Nurul Hana Che Mahazan

Pelakon, pengacara, penyampai radio dan penyanyi Malaysia
(Dilencongkan dari Nana Mahazan)

Nurul Hana Che Mahazan [1] atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan (lahir 1 Julai 1983) merupakan seorang pelakon, pengacara televisyen dan penyanyi wanita Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim Pertama pada tahun 2003.

Nana Mahazan
Kelahiran
Nurul Hana Che Mahazan

(1983-07-01) 1 Julai 1983 (umur 37)
PendidikanDiploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon
Tahun aktif2003–kini
PasanganRaqeem Brian Abdullah (k. 2009)
AnakAlthea
Aaqib
Ibu bapaChe Mahazan Che Aik (bapa)
Rosnah Harun (ibu)
Laman sesawangNana Mahazan

Latar belakangSunting

Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun. Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009[2] [3] [4] dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.[5]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gangster Elly Filem pertama
2009 Maut
Sifu & Tongga[6] Pengacara Program Pelik Tapi Benar Penampilan khas

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2006 Galaksi Pengacara TV9
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis undangan TV1
Pop TV ASK 2017 Pengacara TV9
2017–2018 Nasi Lemak Kopi O Pengacara
2020 HTV Pengacara TV1

DiskografiSunting

  • Evolusi (1)[7]
    • Katakan[8]penampilan Lil Zee
    • Lekas

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular N/A Tercalon

RujukanSunting

Pautan luarSunting