Astro Awani

Saluran berita televisyen digital Malaysia

Astro Awani merupakan saluran berita televisyen berbayar 24 jam nombor satu dan terbesar di Malaysia yang dimiliki oleh Astro Awani Network Sdn. Bhd. dan dikendalikan oleh Astro. Ia mula bersiaran perdana majlis rasmi pelancaran secara langsung pada 6 September 2007 sempena sambutan 50 tahun Kemerdekaan Malaysia pada bersiaran di saluran 501 (dahulunya saluran 95 dan saluran 123). Pada tahun 2009, ia menggantikan Astro News yang ditamatkan siaran pada 1 Mac. Dengan slogan Saluran Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia, Astro Awani mempersembahkan berita terkini dan rancangan bermaklumat termasuk ehwal semasa, gaya hidup, dokumentari, rancangan temu bual serta majalah tempatan dan antarabangsa.[1] Saluran ini akan dinaik taraf kepada HD mulai 29 Mac 2021.

Astro Awani
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
SloganSaluran Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia
(sejak 6 September 2007)
Gerbang Dunia Kita
(2007 - 2010)
Berita Segala Dimensi
(2010 - 31 Disember 2016)
Definisi Baharu Berita
(1 Januari 2017 - 31 Disember 2017)
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
IndukAstro Awani Network Sdn. Bhd.
Sejarah
DilancarkanMalaysia 6 September 2007; 17 tahun yang lalu (2007-09-06) (SD)
Malaysia 29 Mac 2021; 3 tahun yang lalu (2021-03-29) (HD)
MenggantikanAstro News
DitutupMalaysia 28 Mac 2021; 3 tahun yang lalu (2021-03-28) (SD)
(Untuk di platform Astro)
Brunei 1 April 2022; 2 tahun yang lalu (2022-04-01) (HD)
Pautan
Laman webastroawani.com
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 501 (HD)
Malaysia NJOISaluran 501 (HD) (siaran percuma)
Media penstriman
Malaysia Astro AwaniTonton secara langsung
Malaysia TV Malaysia Live OnlineTonton secara langsung
Malaysia AstroAstro GO / On Demand / Sooka
Malaysia Baca di Google NewsDengar di Google Podcast
Malaysia Dengarkan secara langsung di Aplikasi SYOKDengarkan Awani di SYOK

Astro Awani menduduki tangga pertama Jenama Berita Yang Paling Dipercayai di Malaysia berdasarkan Kajian Tahunan oleh Institut Kajian Berita Digital Reuters 2020, diikuti oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di tempat kedua dan The Star di tempat ketiga.[2]

Saluran ini bersiaran terus dari Bursa Malaysia, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur. Tetapi sekarang Astro Awani bersiaran dari Bukit Jalil, seperti stesen televisyen lain di bawah Astro.

Sejarah

sunting
 
Logo Astro News (29 September 2003—1 Mac 2009).

Pada 1 Januari 2002 sempena tahun baru 2002, saluran ini rasmi melancarkan sebagai Astro News. Ia menyiarkan rancangan dari Al Jazeera (disiarkan dalam bahasa Arab dengan alihsuara Malaysia), BBC World, CCTV-9, Eurosport News, Australia Network dan DW. Ia juga menayangkan Astro News merupakan program berita yang diterbitkan secara tempatan selama setengah jam.

Lima rangkaian yang disalurkan di saluran itu sudah tersedia secara terpisah sehingga 28 Februari 2007, Astro News diterbitkan bersama dengan agensi berita nasional Bernama. Berita itu juga diterjemahkan ke bahasa Mandarin di Astro AEC, bahasa Malaysia di Astro Ria dan bahasa Tamil di Astro Vaanavil. Berita Inggeris juga disiarkan di Astro Prima.

Astro Awani pertama kali dilancarkan pada 15 Jun 2006 di Indonesia oleh usaha sama antara Astro[3][4] dan NDTV yang berpusat di India. Namun, akibat perbezaan berterusan antara rakan usahasama, versi Indonesia ditamatkan pada Oktober 2008.

