Ruffedge merupakan sebuah kumpulan vokal hip-hop dan R&B soul Malaysia. Ditubuhkan pada 1998 sebagai Vibe sebelum menggunapakai nama terkini, kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu seperti "Tiada Lagi Cinta", "Bila Rindu", "Tipah Tertipu" "Da' Bomb" dan "Khayalan". Kumpulan ini terdiri daripada Farish Ramli (Cat Farish), Mohd Kamaruzzaman Zain Abdul Hamid (Zain Hamid), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Addin), Syed Hussein Syed Mustafa (Sein Qudsi) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode).

Ruffedge
Dari kiri: Azan, Sein, Cat, Zain dan Mode.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
  • Ruff Edge
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreR&B, Hip hop, Soul
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1998–2008
2018–kini
Syarikat rakaman
The Promised Clan/Positive Tone (2002-2004)
EMI Music Malaysia (2004-2007)
Warner Music Malaysia (2019-2020)
Rocketfuel Entertainment (2021)
Pengkarya berkait
Innuendo, V.E, Too Phat, Al-Mawlid, Altimet, Phlowtron, Urban Xchange
AhliAzan Addin
Cat Farish
Mode
Sein Qudsi
Zain Hamid
Bekas ahliAmer Munawer
Irwan Iskandar Abidin (Iwan) (ahli sementara)
Nine (ahli sementara)

Sejak penubuhannya, kumpulan ini telah mengeluarkan dua album studio dan dua album kompilasi. Telah mencapai kejayaan menerusi album pertama mereka, Defined pada 2004, yang terjual melebihi 40,000 unit dan menerima anugerah platinum, sekaligus menerima pencalonan bagi kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005. Ruffedge membuat penampilan pertama di industri perfileman tanah air menerusi filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham.

Kumpulan ini turut berdepan dengan pertukaran ahli sebanyak beberapa kali dan pada tahun 2008 kesemua ahli kumpulan ini membawa haluan masing-masing bagi menumpukan perhatian kepada komitmen lain seperti keluarga dan kerjaya solo masing-masing.

Pada awal tahun 2018, Ruffedge mengumumkan bakal membuat kemunculan semula selepas sekian lama tidak beraksi di pentas.[1]

Di Mini Konsert Riuh Nau di Melaka pada 5 Ogos 2022, Ruffedge mengumumkan bakal mengeluarkan album terbaru dan beberapa konsert bergerak bakal dirancang dalam masa terdekat.

Sejarah awal

sunting

Penubuhan dan anggota asal (1997–2002)

sunting
 
Ruffedge di awal kemunculan

Pada tahun 1997, Cat dan Zain bersama beberapa orang rakan mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Vibe bersempena acara gig hip-hop underground yang pertama di Malaysia pada tahun tersebut di sebuah kelab bernama Shark. Nama kelab ini kemudiannya ditukar kepada Malibu di mana selepas itu menjadi tempat sertumpunya beberapa acara gig hip-hop terawal di Malaysia, yang menampilkan kemunculan ramai bakat hip-hop dan R&B lagenda seperti Too Phat, Teh Tarik Crew, VE dan ramai lagi). Kemudian Vibe terus mengasah bakat mereka di beberapa acara prom sekitar Lembah Klang sehinggalah bertemu Azan Addin di salah sebuah pentas yang mereka kongsi bersama Innuendo.

Setelah mengeluarkan ahli yang selebihnya dari Vibe, Cat dan Zain menjemput Azan untuk melatih dan membantu mereka membuat persembahan. Pada waktu itu Azan merupakan penyanyi tambahan Innuendo. Azan bersetuju lalu membawa rakan beliau Azim untuk melengkapkan Vibe sebagai sebuah kumpulan vokal kuartet.

Nama kumpulan Vibe disarankan ditukar kepada Ruffedge oleh Azan kerana merasakan nama sesebuah kumpulan itu perlu diasaskan dari karakter kumpulan tersebut. Susunan harmoni Vibe yang disusun oleh Azan menjurus kepada bunyi yang lebih kasar dan mengikut pengaruh kumpulan-kumpulan R&B Hip-hop semasa di Amerika. Perkataan yang ketara muncul pada awal pencarian nama ialah rough namun merasakan 'Ruff' Edge lebih 'catchy' dan mudah disebut sebagai kumpulan muzik. Oleh itu, bermula tahun 1998 kumpulan ini dikenali sebagai RuffEdge.

