Fitri Haris

penyanyi nasyid Malaysia

Mohamad Fitri bin Mohamad Haris atau dikenali sebagai Fitri Haris merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang terkenal di Malaysia dan dilahirkan pada 5 Jun 1984 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Fitri yang juga dikenali sebagai Pit atau Angah merupakan anggota kumpulan nasyid terkenal, UNIC (2002-2009, 2022-kini) di mana beliau merupakan anggota terawal dan pengasas kumpulan tersebut pada hujung tahun 2001 bersama dua orang sahabatnya iaitu Bazli dan Wan Shah.

Fitri Haris
Kelahiran
Mohamad Fitri bin Mohamad Haris

(1984-06-05) 5 Jun 1984 (umur 38)
WarganegaraMalaysia Malaysia
Nama lainFitri UNIC, Pit, Angah
PekerjaanPenyanyi, Pensyarah
Tahun aktif2002-kini
PasanganSaleha Safian (k. 2003; c. 2008)
Siti Wajihah Kholil (k. 2012; c. 2014)
Fazilah Omar (k. 2019)
Anak-anakSofea Solehah (lahir 2004)
Qalish Rayyan Adam (anak tiri)
Bilal Habibi (lahir 29 Jun 2021)
Kerjaya muzik
GenreNasyid, Pop
Syarikat rakaman
Hijjaz Records (2002-2009)
Niyat Edutainment
Pengkarya berkait
Hijjaz
Inteam
UNIC
Hafiz Hamidun
Fadzli Aziz
Laman web rasmihttps://m.facebook.com/fitriharisofficial/ https://instagram.com/fitriharisofficial

https://twitter.com/mefitriharis

https://youtube.com/fitriharisofficial

Latar Belakang & Kerjaya

Fitri Haris memulakan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab di Kota Tinggi, Johor di Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 dan merupakan senior kepada Halim Ahmad yang merupakan anggota kumpulan Devotees. Kemudian, Fitri menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar juga di Kota Tinggi dan di sekolah itulah beliau mula berkawan dengan Bazli yang kemudiannya membawa kepada penubuhan kumpulan UNIC pada tahun 2001.

Setelah menamatkan SPM, beliau kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dalam jurusan Ilmu Wahyu sebelum menuntut ilmu di peringkat Sarjana dalam jurusan industri di Universiti Malaya. Sekitar tahun 2014, beliau menyambung pengajiannya di New Zealand sebelum berlepas ke University of Nottingham, United Kingdom untuk mengambil Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik Islamik pada tahun 2016.

Selain menyanyi, Fitri kini bekerja sebagai salah seorang tenaga pengajar dalam unit SCIMPA di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah secara sepenuh masa.

Kehidupan Peribadi

Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang berasal dari Singapura. Hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan seorang anak, namun jodoh perkahwinan mereka tidak panjang dan bertahan selama 5 tahun.

Kemudian, beliau menyambung semula cita-citanya untuk menjadi pensyarah dengan memasuki Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam jurusan perniagaan kecil dan sederhana di peringkat Ijazah Sarjana. Tidak lama kemudian, beliau berpeluang melajutkan pelajaran dan berangkat ke New Zealand untuk menyambung latihan industri. Sementara menunggu untuk ke New Zealand, beliau telah bekerjasama dengan Arteffects International, menghasilkan album himpunan Zikir Terapi Munajat.

Pada tahun 2012, beliau telah mendirikan rumah tangga yang berlangsung di Kajang, Selangor dan perkahwinan ini telah berakhir selepas perkahwinan ini bertemu titik tolak. Bukan segalanya indah apabila hidup bersama dengan seseorang yang mempunyai masa silam dan mempunyai anak, perkahwinan kedua ini jua berakhir pada tahun 2014.Walau pelbagai tomahan dan pendapat dari masyarakat, Beliau tetap meneruskan kehidupan dan cita-citanya. Kini, beliau hanya menumpukan perhatiannya pada pembelajaran beliau dalam peringkat PhD dalam bidang yang diceburinya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Nottingham, United Kingdom. Tahun 2016, beliau juga sibuk mempromosikan dan memperkenalkan 'new baby single' beliau iaitu 'Garis Takdir' yang sering kedengaran dan turut menjadi juara carta berturut-turut di salah sebuah stesen radio di Malaysia

Diskografi

Karier Tahun Judul Album/Single
Bersama kumpulan UNIC
2002 You And I See
2003 See You Di IPT
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2003
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran : EMI
2005 Satu Tekad
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2005
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran : EMI
2007 Tika Itu
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2007
  • Format : Kaset, CD
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran : EMI
2009 Langkah Tercipta
  • Album kompilasi
  • Dikeluarkan : 2009
  • Format : CD
  • Label : Hijjaz Records
  • Edaran : Warner Music Malaysia
Solo
2011 Zikir Terapi Munajat[1]
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2011
  • Format : CD
  • Label : Arteffects International
  • Edaran : Warner Music Malaysia
2013 Qasidah Akustika
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2013
  • Format : CD
  • Label : WholeSale Mart Sdn Bhd
2016 Garis Takdir
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2016
  • Label : Niyat Edutainment
2018 Hanya Tuhan Yang Tahu 2018
  • Single (Remake)
  • Dikeluarkan : 2018
  • Label : Indigital Music
2018 Wahai Kekasihku
  • Single
  • Dikeluarkan : 2018
  • Label : Indigital Music
2020 Yang Terakhir
  • Single
  • Dikeluarkan : 2020
  • Label : Niyat Edutainment

Rujukan

Pautan luar