Pada 1 Mac 2009, Astro Awani menggantikan Astro News yang menamatkan siaran pada masa itu kerana jumlah tontonan sangat rendah. Pada Jun 2018, Astro Awani dinamakan sebagai sumber berita Malaysia yang paling dipercayai oleh The Reuters Institute Digital News Report 2018.[5]

Permulaan siaran Astro Awani di Bukit Jalil bermula pada 1 Mei 2021 manakala studio-studio Astro Awani di Bukit Kewangan akan menyiarkan siaran akhirnya pada 30 April 2021.

Pergantian nombor

sunting

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Awani:

  • Pada tanggal 6 September 2007, Astro Awani dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 95.
  • Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Awani akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 123.
  • Pada tanggal 26 Februari 2008, Astro Awani telah dinomborkan semula dari saluran 123 ke saluran 501.
  • Pada tanggal 29 Mac 2021, Astro Awani dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 501.
  • Pada tanggal 15 April 2021, Astro Awani di NJOI telah dinomborkan semula dari saluran 501 ke saluran 531.
  • Saluran ini ditamatkan di Kristal-Astro bermula pada 1 April 2022.

Berita

sunting

Sekarang

sunting

Antara berita yang disiarkan di Astro Awani kepada penonton ialah:

  • Awani 7:45: Rancangan Berita Nombor Satu di Malaysia Awani 7:45 adalah merupakan siaran malam (Tayangan serentak di Hello sehingga 30 September 2021). Ketika Hari Ini 8 bersiaran, rancangan ini telah dipendekkan sehingga jam 8:00 malam sahaja. Beberapa tahun kemudian, ia kembali kepada waktu asal, iaitu pada jam 8:30 malam bagi menggantikan Hari Ini 8 pada mula jam 7:45 malam dalam berita terkini dan antarabangsa. Mulai tahun 2021, rancangan ini telah kembali dipendekkan sehingga jam 8:00 malam untuk memberi laluan memulakan siaran rasmi iaitu Sinar Awani. Dengan slogan Rancangan Berita 24-jam Nombor Satu di Malaysia (Tayangan serentak di Astro Ria).
  • Buletin Awani: Laporan perkembangan berita dalam dan luar negara. Siaran ini disiarkan setiap hari dan setiap masa.
  • Notepad with Ibrahim Sani: Join Ibrahim Sani as he shares today's top stories and events that impacts your lives.
  • AWANI Ringkas & AWANI Byte: Berita menarik yang ringkas dan padat dari dalam dan luar negara.
  • Awani Jr.: Program istimewa beri platform kepada pelajar sekolah kongsi bakat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.
  • Cerita: Wartawan menceritakan kisah di sebalik sesebuah cerita.
  • AWANI Pagi: Perkembangan terkini yang disiarkan pada setiap jam 8.30 pagi.
  • Agenda Awani: Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
  • Niaga AWANI: Laporan terkini berkaitan saham tempatan dan antarabangsa.
  • Consider This: Hosted by Melisa Idris, this is the show where we want you to consider and then reconsider what you know of the news of the day
  • AWANI Borneo: Bersama Syaff Shukri, Jasmine Abu Bakar, Assim Hassan dan Nickyson Nyambar, AWANI Borneo akan melaporkan perkembangan terkini dari Brunei, Labuan, Sabah & Sarawak.
  • AWANI Tonight: Perkembangan terkini yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris pada jam 9:45 malam setiap hari.
  • Hari Ini 8: Definisi Baharu Berita Hari Ini 8 mlm membawakan anda kupasan mendalam tajuk-tajuk utama harian. Dengan perspektif berbeza. Sebagai alternatif kepada laporan tipikal waktu perdana. Dengan slogan Tajam Mendalam Seimbang. Bersama Nuradilla Noorazam. Dilancarkan pada tarikh 1 Januari 2017 sehingga menamatkan siaran pada tarikh 31 Disember 2017 dan digantikan oleh Sinar Awani.
  • Sukan Awani: Laporan perkembangan semasa dan fokus isu utama dunia sukan dalam dan luar negara. Rancangan ini telah ditamatkan siaran dan digantikan dengan Nadi Arena, hasil sumbangan Astro Arena.
  • Awani State: Laporan berita dan kupasan isu setiap negeri-negeri di Malaysia.
  • Analisis Awani: Diskusi tentang pelbagai isu pembangunan negara.
  • Awani Review: Premium content on today's thought leaders. Get full access on www.awanireview.com.
  • Debat Awani: Perdebatan berkaitan isu semasa bersama pakar daripada pelbagai latar belakang. Ikuti Siaran Langsung setiap Ahad jam 5.30 petang di Saluran 501 Awani dan www.astroawani.com/live-tv.
  • Pilihan Awani: Bersama Rizal Dzulkapli dan Luqman Hariz, segmen khas ini mengetengahkan dua berita utama dan gambaran 360 darjah mengenai isu semasa.
  • Teh Tarik Awani: Cetusan idea untuk memulakan perbualan harian anda dengan topik-topik perbincangan terhangat hari ini dan sepanjang minggu. Bersama Dzulfitri Yusop, Shafizan Johari, Jasmine Abu Bakar dan Linda Salim.
  • The Future Is Female: Join Melisa Idris as she talks to the females with their extraordinary experience.
  • Let's Talk with Sharaad Kuttan: Join Sharaad Kuttan as he talks to the experts about the issues that never you heard.

