Buka menu utama

7ujuh merupakan sebuah filem seram seram ngeri Malaysia 2018 arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin terbitan bersama Grand Brilliance. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 8 November 2018.[1][2]

7ujuh
PengarahRaja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin
Penerbit
PenulisEllyna Ahmad
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Primeworks Studios
Grand Brilliance
PengedarPrimeworks Studios
Mula ditayangkan
8 November 2018
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM1.8 juta
Pecah panggungRM1 juta

PlotSunting

Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu. 

PelakonSunting

Pelakon Watak
Pelakon utama
Johan As'ari Sam
Pekin Ibrahim Mus
Riz Amin Ray
Aeril Zafrel Ilyas
Cristina Suzanne Yasmin
Siti Saleha Tina
Dee Dee Nash Emma
Marsha Milan Suri
Penampilan istimewa
Wan Hanafi Su Tok Batin
Faizal Hussein Inspektor Azmi
Azad Jasmin Konstabel Rasyid

PenerbitanSunting

7ujuh diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin dengan skrip ditulis oleh Ellyna Ahmad.

Keluaran dan sambutanSunting

7ujuh ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 November 2018.

KontroversiSunting

Sehari selepas filem tersebut ditayangkan di pawagam, filem ini telah dimuatnaik secara haram di media sosial. Pengarah Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin meminta orang ramai tidak memuat turun filem ini secara haram, "Keluhan kami adalah supaya kita sama-sama menonton di pawagam dan bukan menonton di halaman yang merompak seperti media sosial. Hormatilah harta intelek kami,".[3]

RujukanSunting

  1. ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
  2. ^ "Debaran filem Tujuh Raja Mukhriz". Kosmo!. 26 September 2018. Dicapai 26 September 2018. 
  3. ^ "Raja Mukhriz Bengang 7ujuh Jadi Mangsa Muat Turun Haram". XTRA. 9 November 2018. Dicapai 11 November 2018. 

Pautan luarSunting