Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

(Dilencongkan dari Bernama)

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan Malaysia dan pengerusi BERNAMA sekarang ialah Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
Negara
KetersediaanKebangsaan
Tarikh pelancaran
1968
Laman sesawang
www.bernama.com

BERNAMA memberi perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia dan Singapura.

Peranan BERNAMA sebagai sumber berita nasional yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini terutama yang berkaitan dengan kewangan dan berita am. Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing ialah pelanggan-pelanggan BERNAMA.[1]

OperasiSunting

Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Pengurus Besar yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Jakarta, Singapura, Bangkok, Beijing, New Delhi dan Dubai dan koresponden khas di Washington, London, Manila, Dhaka, Melbourne dan Vancouver.

TV dan radioSunting

Sebelum ini, berita-berita dan maklumat yang dikeluarkan oleh BERNAMA hanya dalam bentuk teks dan gambar tetapi dengan wujudnya unit audio-visual atau dikenali sebagai BERNAMA TV pada September 1998, ia kini boleh diperolehi juga dalam bentuk visual. Pada 28 Februari 2008, saluran berita Malaysia 24 jam, Bernama TV, dilancarkan melalui saluran 502 Astro.

BERNAMA juga melancarkan Radio24, stesen radio berkonsepkan berita yang pertama di Malaysia yang beroperasi secara 24 jam sehari pada 3 September 2007.

Penglibatan dalam agensi antarabangsaSunting

AnugerahSunting

Pada 27 Mac 2010, Bernama memenangi Anugerah Penjenamaan Korporat Terbaik bagi kategori Agensi Berita Nasional-Media menerusi Anugerah The Brandlaureate bagi edisi 2009-2010. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menyampaikan anugerah wakil Bernama, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh. Tema anugerah itu ialah "Jenama Anda, Karya Agung". Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.[2]

Bernama TVSunting

Bernama TV
 
Dilancarkan28 Februari 2008; 12 tahun yang lalu (2008-02-28)
Dimiliki olehBernama
Format gambarHDTV (1080i 16:9)
Cogan kataSegalanya Tentang Anda (It’s All About You)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Mandarin
Tamil
Kawasan siaranMalaysia
Ibu pejabatWisma Bernama
No. 28 Jalan 1/65 A off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Dahulu dikenali sebagaiBernama TV (2008-2016)
Bernama News Channel (2016-2019)
Laman sesawangwww.bernama.com
Ketersediaan
Terestrial
  myFreeviewSaluran 121
Satelit
  AstroSaluran 502
  Astro NJOISaluran 502
IPTV
  Unifi TVSaluran 631 (HD)
Media penstriman
YouTubeTonton secara langsung

Bernama TV (dahulu dikenali sebagai Bernama News Channel)[3] merupakan satu saluran berita milik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. Bernama TV menawarkan liputan berita, temubual ekslusif, bual bicara dan liputan langsung. Bernama TV dilancarkan pada 1 September 1998 dan dirasmikan pada 28 Februari 2008. Bernama TV mengguna pakai slogan "Segalanya Tentang Anda". Pada 25 Mei 2016, Bernama TV dijenamakan semula sebagai Bernama News Channel.[3] Pada 2019, Bernama News Channel dinamakan semula kepada nama asalnya, Bernama TV.

Bernama TV boleh ditonton menerusi MyFreeview di saluran 121, Astro di saluran 502, Unifi TV di saluran 631, saluran Youtube Bernama TV melalui "live streaming" dan aplikasi penstriman Iflix selain boleh ditonton menerusi laman sesawang rasmi mereka.

Kandungan berita Bernama TV sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Melayu. Sungguh pun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Mandarin, dan Tamil selaras dengan penjenamaan Buletin Bernama, Bernama News, BNC Mandarin News, dan Tamil News. Lain-lain rancangan yang terdapat di Bernama TV adalah STAR TV Biz@Bernama, Sukan@Bernama dan Helo Malaysia sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim.

