Ernie Zakri

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Nur Ernie Shahirah Zakri (lahir 23 Jun 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009.[1][2] Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32.[2][3] Selain itu, beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Ernie Zakri
Ernie pada 2020.
Kelahiran
Nur Ernie Shahirah binti Zakri

(1992-06-23) 23 Jun 1992 (umur 31)
PendidikanIjazah Muzik
Pusat pendidikan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • guru vokal
PasanganSyamel (k. 2021)
Anak-anak1
IbuRafiaah Mohamed
BapaZakri Ahmad
SaudaraZiana Zain (ibu saudara)
Anuar Zain (bapa saudara)
Kerjaya muzik
GenreBalada, Pop & R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Tomok, Syamel

Kehidupan awal sunting

Ernie Zakri dilahirkan pada 23 Jun 1992 di Kuala Lumpur.[4] Beliau mendapat pendidikan di SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur, kemudian memperoleh ijazah Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.[4][5] Beliau juga memegang Ijazah Muzik di Universiti Malaya (UM).[6] Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada dua penyanyi tersohor negara, Ziana Zain dan Anuar Zain.[nota 1][7] Bapa Ernie, Zakri Ahmad merupakan pemain dram kumpulan Kilat.[4]

Kerjaya sunting

Setelah menjuarai pertandingan Bintang RTM 2009[1], kerjaya Ernie sebagai penyanyi tanah air seolah senyap buat seketika walaupun setelah beliau menerbitkan album berjudul "Sinaran" pada tahun 2011[8]. Nama Ernie menjadi popular menerusi program Duo Star dengan gandingan Syamel[9].

Selain fokus dalam mengusahakan kerjayanya sebagai penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Sehingga kini, kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik termasuklah juga daripada rakan artis yang pernah mengikuti kelas vokalnya. Antara rakan artis yang juga merupakan pelajar beliau termasuklah Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.[10] Pada tahun 2015, Ernie muncul dengan single "Takkan Pudar" hasil ciptaan Akir dari kumpulan Hyper Act, ia menjadi lagu tema drama "Hati Perempuan" di TV3.[11]

Ernie juga telah diberi kepercayaan dalam menjadi pelatih dan guru vokal untuk peserta program Big Stage 2018 anjuran Astro[12]. Ernie pernah berlakon dalam satu telefilem istimewa Aidilfitri di samping Tomok[13].

Berikutan kejayaan kerjasama mereka, duo ini mengeluarkan single duet kedua mereka, "Takkan Terlerai" pada April 2019.[14] Beliau juga terpilih untuk meminjamkan suara Bawang Merah dan Bawang Putih dalam filem animasi, "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".[15] Ernie memulakan kerjaya lakonan menerusi drama "Suri Katriana" yang disiarkan di Astro Prima.[16] Pada November 2019, singlenya "Ku Bersuara" terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[17][18][19]

Pada Julai 2020, Ernie melancarkan single terbaharunya, "Boneka".[20] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya. Ini menjadi muzik video pertamanya di mana beliau mula memakai hijab.[21][22][23]

Pada Disember, Ernie dan Syamel menubuhkan kafe Setable yang beroperasi di Danau Kota.[24][25] Pada Mac 2021, Ernie berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 dengan membawa lagu Gundah yang ditulis dan dihasilkan oleh Ernie sendiri bersama Sharon Paul dan Ernie memenangi Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2020, beliau mula bertudung selepas mengumumkan penampilan terbaharunya di Instagram.[26] Pada 16 Ogos 2020, beliau bertunang dengan rakan penyanyi, Syamel[27] dan berkahwin pada 26 Mac 2021.[28]

Vokal sunting

Profil vokal sunting

Ernie Zakri memiliki jenis suara Lyrical Soprano iaitu suara yang berada di kawasan julat vokal yang tinggi hingga ke not (E6) . Beliau sering meraih pujian kerana penggunaan teknik vokal yang sihat dan seimbang. Beliau juga mampu menyanyikan not-not tinggi didampingi getaran vibrato yang stabil seperti yang didemonstrasikan dalam lagu "My All". Tidak kurang daripada itu beliau mahir memanipulasikan variasi dinamik dalam nyanyian. Oleh itu, beliau mendapat jolokan "Ariana Grande Malaysia" di kalangan netizen. Beliau juga mahir dalam nyanyian klasikal opera seperti dalam lagu Malaysia Prihatin, Ernie Zakri merupakan penyanyi asal lagu ini yang mana ia menjadi lagu tema Hari Kebangsaan yang Ke-63. Beliau juga sering menyanyikan lagu-lagu klasikal opera yang terkenal seperti Phantom Of The Opera. Beliau juga digelar sebagai "Queen of Headvoice Malaysia".

