Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam jenama malaysia.[1]

Rancangan ini juga menyediakan tempat belajar yang menggabungkan konsep hiburan dan akademik bagi memudahkan pesertanya menyesuaikan diri. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya sebuah rancangan di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia, Thailand, Paraguay, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan Singapura, serta mendapat respon positif berbanding dengan siri American Idol.

Program ini juga berjaya melahirkan penyanyi terbaik negara seperti Hafiz, Syamel, Aizat Amdan, Akim Ahmad, Qhirzansha, dan penyanyi popular seperti seperti Stacy dan Adam. Kini, Akademi Fantasia telah pun diiktiraf sebagai 'Rancangan Nyanyian Paling Lama Disiarkan' di Malaysia dan kejayaan ini telah dicatatkan dalam Malaysian Books of Records.

Bagaimanapun rancangan Akademi Fantasia sudah diberhentikan sejak tahun 2016 dan digantikan dengan Big Stage. Rancangan televisyen ini telah merekodkan sebanyak 13 musim bersiaran.

Pengacara Sunting

Jabatan Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Musim 5 Musim 6 Musim 7 Musim 8 Musim 9 Musim 10 Musim 11 Musim 12 Musim 13
Pengacara
Aznil Nawawi
AC Mizal
Sarimah Ibrahim
Aznil Nawawi
Zizan Razak
Pengacara 2
Seelan Paul
N/A
Sarimah Ibrahim
Jimmy Shanley
N/A
Faizal Ismail
Alif Satar

Pengkritik Sunting

Jabatan Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4 Musim 5 Musim 6
Pengkritik
Kudsia Kahar
Adlin Aman Ramlie
Fauziah Ahmad Daud

Pengajar Sunting

Jabatan Musim 1 Musim 2 Musim 3 Musim 4
Pengetua
Freddie Fernandez
Ramli M. S.
M. Nasir
Ramli Sarip
Guru Koreografi
Linda Jasmine
N/A
Adam Corrie
Mohd Fathee Abdullah
Adam Corrie
Guru Teknikal Vokal N/A
Adnan Abu Hassan
Ajai
Perunding Motivasi N/A
Dr. Abdullah Sher Kawi Jafaar
Dr. Azahari Othman
Fazley Yaakob
Perunding Pelajar N/A
Fatimah Abu Bakar
N/A
Guru Persembahan Pentas N/A
Fauziah Nawi
Marlia Musa
Fauziah Nawi
Guru Bahasa Inggeris N/A
Fatimah Abu Bakar
N/A
Guru Nada Suara
Siti Hajar Ismail
Shafizawati Sharif
Perunding Imej N/A
Mahani Awang
N/A
Pengurus Kediaman N/A
Roslina Hassan
N/A
Pengarah Muzik Aubrey Suwito
Ramli M.S.
N/A
Shamril Saleh
Guru Vokal
Adnan Abu Hassan
N/A
Guru Seni Persembahan
Fatimah Abu Bakar
N/A

Lagu tema Sunting

Lagu tema bagi Akademi Fantasia (AF1-AF9) iaitu "Menuju Puncak" telah dicipta oleh Aubrey Suwito dan nyanyian adik perempuan kepada komposer sendiri iaitu Juwita Suwito. Namun, lagu "Menuju Puncak" telah diberi nafas baru pada tahun 2013 untuk Akademi Fantasia 2013. Lagu "Menuju Puncak 2013" yang baru telah dinyanyikan oleh Stacy (Juara AF6), Adira (Naib Juara AF8) dan Zahid (Juara AF2). Lagu Menuju Puncak versi yang baru ditambah dengan elemen rap (nyanyian Zahid) dan temponya dirancakkan menepati muzik pada masa sekarang.

Sunting

Slogan Sunting

  • "Satu Harapan, Satu Tujuan, Satu Destinasi, Mengubah Impian Jadi Realiti" (2003-2011)
  • "Serlahkan Bakat Superstar Dalam Diri Anda" (2008 Versi Iklan)
  • "Transformasi Sudah Bermula / Satu Transformasi Akan Berlaku" (2009 Versi Iklan)
  • "Realitinya Disini, Inilah AF!" (2013-2016)

Musim Sunting

Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang mencatat rating paling tinggi ditonton di Astro Ria.

