Faizal Hussein

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Faizal Hussein (lahir 31 Mei 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2][3] Dikenali dengan hasil karyanya dalam filem dan televisyen, beliau menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjaya lakonannya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia. Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman pada tahun 2019.[4]

Faizal Hussein
Faizal di majlis tayangan perdana filem Kalla: Hidup Atau Mati pada Oktober 2018.
Kelahiran
Mohd Faizal bin Hussein

(1967-05-31) 31 Mei 1967 (umur 56)
PekerjaanPelakon, pengarah aksi[1]
Tahun aktif1972–kini
Terkenal keranaWatak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja
PasanganSuhaila Sulaiman (k. 2004)
Anak-anak2
IbuMahyon Ismail
BapaHussein Abu Hassan
Saudara

Dilahirkan dan dibesarkan di daerah Gombak, dalam kawasan Lembah Kelang, Selangor,[a] seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang seni kreatif. Beliau ialah anak kepada pasangan pelakon veteran Hussein Abu Hassan dan isterinya, Mahyon Ismail dan sepupu kepada Rosyam Nor.[5][6] Faizal memegang peranan kecil pada usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman, diikuti oleh Penyamun Si Bongkok (1973) arahan M. Amin. Filem-filem terkenal beliau termasuk Gila-Gila Remaja (1986), Bayangan Maut dan Kanta Serigala (1991), XX Ray (1992), Leftenan Adnan (2000), KL Menjerit dan Gerak Khas The Movie II (2002), Bunohan (2012), Longkai (2013), Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) dan Dukun (2018). Antara drama-drama lakonan Faizal ialah Fitrah Khadijah (1999), Sembilu (2004), Senja Permai (2009), Lara Hati (2012), Jiwa (2014), Devoted (2019), i-Tanggang (2021) dan One Cent Thief (2022).

Kerjaya antarabangsanya bermula dengan membintangi filem Hong Kong, Fighting Madam 2 (1988) dan filem Indonesia, Misteri Harta Karun (1989). Beliau turut membintangi sebuah siri drama British-Amerika, Strike Back: Revolution (2019). Melangkaui kerjaya lakonan, Faizal melancarkan autobiografi pertamanya, Limelight pada tahun 2012, yang mengisahkan tentang corat-coret dunia perfileman daripada perspektif beliau. Dengan kerjaya yang melangkaui selama lima dekad, Faizal telah diiktiraf sebagai antara pelakon yang paling disegani dalam industri hiburan Malaysia.[7]

Kehidupan awal sunting

Faizal dilahirkan pada Rabu, 21 Safar 1387, bersamaan dengan 31 Mei 1967 di Gombak, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Ibu bapanya ialah pasangan pelakon veteran 60-an, Allahyarham Hussein Abu Hassan (1937–2007) dan Allahyarhamah Mahyon Ismail (1942–2011).[8][9] Faizal mempunyai dua orang kakak, iaitu Dilla (lahir 1963) dan Fairuz (lahir 1965).[10] Sepupunya ialah Rosyam Nor, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya sunting

1972–1999: Pelakon kanak-kanak dan karya awal sunting

Faizal, yang ketika itu berusia 5 tahun, memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman.[11] Selepas itu, Faizal berlakon dalam beberapa filem sebagai bintang cilik, antaranya termasuk Penyamun Si Bongkok (1973) dan Bunga Padi Berdaun Lalang (1975). Akan tetapi, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya lakonan bagi memberi tumpuan kepada pendidikannya di sekolah. Hanya pada tahun 1982, Faizal, yang ketika itu berusia 15 tahun, kembali beraksi di layar lebar dengan membintangi filem Senja Merah arahan bapanya, Hussein Abu Hassan dengan memegang watak sebagai Anuar. Ia menjadi filem pertama lakonan beliau sebagai pelakon sebaik sahaja meningkat alam kedewasaan.[12]

Beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan bapanya menerusi filem Gila-Gila Remaja (1986) dengan memegang watak sebagai seorang remaja nakal yang bernama Azroy, yang menjadi penanda aras dalam kerjaya Faizal dalam bidang lakonan.[13] Jeehan dari Berita Harian Singapura beranggapan bahawa watak lakonan Faizal dalam filem ini "kacak orangnya".[14] Pada tahun 1988, Faizal membuat penampilan antarabangsa sulungnya menerusi filem kerjasama Hong Kong-Malaysia, Fighting Madam 2 arahan Teresa Woo lakonan Moon Lee, Elaine Lui dan Alex Fong. Beliau membintangi 3 filem serentak dalam tahun 1989, iaitu filem Tuah lakonan Jamal Abdillah dengan memegang dua watak, sebagai Sultan Anuar Alauddin Shah dan Hang Jebat; filem Tak Kisahlah Beb sebagai Bob dan sebuah filem Indonesia, Misteri Harta Karun dengan melakonkan watak Ganda.

Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1991, Faizal melakonkan watak pembantu dalam filem Bayangan Maut arahan Yusof Haslam dengan memegang watak sebagai Eddie, teman lelaki kepada penyanyi rock, Ella yang dilakonkan oleh Ella sendiri. Selepas filem itu, beliau kembali berlakon di bawah arahan bapanya, Hussein Abu Hassan dalam filem aksi thriler, Kanta Serigala. Dalam filem yang dibintangi oleh Didie Alias dan Rosyam Nor serta barisan pelakon lain.[15] Beliau memegang watak sebagai Zarul, seorang penderita masalah tekanan mental yang berazam untuk menuntut bela keatas kematian satu-satunya adik perempuan kesayangannya, Shakira yang dilakonkan oleh Melissa Saila. Faizal sifatkan watak lakonannya itu "benar-benar mencabar".[16] Seawal Januari 1992, beliau menubuhkan syarikat perfileman sendiri, Reverse Angle Productions atau ringkasnya, RAP. Namun operasi syarikatnya itu ditutup tidak lama selepas ditubuhkan kerana beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang lakonan.[17] Beliau kemudian membintangi filem cereka sains, XX Ray (1992) arahan Aziz M. Osman dengan memegang watak sebagai Annuar, rakan karib Amir lakonan Aziz. Ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau dalam tahun 1992.[18]