  • Jenis suara: Lyrical Soprano
  • Julat vokal: (D3 - C6 - F6 - C#7)
  • Julat vokal yang disokong: (F3 - F5 - C#6)


  • Not-not tinggi:

C#6 (Headvoice) - Ku Bersuara | #AJL34

F5 (Heady Mix) - Gundah | #AJL35

C6 (Headvoice) - Aku Cinta | #AJL32

A5 (Heady Mix) - Ikut Rentakku

E6 (Headvoice) - Jangan Marah

Maklumat Terkini Tentang Vokal sunting

Ernie Zakri (sustain) not Bb6 dalam wisel (register).

Beliau juga mempunyai not kegemaran tersendiri yang mana ia sering dinyanyikan tanpa mengira teknik belting mahupun sekadar permainan headvoice. Not G5 , tetap menjadi pilihan untuk ditonjolkan dalam setiap lagu yang beliau nyanyikan.

Kolaborasi sunting

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berkolaborasi dengan ramai artis Malaysia, namun lebih dikenali menerusi gandingannya bersama Syamel.[perlu rujukan]

Gandingan terbaharu beliau adalah bersama Hafiz Suip.[perlu rujukan] dengan lagu duet Berakhirlah Pencarianku.

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Sinaran
Aura

Single sunting

Tahun Lagu Album
2011 "Mahu Ingin Bercinta" Sinaran
"Rindu Bukan Teman"
2012 "Khalimah Janji" Single
2015 "Takkan Pudar"
"Ini Yang Ku Mahu"
2016 "Jangan Marah"
2018 "Misteri"
"Ku Bersuara"
2019 "Buai Laju-laju"
"Sinar Mata Hati" OST Drama "Suri Katriana"
2020 "Gundah" Single
"Boneka"
2022 "Korban"
"Astana"
2023 "Suasana Hari Raya"
"Jemput Raya"
"Sirna" OST Sumpahan Jerunei
"The Best" Single
"Masing-Masing"

Lagu duet sunting

Tahun Lagu Album Catatan
2017 "Aku Cinta"

(duet bersama Syamel)

Single 2017 Pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-32
2019 "Takkan Terlerai"

(duet bersama Syamel)

Single 2019 OST Filem Jebat
"Seru Hari Lebaran"

(duet bersama Syamel)

Single 2019
2021 "Goodbye Hello"

(duet bersama Syamel)

Single 2021 Lagu Yang Dicipta Sempena Perkahwinan Mereka
"Berakhirlah Pencarianku"

(duet bersama Hafiz Suip)

Single 2021 Lagu Duet Pertama Mereka
2022 "Hal Hebat"

(duet bersama Govinda)

Single 2022
2023 "Ayuh"

(bersama Malique, Kmy Kmo dan Aman RA)

Single 2023 Lagu Berkumpulan Pertama Ernie, OST Polis EVO 3
"Sampai Tua"

(duet bersama Syamel)

Single 2023

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Bawang Merah & Bawang Putih Suara & Filem Pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Suri Katriana Suri Astro Prima Drama lakonan pertama beliau
2021 Kalau Dah Berbini Siti Astro Warna Lakonan Bersama Suami Beliau

Sitkom sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 J.K.K (Musim ke-5) Mira TV3 Penampilan khas
  • Episod 7: "Kampung Contoh"

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2009 Bintang RTM Dirinya sendiri TV2 Juara
2016 Duo Star Peserta bersama Syamel Astro Ria
2018 Big Stage (musim 1) Dirinya sendiri Astro Ria Jurulatih Vokal
2019 Mentor Milenia 2019 Dirinya sendiri TV3 Pemenang Naib Juara
2020 Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula Peserta TV3
2021 Shuk Nak Tanya 2 Artis Jemputan Awesome TV
Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3
2022 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Tolong Jagakan Dia"
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis TV3
Konsert Minggu Ini Dirinya sendiri TV2 Episod: "Syamel dan Ernie"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Juara Lagu ke-32 Vokal Terbaik "Aku Cinta" (bersama Syamel) Menang [2]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Dirinya sendiri (bersama Syamel) Menang [29]
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Terbuka "Ku Bersuara" Finalis [17][18]
Anugerah MeleTOP Era 2020 Penyanyi MeleTOP - TOP 5 Dirinya sendiri (untuk "Ku Bersuara") Tercalon [30]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 Vokal Terbaik Gundah Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Dirinya sendiri Tercalon
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Terbuka Boneka (digantikan oleh Syamel) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021 Penyanyi Popular Era [Top 5] Dirinya sendiri (untuk "Gundah" & "Boneka") Tercalon
Video Meletop [Top 5] MV Boneka Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-23 Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) Sinar Mata Hati Menang
Lagu Pop Terbaik Goodbye Hello (bersama Syamel) Menang
Lagu Terbaik Goodbye Hello (bersama Syamel) Menang
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/Berkumpulan) Goodbye Hello & Berakhirlah Pencarianku Tercalon
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Terbuka "Korban" Finalis
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Catatan sunting

  1. ^ Ernie memanggil Ziana, Mak Long; manakala Anuar dipanggil Pak Ngah.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohamad, Zaidi (9 Februari 2017). "Ernie Zakri berguru dengan dua anak Pak Zain". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. ^ a b c Mohd Tahir, Sudirman (14 February 2018). "Ernie, Syamel power!". Harian Metro. Dicapai pada 18 January 2020.
  3. ^ Zulhilmi Jalil (2 Disember 2018). "Ernie mahu jadi diri sendiri". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2021-03-25.
  4. ^ a b c GP, Mustazah (6 January 2019). "Biodata dan latar belakang Ernie Zakri". iluminasi.com. Dicapai pada 18 January 2020.
  5. ^ "Saya rasa janggal ajar Siti Nordiana - Ernie Zakri". Astro Awani. 7 January 2018. Dicapai pada 18 January 2020.
  6. ^ Mohamed, Raja Nurfatimah Mawar (9 February 2020). "'Ernie tak fikir siapa hebat dan dahsyat'". Berita Harian. Dicapai pada 12 February 2020.
  7. ^ Razal, Kamaruddin (27 Januari 2017). "Ernie Zakri Tak Guna Nama Ziana & Anuar Zain Untuk Popular". Gempak.com. Dicapai pada 1 September 2018.
  8. ^ KARIM, HARYATI. "Tuah tujuh tahun Ernie Zakri". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 1 September 2018.
  9. ^ AWALUDIN, NURUL FADILA. "Kelangsungan kerjaya Ernie Zakri". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 1 September 2018.
  10. ^ Atak, Feride Hikmet (14 Julai 2016). "Karier nyanyian kurang menyerlah, Ernie hampir putus asa". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
  11. ^ "Lagu latar popularkan Ernie". Utusan Malaysia. 5 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 26 Mac 2016.
  12. ^ Rahman, Ifqdar (6 Ogos 2018). "Ernie Zakri tinggalkan FMC Music sah milik Astro". Utusan. Dicapai pada 1 September 2018.
  13. ^ Nordin, Norhayati (6 Ogos 2017). "Ernie seronok fokus karier". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  14. ^ Badrul Hashim (12 April 2019). "Ernie & Syamel Lancar Single Duet Kedua, Takkan Terlerai". Gempak. Dicapai pada 18 January 2020.
  15. ^ Dennis Chua (14 June 2019). "#Showbiz: Voicing out her talent". New Straits Times. Dicapai pada 18 January 2020.
  16. ^ Azlina Mazli (9 October 2019). ""Saya sangka job ini kacang saja" - Ernie Zakri rasa tertipu, menyesal terima tawaran berlakon". mstar.com.my. Dicapai pada 18 January 2020.
  17. ^ a b "12 Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL34". eh.com.my. 29 November 2019. Dicapai pada 18 January 2020.
  18. ^ a b Serimah Mohd Sallehuddin (11 February 2020). "'Kebolehan Hafiz tiada pada penyanyi lain'". Berita Harian. Dicapai pada 12 February 2020.
  19. ^ Nor Azurin Ali (19 November 2018). "Ernie Zakri luah rasa dalam lagu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-20. Dicapai pada 26 Mac 2019.
  20. ^ Budiey (27 Julai 2020). "Ernie Zakri lantang bersuara dalam Boneka". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
  21. ^ "Ernie Zakri tampil bertenaga dengan imej berbeza menerusi Boneka". Kopiplanet. 28 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  22. ^ "Ernie Zakri bawa penampilan dan rentak berbeza dalam 'Boneka'". FEMAG Online. 28 Julai 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  23. ^ Fendi Ghafar (25 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Suara.TV. Dicapai pada 8 November 2020.
  24. ^ "Syamel, Ernie buka kafe". Berita Harian. 13 Disember 2020. Dicapai pada 30 Disember 2020.
  25. ^ "#Showbiz: Syamel, Ernie open care to mark the coming marriage". New Straits Times. 13 Disember 2020. Dicapai pada 30 Disember 2020.
  26. ^ Zaidi Mohamad (24 Mac 2020). Ernie Zakri bertudung Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2020.
  27. ^ Nur Asyikin Mayudin (16 Ogos 2020). Tahniah! Ernie Zakri kini tunang Syamel, rancang nikah tahun depan - "Doa yang baik-baik buat kami" mStar Online. Dicapai pada 18 September 2020.
  28. ^ Ernie kini milik Syamel, selamat bernikah pagi Jumaat
  29. ^ Zulaikha Yusof (8 Oktober 2018). "Keputusan pemenang ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31". gempak.com. Dicapai pada 18 January 2020.
  30. ^ Mustazah GP (3 March 2020). "Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020". iluminasi.com. Dicapai pada 4 March 2020.

Pautan luar sunting