Pada 13 Januari 2011, Astro pernah mengumumkan bahawa musim kesembilan merupakan musim terakhir bagi Akademi Fantasia. Akademi Fantasia telah berhenti bersiaran selama lebih dari setahun. Walau bagaimanapun, pada Mei 2013, pihak Astro telah mengumumkan bahawa Akademi Fantasia akan kembali untuk musim kesepuluh. Akadami Fantasia kembali pada 2013 dengan format baru untuk mengikut faktor terkini dan semasa. Selain itu, Akademi Fantasia 2013 adalah serba baru dan tidak pernah dibuat dalam mana-mana musim AF sebelum ini.

Satu sidang media untuk Majlis Pelancaran Akademi Fantasia 2013 telah diadakan oleh Astro di The Avenue, Pavilion, KL pada 23 Mei 2013 yang dihadiri oleh rakan media hiburan dan artis kelahiran Akademi Fantasia seperti Hafiz, Zahid, Stacy, Mawi, Adira, Akim dan Hazama. Pada sidang media tersebut, pihak Astro telah mendedahkan konsep dan perubahan besar dalam Akademi Fantasia 2013 seperti logo AF, lagu Menuju Puncak versi baru dan tarikh bagi ujibakat AF2013. Untuk musim ini, calon peserta juga boleh memilih untuk samada menyertai program ini secara solo atau berduet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang www.akademifantasia.com.my.

Rancangan Akademi Fantasia kali ini lebih dikenali sebagai "Akademi Fantasia 2013" (AF2013) dan disiarkan di saluran (SD) iaitu Astro Ria dan saluran (HD) iaitu Astro MAYA HD pada September 2013.

Musim kesebelas pada tahun 2014 menggunakan format asal yang digunakan sebelum Astro mengumumkan yang musim kesembilan adalah musim yang terakhir. Ia berjaya meraih kembali sokongan dan kepercayaan penonton dengan tontonan konsert akhir mencecah 2.5 juta penonton.

Cogankata: Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.

Untuk tahun 2014, cogankatanya bertukar kepada REALITINYA DI SINI, INILAH AKADEMI FANTASIA.

Pada tahun 2015 pula, Astro Ria mula menyiarkan saluran HD sendiri pada 29 Mei. Jadi, musim keduabelas Akademi Fantasia akan disiarkan secara serentak menerusi saluran HD dan SD yang menggunakan nama Astro Ria.

Format rancangan Sunting

Setiap musim Akademi Fantasia terdapat 10 konsert minggu akhir (kecuali Akademi Fantasia Musim 1 iaitu hanya terdapat 9 konsert dan Akademi Fantasia 2016 hanya terdapat 8 minggu konsert) dan bermula dengan 12-16 peserta yang dipanggil pelajar. Walau bagaimanapun, pada Musim 3 dan Musim 4, konsert prelude telah diadakan bagi menentukan pelajar yang berkelayakan. Setelah pelajar-pelajar siap dipilih, mereka akan mendiami di sebuah rumah yang dipanggil Akademi. Para pelajar akan menghabiskan sepenuh masa mereka dengan berlatih menyanyikan lagu tugasan, berlakon, dan menari, dan juga aktiviti lain yang berkaitan dengan seni persembahan selama 10 minggu di dalam Akademi. Kelas-kelas tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah (yang dipanggil 'cikgu'), yang mana mereka sememangnya telah diiktiraf menerusi kareer mereka dalam industri hiburan. Diari Akademi Fantasia bersiaran pada setiap hari yang memaparkan aktiviti pelajar di akademi. Akademi ini akan diketuai oleh seorang pengetua, yang bersilih-ganti setiap tahun. Walaupun demikian, pada Akademi Fantasia Musim 6, akademi ini diketuai oleh Ramli M.S., yang pernah menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim 2.