Mereka menyertai pertandingan pencarian bakat Sony Battery Face On Talent Search yang pusingan awalnya bermula pada Oktober 1999 dan telah memenangi tempat kedua di pusingan akhir pada 4 Mac 2000.[2] Selepas itu mereka terus aktif dalam arena muzik underground dan diberi peluang menjadi artis jemputan serta penyanyi latar dalam album artis-artis berbahasa Inggeris tempatan dengan barisan anggota yang terdiri daripada Cat, Zain, Azan dan Mode.

Gandingan bersama V.E (2002–2004)

sunting

Album pertama Ruffedge bersama V.E. berjudul Extreme Pleasure dilancarkan pada September 2002 dan mula mendapat perhatian pendengar muzik menerusi lagu dwibahasa "Tiada Lagi Cinta" bersama Urban Xchange. Ruffedge telah diundang mengadakan persembahan di Anugerah ERA 2002 menyampaikan lagu tersebut.[3]

Amer Munawer kemudian menyertai Ruffedge pada 2003 menjadikan bilangan anggota mereka lima orang. Pada Jun 2003, album bungkusan semula yang diberi judul Extreme Pleasure Extra telah dilancarkan dengan tambahan beberapa lagu baru termasuk lagu kumpulan Black Dog Bone yang digubah semula, "Khayalan". Lagu ini berjaya menempatkan Ruffedge dan V.E. sebagai antara bakat baru paling mendapat perhatian penggemar muzik tanahair pada ketika itu, sebaris dengan nama-nama seperti Sarah Raisuddin, Misha Omar, Ezlynn, Waheeda dan Hazami.

Populariti kedua-dua kumpulan ini turut menarik perhatian pengarah filem, Zek Zukry yang kemudiannya menawarkan mereka untuk muncul sebagai cameo dalam sebuah filem muzikal remaja berjudul SH3 The Movie. Filem ini mula menjalani penggambaran pada akhir tahun 2003 dan ditayangkan setahun kemudian.

Era "Tipah Tertipu", pertukaran ahli dan bidang lakonan (2004–2007)

sunting

Kejayaan Ruffedge diteruskan pada tahun 2004 dengan lahirnya album solo Ruffedge sendiri (tidak lagi bergabung dengan V.E.) yang berjudul Defined pada Mac 2004. Lagu hit utama dari album ini ialah "Tipah Tertipu", "Bila Rindu" dan "Goyang".[4]

Sewaktu baru diputarkan di radio, lagu "Tipah Tertipu" telah diharamkan penyiarannya oleh pihak RTM atas alasan menggunakan bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Walau bagaimanapun lagu ini tetap mendapat sambutan dari pendengar-pendengar stesen radio swasta dan menjadi antara lagu paling banyak mendapat permintaan untuk ke udara sepanjang tahun 2004.

Ruffedge ialah antara artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi Fantasia, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor, AC Mizal dan Anita Sarawak.[5]

Pada awal tahun 2005, Mode mengundurkan diri untuk menumpukan kepada pengajiannya dalam bidang architecture di Perth, Australia. Album bungkusan semula, RE-Defined Platinum Edition yang dilancarkan pada Januari 2005 telah terjual sebanyak 30,000 unit. Ia merupakan album terakhir Mode bersama Ruffedge.

Bagi menggantikan tempatnya, Sein (Syed Hussein Syed Mustafa) iaitu bekas ahli kumpulan M.O.B diambil menyertai Ruffedge. Bersama barisan ahli terbaru ini, Ruffedge meneruskan perjuangan dalam bidang muzik dengan menghasilkan album ketiga mereka yang diberi judul Ruffera. Album ini menampilkan seratus peratus lagu berbahasa Melayu. Lagu hit utama dari album ini ialah "Da' Bomb", "Lemas" dan "Lelaki".

Pada tahun yang sama juga Ruffedge memulakan penggambaran filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham di mana kesemua mereka berlakon sebagai watak utama di samping aktres Intan Ladyana. Filem ini telah ditayangkan pada 1 Jun 2006.[6]

Pada awal 2006, Cat pula meninggalkan Ruffedge menjadikan bilangan anggotanya empat orang semula.[7][8] Cat telah menubuhkan sebuah kumpulan R&B hip-hop baru yang diberi nama The Fabulous Cats. Pada tahun 2007, Amer dan Sein pula mengundurkan diri. Selepas itu, anggota Ruffedge terdiri daripada Azan, Zain, Iwan dan Nine.[9] Bagaimanapun, ahli terbaru ini tidak berpeluang menghasilkan sebarang album.

