Hijjaz
Hijjaz merupakan kumpulan nasyid Malaysia, ditubuhkan pada 1 Ramadhan 1417 bersamaan 10 Januari 1997. Sebelum penubuhan Hijjaz, mereka pernah menganggotai kumpulan NadaMurni selama lebih 10 tahun. Ahli kumpulan ini ialah seramai 4 orang, salah seorang daripada mereka meninggal dunia, meninggalkan hanya 3 orang ahli. Namun kini, ahlinya kembali berjumlah 4 orang.[1]
Hijjaz | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Nasyid |
Tahun aktif | 1997–kini |
Syarikat rakaman | Hijjaz Music Entertainment |
Laman sesawang | www.hijjaz.com.my |
Ahli | Munif Isman Faizal Arifin |
Bekas ahli | Salleh |
Hijjaz bergiat aktif menerusi syarikat Hijjaz Music Entertainment. Kumpulan ini juga telah melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanah air seperti kumpulan Inteam, UNIC, Ae-man dan Mestica. Antara anak didik Hijjaz yang berjaya ialah Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Fadzli Aziz yang ketiga-tiganya ialah bekas ahli UNIC dan Suhaimi Saad ialah bekas ahli Inteam.[2]
Ahli kumpulanSunting
Pada awal penubuhannya, kumpulan Hijjaz terdiri seramai 4 orang anggota iaitu :-
- Munif bin Ahmad (Munif Hijjaz/Putra Aiman)
- Isman Nadim bin Isam (Isman/Manis Helma/Manis Alia)
- Mohd Faizal bin Osman (Faizal/Abai Os)
- Mohd Salleh bin Ramli (Soleh)
Namun pada 15 Februari 2001, kumpulan Hijjaz telah kehilangan seorang anggota apabila Salleh bin Ramli telah pergi menghadap Ilahi. Kematian Salleh telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota. Namun bermula dari album Pelita Hidup III, kumpulan Hijjaz telah menerima anggota baru dengan kemasukan Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim .
DiskografiSunting
Album studioSunting
- Cahaya Ilahi (1997)
- Keizinan-Mu (1998)
- Pelita Hidup (1998)
- Rindu (1999)
- Lukisan Alam (2000)
- Pelita Hidup II (2001)
- Jalan Bahagia (2002)
- Pelita Hidup III (2003)
- Damai (2004)
- Pelita Hidup IV (2006)
- Selawat Nabi (2008)
- Pelita Hidup V (2009)
- Permata Hijjaz 1431 (2010)
- Susah Senang kita bersama (2012)
- Janji (2013)
- Pelita Hidup VI (2013)
- Selawat Nabi II (2013)
Anugerah dan penghargaanSunting
- Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2003 - Sumayyah (Menang)
- Anugerah Gold dan Platinum jualan melebihi 90,000 unit Keizinan-Mu
- Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
- Pelita Hidup
- Anugerah Platinum jualan melebihi 50,000 unit
- Rindu
- Anugerah Gold Jualan melebihi 30,000 unit dalam masa 4 bulan.
GaleriSunting
RujukanSunting
- ^ Najiy Jefri (20 Februari 2019). Imbau kegemilangan nasyid Harian Metro. Dicapai pada 30 Oktober 2019.
- ^ Rodzan Madzalan (10 Jun 2017). Hijjaz tunai impian rai peminat Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2017.