Sistem penjurian ditentukan sepenuhnya oleh penonton melalui undian SMS dan undian dekoder Astro (pelanggan Astro perlu menyambungkan dekoder mereka dengan sambungan wayar telefon untuk menghantar undian). Pelajar yang menerima undian terendah akan disingkirkan selepas tamat konsert atau selepas pengumuman undian ditutup. Meskipun begitu, terdapat kejutan luar biasa ke atas penyingkiran pelajar yang melibatkan dua pelajar dan tiga pelajar sekaligus, atau tiada penyingkiran dibuat mengikut keputusan krew penerbitan. Bagi Akademi Fantasia Musim 6, pengkritik tetap terkini termasuk penyanyi, pelakon, dan pengacara Fauziah Ahmad Daud dan penyanyi Ning Baizura. Pengkritik dan kakitangan sebelumnya termasuk kakitangan stesen radio nombor satu Malaysia Era FM iaitu Kudsia Kahar, pelakon Adlin Aman Ramlie, penyanyi rock-ballad Hattan, dan juga model terkenal dan penyanyi Fauziah Latiff. Aznil Nawawi, yang pernah mengacarakan rancangan ini bagi 5 musim sebelumnya, menarik diri sebagai pengacara TV ketika penghujung rancangan Musim 5 atas sebab konflik jadual kerja. Beliau digantikan oleh AC Mizal, pelakon sensasi dan pengacara.

Rancangan ini melakar sejarah pada Musim 5 yang menyaksikan Norsyarmilla Jirin diberikan takhta sebagai juara wanita pertama, memecah dominasi juara lelaki pada empat musim sebelumnya. Namun demikian, ia kemudian disusuli menerusi kejuaraan juara wanita kedua iaitu Stracie Angie Anam pada Musim 6.

Kontroversi Sunting

Utama Sunting

Kontroversi utama semasa musim Akademi Fantasia tentang sistem penjurian yang berdasarkan SMS dan undian dekoder Astro. Sistem penjurian mendapat kritikan hebat yang mana pengundi hanya mengundi pelajar kegemaran masing-masing berdasarkan rupa paras dan personaliti berbanding bakat pelajar.

Semasa Piala Dunia berlangsung Sunting

Sewaktu demam Piala Dunia melanda seluruh dunia, rancangan ini semakin dilupakan, apatah lagi rating penonton AF4 dan pengundi-pengundinya jatuh merundum kesan daripada Piala Dunia 2006 yang berlangsung di Jerman, yang mana sesetengah perlawanan berlangsung bermula jam 9.00 malam waktu Malaysia. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak akan berulang apabila AF8 pada tahun 2010 akan bermula Mac dan berakhir pada bulan Mei tahun 2010 bagi membolehkan peminat bola sepak mengikuti kesemua perlawanan Piala Dunia 2010 secara langsung bermula 11 Jun hingga 11 Julai tahun yang sama.

Sepanjang kewujudan rancangan ini, hanya sekali saja program ini bertembung dengan Piala Dunia iaitu pada 2006, berbanding dengan rancangan realiti Mentor (TV3) dan Akademi al-Quran (TV9) yang masing-masing sudah dua kali bertembung dengan kejohanan bola sepak terpenting di dunia itu, iaitu pada 2006 dan 2010.

Musim-musim Akademi Fantasia Sunting

Musim Juara Tempat Ke-2 Tempat Ke-3 Finalis Pelajar lain (mengikut susunan penyingkiran) Bilangan pelajar
AF 1 Vincent Chong Ying-Cern (Vince)

  Kuala Lumpur

Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi (Khai) Ahmad Azizi Mohamed (Azizi)
  • Siti Harnizah Tahar (Nija)
  • Nurlizawaty Mohd Ismail (Liza)
12
AF 2 Ahmad Zahid Baharuddin (Zahid)

  Perak Darul Ridzuan

Norlinda Nanuwil (Linda) Muhammad Aizam Mat Saman (Adam) 12
AF 3 Asmawi Ani (Mawi)

  Johor

Felix Agus (Felix) Amylea Azizan (Amylea) Marsha Milan Londoh (Marsha)
  • Elliza Abdul Razak (Eliza)
  • Fuad Razlan Abd Azri (Fuad)
  • Nor Farah Idayu Yaakob (Idayu)
  • Syaiful Reza Mohamed (Reza)
  • Amylia Mohd Azlan (Amy)
  • Nik Mohd Aidil Nik Zamri (Aidil)
  • Norashikin Abd Rahman (Ekin)
  • Asiah Tunakma Abdullah (Akma)
  • Mohd Yazer Yusof (Yazer)
  • Mohamed Zulkefli Mohd Idir (Kefli)
14
AF 4 Mohammad Faizal Ramly (Faizal)

