Primeworks Studios

Primeworks Studios Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia dan penyedia kandungan milik penuh konglomerat media Media Prima Berhad.[1] Syarikat ini bertanggungjawab membekalkan kandungan kreatif untuk rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Primeworks bukan sahaja menerbitkan rancangan TV untuk Media Prima, bahkan turut membekalkan kandungan untuk RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.[2]

Primeworks Studios Sdn. Bhd.
Swasta
IndustriHiburan, media
GenreMedia
Ditubuhkan1 Jun 1984; 38 tahun yang lalu (1984-06-01)
Ibu pejabatSri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tokoh penting
Dato' Khairul Anwar Salleh (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios)
KeluaranTelevisyen, filem
IndukMedia Prima Berhad
Laman sesawang rasmi
www.primeworks.com.my
Logo lama Primeworks Studios (2008-2013).

Biarpun mula menerbitkan rancangan televisyen seawal pada 1984, Primeworks hanya mengenalpasti diri mereka sendiri pada 2008 untuk dibezakan daripada satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance yang ditubuhkan pada 1995.[3]

Rancangan televisyen terbitanSunting

AnimasiSunting

FilemSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Oleh NST, "The big three" New Straits Times Sat, 22 May 2010., Dicapai 30 November 2018.
  2. ^ Jeeva Arulampalam (2008-09-12). "Media Prima unit to liven up content". Business Times. Dicapai pada 2008-09-21.
  3. ^ "MPB's primeworks studios gears towards international market" (dalam bahasa Inggeris). OnScreen Asia. 2008-08-18. Dicapai pada 2008-09-11.

Pautan luarSunting