Jamal Jamaluddin

Jamal Jamaluddin (lahir 7 Julai 1963) merupakan seorang penyampai radio Malaysia,[1] terkenal sebagai penyampai radio Era dan Sinar.[2]

Jamal Jamaluddin
Kelahiran (1963-07-07) 7 Julai 1963 (umur 59)
PekerjaanPenyampai radio
Tahun aktif1986–kini
PasanganNoor Faridah Mohd. Noor
Anak-anak2

Kehidupan dan kerjayaSunting

Jamal dilahirkan pada 7 Julai 1963 di Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Beliau mula didedahkan dengan radio ketika berusia 16 tahun, semasa menduduki tingkatan empat. Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Jamal menyambung pelajarannya di Kolej Knox, Illinois, Amerika Syarikat dalam jurusan sains komputer. Demi minat yang mendalam, beliau menyertai stesen radio milik kampus universiti sebagai penyampai.[2]

Selepas menamatkan pengajian pada 1986, Jamal pulang ke Malaysia bagi memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio.[2] Berkat kesabaran, pada 1998, beliau menyertai AMP Radio Networks (kini Astro Radio), seterusnya diberi tawaran menyertai stesen radio Light & Easy (kini Lite) sebagai penyampai, kemudian beliau ditukarkan ke Era yang baru sahaja memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed.[2]

Pada awal 2004, Jamal (bersama-sama dengan Subarma Mokhtaruddin, David Low dan Najman Mohamed) berpindah ke Sinar FM yang mula beroperasi pada 1 Mac 2004. Sejak itu, beliau berkhidmat untuk Sinar. Bersama Sinar, beliau mengendalikan rancangan Arena Rock dan Cetusan Hati dan Dedikasi.[2] Jamal telah berhenti berkhidmat untuk Sinar pada April 2019.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Noor Faridah Mohd. Noor dan dikurniakan dua anak, iaitu Mikhael Jordan dan Noor Jordania Erina.[3]

Jamal merupakan seorang yang aktif bersukan. Beliau ialah peminat fanatik pemain bola keranjang terkenal, Micheal Jordan.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Jamal Jamaluddin Diarkibkan 2018-08-28 di Wayback Machine Sinar. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
  2. ^ a b c d e f Nina Farzuin Md. Shahrom (19 Julai 2012). Jamal Jamaluddin serasi dengan Sinar FM Sinar Harian. Diperoleh pada 8 Ogos 2012.
  3. ^ Amirah Amaly Syafaat (11 Ogos 2013). Misi DJ Jamal, Lin Diarkibkan 2018-08-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 8 Ogos 2014.

Pautan luarSunting