Astro Vaanavil
Astro Vaanavil (pendahulu Saluran 2) merupakan saluran televisyen Bahasa Tamil, Bahasa Malayalam dan Bahasa Telugu yang beroperasi selama 24-jam setiap hari bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran yang bermula sejak Astro dilancarkan pada tarikh 1 Jun 1996 ini boleh diikuti di Astro di Malaysia (dahulunya di saluran 2 dan kemudian saluran 4). Saluran ini dinaik taraf kepada HD pada 1 Jun 2020. Saluran SD meneruskan siaran di platform NJOI melalui saluran 261 (dahulunya saluran 201 hingga 19 April 2021).
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan siaran | ![]() |
Slogan | Polutupokku Tolaikkatci Malesiya (1996-2003) Unkal Polutupokku Ulaka (2003-sekarang) |
Ibu pejabat | Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Bahasa Tamil Bahasa Malayalam Bahasa Telugu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro |
Saluran kembar | Astro Vinmeen HD Astro Vellithirai Astro Box Office Movies Thangathirai Astro Box Office BollyOne HD |
Sejarah | |
Dilancarkan | ![]() ![]() |
Ditutup | ![]() ![]() ![]() |
Pautan | |
Laman web | Astro Vaanavil HD |
Ketersediaan | |
Satelit | |
![]() | Saluran 201 (HD) |
Media penstriman | |
![]() | Astro GO / On Demand |
Astro Vaanavil banyak menayangkan filem-filem Tamil terkenal serta drama-drama Tamil. Selain itu turut ditayangkan ialah persembahan muzik, temu bual, sitkom, dan kuiz.
Saluran ini ditamatkan di Kristal-Astro bermula 1 April 2022.