  Terengganu

Lotter P.Edwin Edin (Lotter) Nur Farhan Azizan (Farhan) 12
AF 5 Norsyarmilla Jirin (Mila)

  Pulau Pinang

Ebi Kornelis (Ebi) Muhammad Nur Aswad Jafar (Aswad)
  • Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan (Zana-tarik diri)
  • Adyana Khalid (Diya)
  • Mohd Shafiq Mohd Ramadzan (Afiq)
  • Nurul Fatin Yahya (Fatin)
  • Mohd. Farha Jasmen (Farha)
  • Nonny Nadirah Zainuddin (Noni)
  • Aryanna Najwa Ahmad (Dekna)
  • Hasfarizal Ayub (Rizal)
  • Muhammad Aizat Amdan (Aizat)
  • Gadaffi Ismail Sabri (Dafi)
  • Mohd Shawal Ruslan (Shawal)
16
AF 6 Stracie Angie Anam (Stacy)

  Sabah

Mohammad Idris Zazizi (Riz) Ahmad Nubhan Ahamad (Nubhan)
  • Marliyana Omar Walid (Yana)
  • Ika Nabila Abdul Rahim (Ika)
  • Lutfyah Sheikh Omar (Lufya)
  • Muhammad Shauqi Naaim Salmi (Naim)
  • Muhammad Faisal Abdullah (Faisal)
  • Siti Norsaida Tarudin (Saida)
  • Hairina Abdul Halim (Rina)
  • Mohamad Alif Mohd Razali (Alif)
  • Stanley Maringal David Impi (Stanley)
14
AF 7 Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz)

  Sarawak

Khairil Azam Pilus (Aril) Afiq Hakim Ahmad (Akim)
  • Mohd Yazid Ibrahim (Yazid)
  • Ismaliza Ismail (Isma)
  • Nas Adila Mohd Dan (Adila)
  • Ahmad Sobri Hasmuni (Obri)
  • Zuzafrini Zulkifli (Rini)
  • Rubisa Tiasin (Rubisa)
  • Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil (Zizi)
  • Mohd Rashidi Mohamad Isa (Sidi)
  • Mohd Qhauhd Abdul Rashid (Qhaud)
  • Claudia Fay Geres (Claudia)
  • Siti Aishah Bujang (Aishah)
14
AF 8 Ahmad Shahir Zawawi (Shahir)

  Perak Darul Ridzuan

Siti Adira Suhaimi (Adira) Shahril Firdaus Eli (Daus)
  • Muhd Firdaus Maulana Mohamed (Maulana)
  • Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan)
  • Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein (Shah)
  • Erma Suhaimi (Ema)
  • Dayang Nor Anum Arjuna Aharun (Anum)
  • Muhammad Alif Kadim (Alif)
  • Nadia Emilia Roselan (Nad)
  • Zafarina Jamhari (Farina)
  • Nadiawati Ainul Basir (Ain)
12
AF 9 Hazama Ahmad Azmi (Hazama)

  Perak Darul Ridzuan

  • Lenaber Haidir (Lena)
  • Nur Syafinaz Jebat (Fina)
  • Mohamad Azri Abdullah (Azri)
  • Zulaika Zahari (Laika)
  • Nur Atiqah Shariffudin (Eka)
  • Roshammizah Rosli (Miza)
  • Nur Suhada Jebat (Ayda)
  • Mohamad Amirullah Jahari (Amir)
  • Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib)
  • Ahmad Afif Tirmizie (Afif)
  • Nur Khaidir Muhid (Kay)
  • Queennera Francine Francis Kitingon (Nera)
  • Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul)
14
AF 2013 Mohd Faizul Sany (Faizul)

  Sabah

  • Kamsani Jumahat(Sani)
  • Chin Teik Meng (Darren)
  • Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman)
  • Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona)
  • Irmiza Sahabuddin [Irmiza] - Irsa Sahabuddin [Irsa] (Irmisa-Duo)
  • Abdul Suhadah Unding (Suhada)
12
AF 2014 Mhd Firman Bansir (Firman)

  Sabah

  • Ikhwal Hafiz Ismail (Ewal)
  • Syamila Nuhair Zainordi (Nuha)
  • Adeline Joyce Masidah (Adel)
12
AF 2015 Mohammad Sufie Rashid (Sufi)