Pembubaran dan aktiviti kemudian (2007–2015)

sunting

Selepas tahun 2007 nama Ruffedge mula suram berikutan pudarnya pengaruh irama hip-hop. Faktor lain yang memungkinkan keadaan ini ialah perubahan arus muzik tempatan yang mula beralih kepada muzik indie rock. Tidak kurang juga berpunca dari kemasukan lagu-lagu dari Indonesia yang agak bertalu-talu ke stesen-stesen radio tempatan.

Akhirnya selepas tahun 2008 kesemua anggota Ruffedge telah membawa haluan masing-masing. Mode bekerja sebagai arkitek, Azan dan Amer telah menubuhkan kumpulan Al-Mawlid yang menyampaikan lagu-lagu kerohanian manakala Sein dan Zain semakin aktif dalam bidang lakonan dan kerja-kerja belakang tabir dalam dunia perfileman.[10][11]

Cat pula terus menempa kejayaan bersama kumpulan barunya The Fabulous Cats di samping meneruskan kerjaya sebagai penggubah lagu dan penerbit album artis-artis lain serta mencungkil bakat-bakat baru dalam genre muzik hip-hop. Seperti Sein dan Zain, Cat juga aktif menceburi bidang lakonan iaitu dalam drama dan filem.

Pada Mei 2015, Cat Farish mengumumkan akan menghidupkan semula Ruffedge selepas sekian lama menyepi dari kerjaya muzik.[12]

Rancangan untuk kemunculan semula (2016–2017)

sunting

Pada 25 Oktober 2016, kesemua anggota yang pernah membarisi Ruffedge telah mengadakan pertemuan semula bersama rakan seperjuangan mereka kumpulan V.E bertempat di sebuah cafe terkenal di Kuala Lumpur.[13] Pertemuan tersebut dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-15 penerbitan album pertama mereka Extreme Pleasure.

Pada tahun 2017, mereka giat membuat persediaan rapi untuk kemunculan semula yang dirancangkan pada awal tahun 2018.[14]

Penyatuan semula dan perkembangan seterusnya (2018-2019)

sunting

Pada 25 Februari 2018, Ruffedge diundang mengadakan persembahan di majlis perkahwinan pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura. Kemunculan mereka mendendangkan beberapa buah lagu termasuk "Bila Rindu", "Khayalan" dan "All My Life" telah mendapat perhatian tetamu yang hadir serta warga internet. Pada 18 Mac 2018 Ruffedge mengadakan persembahan selama dua jam di Movie Animation Park Studio, Ipoh (MAPS) bersempena ulang tahun siri animasi BoboiBoy.

Pada majlis pengumuman senarai lima calon terbaik Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) di Timbre @ The Row, Kuala Lumpur selepas hampir 11 tahun membawa haluan karier masing-masing, Ruffedge mengumumkan mereka akan kembali dengan perancangan mengeluarkan lagu baru. Anugerah MeleTop Era telah berlangsung pada 8 April 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil dan Ruffedge telah tampil mendendangkan medley lagu-lagu hit mereka iaitu "Bila Rindu", "Lemas", "Tipah Tertipu" dan "Khayalan". Persembahan mereka mendapat sambutan hangat termasuklah pujian dari kalangan selebriti sendiri. Video persembahan mereka yang kemudiannya dimuatnaik ke YouTube telah mendapat lebih tiga juta tontonan.

Pada 2 Mei 2018, Ruffedge mengadakan satu majlis pengumuman khas di Black Box, Publika, Kuala Lumpur. Mereka bakal mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-20 kumpulan mereka yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2018, yang diberi nama Ruffedge: 20th Anniversary.[15]

Pada 9 Julai 2018, Ruffedge tampil dengan enam anggota (Cat, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amer) sebagai artis jemputan dalam rancangan Muzik Muzik 33 membawakan lagu terbaru mereka yang berjudul "Seperti Mereka", ciptaan sepenuhnya oleh Azan.

