nasyid Popular sunting

Pelakon Filem Lelaki Popular sunting

Pelakon Filem Wanita Popular sunting

Pelakon TV Lelaki Popular sunting

Pelakon TV Wanita Popular sunting

Pengacara TV Lelaki Popular sunting

Pengacara TV Wanita Popular sunting

Penyampai Radio Lelaki Popular sunting

Pengacara Radio Wanita Popular sunting

Artis Komedi Lelaki Popular sunting

Artis Komedi Wanita Popular sunting

Artis Baru Lelaki Popular sunting

Artis Baru Wanita Popular sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Farihad Shalla Mahmud, Serimah Mohd Sallehuddin & Zaidi Mohamad (22 Januari 2010). "Debaran bermula". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-28. Dicapai pada 26 Januari 2010.
  2. ^ Li Ee Kee. "ABPBH 09: Siti Bintang Paling Popular". gua.com.my. Dicapai pada 4 April 2010.
  3. ^ Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad (8 Disember 2009). "ABPBH ke-23 terima SMS". Berita Harian. Dicapai pada 26 Januari 2010.
  4. ^ Farihad Shalla Mahmud (26 Januari 2010). "Kali terakhir!". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2010.
  5. ^ "Lokasi siri jelajah ABPBH2009". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2010.
  6. ^ Zubir Mohd Yunus (28 Mac 2010). "Jeritan peminat di Plaza Angsana". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2010.
  7. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (4 April 2010). "ABPBH: Bahang kemuncak gegar Klang Parade". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2010.
  8. ^ "Kiraan undi ABPBH selesai". Berita Harian. 3 April 2009. Dicapai pada 4 April 2010.
  9. ^ Budiey Isma (5 April 2010). "Hampir 4 Juta Tonton Anugerah Bintang Popular 2009". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 April 2010.
  10. ^ a b "Patutkah Fasha Sandha & Mawi Di 'Boo'?". gua.com.my. 5 April 2010. Dicapai pada 5 April 2010.
  11. ^ "Mawi, Fasha Kena Boo di ABPBH2009!". Murai.com.my. 5 April 2010. Dicapai pada 5 April 2010.