  Singapura

  • Nurnajmi Nabila Samsaidi (Bila)
  • Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (Shahrul)
  • Sharifah Nabilah Syed Azhar (Ifa)
  • Nurhusnina Haziqah Naharuddin (Ziqa)
  • Aziah Awang (Aziah)
  • Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor (Faroq)
  • Anthonasius Jadil (Openg)
  • Muhammad Ikhwan Alif Salim (Iqwan)
  • Ang Hui San (Rachel)
  • Allyssa Joanne Anak Jambi (Lisa)
12
AF 2016 Amir Syazwan Bin Masdi (Amir)

  Selangor

  • Muhammad Ammal Shafiq Osman (Amal)
  • Kareshma Martin John Patrick (Reshma)
  • Nur Farrah Izzatie Johari (Ara)
  • Norhafizah Binti Longkip @ Thomas (Afi)


  • Nurul Rahila (Rahila)
  • Mohd Afzarul Dzarif Mohd Mazle (Zarol)
  • Siti Aishah Abdul Razak (Asha)
  • Muhammad Ikram Bin Kamaruzzaman (Ikram)
  • Jasper James Supayah (Jasper)
  • Isyariana Che Azmi (Riana)
  • Zahrul Hilmi Badrul Hisham (Amy)
  • Azarul Rais Mansor (Rais)
  • Halmy Hamizan (Halmy)
  • Mohd Fara Aidid Ali Dad Khan (Isa)
15

Pencapaian alumni di luar akademi Sunting

Alumni berjaya
Alumnus Anugerah Lagu Pencapaian
Hafiz Suip (Juara Musim 7) Anugerah Juara Lagu 25 (2010) Noktah Cinta Menang
Vokal Terbaik
Akim (Ke-3 Musim 7) Anugerah Juara Lagu 29 (2015) Potret (Akim and the Majistret) Menang
Persembahan Terbaik dan Juara Lagu 29
Syamel (Naib Juara AF2015) Anugerah Juara Lagu 32 (2017) Aku Cinta (Duet bersama Ernie Zakri) Menang
Vokal Terbaik
Ara Johari (Finalis AF2016) Anugerah Juara Lagu 33 (2018) Bunga Naib Juara

Tenaga Pengajar Sunting

Senarai pengetua-pengetua Akademi Fantasia

Untuk senarai lengkap tenaga pengajar, klik Tenaga Pengajar Akademi Fantasia

Pelajar Sunting

  • Juara yang paling tua: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), & Asmawi Ani (Musim 3) , kesemuanya 23 tahun
  • Juara yang paling muda: Stracie Angie Anam (Musim 6), 18 tahun
  • Juara yang paling tinggi: Vincent Chong Yi-Cern (Musim 1), 6'0" (180 cm)
  • Juara yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
  • Juara yang paling berat: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), 172 lb (78 kg)
  • Juara yang paling ringan: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 88 lb (40 kg)
  • Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Peratusan tertinggi yang diperoleh: Mohd Azwan Satar - 72% (Musim 11)
  • Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly (Musim 4), Stracie Angie Anam (Musim 6), Mohd Hafiz Suip (Musim 7), Siti Adira Suhaimi (Musim 8), Mohd Firman Bansir (Musim 11), Mohammad Razman Abdul Aziz (Musim 11), & Amir Syazwan Masdi (Amir) (Musim 13)