Kerjasama antara Faizal dan Aziz diteruskan menerusi filem Fantasi (1993) yang pada asalnya bertajuk Fantasia. Dalam filem ini, beliau dan Kuza Muzani memegang watak suami isteri, Teruna dan Dara.[19][20][21] Penampilan pertamanya di layar kaca ialah pada tahun 1994 menerusi drama Hati Waja yang disiarkan di TV1 dengan memegang watak sebagai Sharif.[22] Faizal pada mulanya dipertimbangkan untuk kembali beraksi sebagai Annuar dalam filem XX Ray II (1995) sebelum penggambaran dijalankan.[23] Namun beliau digugurkan dan digantikan oleh Bonni Sta. Maria yang memegang watak Johan.[24]

Beliau berlakon dalam dua filem pada tahun 1996, iaitu Siapa Dia? lakonan bersama Nina Juren dengan memegang watak sebagai Saiful,[25][26] diikuti oleh Litar Kasih lakonan bersama Azhar Sulaiman dan Linda Rafar dengan memegang watak sebagai Herman.[27] Menerusi Litar Kasih, beliau berjaya memperoleh royalti menerusi filem lakonannya itu.[28] Tawaran berlakon telefilem turut diperolehi Faizal dengan membintangi beberapa telefilem antara 1996 dan 1997, antaranya ialah Putih Gaun Pengantin dan Maaf Kami Tak Sengaja yang kedua-duanya disiarkan di TV3. Pada tahun 1999, beliau berlakon dalam drama Fitrah Khadijah untuk siaran di TV1. Beliau juga menggalas tanggungjawabnya sebagai pengacara rancangan permainan Kosa Kata yang disiarkan di TV1.[29] Faizal membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Opera Ayu Cendana arahan Fauziah Nawi pada Oktober.[30][31]

2000–2013: Kejayaan kritis sunting

Selepas hampir 3 tahun tidak muncul dalam sebarang filem, beliau kembali bekerjasama dengan Aziz M. Osman menerusi filem Leftenan Adnan (2000) dengan memegang watak sebagai Prebet Ayob. Sebagai persediaan untuk membawakan wataknya, Faizal bersama-sama dengan dua pelakon lain, Rusdi Ramli dan Azri Iskandar menjalani latihan di kem tentera selama sebulan sebelum penggambaran dijalankan.[32] Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2001, namun tewas kepada Afdlin Shauki yang memenangi kategori tersebut menerusi filem Soal Hati.

Setahun kemudian, Faizal bersama-sama dengan barisan pelakon lain seperti M. Rajoli, Lyana Sulaiman dan Suhaina Yahya membintangi drama Madu Empat (2001) yang disiarkan di Slot Citrawara TV3. Beliau mempunyai dua filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 2002. Beliau memegang watak sebagai seorang pelumba motosikal profesional yang bernama Pit dalam filem KL Menjerit arahan Bade Hj. Azmi.[33] Kemudian, beliau memegang watak sebagai ketua sindiket dadah yang bernama Frankie dalam filem Gerak Khas The Movie II arahan Yusof Haslam.[34]

Faizal muncul dalam dua filem pada tahun 2003. Beliau memegang watak sebagai Ijoy, seorang ketua samseng dan mat rempit dalam filem drama romantik Janji Diana lakonan Erra Fazira yang memegang watak tajuk. Seterusnya, beliau menjadi pelakon utama bersama Saiful Apek dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Yusof Kelana.[35] Selain itu, beliau juga berlakon dalam drama Sembilu, adaptasi dari filem 1994 bertajuk sama yang dibintangi oleh Hetty Sarlene dan Zed Zaidi sebagai watak utama. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Azman, abang sulung kepada Zetty lakonan Hetty. Beliau kembali memegang wataknya dalam Sembilu Kasih (2006–2007).

Pada tahun 2005, Faizal muncul bersama dua filem terakhirnya sebelum berehat panjang dari kerjaya filem. Beliau bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel termasuk Juliana Banos membintangi filem seram komedi Pontianak Menjerit dengan memegang watak sebagai Yassin, kemudian diikuti dengan filem Gerak Khas The Movie III dengan memegang watak sebagai Raymond, kembar kepada watak Frankie lakonannya dalam filem sebelumnya. Sepanjang tempoh tidak belakon dalam mana-mana filem, beliau banyak membintangi drama dan telefilem. Antara drama lakonannya sepanjang tempoh itu ialah Fajar Kinaboi dan Abadi Sebuah Cinta yang masing-masing disiarkan di TV1 dan TV3. Faizal turut membintangi beberapa telefilem antaranya ialah Sebuah Ijtihad dan Kalam Cinta Rabiah.

Pada tahun 2009, Faizal kembali beraksi di layar lebar dengan membuat penampilan khas dalam filem Jalang, diikuti dengan 2 Alam (2010). Beliau memegang watak tajuk dalam filem Abuya arahan Imran Haji Ismail. Dikeluarkan pada 10 November 2011, ia mengisahkan tentang Abuya yang mengetuai satu kumpulan ajaran sesat.[36] Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam drama Pak Su Man di TV AlHijrah, drama ini turut dibintangi oleh Ezany Nizariff, Yatt Hamzah, Fazren Rafi dan Ieka Zulkifli.[37] Beliau juga berlakon dalam 3 filem yang mana kesemuanya menjalani penggambaran pada 16 November 2011 – Taiko, Khon Malay dan 1945. Bagaimanapun, status terkini ketiga-tiga filem itu masih belum diketahui sehingga kini.[38]

 
Faizal dalam salah satu adegan filem Bunohan (2012).

