Daerah Kota Tinggi

daerah di Johor, Malaysia
(Dilencongkan dari Kota Tinggi)

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti Kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Kota Tinggi
كوتا تيڠڬي
Daerah di Malaysia
Transkripsi lain
 • Cina哥打丁宜县 (Gēdǎ Dīngyí Xiàn)
 • Tamilகோத்தா திங்கி (Kōttā tiṅki)
Bendera bagi Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
Kota Tinggi highlighted in Johor, Malaysia.svg
Kota Tinggi كوتا تيڠڬي yang terletak di Johor
Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
Kota Tinggi
كوتا تيڠڬي
Kota Tinggi كوتا تيڠڬي yang terletak di Semenanjung Malaysia
Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
Kota Tinggi
كوتا تيڠڬي
Kota Tinggi كوتا تيڠڬي yang terletak di Malaysia
Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
Kota Tinggi
كوتا تيڠڬي
Koordinat: 1°44′07″N 103°54′04″E / 1.7351598°N 103.9011812°E / 1.7351598; 103.9011812Koordinat: 1°44′07″N 103°54′04″E / 1.7351598°N 103.9011812°E / 1.7351598; 103.9011812
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Takzim
Pihak Berkuasa Tempatan
KerusiBandar Kota Tinggi
Kerajaan
 • Pegawai DaerahHazlina binti Jalil[1]
Luas
 • Jumlah1,057.00 batu persegi (2,737.63 km2)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah187,824
 • Kepadatan180/batu persegi (69/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)
Poskod
81×××

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.

Antara tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain itu, Gunung Panti dan Gunung Muntahak merupakan tempat pendakian yang menarik. Terdapat juga pantai-pantai yang menarik minat pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati adalah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili. Perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi ialah satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

SejarahSunting

Nama Kota Tinggi adalah sempena pembinaan kota-kota pertahanan yang terletak di tanah tinggi oleh sultan-sultan Johor sepanjang persisiran Sungai Johor, iaitu Kota Kara (1529), Kota Sayong (1536), Kota Batu (1540), Kota Seluyut (1564), Kota Batu Sawar (1587), Kota Touhid (1623), Kota Tinggi (1685) dan Kota Panchor (1716).[4]

 
Banjir gelombang pertama bermula 19 Disember 2006

Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Kejadian ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac yang menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan, terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.[perlu rujukan]

Kawasan pentadbiranSunting

 
Majlis Daerah Kota Tinggi

MukimSunting

  1. Mukim Ulu Sungai Johor
  2. Mukim Ulu Sungei Sedili Besar
  3. Mukim Johor Lama
  4. Mukim Kambau
  5. Mukim Kota Tinggi
  6. Mukim Pantai Timur
  7. Mukim Pengerang
  8. Mukim Sedili Besar
  9. Mukim Sedili Kechil
  10. Mukim Tanjung Surat
  11. Bandar Kota Tinggi

EkonomiSunting

Kota Tinggi bakal berubah wajah menjelang 2016 apabila semua projek berkaitan minyak dan gas (O&G) di zon Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Pengerang siap sepenuhnya. Ketika ini, kerja-kerja pembinaaan dan penyediaan infrastruktur sedang giat dijalankan.[5]

Projek terletak di timur Johor itu secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 9,105 hektar dan pembangunan yang berlaku antaranya meliputi pembinaan loji penapisan minyak, loji petrokimia dan terminal simpanan minyak serta jeti laut dalam.

PIPC adalah antara komponen penting dalam usaha menggapai transformasi Malaysia bagi memacu negara untuk menyertai zon negara maju menjelang 2020. Di samping itu, ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia dan Johor sebagai pusat industri dan perdagangan O&G di rantau ini.

Turut dibangunkan dalam PIPC ialah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID; Refinery and Petrochemical Integrated Development) milik Petronas. Projek itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2,428 hektar dengan nilai pelaburan sebanyak RM60 bilion. Pembangunan RAPID merangkumi pembinaan 20 buah kilang penapisan minyak mentah selain kompleks polimer dan petrokimia.

Pembangunan kawasan itu perlu kerana kemajuan yang dibawa ke Pengerang kelak akan menjadikannya lebih besar daripada Kerteh, Terengganu dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

PelanconganSunting

 
Air Terjun Kota Tinggi di Lombong

Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar bersejarah kerana Kesultanan Johor yang diasaskan oleh Sultan Mahmud Shah terletak di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam Sultan Mahmud Shah II) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam. Terdapat sebuah muzium di Kampung Johor Lama yang mengisahkan Kesultanan Johor dengan lebih terperinci. Banyak tinggalan-tinggalan bangunan bersejarah, makam-makam dan artifak yang dipercayai daripada tinggalan Kota Johor Lama yang boleh anda lawati. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan.

Air terjun yang terletak di Lombong, 16 kilometer di barat laut bandar ini, merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal. Setinggi 36 meter, air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek. Keindahan semula jadi di beberapa bahagian tempat ini telah dicemarkan oleh pembangunan tempat peranginan dengan seni taman buatan.

Terdapat juga banyak pantai di sepanjang pinggir laut Kota Tinggi. Pantai-pantai paling terkenal ialah Tanjung Balau, Desaru, Batu Layar dan Tanjung Sedili yang masing-masing terletak 58 km, 55 km, 62 km dan 45 km dari bandar Kota Tinggi. Chalet-chalet dan hotel-hotel boleh didapati di sepanjang pantai.

Teluk Sengat yang terletak 25 kilometer di timur bandar Kota Tinggi merupakan kampung makanan laut yang terkenal di kalangan pelancong.

Untuk sampai ke Kota Tinggi orang ramai yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan boleh menggunakan susur keluar Tol Kulai. Kota Tinggi tidak mempunyai laluan kereta api tetapi pengunjung masih boleh menggunakan kemudahan ini melalui Stesen KTM Johor Bahru yang merupakan Stesen terdekat. Jaraknya 42 kilometer dari bandar Kota Tinggi.

InfrastrukturSunting

Bekalan elektrikSunting

  • Tenaga Nasional Bhd, Kampung Tai Hong
  • Tenaga Nasional Bhd, Jalan Lombong

Institut Pengajian Tinggi (IPT)Sunting

  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar [6]
  • Kolej Yayasan Pelajaran Johor [7]
  • Kolej Komuniti Cawangan Kota Tinggi [8]
  • Kolej Komuniti Bandar Penawar [9]
  • Kolej Profesional MARA [10]
  • Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) [11]

SekolahSunting

MasjidSunting

 
Masjid Bandar Kota Tinggi

RujukanSunting

  1. ^ Mohammad Ali, Khairul (27 Januari 2021). "Johor lantik wanita kedua jadi Pegawai Daerah". Utusan (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri. Dicapai pada 23 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Profil Daerah Kota Tinggi". Pentadbiran Tanah Johor (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri, Johor Bahru. 2022. Dicapai pada 23 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Majlis Daerah Kota Tinggi. "Sejarah Kota Tinggi". Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  5. ^ [www.mprc.gov.my/our.../pengerang-integrated-petroleum-complex-pipc]
  6. ^ [www.ikbnbp.gov.my/]
  7. ^ [1]
  8. ^ [2][pautan mati kekal]
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-28. Dicapai pada 2021-09-25.
  10. ^ [www.kpmbp.edu.my/]
  11. ^ [www.instedt.edu.my/]

Pautan luarSunting