Semua pelajar Sunting

  • Jumlah pelajar: 121
  • Pelajar yang paling tua: Hairina Abdul Halim (Musim 6), 44 tahun
  • Pelajar yang paling muda: Nur Azilah Seeron (Musim 4) 17 tahun 6 bulan
  • Negeri yang sering diwakili: Sabah, 22 pelajar
  • Pelajar yang paling tinggi: Mohd Farha Jasmen (Musim 5), 6'0.4" (184 cm)
  • Pelajar yang paling rendah: Norsyarmilla Jirin (Musim 5), 4'8.6" (148 cm)
  • Pelajar yang paling berat: Yusrizan Usop (Musim 2), 205 lb (93 kg), Bila (Musim 12) (120kg)
  • Pelajar yang paling ringan: Nurullah Abdul Hamid (Musim 2), 82 lb (37 kg)
  • Pelajar yang paling kacak: Amir (Musim 13)
  • Pelajar yang paling cemerlang setiap minggu: Reshma (Musim 13) 3 kali
  • Pelajar yang suara mirip Sudirman dan R. Azmi: Amal (Musim 13)
  • Pelajar yang digelar paling nakal, gila-gila dan colourful: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (Sharul) (Musim 12),
  • Undian terendah yang diperoleh dalam kedudukan 2 tercorot: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
  • Menduduki kedudukan dua tercorot secara berturut-turut: Mohd Shawal Ruslan (Musim 5), 3 kali
  • Undian tertinggi secara berturut-turut: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Undian tertinggi yang diperoleh: Asmawi Ani (Musim 3)
  • Tidak menduduki kedudukan dua tercorot: Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi & Ahmad Azizi Mohamed (Musim 1), Ahmad Zahid Baharuddin (Musim 2), Asmawi Ani & Felix Agus (Musim 3), Mohammad Faizal Ramly & Nur Farhan Azizan (Musim 4), Muhammad Nur Aswad Jafar & Candra Clement (Musim 5), Stracie Angie Anam, Mohammad Idris Mohd. Zazizi & Ahmad Nubhan bin Ahmad (Musim 6), Siti Adira Suhaimi (Musim 8)
  • Pelajar yang disingkirkan secara berpasangan: Syaiful Reza Mohamed & Amylia Mohd Azlan, Mohamed Zulkefli Mohd Idir & Mohd Yazer Yusof, (Musim 3) Lutfyah Sheikh Omar & Muhammad Shauqi Naaim Salmi, (Musim 6) Ahmad Sobri Hasmuni & Zuzafrini Zulkifli, Nur Fazelah @ Zizie & Rubisa Tiasin, Siti Aishah & Claudia Fay (Musim 7) [nama pertama adalah pelajar dengan undian terendah]
  • Pelajar yang disingkirkan yang melibatkan tiga pelajar: Nurul Fatin Yahya, Mohd. Farha Jasmen & Nonny Nadirah Zainuddin, kesemuanya (Musim 5)
  • Pelajar yang terlibat dalam minggu tiada penyingkiran: Nurlizawaty Ismail (Musim 1), Edlin Abdul Rahim (Musim 2), Norsyarmilla Jirin (Musim 5), Nadia Haswani Hasnan (Musim 6), Mohd. Rashidi Mohamad Isa (Musim 7) Zafarina Jamhari (Musim 8), Lenaber Hidir (Musim 9)
  • Pelajar yang diserap masuk semula ke dalam pertandingan selepas disingkirkan: Norlinda Nanuwil (Musim 2), Asmawi Ani (Musim 3), Marsha Milan Londoh (Musim 3), Lotter P.Edwin Edin (Musim 4), Khairil Azam Pilus (Musim 7) & Ahmad Shahir Zawawi (Musim 8)
  • Pelajar yang diselamatkan daripada penyingkiran melalui kuasa veto pengkritik tetap: Syamel (Musim 12)
  • Pelajar yang menarik diri: Wan Nurul Zhana Wan Mohd Hanizan (Musim 5)
  • Pelajar yang tidak mempersembahkan persembahan ketika konsert: Nurul Fatin Yahya & Muhammad Nur Aswad Jafar, kedua-keduanya (Musim 5)

Versi antarabangsa Sunting

Indonesia: Akademi Fantasi Indosiar - telah menamatkan 6 musim dan menerbitkan rancangan AFI Junior 2008 yang sedang disiarkan. Musim 1 bersiaran pada Disember 2003, saluran Indosiar. Rancangan ini kembali untuk musim keenam pada tahun 2013 selepas 7 tahun terhenti.[2]

Mexico: La Academia - diacarakan oleh Monica Garza. Rancangan asli disiarkan sehingga tahun 2012, tetapi musim kesebelas menggunakan format berbeza.

Thailand: Academy Fantasia - yang telah bersiaran selama 12 musim sehingga 2015.

Amerika Syarikat: La academia USA - Musim pertama bersiaran pada 20 November 2005.

Penglibatan Sunting

Senarai pengetua dan tenaga pengajar mengikut musim.

Musim Hos Pengetua Senarai pengajar Juri tetap
1 Dato' Aznil Nawawi Freddie Fernandez
Kudsia Kahar

Rujukan Sunting

Rancangan lain Sunting

Pautan luar Sunting