Pada tahun 2012, Faizal berlakon di samping Pekin Ibrahim dan Zahiril Adzim dalam filem arahan Dain Said, Bunohan di mana beliau memegang watak sebagai Ilham.[39] Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25[40] dan menerima pencalonan bagi kategori sama di Anugerah Skrin 2012.[41] Darah seni beliau juga diperolehi dari kedua ibu bapanya yang juga merupakan seorang pelakon mendorong Faizal menerbitkan sebuah memoirnya yang bertajuk Limelight yang menceritakan perjalanan suka duka hidupnya sepanjang bergelar anak seni. Buku ini dikeluarkan pada Jun 2012 dan diterbitkan oleh Merpati Jingga.[42] Pada tahun yang sama juga, Faizal juga berlakon dalam beberapa drama termasuk Dalam Hati Ada Taman dan Lara Hati serta telefilem Diba Benci Abah lakonan bersama Eyka Farhana.

Pada tahun 2013, Faizal kembali menjayakan watak sebagai Azroy dalam filem arahan V. Nagaraj, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan bapanya.[43] Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Faralyna Idris, Taiyuddin Bakar, Fizz Fairuz dan Bella Dally. Beliau turut berlakon dalam dua lagi filem, iaitu Longkai arahan Hashim Rejab dengan memegang watak sebagai Bada, pemandu Longkai (trak tunda) berpengalaman. Ia turut dibintangi oleh Erra Fazira, Niezam Zaidi dan Wawa Zainal,[44] diikuti oleh Balada Pencinta arahan Khir Rahman dengan memegang watak sebagai ketua samseng.[45] Selain itu, beliau juga berlakon dalam Metro Skuad sebanyak dua episod: "Jerat Awang Hitam" sebagai Joe dan "Jalan Pintas" sebagai Rambo. Faizal turut berlakon dalam sejumlah telefilem dalam tahun 2013, antaranya ialah Bungkusan Leman dan Karma Abah.

2014–kini: Pengembangan kerjaya dan projek terkini sunting

Faizal berlakon dalam dua filem pada tahun 2014. Beliau membuat penampilan khas dengan memegang watak sebagai Bomoh Urut dalam filem Fobia Malam Pertama arahan Murali Abdullah lakonan Azad Jasmin, Syafnida Shuhaimi dan pelakon Indonesia, mendiang Julia Perez. Kemudian, beliau muncul pula dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly dengan memegang watak sebagai Bakhtiar. Beliau turut berlakon dalam dua telefilem untuk siaran di TV3, Titian Keinsafan dan Nasi Air.

Pada 17 Januari 2015, Faizal memegang watak utama bersama Sari Yanti dalam telefilem Penjara Seorang Isteri yang berkisarkan tentang perkahwinan Salmah dengan Zaid yang berlaku atas dasar suka sama suka dan perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Dalam telefilem ini, yang berdasarkan dari satu kisah benar, Faizal menjayakan watak sebagai Zaid. Selain itu, beliau turut berlakon dalam beberapa telefilem lain termasuk Detik, Aku Kaya Raya Ni dan Lorong Kecil Ke Syurga. Tawaran berlakon filem tetap diperolehinya apabila beliau membintangi filem seram Gudang Kubur yang menggandingkannya bersama Nora Danish. Dikeluarkan pada 12 Januari 2015, ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Ia menjadi filem seram pertama Faizal dalam kerjaya lakonannya.[46][47] Beliau berlakon bersama Remy Ishak dan Kamal Adli dalam drama Jiwa yang disiarkan di slot Aksi TV3 dari 5 Februari sehingga 20 Mei 2014.[48] Kemudian, beliau memegang watak sebagai Zohri, seorang pemuda yang dibawa ke zaman silam selepas mencuri sebuah kapsul masa dalam filem cereka sains Kapsul yang menampilkan penampilan khas oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Filem ini ditayangkan pada 17 September 2015.[49][50]

Bekerja di bawah arahan Pekin Ibrahim, Faizal menjayakan watak lakonannya sebagai Pit dalam filem Mat Moto yang ditayangkan pada 14 Januari 2016.[51] Beliau meneruskan rentetan kerjasamanya bersama Pekin dalam filem aksi permotoran KL Wangan dengan memegang watak Yudi. Beliau mengakui watak Yudi merupakan "watak idaman" beliau ketika proses pra-penerbitan filem ini dijalankan. Ini merupakan kali ketiga beliau dan Pekin bekerjasama selepas Bunohan dan Mat Moto.[52][53] Beliau membuat penampilan iklan pertamanya menerusi iklan terbitan Pelaburan MARA yang bertajuk Ikhlas yang turut menampilkan Umie Aida. Faizal turut membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Cinta Takkan Berakhir" nyanyian Anuar Zain dengan memegang watak sebagai Doktor Pakar Bedah. Selain itu, beliau juga menggalas tanggungjawabnya sebagai pengacara rancangan Jejak Rezeki terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk siaran di TV1 sebanyak 13 episod.[54][55][56]

Pada tahun 2018, Faizal berlakon dalam filem Dukun arahan Dain Iskandar Said yang diilhamkan daripada kes Mona Fandey, filem ini ditayangkan pada 5 April 2018 selepas sedekad disekat dari tayangan. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Karim, seorang peguam yang nekad untuk mencari anaknya yang hilang. Ia dibintangi oleh Umie Aida yang memegang watak sebagai Diana Dahlan.[57][58] Beliau kemudian berlakon dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati dengan memegang watak sebagai Dr. Ezahar, seorang doktor dan suami kepada Serina lakonan Vanidah Imran.[59][60][61] Beliau bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel membintangi telefilem The Hantus arahan bersama Nabil Ahmad dan Helmi Yusof, di mana beliau memegang watak sebagai Pemandu Volkswagen Kuning.[62][63]

Beliau memegang watak penting dalam siri televisyen British-Amerika, Strike Back yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai seorang pengganas Indonesia yang merancang untuk mengebom sebuah pusat beli-belah.[64][65] Faizal kemudian memegang watak sebagai Musa dalam siri drama cereka sains Devoted yang disiarkan di platform penstriman Viu. Ditanya mengenai penglibatan beliau dalam drama ini, Faizal berkata: "Siri web ini berbeza kerana ada sekumpulan pengarah yang terdiri daripada seorang ketua dan dibantu tiga sutradara lain. Jadi, percambahan idea mereka lebih pelbagai. Disebabkan itu saya nampak naskhah ini berbeza daripada yang lain,".[66] Beliau kembali beraksi sebagai Anuar, rakan karib Amir dalam francais filem XX Ray karya Aziz M. Osman dengan membuat penampilan kameo pada adegan akhir dalam filem ketiga dalam francais itu yang ditayangkan pada 24 Januari 2019.[67] Beliau kemudian membuat penampilan khas dalam filem Geran dengan memegang watak sebagai Haji Daud, seorang ketua sindiket ceti haram.

