Malam
bahagian hari apabila matahari telah terbenam
Malam (Jawi: مالم turunan kata akar Proto-Austronesia *malem "kegelapan"[1]) ialah suatu jangka masa antara jam 20:00 dan 03:59, atau apabila sebuah tempat sedang tidak berhadapan dengan matahari, dan oleh sebab itu gelap. Detik sebahagian planet sedang mengalami malam hari, belahan yang lain mengalami siang hari. Kerana putaran Bumi, maka siang dan malam hari saling berganti, dan membentuk satu hari yang terdiri daripada 24 jam.
Secara astronomi, malam bermula apabila matahari terbenam dan berakhir apabila matahari terbit. Namun, masa antara matahari terbenam dan 18 darjah di bawah ufuk barat boleh disebut teja.
RujukanSunting
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*malem: night, darkness". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 25 November 2022.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Malam |
Rencana berkenaan astronomi dan angkasa lepas ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |