999 (siri TV)
999 ialah siri televisyen realiti jenayah Malaysia berdasarkan rancangan COPS di Amerika Syarikat. Rancangan ini telah disiarkan di TV3 sejak 3 Januari 2002 dan telah disiarkan setiap Selasa jam 9:00 malam sejak Januari 2014. Sebelum ini, rancangan ini disiarkan setiap Khamis pada jam 9:00 malam sejak ia mula disiarkan. Pengacara terkini bagi tahun 2018 hingga kini ialah Anim Ezati Rizki.[1] Bekas pengacara rancangan ini ialah Zakiah Anas, Hazlin Hussain, Sarah Adiba Yussof, Mazidul Akmal Sidek, Halim Din dan Omar Abdullah. Pada tahun pertama, rancangan ini ialah salah satu program TV yang paling ditonton di Malaysia dengan lebih 3 juta orang penonton.[2]
999 | |
---|---|
Genre | Jenayah sebenar |
Format | Dokumentari |
Dibangunkan oleh | Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 |
Pengacara | Zakiah Anas (2002-09) Hazlin Hussain (2010-17) Sarah Adiba Yussof (2017-18) Anim Ezati Rizki (2018-20) Sofea Nur Solehha Tun (2020-kini) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 15 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 30 minit (2002–2017) 1 jam (2018–kini) |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 4:3 576i |
Siaran asal | 3 Januari 2002 – kini |
PengacaraSunting
- Zakiah Anas (2002 - 2009)
- Hazlin Hussain (2010 - 2017)
- Sarah Adiba Yussof (2017 - 2018)
- Anim Ezati Rizki (2018 - 2020)
- Sofea Nursolehha Tun (2020 - kini)
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Rancangan Majalah Terbaik | Menang |
RujukanSunting
- ^ Ramlah Zainal (8 Februari 2018). "Beri sepenuh komitmen". myMetro. Diarkib daripada yang asal pada 16 Jun 2018. Dicapai pada 16 Jun 2018.
- ^ "TV3's best crime reporter". Sunday Mail. 7 November 2004. Dicapai pada 12 April 2008.