Faizal bersama-sama dengan Nabila Huda memegang watak utama dalam filem seram thriler M4M4 arahan Eyra Rahman.[68] Filem ini turut dibintangi oleh pelakon baru, Bella Dowanna. Penggambaran dijalankan pada Disember 2018 dan filem ini ditayangkan pada 6 Februari 2020. Setahun kemudian, beliau berlakon bersama-sama dengan sepupunya, Rosyam Nor dalam filem Proksi (2021) dengan memegang watak sebagai Mr. Roy, seorang penyiasat. Filem ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak dan Sangeeta Krishnasamy.[69]

Menerusi siri drama Astro Originals, i-Tanggang yang disiarkan di Astro Citra, Faizal memegang watak sebagai Rahmat, bapa kepada Khalil Rayyan lakonan Danish Hazriq dan bekas suami kepada Erma lakonan Sherie Merlis.[70][71] Beliau juga muncul sebagai pelakon undangan dalam drama Oh My Hantaran dengan memegang watak sebagai Bujas. Beliau kemudian melakonkan watak sebagai Shah Karim, seorang ahli perniagaan yang dibelenggu hutang dan bapa kepada Iman Shah (Syafiq Kyle), dalam satu lagi drama Astro Originals One Cent Thief yang disiarkan di Astro Ria.[72] Faizal juga membuat penampilan khas dalam filem Remp-It 2 dengan kembali melakonkan watak Pit, dalam dua filem lakonannya sebelum ini, KL Menjerit dan Mat Moto. Tidak lama selepas itu, beliau membintangi filem aksi komedi Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hasim bersama barisan pelakon lain termasuk Zul Huzaimy, Reen Rahim, Adeline Tsen, Vanidah Imran dan Azhan Rani.[73]

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Dain Said menerusi filem seram Harum Malam yang mana beliau memegang watak sebagai Kiai Hassan.[74] Kemudian, beliau menjadi pelakon utama bersama M. Nasir dalam filem Imam arahan Mior Hashim Manap, yang diadaptasi dari novel karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain. Dalam filem ini, Faizal memegang watak sebagai Haji Syamsuri, sepupu kepada Haji Mihad (M. Nasir) dan merupakan pengerusi lembaga pemegang amanah Masjid Haji Salih.[75] Bagi menjayakan wataknya, Faizal bertutur dalam bahasa Arab dan mengikuti beberapa siri kelas bahasa Arab sebelum dan semasa penggambaran dijalankan. Katanya: "Ada beberapa babak dalam filem Imam memerlukan saya bertutur dalam bahasa Arab. Disebabkan itu, saya perlu belajar dan mengikuti beberapa kelas".[76]

Dari 30 November 2023 sehingga 4 Januari 2024, Faizal memegang watak sebagai Omar Yusuf, seorang pelukis siri webtoon dan bapa kepada Izara (Daiyan Trisha) dalam W: Two Worlds. Drama web yang disiarkan di platform penstriman Viu ini, diadaptasi dari drama Korea Selatan 2016 bertajuk sama.[77][78] Untuk drama ini, beliau melakukan sendiri adegan aksi ngeri sendiri tanpa bantuan tenaga terlatih.[79] Kemudian, beliau memegang watak sebagai Tok Ayah dalam telefilem Mati Hidup Balik arahan Syawal Azrai Mokhtar lakonan bersama Fiza Thomas, Sahronizam Noor dan Usop Wilcha. Telefilem terbitan Zeel Production itu ditayangkan para 19 Januari 2024 di Astro Ria.[80] Faizal menjadi salah seorang pelakon utama drama Menanti Senja yang disiarkan di slot Samarinda TV3 dengan memegang watak sebagai Kamal, bapa kepada Sarah Adina lakonan Trisha Ooi. Ia turut dibintangi oleh Johan As'ari, Kodi Rasheed dan pelakon kanak-kanak, Hawra Jamalullail.[81]

Penerimaan dan gaya lakonan sunting

"Sejak dahulu lagi saya memang bersikap agak selektif terhadap projek yang saya terima dan itu sebenarnya strategi saya untuk terus kekal dalam industri. Pada saya, [...] seseorang pelakon itu tidak hanya boleh bersandarkan populariti untuk terus kekal tetapi perlu pasang strategi"

—Faizal mengenai strategi kekal relevan dalam bidang lakonan[82]

Faizal Hussein telah dianggap sebagai salah seorang pelakon lelaki Malaysia terbaik dalam generasinya dan sering mendapat perhatian umum menerusi beberapa filem dan drama yang menampilkan beliau memegang watak protagonis dan antagonis.[83] Telah membintangi lebih 60 filem dan ratusan drama dan telefilem sejak memulakan kerjaya lakonan pada 1972, wartawan hiburan Harian Metro, Georgie Joseph mendapati bahawa Faizal ialah "satu-satunya pelakon senior tempatan yang terus menduduki takhta artis paling mahal bakat seninya" dan menggelarnya sebagai "permata berharga dalam seni lakon layar".[75] Ridzuan Abdul Rahman dari akhbar sama menulis, "Dikategorikan ramai pihak sebagai pelakon senior dan berusia. Namun jangan pandang lekeh atau main-main dengan Faizal Hussein".[79] Faizal berkata beliau enggan beralah kepada tawaran yang diberikan kepadanya sekadar watak pembantu sahaja: "Saya tak kisah watak yang ditawarkan pun, masih ditawarkan watak hero mahupun antagonis. Pada saya, paling penting adalah mesej yang kita sampaikan pada cerita dilakonkan [...] Dari aspek itu, saya memang tekankan jadi keutamaan diri".[75] Dennis Chua dari New Straits Times menggelar Faizal sebagai antara "salah seorang pelakon yang paling serba boleh negara, dan mengambil alih kedudukan bapanya dalam banyak cara".[84]