Penyampai Berita

sunting

Penyampai Terkini

sunting
  • Afiezy Azaman
  • Ashwad Ismail
  • Assim Hassan
  • Asyraf Hasnan
  • Azyyati "Geegee" Ahmad
  • Cynthia Ng
  • Dzulfitri Yusop
  • Essan Yahya
  • Fauzi Zin
  • Firdaus Azil
  • Hafiz Marzukhi
  • Hilal Azmi
  • Ian Johan Ariff
  • Israr Khalid
  • Jasmine Abu Bakar
  • Luqman Hariz
  • Marlina Manaf
  • Melisa Idris
  • Nazri Kahar
  • Nickyson Nyambar
  • Nursyazwani Saiful Sham
  • Pia Ernadya
  • Shasha Nadira

Bekas Penyampai

sunting
  • Azib Zikry
  • Faris Danial
  • Fahmi Izzuddin
  • Hafizi Rosli (bekas penyampai TV3)
  • Hakim Rahman
  • Hilmi Malik (kini bersama TV3)
  • Ibrahim Sani (kini ahli ekonomi)
  • Isabelle Leong
  • Izza Izelan
  • Juliana Ramle
  • Kamarul Bahrin Haron
  • Khairunnisa Kasnoon (kini bersama TVS)
  • Malik Ridhwan
  • Melissa Ong (kini bersama Bernama TV)
  • Nadia Azmi (kini bersama TV3)
  • Nailah Huda
  • Nash Hamzah
  • Nuradilla Noorazam
  • Pritha Manivannan
  • Rizal Zulkapli
  • Sarah Aliah Foong
  • Sharaad Kuttan
  • Suhaimi Sulaiman (kini dipegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran di RTM)
  • Syakirin Husnal
  • Syed Farradino Omar
  • Tan Su Lin (wartawan)

Sumber:[6]

Jurubahasa Isyarat

sunting
  • Muhammad Hakim Azhari
  • Mohamad Zaid Samat

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.astroplc.com/05/media/press_releases/view_pressrelease.asp?id=126
  2. ^ "Astro AWANI Jenama Berita Paling Dipercayai di Malaysia". Astro Awani. 16 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  3. ^ Businessofcinema.com Team (10 September 2007). "NDTV – Astro channels launched in Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011.
  4. ^ Televisionpoint.com Correspondent (16 Jun 2006). "NDTV, Astro launch 'Astro Awani' channel in Indonesia". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2006.
  5. ^ "Malaysian Most Trusted News Brand". Reuters Digital News Report.
  6. ^ "Astro AWANI Personalities". Astro Awani. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar

sunting