Kumpulan Mestica merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. Kumpulan ini memulakan karier mereka sekitar tahun 2003 setelah mengikat kontrak sebagai artis rakaman Hijjaz Records, sebuah syarikat rakaman yang turut menaungi beberapa kumpulan nasyid terkenal seperti Inteam, UNIC dan Ae-man.

Mestica
Kulit album kumpulan Mestica
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2002-kini
Syarikat rakaman
Hijjaz Records
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://instagram.com/mestica_official
AhliShaiful
Khairul (Ketua)
Razin
Khalil

Sejarah Penubuhan sunting

Kumpulan Mestica telah ditubuhkan oleh 4 orang mahasiswa UiTM Shah Alam iaitu Shaiful, Khairul, Razin dan Khalil. Pada ketika itu, setiap daripada mereka menuntut pengajian dalam bidang yang berbeza di mana Shaiful merupakan pelajar di bawah Fakulti Kejuruteraan, Khairul di bawah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Razin di bawah Fakulti Pengurusan & Perniagaan, manakala Khalil di bawah Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan.

Pada asalnya, anggota-anggota kumpulan ini bergiat aktif dengan menganggotai beberapa kumpulan nasyid di UiTM Shah Alam, antaranya Asy-Syiffa', Al-Wahdah dan Is-One yang aktif pada sekitar tahun 2000 hingga 2002. Shaiful dan Khairul menganggotai kumpulan Asy-Syiffa', Razin dengan Is-One dan Khalil dengan Al-Wahdah. Namun, kumpulan-kumpulan ini telah dibubarkan atas pelbagai sebab.

Sekitar tahun 2003, Khairul telah mendapat panggilan daripada pihak pengurusan Hijjaz Records yang kebetulan mahu mencari satu lagi kumpulan nasyid yang terdiri daripada mahasiswa universiti untuk diuji bakat dalam usaha mereka untuk mencari artis rakaman baharu selepas In-Team (kini Inteam) dan UNIC. Maka, Khairul telah mengambil keputusan untuk mencari semula bekas ahli kumpulan-kumpulan tersebut untuk digabungkan menjadi sebuah kumpulan nasyid baharu sekaligus meneruskan kesinambungan irama nasyid di UiTM. Pada peringkat awal penubuhannya, kumpulan ini pernah menggunakan beberapa nama, antaranya Ideal dan Mestika. Namun selepas menjalani uji bakat dan diterima menjadi artis baharu Hijjaz Records nama kumpulan ini ditukar kepada nama Mestica agar nampak lebih sesuai & menarik.

Kumpulan Mestica juga memberi sokongan dan bimbingan kepada kumpulan-kumpulan nasyid baru di UiTM seperti kumpulan nasyid Skilas dari Kolej Perindu. Hasil tunjuk ajar mereka telah berjaya meletakkan kumpulan nasyid Skilas sebagai sebuah kumpulan nasyid yang popular dalam kalangan pelajar di UiTM Shah Alam.

Ahli-ahli sunting

Diskografi sunting

Album Studio sunting

Tahun Judul Penerbit Album Label Edaran
2004 Sendu Sendawa Hijjaz Hijjaz Records EMI Music Malaysia
2005 Layar Keinsafan Hijjaz Hijjaz Records EMI Music Malaysia
2007 Tigasatutiga (313) Hijjaz Hijjaz Records EMI Music Malaysia

Album Himpunan/Kompilasi sunting

Tahun Lagu Album Terbitan
2012 Kasih
(menampilkan Dakmie)
Terbaik Nasyeed.Com
(bersama Rabbani, Dakmie, Aishah, Mu'adz, Wildan dan Lamda (artis Indonesia))
NC Records
2013 Projek Palestin - Satu.Misi.Kemenangan
(bersama Dakmie, Dendang Anak, Alfarabiband dan Dr. Ibrahim Ghaffar)

Pautan luar sunting