Beliau juga mengakui mendapat lebih kepuasan melalui bidang lakonan dan menolak tawaran menduduki kerusi pengarah kerana merasakan ia bukan citarasanya.[85][86] Ditanya mengenai penglibatannya dalam drama over-the-top (OTT),[87] Faizal berkata kepada Berita Harian: "Keutamaan saya sekarang adalah platform OTT, walaupun belum dibayar pada tahap lumayan, saya amat berpuas hati dengan upah diterima. Malah, jika diberi pilihan antara filem dan OTT, saya pilih OTT. Jika ada tawaran selain daripada OTT, mungkin saya akan pertimbangkan".[88] Wartawan hiburan Utusan Malaysia, Mohammad Al-Faizal Abdul Karim menulis, "Deretan trofi dan penghargaan yang diterima menjadikan dia salah seorang anak seni yang cukup berjaya. Namun dia sederhana, dalam apa jua aspek. Lantas itu menjadikan dia, unik". Beliau juga berpendapat bahawa "berurusan dengan Faizal adalah mudah. Rendah diri dan baik budi pekerti. Tiada kerenah yang tak disenangi. Itulah profesionalisme seorang bintang yang wajar diteladani".[89] Menulis untuk Kosmo!, Sairul Zamri Misrani berpendapat bahawa Faizal "dilihat masih kekal relevan serta ditagih pesona bakatnya sehingga ke hari ini".[90] Nazrin Zulkafli dari mStar Online menulis, "Kehebatan seorang Faizal Hussein memang tidak dapat disangkal menerusi persembahan lakonan dalam drama mahupun filem walaupun usianya sudah mencecah 57 tahun".[91] Farali Khan yang pernah berlakon bersama Faizal dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati mencontohi disiplin dan cara kerjanya bidang lakonan yang disifatkannya sebagai "luar biasa" dan berkata: "Tidak hairan disebabkan sikap merendah diri, menjaga disiplin, sentiasa tenang dan sedia berkongsi pengalaman membuatkan dia dihormati".[92]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Suhaila Sulaiman yang juga merupakan seorang bekas pelakon pada 3 Julai 2004 di Masjid Arrahman, Taman Dahlia, Johor Bahru, Johor.[93][94] Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan pementasan teater Ayu Cendana pada tahun 1999.[95] Mereka dikurniakan dua anak, Fazryn dan Fazrick.[96][97][98]

