Ismen Nadim bin Isam
Ismen Nadim bin Isam yang dikenali sebagai Isman merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Beliau merupakan anggota Hijjaz yang paling tua dan mempunyai dua nama pena iaitu Manis Alia dan Manis Helma. Beliau telah dilahirkan pada 28 April 1969 dan merupakan anak jati Kota Tinggi, Johor.
Ismen Nadim bin Isam | |
---|---|
Nama lahir | Ismen Nadim bin Isam |
Kelahiran | ![]() | 28 April 1969
Genre | Nasyid |
Pekerjaan | Penyanyi ![]() |
Alat muzik | Suara ![]() |
Tahun aktif | 1997 ![]() |
Kegiatan berkaitan | Kumpulan Hijjaz |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Antara hobi beliau ialah mencipta lagu dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau juga amat menggemari makanan yang pedas dan gulai kicap. Selain menyanyi, beliau turut berkebolehan dalam menerbit, menggubah lagu, menulis lirik dan bermain alat muzik percussion. Antara lagu yang dicipta oleh beliau ialah Kasih Kekasih (In-Team), Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC), Jalinan (UNIC), Demi Cinta Suci (UNIC), Remaja (UNIC), Insan Bernama Kekasih (UNIC), Mahar Cinta (Devotees) dan Tika Dinihari (Devotees).