Bernama RadioSunting

Bernama Radio
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia dan Singapura
SloganStesen Berita Bisnes Anda
Tarikh siaran pertama3 September 2007; 12 tahun yang lalu (2007-09-03)
BahasaBahasa Melayu and Bahasa Inggeris
PemilikBernama
Tapak webwww.bernamaradio.com.my

Bernama Radio ialah stesen radio berita Malaysia yang dilancarkan pada 3 September 2007 sebagai Radio24 (atau Bernama Radio24). Stesen radio ini dimiliki oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ia menyiarkan berita dari dalam dan luar negara selama 24 jam sehari dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menggunakan frekuensi FM 93.9 MHz yang sebelum ini digunakan oleh Radio Klasik dari pemancar Menara Kuala Lumpur untuk Lembah Klang sahaja. Stesen radio ini beroperasi di Tingkat 15, Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ia juga menyiarkan di Johor Bahru pada 107.5 MHz yang bermula pada Januari 2012. Stesen tersebut menyiarkan berita buletin setiap jam, Berita menonjolkan setiap 15 minit, Live trafik, cuaca dan pasaran saham kemas.

 
Logo Radio 24, digunakan dari 2007 hingga 2016.

Pada 19 hingga 23 Julai 2007, iaitu semasa Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan ke-50, frekuensi FM 93.9 MHz Radio Klasik dari Menara Kuala Lumpur digunakan untuk meneruskan siaran biasa dari jam 8:30 malam hingga 11:00 malam sahaja.

Radio Klasik menamatkan siaran dari frekuensi tersebut pada 14 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari yang menandakan ia kini bersiaran di Lembah Klang pada 2 frekuensi sahaja (87.7 dan 98.3).

Siaran ujian Radio24 bermula pada 16 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari bermula dengan lagu kebangsaan Negaraku, "jingle" pertama dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala ucapan-ucapan daripada menteri-menteri dan bakal pendengar radio tersebut. Lagu pertama yang didendangkan ialah Saya Anak Malaysia. Siaran ujian ini akan bersiaran dalam bentuk promo dan selingan lagu selama satu jam yang bersiaran tanpa henti sehingga hari pelancaran.

Radio24 dilancarkan sepenuhnya pada 3 September 2007, jam 9:00 pagi.

Radio24 telah dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Seri Angkasa 2010 dengan mendapat 14 pencalonan kesemuanya.

Pada 18 dan 19 Februari 2011, Radio24 telah memenangi tiga Anugerah Seri Angkasa 2010 yakni Penyampai Berita Radio Terbaik (Wan Syahrina), Bicarawara Radio Terbaik (Azlan Idris & Syeliza Basri - Kerusi Panas) dan Pengimbang Muzik Radio Terbaik (Mohd Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus).

Pada Mac 2016, stesen Radio24 mengalami perubahan nama radio ditukarkan kepada Bernama Radio. Penjenamaan semula juga berlaku kepada stesen televisyen sendiri pada Mei tahun yang sama, dengan menukar nama stesen televisyen Bernama TV kepada Bernama News Channel.

FrekuensiSunting

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
93.9 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali
107.5 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
100.9 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
107.9 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong

KejadianSunting

  • Jurukamera Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia akibat terbunuh semasa misi kemanusiaan, pada usia 41, pada 2 September 2011. Beliau merupakan wartawan Malaysia pertama yang terbunuh ketika menjalankan tugasan di luar negara.

Komen pujianSunting

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[4]

Lihat jugaSunting

.


RujukanSunting

  1. ^ Hala tuju transformasi Bernama, RTM
  2. ^ Bernama Menang Anugerah Brandlaureate
  3. ^ a b "Bernama TV Rebrands As Bernama News Channel". Bernama. 25 May 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
  4. ^ RTM guna digital sepenuhnya tiga tahun lagi


Pautan luarSunting