Filemografi sunting

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1972 Darah Panglima Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
1973 Kelana Sebagai pelakon kanak-kanak
Penyamun Si Bongkok Ladim/Putih (kecil)
1975 Bunga Padi Berdaun Lalang
1982 Senja Merah Anuar (kecil)
1985 Bujang Selamat Bujang
1986 Gila-Gila Remaja Azroy @ Roy
Mati Hidup Semula
Gila-Gila Si Pikoy
1988 Fighting Madam 2 Filem Hong Kong
1989 Tuah Sultan Anuar Alauddin Shah/Hang Jebat
Tak Kisahlah Beb Borhan @ Bob
Misteri Harta Karun Ganda Filem Indonesia
1991 Kanta Serigala Zarul
Bayangan Maut Eddie
1992 XX Ray Anuar
1993 Fantasi Teruna/Rahmat
1994 Sofia-Jo Joe
1996 Litar Kasih Herman
Siapa Dia? Saiful
1997 Sate Kadir
2000 Leftenan Adnan Prebet Ayob
2001 Getaran Zamri
2002 KL Menjerit Pit
Gerak Khas The Movie II Frankie
2003 Janji Diana Ijoy
MX3 Mamat
2005 Pontianak Menjerit Yassin
GK3 The Movie Raymond
2009 Jalang Penampilan khas
2010 2 Alam
2011 Abuya Abuya
Datin Ghairah Suffian
2012 Azura Bapa Azura Pelakon undangan
Bunohan Ilham
Leftwings Penampilan khas
2013 Gila-Gila Remaja 2 Azroy @ Roy Pelakon undangan
Longkai Bada
Balada Pencinta Gengster
2014 Fobia Malam Pertama Bomoh Urut Penampilan khas
Manisnya Cinta Di Cappadoccia Bakhtiar
2015 Gudang Kubur Anwar
Kapsul Zohri Ibrahim
2016 Mat Moto Pit Penampilan khas
Mrs K Tano Filem Malaysia–Hong Kong
2017 Tombiruo: Penunggu Rimba Pondolou
KL Wangan Yudi
2018 Dukun Karim
Kalla: Hidup Atau Mati Dr. Ezahar
7ujuh Inspektor Azmi
2019 XX Ray III Anuar Penampilan kameo
Geran Haji Daud Penampilan khas
Pusaka Mansor
2020 M4M4 Inspektor Azahari
2021 Proksi Mr. Roy
2022 Rajawali Abang Long
Remp-It 2 Pit Penampilan khas
Daddyku Gangster Karim
2023 Harum Malam Kiai Hassan
Imam Haji Syamsuri
Syaitan Munafik Nizam
Bintang Yang Terindah Amir
2024 Saadiah: Bekal Kasih Merdeka Pos-produksi
TBA Esok Yang Lebih Baik Pos-produksi
Geran 2 Haji Daud Dalam perancangan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1994 Hati Waja Sharif TV1
Runtuh
1999 Fitrah Khadijah TV1
2001 Madu Empat Alang TV3
2004 Sembilu Azman TV2
2006 Sembilu Kasih Azman TV3
2008 Fajar Kinaboi Kamal TV1
Abadi Sebuah Cinta Faizal TV3
2009 Senja Permai Hairi Astro Prima
2009–2010 Cuci Cuci Services TV2
2011 Gerak Khas (Musim 13) Joe Episod: "Buru"
Seharum Kenanga Omar
Pak Su Man Tarmizi TV AlHijrah
2012 Puaka Bunga Tanjung Andaman TV9
Metro Skuad (Musim 1) Joe TV2 Episod: "Jerat Awang Hitam"
Lara Hati Roslin TV9 Pelakon undangan
Ameera Jai TV3
Dalam Hati Ada Taman Tuan Zul Astro Ria
2013 Metro Skuad (Musim 2) Rambo TV2 Episod: "Jalan Pintas"
Dahlia Fuad Astro Mustika HD
2014 Beret Hijau (Musim 2) TV1
Oh My English! (Musim 3) Homeless Astro TVIQ Episod: "Ramadan"
Jiwa Alif Rizal TV3
Azam Ramadan Su Luqman
2015 Papa Chef Chef Zikri TV1
2016 Cinta Macarons Jefri TV2
Si Kolot Suamiku Tengku Ahmad Ehsan Astro Ria
2017 Cerita Dari Mastika Hamid Astro Prima Episod: "Kereta Rosak"
2018 KOPI Gelandangan Tonton Episod: "Kopi Jantan Kaw"
2019 Devoted Musa Viu
Strike Back: Revolution Hassan Ahmed Cinemax 2 episod
2020 Dua Takdir Cinta Tuan Ismail Astro Prima
Jaman Tori Sultan Sulaiman Awesome TV
2021 Kisah Rumah Tangga Kalif Astro Ria Episod: "Azan Rumah Abah"
i-Tanggang Rahmat Astro Citra
Dak Dan Ofis Awesome TV
Oh My Hantaran Bujas TV9 Pelakon undangan
2022 Epilog 3 Naga Azroy Awesome TV
One Cent Thief Shah Karim Astro Ria
2023 W: Two Worlds Omar Yusuf Viu
2024 Menanti Senja Kamal TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1986 Drama Minggu Ini: Putik Kasih Farid TV1
1992 Cari-Cari Jodoh Zainal
Identiti TV3
1993 Sebuah Pelayaran VCD
Antara Dua Bayang TV3
1994 Hello Kekasih Haz
Pengantin Popular
1995 Diari Hati Julia
1996 Prelude
Putih Gaun Pengantin Ridzuan
1997 Wasiat Untuk Natili
Maaf Kami Tak Sengaja
1999 Impian Suraya
2003 Kordi & Konah
2007 Sebuah Ijtihad Ehsan Ali
Lahad TV2
2008 Kalam Cinta Rabiah Zakuan TV3
2009 Wira Malam Bisikan Naga Wira Legend Astro Ria
2010 Kasut Emas Otai TV2
2011 Bertemu Kasih Syukri TV1
Anak Amir Astro Prima
Maafkan Aku Papa Salim TV2
Kenapa Aku Mencuri ? Pejal Astro Prima
Aku bin Abdullah
Kerana Aku Seorang Anak Hisham TV9
2012 Aku Bukan Buaya ntv7
Kasihnya Qaseh Rizman TV1
Puteri Pulau Tuba TV2
Diba Benci Abah Borhan Astro Prima
Ke Pintu Bahagia Azmin TV3
Fatihah Untuk Abah Dollah
Mati Hidup Semula Ayah Lan Astro Oasis
2013 Bungkusan Leman Sham TV2
Delusi Dato' Hanif TV9
Mencari Syifa Hakimi TV AlHijrah
Lukisan Deraman Astro Mustika HD
Qarina Azimal TV3
Karma Abah Nasir
2014 Titisan Keinsafan Azzul
Nasi Air Pak Rahman
2015 Penjara Seorang Isteri Zaid Astro Oasis
Pendua Izwan TV2
Detik Rauzan TV3
Aku Kaya Raya Ni Sudin Astro Prima
Lorong Kecil Ke Syurga Azmi TV9
Jalan Singkat Ke Syurga Fadil Astro Oasis
Wan Embong Omar TV3
2016 Che Pah Penari Hadrah Terakhir Che Pah Astro First Eksklusif
Dia Untukku Adam Mukriz TV AlHijrah
Ayah Mentuaku Tuan Haji Abu Zahar TV9
Dari Asar Ke Isyak Syukri TV2
Buku Cinta Abah Amar TV3
Syawal Yang Hilang Pak Ayob Unifi TV
Munajat Suci Muiz Astro Prima
Liga Masjid Pak Tham Astro Ria
2017 Petanda Ramlan TV9
Papa Sayang Yusuf Unifi TV
Cerita Seram Paya Hitam Hassan Astro Ria
Anak Kerak Hussein Astro Citra
2018 The Hantus Abang Volkswagen Kuning Astro First Eksklusif
Kelir Rahman TV1
Qalbu Kamal TV3
2019 Samad Tedung Samad
Sesalan Terakhir Tarmizi
Dah Mati Pun Cantik Dr. Malik Astro Citra
2020 Berdua Al TV1
7 Langkah TV Okey
Nurul Najwa Tuan Sulaiman TV1
Takbir Dari Belantara Tobias
2022 Orang Minyak Kampung Lenggong Amir Astro Citra
Aroma Cinta Orang Asing TV1
2023 Demi Masa Musa TV3
2024 Isteri Seorang Lelaki TV1
Mati Hidup Balik Tok Ayah Astro Ria

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1990 Varia Aidilfitri Dirinya sendiri TV1
1999 Kosa Kata Pengacara
2015 Gegar Vaganza (musim 2) Juri jemputan Astro Ria
2018 It's Alif Tetamu undangan ntv7
2019 Malaysia Hari Ini: Retro Mania Artis undangan TV3

Iklan sunting

Tahun Tajuk Watak Untuk Gandingan
2017 Ikhlas Ayah Pelaburan MARA Umie Aida
2019 Baju Cantik Jakel Suhaila Sulaiman
2021 Ayah & Ibu Along Little Joe Perfume Zul Huzaimy, Mior Hashim Manap
2023 Manih-Manih Podeh Abah Ilham Saji Fimie Don
Kapital Rahmah Rahman Malaysia Madani Mak Wan & Kamarulzaman Taib 'Chekem'

Videografi sunting

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Watak Artis undangan Catatan
2017 "Cinta Takkan Berakhir" Doktor Pakar Bedah Anuar Zain Penampilan khas

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk Lagu Penyanyi
2017 "KL Wangan" Altimet & Pekin Ibrahim

Bibliografi sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1997 Anugerah Bintang Bintang Popular Menang
2003 Anugerah Skrin Pembantu Lelaki Terbaik (Gerak Khas The Movie II") Menang
2012 Festival Filem Malaysia ke-25 Pelakon Lelaki Terbaik (Bunohan) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Dukun) Tercalon
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Lelaki Terbaik Drama (Samad Tedung) Menang
2020 Tellygeram Awards 2020 Cameo Terbaik (XX-Ray 3) Tercalon
Cameo Terbaik (Geran) Menang

Catatan sunting

  1. ^ Walaupun kampung halamannya ialah di Alor Gajah, Melaka, asal sebelah bapa dan juga Tanjung Karang, daerah Kuala Selangor di bahagian utara Selangor, asal sebelah ibu.

