Linda Onn
Rozlindah Onn (lahir 26 November 1977) merupakan seorang penyampai radio, pengacara televisyen, pelakon dan usahawan Malaysia. Beliau merupakan penyampai radio Era (1998-2008), Sinar (2009-2010), Suria (2010-2016) dan Kool FM (2018-2020). Beliau juga mengusahakan perniagaan nasi ayam, My Mom Chicken Rice. Setakat ini MMCR telah mempunyai empat cawangan. Selain berniaga, berlakon, dan DJ, Linda juga berjinak-jinak dalam nyanyian dan pengacaraan.
Linda Onn | |
---|---|
Kelahiran | Rozlindah binti Onn 26 November 1977 |
Pekerjaan | Penyampai radio, pengacara, pelakon, usahawan, penyanyi |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Ungku Azhar (k. 2014) |
KerjayaSunting
Linda memulakan kerjaya sebagai penyampai radio Era yang ketika itu memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau yang ketika itu berusia 21 tahun, merupakan salah seorang penyampai terawal Era termasuk Kudsia Kahar, Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Nadira Azizan, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Sewaktu tempoh khidmatnya di Era, Linda pernah mengacarakan segmen Urban @ Era yang menyiarkan lagu-lagu berentak hip hop.
Kerjaya filem beliau termasuk Soal Hati (2000) dan Biar Betul (2004). Beliau juga mengacarakan rancangan bual bicara Tanya Linda dan Malam Ini... Linda Onn yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria. Linda melangkah ke bidang muzik, dengan merakamkan lagu "Bahu Ke Bahu" bersama Fara Fauzana, Nana Mahazan dan Nila Kurnia.
Kes samanSunting
Linda Onn bertegas enggan memohon maaf daripada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu. Kenyataan yang diberikan pada wartawan akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar. Linda masih bertugas di konti Suria FM dan bersiap sedia dengan peguam Datuk Hazman Ahmad untuk menangkis saman Fahrin. Fahrin memberi kata dua kepada Linda agar membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu hingga Jumaat , 29 Januari 2010 atas dakwaan Linda yang mengatakan Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul. Fahrin bimbang dengan tuduhan itu kerana beliau seorang pelakon, pengacara serta duta produk.[1]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Soal Hati | Soraya | Filem pertama |
2002 | Soalnya Siapa | ||
2003 | Gila Bola | Lisa | |
2004 | Biar Betul | Inspektor Nija | |
2008 | Cicakman 2: Planet Hitam | Amar |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Datin Diaries | TV3 | ||
2008 | Dilema Wanita | Psycho | TV1 | |
2022 | Ratu Ten Pin 2: Shalin | Ibu Shazlin | Astro Ria |
TelevisyenSunting
- Tanya Linda di Astro Ria
- Festival Filem Malaysia ke-19
- Anugerah Era (2005-2006)
- Charity Dinner Show with Anuar Zain & Ziana Zain – Istana Hotel, KL (2006)
- Mengacara untuk produk kecantikan Erra Fazira ‘FERRA KOSMOLOOK’ (2006)
IklanSunting
- Power Root
RadiografiSunting
RadioSunting
Tahun | Stesen |
---|---|
1998–2006 | Era |
2009–2010 | Sinar |
2010–2016 | Suria |
Ogos 2018 – Ogos 2020 | Kool FM |
DiskografiSunting
NyanyianSunting
- Buat Hal Lagi - berduet dengan KRU
- Tipah Tertipu Remix- Ruffedge
- Bahu ke Bahu - DJ Era (Nana, Nila, Fara Fauzana)
Anugerah dan pencalonanSunting
- Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak enam kali berturut-turut