Sein Qudsi

Penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia

Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsy (lahir 29 Jun 1983), lebih dikenali sebagai Sein atau Sein Qudsi, merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia berketurunan Melayu-Arab. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak 1998 menerusi kumpulan M.O.B yang turut dianggotai oleh Shaheizy Sam, seterusnya bersama kumpulan Ruffedge. Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai Sein turut menceburi bidang lakonan dengan membintangi sitkom Spanar Jaya di ntv7.

Syed Hussein
L (4).jpg
Latar belakang
Nama lahirSyed Hussein bin Syed Mustafa
Juga dikenali sebagai
Sein
Kelahiran (1983-06-29) 29 Jun 1983 (umur 37)
Berasal dariJohor Bahru, Johor, Malaysia
GenreHip hop, R&B
PekerjaanUsahawan / Penyanyi / Pemuzik / Pelakon / Pengarah filem
InstrumenVokal
Tahun aktif1998–kini
Pengkarya berkait
Ruffedge , M.O.B

Pada 2013, beliau mengarahkan filem pertamanya, Langgar.[1]

Latar belakangSunting

Syed Hussein bin Syed Mustafa atau lebih dikenali sebagai Sein merupakan salah seorang anggota kumpulan Ruffedge.

Selain sebagai penyanyi, Sein juga merupakan seorang pelakon,pengarah dan ahli perniagaan.

Kehidupan peribadiSunting

Syed Hussein telah mendirikan rumahtangga dengan Noor Diyana Muhammad (Nana) pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata (lahir pada tahun 2007 dan 2009).

Nana pernah menyertai program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005 dan berjaya ke peringkat separuh akhir.

Pasangan tersebut pernah menyertai program realiti tarian terbitan Astro iaitu Sehati Berdansa bagi musim ketiga dan telah muncul sebagai juara.

Pasangan tersebut telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 8 Disember 2010 tetapi telah rujuk semula sebelum tamat tempoh edah.

Pada bulan Februari tahun 2014 mereka dikurniakan cahaya mata ketiga.

DiskografiSunting

Pada tahun 1998 hingga 2004 beliau merupakan anggota kumpulan hip hop tempatan, M.O.B. Kemudian pada tahun 2005 beliau menyertai kumpulan Ruffedge menggantikan tempat Mode sehingga tahun 2007.

Album bersama M.O.B
  • Members of Blood (1999)
Album bersama Ruffedge

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003–2005 Spanar Jaya Razlan ntv7
2010 Adam Maya[2] Adam TV3
2012 Ariana Mikhail[3] Mikhail TV9

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Tongkah Arus Dosa Ustaz Faris TV9
2012 Semadikan Aku Sani TV3
Lelaki Ku Emran TV2
Salahkah Aku Adam TV3
2013 Strawberi & Karipap Fareez Astro Ceria

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Tipah Tertipu The Movie Sein Filem pertama
2008 Sepi
2013 Langgar Juga sebagai pengarah dan penulis skrip
PSIKO : Pencuri Hati Dr. Khai
Balada Pencinta Boy
2014 Penculikan Amar Affendi Pengarah dan penulis skrip
2015 Bangunan Pengarah bersama
2019 Till Death: Azalea's Wrath Pengarah, penulis
2020 Bulan dan Pria Terhebat Ricky Penerbit

RujukanSunting

  1. ^ Mohd Ifqdar Abdul Rahman (20 September 2011). Langgar 'bayi' sulung Sein Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Oktober 2011.
  2. ^ http://www.tv3.com.my
  3. ^ Cinta Muncul dan Hilang Di Paris

Pautan luarSunting