Rujukan sunting

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (23 Oktober 2018). Faizal Hussein nak jadi pengarah aksi Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2019.
  2. ^ "Faizal bukan kejar glamour". Berita Harian. 4 Januari 1994. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  3. ^ Norhayati Nordin (4 September 2016). "Saham Faizal masih tinggi". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  4. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (22 Mei 2001). "Faizal sedia jadi pengarah filem". Berita Harian. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  6. ^ Hartati Hassan Basri (12 November 2002). "Ikut jejak bapa". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  7. ^ Roni Hidayat Riduan (8 September 2021). "Hampir Separuh Abad Dalam Dunia Seni, Faizal Hussein Hanya Mahu Bergelar Pelakon… Jaga Penampilan & Kualiti Lakonan Untuk Kekal Relevan". Kopiplanet. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  8. ^ "Kemesraan di antara anak dan bapa..." Berita Minggu. 30 Januari 1994. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  9. ^ Hanisah Selamat (11 Oktober 2018). "Faizal pegang amanat arwah orang tua". Berita Harian. Dicapai pada 3 Februari 2019.
  10. ^ Ahmad Saufi Mansor (11 Julai 2001). "Tiga anak Hussein sambung perjuangan". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  11. ^ Affan Rostam (17 Februari 2023). "'Sanggup bayar, saya terima'". Berita Harian. Dicapai pada 3 Februari 2024.
  12. ^ Budiey (5 November 2015). "Senja Merah Filem Pertama Lakonan Faizal Hussein". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  13. ^ Amerul Haswendy Ashari (22 Februari 2015). Faizal kekok watak romantis Harian Metro. Dicapai pada 1 Julai 2015.
  14. ^ Jeehan (8 Jun 1986). "Filem yang sesuai dicontohi pelajar". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  15. ^ Rosila Ismail (5 Oktober 1991). "Faizal Hussein hero dalam pembikinan". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2021.
  16. ^ "Faizal mahu tebus kekecewaan ayah". Berita Harian Singapura. 13 Disember 1992. m/s. 8. Dicapai pada 10 Februari 2019.
  17. ^ Adam Salleh (15 Januari 1992). "Faizal pula tubuh RAP". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2021.
  18. ^ Seri Intan Othman (20 Disember 1992). "Faizal bosan pegang watak budak nakal". Berita Minggu. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  19. ^ Norfatimah Ahmad (13 Februari 1993). "Faizal enjoy di Fantasia". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2021.
  20. ^ Zubairi Zabidin (3 Februari 1994). "Erma, Faizal janji bantu promosi Fantasi". Berita Harian. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  21. ^ Norenshah Sahari (25 Mac 1994). "Fantasi not so fantastic". The New Paper. m/s. 41. Dicapai pada 10 Februari 2019.
  22. ^ Ainul Zaharah (29 Disember 1993). "Love, drama and action in new slot". The Malay Mail. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  23. ^ Roslen Fadzil (25 Mei 1994). "Terserah kepada Aziz". Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  24. ^ Roslen Fadzil (23 Mei 1994). "XX Ray 2 gugur Faizal". Harian Metro. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  25. ^ Hartati Hassan Basri (11 Julai 1996). "Faizal idam sasa". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  26. ^ "Siapa Dia ungkap kemelut remaja". Harian Metro. 13 Julai 1996. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  27. ^ Haliza Ahmad (4 Disember 1995). "Faizal strikes one for actors". The Malay Mail. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  28. ^ Hartati Hassan Basri (4 Disember 1995). "Faizal perjuang royalti pelakon". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  29. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (11 Jun 1999). "Faizal hos Kosa Kata". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  30. ^ Salbiah Ani (4 Oktober 1999). "Faizal cari kelainan melalui teater". Berita Harian. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  31. ^ Sani Salleh (13 Oktober 1999). "Faizal sahut cabaran berteater". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  32. ^ Akmal Abdullah (23 Ogos 2000). "Lt. Adnan mampu suntik semangat patriotik". Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  33. ^ Zubir Mohd Yunus (20 Januari 2002). "KL pasti menjerit!". Berita Minggu. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  34. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 Mei 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2017. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  35. ^ "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  36. ^ Review filem Abuya Rollo De Pelicula (10 November 2011). Dicapai pada 7 Februari 2013.
  37. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (9 Januari 2011). Kisah Pak Su Man dalam AlHijrah Berita Minggu. Diperoleh pada 7 Februari 2011.
  38. ^ Elaine Ewe (17 November 2011). "Faizal Hussein to lead 3 films". Cinema Online. Dicapai pada 15 Februari 2020.
  39. ^ "Faizal, Zahiril bertinju tomoi". Berita Harian. 27 September 2010. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  40. ^ Teoh El Sen (19 February 2013). "Bunohan, Songlap and 29 Februari competing for FFM25 titles". Astro Awani. Dicapai pada 10 June 2016.
  41. ^ Nur Aqidah Azizi (10 November 2012). "'Bunohan' Wins Best Film Award". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2012.
  42. ^ "Faizal Hussein Mohon Maaf, Tidak Niat Menyindir Dalam Buku". mStar Online. 28 Jun 2012. Dicapai pada 4 Februari 2013.
  43. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 10 April 2018.
  44. ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (12 Januari 2013). "Kisah penarik kereta satukan Faizal, Erra dan Niezam". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2014.