 
Ruffedge mengadakan persembahan di konsert ulang tahun mereka yang ke-20 di KL Live

Bertempat di KL Live pada malam Sabtu 4 Ogos 2018, telah berlangsung Konsert Ulang Tahun Ke-20 Ruffedge yang juga merupakan konsert sulung kumpulan ini dalam sejarah kerjaya seni mereka.[16][17] Lebih 3000 peminat telah hadir menyaksikan persembahan mereka. Konsert ini berkemungkinan akan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records kerana tiket yang dijual secara online telah laris ditempah dalam masa dua jam sahaja. Malah, sejumlah tiket untuk sesi "meet and greet" telah habis dijual dalam masa tiga minit.

Seterusnya pada 6 Oktober 2018, Ruffedge telah mengadakan sebuah konsert khas untuk peminat mereka di Singapura. Konsert ini telah berlangsung di Zepp@BIGBOX Singapore. Kedua-dua konsert ini telah mendapat perhatian dan liputan besar-besaran daripada pihak media di kedua-dua negara.

Siri konsert Festival KL Jamm anjuran Music Unlimited International pada 26 hingga 28 April 2019 turut menyenaraikan Ruffedge sebagai antara artis yang terpilih untuk mengadakan slot konsert mereka sendiri selain beberapa artis ternama tanahair dan antarabangsa. Sesi konsert yang dinamakan Ruff-Jamm ini telah berlangsung pada 28 April 2019 dan menampilkan duo Billy Zulkarnain serta dua anggota kumpulan Innuendo, Sam dan Pot selaku artis jemputan.[18][19]

Aktiviti sewaktu pandemik Covid-19 (2020-2022)

sunting

Ruffedge dijadualkan mengadakan konsert keempat dalam kemunculan semula mereka pada 23 Mac 2020 di Dewan Filharmonik Petronas namun terpaksa dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Pada 19 Julai 2020 Ruffedge mengadakan satu persembahan live secara atas talian menerusi aplikasi Zoom. Persembahan yang diberi tajuk Live Session with Ruffedge ini adalah anjuran Yolo Malaysia.

Pada pertengahan Mei 2022, pihak Dewan Filharmonik Petronas mengumumkan konsert keempat Ruffedge yang diberi judul Ruffera. Konsert ini telah berlangsung pada 2 Julai 2022.

Sementara itu, proses rakaman album terbaru mereka masih berjalan dan sudah memasuki peringkat terakhir.

 
Imej Ruffedge pada tahun 2023

Pasca pandemik (2023-kini)

sunting

Pada bulan April 2023, Yolo Malaysia mengumumkan siri konsert jelajah Ruffedge yang diberi judul RUFFERA: That Moment In Time Tour. Perincian siri konsert jelajah tersebut adalah seperti berikut:

  1. 24 Jun 2023 - bertempat di MediaCorp Theatre, Singapore
  2. 19 Ogos 2023 - bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Kedua-dua konsert ini telah berlangsung dengan jayanya.

Anggota kumpulan

sunting
Ahli 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024
Cat Farish
(1998-2006, 2018–2021)
Azan Addin
(1998-2008, 2018-2021)
Zain Hamid
(1998–2008, 2018–2021)
Mode
(2000–2005, 2018–2021)
Syed Hussein
(2005-2007; 2018-2021)
Amer Munawer
(2003-2007, 2018–2019)
Meor Zulkarnain
(2007-2008)
Irwan Iskandar
(2007-2008)
  • Catatan: Mereka yang berada dalam teks tebal ialah ahli terkini

Diskografi

sunting
Album studio

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 SH3 Diri mereka sendiri Penampilan khas
2006 Tipah Tertipu The Movie Lakonan pertama

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Rangkaian TV
2006 Konsert Mega Aidilfitri Artis Jemputan
2018 MeleTOP
Anugerah MeleTOP Era 2018
Jozan Live
2019 Konsert Fenomena Orkestra
Konsert Minggu Ini
Dewi Remaja
MeleTOP
Borak Kopitiam
2020 Malaysia Hari Ini
Wanita Hari Ini
Stage 104
MeleTOP
2021 I Can See Your Voice Malaysia (musim 4)

