Bernama Radio ialah stesen radio berita Malaysia yang dilancarkan pada 1 Januari 2007 sebagai Radio24 (atau Bernama Radio24). Stesen radio ini dimiliki oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ia menyiarkan berita dari dalam dan luar negara selama 24 jam sehari dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan frekuensi FM 93.9 MHz yang sebelum ini digunakan oleh Klasik Nasional (kini Radio Klasik) dari pemancar Menara Kuala Lumpur untuk Lembah Klang sahaja. Stesen radio ini beroperasi di Tingkat 15, Wisma Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Stesen tersebut menyiarkan berita buletin setiap jam, Berita menonjolkan setiap 15 minit, Live trafik, cuaca dan pasaran saham kemas.

Bernama Radio
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaran
SloganUntuk Anda
Tarikh siaran pertama1 Januari 2007; 17 tahun yang lalu (2007-01-01)
BahasaMelayu
PemilikPertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tapak webbernamaradio.com.my

Sejarah

sunting
 
Logo Radio 24, digunakan dari 2007 hingga 2016.

Pada 19 hingga 23 Julai 2007, iaitu semasa Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan ke-50, frekuensi FM 93.9 MHz Klasik Nasional (kini Radio Klasik) dari Menara Kuala Lumpur digunakan untuk meneruskan siaran biasa dari jam 8:30 malam hingga 11:00 malam sahaja.

Klasik Nasional menamatkan siaran dari frekuensi tersebut pada 14 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari yang menandakan ia kini bersiaran di Lembah Klang pada 2 frekuensi sahaja (87.7 dan 98.3).

Siaran ujian Radio24 bermula pada 16 Ogos 2007 jam 12:00 tengah hari bermula dengan lagu kebangsaan Negaraku, "jingle" pertama dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala ucapan-ucapan daripada menteri-menteri dan bakal pendengar radio tersebut. Lagu pertama yang didendangkan ialah Saya Anak Malaysia. Siaran ujian ini akan bersiaran dalam bentuk promo dan selingan lagu selama satu jam yang bersiaran tanpa henti sehingga hari pelancaran.

Radio24 dilancarkan sepenuhnya pada 3 September 2007, jam 9:00 pagi.

Radio24 telah dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Seri Angkasa 2010 dengan mendapat 14 pencalonan kesemuanya.

Pada 18 dan 19 Februari 2011, Radio24 telah memenangi tiga Anugerah Seri Angkasa 2010 yakni Penyampai Berita Radio Terbaik (Wan Syahrina), Bicarawara Radio Terbaik (Azlan Idris & Syeliza Basri - Kerusi Panas) dan Pengimbang Muzik Radio Terbaik (Mohd Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus).

Pada Mac 2016, stesen Radio24 mengalami perubahan nama radio ditukarkan kepada Bernama Radio. Penjenamaan semula juga berlaku kepada stesen televisyen sendiri pada Mei tahun yang sama, dengan menukar nama stesen televisyen Bernama TV kepada Bernama News Channel.

Frekuensi

sunting

Televisyen

sunting
Frekuensi Kawasan Pemancar
93.9 MHz Lembah Klang Menara Kuala Lumpur
100.9 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
107.9 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
107.5 MHz Johor Bahru, Johor Gunung Pulai
Platform TV Saluran Catatan
MYTV 711 Bernama Radio boleh didengari melalui platform MYTV di seluruh negara.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting