Anugerah Juara Lagu ke-34
- Lihat juga: Kontroversi Anugerah Juara Lagu ke-34
Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2019.
Anugerah Juara Lagu Ke-34 | |
---|---|
Tarikh | 9 Februari 2020 |
Tempat | Axiata Arena, Bukit Jalil |
Pengacara | Awal Ashaari Haziq Hussni Sherry Alhadad |
Penerbit | Primeworks Studios |
Ketua Juri | Dato' Mokhzani Ismail |
Pengarah | Aubrey Suwito |
Tempoh Tayangan | 180 minit |
Juara Lagu | "Sumpah" Nyanyian: Naim Daniel Muzik: Omar K Lirik: Naim Daniel dan Omar K |
Sorotan | |
Persembahan Terbaik | Hafiz Suip ("Kisah Cinta Kita") |
Vokal Terbaik | Hafiz Suip ("Kisah Cinta Kita") |
Separuh Akhir Muzik Muzik Sunting
Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional. [1] Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 3 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 15, 22 dan 29 November 2019.
Anugerah Juara Lagu Sunting
Persembahan di pentas akhir telah diadili oleh 10 orang juri iaitu Azmeer, Edrie Hashim, Datuk Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish dan Ajai selaku ketua juri.[2] Pentas AJL34 juga turut menawarkan peluang buat penonton untuk mengundi atas talian bagi kategori Persembahan Terbaik yang akan menyumbang kepada 50 peratus markah keseluruhan, manakala baki 50 peratus adalah daripada juri profesional.[3]
Berikut adalah senarai finalis yang berentap di AJL34 mengikut turutan persembahan.
Giliran | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | "Dinda" | Ali Sariah | Kumpulan Kugiran Masdo | ▷ [4] | △ - Kugiran Masdo Empire | Finalis | |
2 | "Sumpah" | Nurul Aina Abdul Ghani (Aina Abdul) | Aina Abdul | ▷ [5] | △ - Mekar Jaya Ent | ||
3 | "Rampas" | Akim Ahmad (Hang Nadim) Zarimi Zahari (Laq) |
Stacy Anam (Bunga Cantik) | Akim Ahmad dan Kumpulan The Majistret |
▷ [6] | NOVA Muzik | |
4 | "Ragaman" | Faizal Tahir Michael Chan Wai Keong (Mike Chan) Abdul Karim Radzali (Romeo) |
Faizal Tahir Michael Chan Wai Keong (Mike Chan)>br> Abdul Karim Radzali (Karim Karam) Azhar Ja'far (Ja'are) [7] |
Faizal Tahir (digantikan oleh Fairuz Misran) | "Rojak" [8] | Warner Music - Faithful Music | |
5 | "Ku Bersuara" | Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Syameel Aqmal (Syamel) John Jevasingham Ikhwan Fattana Mokhtar (Blaine Bakri) |
Ernie Zakri | ▷ [9] | Rocketfuel Entertainment | ||
6 | "Anta Permana" | Ezra Kong Hael Husaini Razmi |
Siti Nurhaliza (digantikan oleh Bob Yusof) | ▷ [10]; kemudian dimuatkan dalam "ManifestaSITI2020" (2020)[11] |
Universal Music- SNP | Ketiga | |
7 | "Peneman" | Tam Mustafah | Hazama Azmi Kumpulan The Penglipurlara |
▷ [12] | NOVA Muzik | Finalis | |
8 | "Kisah Cinta Kita" | Ikhwan Fattana Mokhtar Ayden Ali |
Zaidah Awang (A. Aida) | Hafiz Suip | ▷ [13] | NOVA Muzik | Persembahan Terbaik Vokal Terbaik |
9 | "Sumpah" | Omar Khan Rahmattullah Khan Muhammad Naim Daniel Baharin |
Muhammad Naim Daniel Baharin | Naim Daniel | ▷ [14] | World Peace Entertainment | Juara |
10 | "Bangun" | D. Navindran (Navigator) | Aman Jamaluddin (Aman RA) | Aman RA | "Rebel" [15] | Universal Music- Keramat Records | Naib Juara |
11 | "Drama" | Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin (Aepul Roza) Ammar Habir Mohd Nor Firdaus Abu Bakar (Daus SRK) Faeez Halim |
Kumpulan Drama Band | ▷ [16] | Indigital Music | Finalis | |
12 | "Lembah Kesepian" | Fadzrin Zulkurnain Yusof (Ibnu) Ridzuan Haqiem Rusli |
Sharman Daniel (Ghoufran) Ridzuan Haqiem Rusli |
Haqiem Rusli | ▷ [17] | Fantasia Music City |
Pemenang Sunting
- Juara Lagu - Sumpah (Naim Daniel), RM 50,000 dan trofi
- Naib Juara - Bangun (Aman RA), RM 35,000 dan trofi
- Tempat Ketiga - Anta Permana (Bob Yusof), RM 20,000 dan trofi
- Vokal Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), RM 12,000 dan trofi
- Persembahan Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), RM10,000 dan trofi
- Anugerah Pilihan Peminat Setel - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), trofi.
Jemaah Juri Sunting
- Mohd Faizal Maas (Ajai) - Ketua Juri
- Edrie Hashim
- Aznul Haidi
- Dato Mokhzani Ismail
- Dato Wah Idris
- Sharon Paul
- Helen Yap
- Cat Farish
- Altimet
- Azhar Abu Bakar (Azmeer)
Rangkuman Acara Sunting
Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia. Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai. |
- Hafiz Suip menjadi penyanyi pertama yang mengungguli kategori Vokal Terbaik sebanyak empat (4) kali sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu. Sebelum ini, beliau pernah memenangi kategori tersebut pada AJL25, AJL26 dan AJL27.
- Dato' Sri Siti Nurhaliza membuat penampilan istimewa semasa persembahan lagu "Anta Permana" yang dinyanyikan oleh Bob Yusof.
- Finalis AJL34 diberikan jolokan "power final" oleh Azmeer yang berperanan sebagai Ketua Juri semasa saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34. Azmeer juga dilaporkan telah merayu kepada pihak produksi untuk menambah satu tempat lagi supaya menjadi 13. Walau bagaimanapun, pihak juri hanya dibenarkan untuk memilih 12 lagu ke pentas akhir.[18][19]
- Aman RA yang terlebih dahulu membuat persembahan selingan pada AJL 33 dengan lagu "Bangun" layak ke final AJL 34 dengan lagu yang sama, satu-satunya lagu hip-hop yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dan Anugerah Juara Lagu 34.
- Penampilan pertama di pentas akhir AJL buat penyanyi seperti Naim Daniel,Kugiran Masdo,Aina Abdul dan Fairuz Misran(menggantikan Faizal Tahir).
- "Ragaman" dan "Anta Permana" masing-masing dipersembahkan oleh Fairuz Misran dan Bob Yusof terpilih ke final setelah penyanyi asal memilih untuk tidak berentap di Muzik-Muzik dan AJL.
- AJL34 merupakan penampilan kedua Bob Yusof sebagai penyanyi gantian. Beliau menyampaikan lagu "Kasih Tercipta" pada AJL22 bagi menggantikan Faizal Tahir yang diharamkan untuk mengadakan persembahan secara langsung peda ketika itu.[20]
- 3 band/kumpulan berjaya ke pentas akhir AJL kali ini iaitu Drama Band,Kugiran Masdo dan Kumpulan Akim & The Majistret.
- Persembahan Aina Abdul yang bermotifkan membunuh diri/berdarah mengundang rasa kurang senang pihak yang terlibat dalam Sektor Kesihatan apabila memuatnaik kritikan di Facebook rasmi Public Health Malaysia, perbuatan ini jelas melanggar garis panduan yang ditetapkan.[21]
- Persembahan Drama Band yang bermotifkan badut dan sikap hipokrit menampilkan kritikan sosial yang lantang dan bertenaga dalam persembahan mereka malangnya mendapat kritikan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka kerana melibatkan isu politik.
- Instrumen Gitar, Bass dan Keyboard yang tidak dimainkan semasa persembahan Hazama & Penglipurlara adalah simbolik kepada rakan-rakan pemuzik yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini iaitu, Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U (keyboard),[3] Fauzi Samin aka Aji (gitar)[4] dan Ally Rahman @ Wan Kelly Abd Rahman (bass)[5] mereka adalah pemuzik yang berkecimpung sejak sekian lama dalam industri muzik tanah air.
Rujukan Sunting
- ^ "Separuh Akhir 34 Muzik Muzik, Siapa bakal Jadi Finalis". Del14 (dalam bahasa Melayu). XTRA. Dicapai pada 13 November 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/02/654172/sumpah-naim-daniel-juara-ajl34
- ^ https://www.xtra.com.my/ajl34/index.html
- ^ https://music.apple.com/us/album/dinda-single/1551965465
- ^ https://music.apple.com/us/album/sumpah/1456133769?i=1456133778
- ^ https://music.apple.com/us/album/rampas/1434530010?i=1434530019
- ^ https://www.instagram.com/azhar_j_a_a/?hl=en
- ^ https://www.discogs.com/Faizal-Tahir-Rojak/release/13973231
- ^ https://music.apple.com/us/album/ku-bersuara-single/1459882571
- ^ https://music.apple.com/us/album/anta-permana-single/1436570988
- ^ https://music.apple.com/my/album/manifestasiti2020/1521304037
- ^ https://music.apple.com/us/album/peneman/1459203086?i=1459203088
- ^ https://music.apple.com/us/album/kisah-cinta-kita/1454604405?i=1454604406
- ^ https://music.apple.com/us/album/sumpah-single/1459123146
- ^ https://music.apple.com/us/album/rebel/1417843824
- ^ https://music.apple.com/us/album/drama-single/1453483887
- ^ https://music.apple.com/us/album/lembah-kesepian-single/1468135234?i=1468135238
- ^ [1]. Harian Metro. Diterbitkan pada 30 November 2019. Dicapai pada 16 Disember 2019.
- ^ [2]. Harian Metro. Diterbitkan pada 2 Disember 2019. Dicapai pada 9 Januari 2020.
- ^ "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada 2019-12-16. Cite has empty unknown parameter:
|4=
(bantuan) - ^ https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2548366495453207/?type=3&theater