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2003 Anugerah Industri Muzik ke-10 Artis Harapan Ruffedge Menang
Anugerah Era 2003 Artis Inggeris Tempatan Pilihan Tercalon
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2003 Artis Baru Pilihan Tercalon
2004 Anugerah Juara Lagu ke-19 Pop Rock "Tipah Tertipu" Tercalon
Anugerah Era 2004 Artis Inggeris Tempatan Pilihan Ruffedge Tercalon
Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 Artis Berkumpulan/Duo Popular Ruffedge Tercalon
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 Menang
Anugerah Planet Muzik 2005 Lagu Paling Popular "Tipah Tertipu" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-12 Album Pop Terbaik Defined Tercalon
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Ruffedge Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-20 Etnik Kreatif "Goyang" Tercalon
Balada "Bila Rindu" Tercalon
2006 Anugerah Juara Lagu ke-21 Pop Rock "Lemas" Tercalon
"Da Bomb" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-13 Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Ruffera Tercalon
Anugerah Era 2006 Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan Ruffedge Tercalon
2010 Anugerah Industri Muzik ke-17 Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik "Pemuja Dari Jauh" Tercalon

Konsert

sunting
  1. Ruffedge 20th Anniversary KUALA LUMPUR (4 Ogos 2018)
  2. Ruffedge 20th Anniversary SINGAPORE (6 Oktober 2018)
  3. Ruff-Jamm (28 April 2019)
  4. RUFFERA (2 Julai 2022)
  5. RUFFERA: That Moment In Time Tour SINGAPORE (24 Jun 2023)
  6. RUFFERA: That Moment In Time Tour KUALA LUMPUR (19 Ogos 2023)

Rujukan

sunting
  1. ^ Dennis Chua (11 Mei 2018). "#Showbiz: Ruffedge celebrates 20 years of funky music". New Straits Times. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  2. ^ Sepuluh kumpulan remaja berentap Utusan Malaysia (25 Disember 1999). Dicapai pada 5 Mei 2010.
  3. ^ Ruffedge mahu peminat hargai vokal Utusan Malaysia (1 Ogos 2003). Dicapai pada 5 Mei 2010.
  4. ^ "Defined bukti kesungguhan Ruffedge". Berita Harian. 22 Mac 2004. Dicapai pada 3 Ogos 2010.
  5. ^ "Najib lancar Suluhkan Sinar". Berita Harian. 14 Januari 2005. Dicapai pada 16 Mac 2020 – melalui KLiK.
  6. ^ Tipah Tertipu judul filem yang mengelirukan Diarkibkan 2018-09-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia (13 Jun 2006). Dicapai pada 14 Jun 2014.
  7. ^ "Ikut lain haluan". CyBerita. 14 Mac 2006. Dicapai pada 4 Ogos 2010.
  8. ^ "Corat-coret..." Berita Harian. 1 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-03-02. Dicapai pada 4 Ogos 2010.
  9. ^ Mahu bangkit dari kegagalan Utusan Malaysia Online. 26/04/2010.
  10. ^ Metra Syahril Mohamed (8 Ogos 2008). Ruffedge belum berkubur Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  11. ^ Ruffedge bawa haluan sendiri (10 September 2009). Dicapai pada 5 Mei 2011.
  12. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (8 Mei 2015). Cat hidupkan semula Ruffedge Diarkibkan 2016-05-05 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  13. ^ Sambut Ulang Tahun Ke-15, Peminat Mahu Reunion V.E & Ruffedge Astro Gempak (26 Oktober 2016). Dicapai pada 1 November 2016.
  14. ^ Ruffedge Ambil Masa Dua Tahun Untuk Muncul Semula mStar Online (28 Februari 2018). Dicapai pada 1 Mac 2018.
  15. ^ Nur Asyikin Mayudin (2 Mei 2018). Ruffedge bersatu semula selepas 10 tahun hilang mStar Online (2 Mei 2018). Dicapai pada 15 Mei 2018.
  16. ^ "Ini 10 perkara menarik tentang konsert ulang tahun Ruffedge". Astro Awani. 5 Ogos 2018. Dicapai pada 3 Ogos 2019.
  17. ^ Wahida Othman (21 Februari 2019). "Penjenamaan semula Ruffedge". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-21. Dicapai pada 4 Ogos 2021.
  18. ^ Amerul Haswendy Ashari (28 Februari 2019). "Festival KL Jamm tampil artis antarabangsa". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2019.
  19. ^ Amerul Haswendy Ashari (30 April 2019). "Bukti hargai muzik". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2019.

Pautan luar

sunting