  45. ^ Aqmar Mustaza (26 Oktober 2013). "Balada Pencinta, mengusik jiwa". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  46. ^ Feride Hikmet Atak (23 Mac 2014). "Faizal Hussein Dianggap Sombong Tidak Bergaul Di Set Penggambaran". mStar Online. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  47. ^ Erny Suzira (18 Februari 2015). "Faizal Hussein's first horror film". Cinema Online. Dicapai pada 15 Februari 2020.
  48. ^ Kemalia Othman (20 Januari 2014). "Faizal Hussein Tolak Watak 'Bapa Tua' Kerana Ingin Lama Jadi Hero". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2019.
  49. ^ "Tun M Bintangi Filem Kapsul Di Samping Faizal Hussein". Rotikaya. 22 Julai 2015. Dicapai pada 22 Februari 2020.
  50. ^ Kemalia Othman (20 Ogos 2015). "Faizal Hussein Diminta Kunci Mulut Kerana Tun Mahathir". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2019.
  51. ^ Ardini Sophia Sina (13 Disember 2015). "Mat Moto bukan cerita rempit". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-18. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  52. ^ "KL Wangan: Yudi watak idaman Faizal Hussein". Youth Bernama. 8 Disember 2017. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  53. ^ Qarami Hashim (26 Disember 2017). "Mabuk? Faizal Hussein Sedia Dikecam". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  54. ^ Zaidi Mohamad (19 April 2017). "Faizal Hussein jadi hos pada usia 50 tahun". Berita Harian. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  55. ^ Budiey (9 September 2017). "Faizal Hussein Cabar Diri Jadi Hos Program JEJAK REZEKI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  56. ^ "Faizal Hussein ceburi dunia pengacaraan". Media Permata. 9 September 2017. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  57. ^ Shazryn Mohd Faizal (10 April 2018). "Luar biasa 'Dukun' kerana kehebatan pelakonnya". mStar Online. Dicapai pada 16 April 2018.
  58. ^ Angelin Yeoh (6 April 2018). "'Dukun': Not exactly a spellbinding affair". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-10. Dicapai pada 10 April 2018.
  59. ^ Nadia Azam (12 Jun 2018). "Kalla: Hidup Atau Mati enggan ketinggalan menyumbang". Malaysiakini. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  60. ^ Budiey (7 Oktober 2018). "Cabaran Sukar Faizal Hussein dalam Filem KALLA: HIDUP ATAU MATI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  61. ^ Roni Hidayat Riduan (20 Jun 2018). "Faizal Hussein Akui Filem Kalla Paling Mencabar Buat Dirinya". Kopiplanet. Dicapai pada 23 Februari 2019.
  62. ^ Nadia Azam (14 Jun 2018). "Rindu Faizal terubat dengan The Hantus". Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2018.
  63. ^ Mohd Al Qayum Azizi (19 Jun 2018). "Pada usia 51 tahun, Faizal Hussein masih jadi rebutan". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2019.
  64. ^ Aref Omar (20 Januari 2019). "#Showbiz: Faizal Hussein stars in US/UK action series Strike Back". New Straits Times. Dicapai pada 4 Februari 2019.
  65. ^ Juliana Johar (17 Disember 2018). "Faizal Hussein Tidak Memilih Produksi Asalkan Jalan Cerita Menarik". Kopiplanet. Dicapai pada 23 Februari 2019.
  66. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 Februari 2019). "Faizal tegak keadilan". Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  67. ^ Amirul Haswendy Ashari (7 Januari 2019). "Misi elak negara 'gelap'". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  68. ^ Faria Fuad (13 Disember 2018). "Gandingan mantap Nabila Huda dan Faizal Hussein dalam M4M4". XTRA. Dicapai pada 1 Jun 2019.
  69. ^ Asraf Adied (24 November 2021). ""Gabungan Legend Yang Ditunggu-Tunggu! Sepupu Bersama Sepupu" - Penonton Suka Gandingan Mantap Rosyam Nor & Faizal Hussein Dalam Proksi". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  70. ^ Maliah Surip (2 September 2021). "I Tanggang, anak yang derhaka atau ibu yang durjana?". Astro Gempak. Dicapai pada 29 September 2021.
  71. ^ Nur Asyikin Mayudin (11 September 2021). "Usia cecah 54 tahun, Faizal Hussien akui sukar bersaing dengan hero muda - "Saya titik beratkan penampilan dan mutu lakonan"". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2022.
  72. ^ Amil Abdullah Saiby (7 Oktober 2022). "One Cent Thief! Drama jenayah siber! Inspirasi daripada kisah Aman Shah? Tapi dinafikannya!". Kita Reporters. Dicapai pada 7 Oktober 2022.
  73. ^ Norhayati Nordin (11 Oktober 2022). "Anak jaga 'content' TikTok Faizal Hussein". Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  74. ^ Najiy Jefri (5 Februari 2023). "'Harum Malam' merasuk pawagam". Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  75. ^ a b c Georgie Joseph (15 Februari 2023). "Bawa mesej dalam cerita". Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  76. ^ Affan Rostam (8 Februari 2023). "Faizal bertutur bahasa Arab dalam filem Imam". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2023.
  77. ^ Yasmin Zulraez (10 Julai 2023). "W: Two Worlds' Malay adaptation". The Sun Daily. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  78. ^ Amin Hazlan (5 Julai 2023). ""Kalau Syamsul panggil pun abang tolak" - Faizal Hussein lebih suka berlakon drama OTT, bayaran berbaloi". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2024.
  79. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (3 Julai 2023). "Kudrat masih ada". Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2024.
  80. ^ Amri Hassan (19 Januari 2024). "Seram Sejuk Faizal Hussein 'Jadi' Pengamal Ilmu Hitam - "Masa Kecil-Kecil Dulu Pernah Dengar Cerita..."". Astro Gempak. Dicapai pada 22 Februari 2024.
  81. ^ Najiy Jefri (10 November 2023). "Penuh emosi, air mata". Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2024.
  82. ^ Mohd Al Qayum Azizi (28 Mac 2016). "Faizal Hussein Ada Strategi Tersendiri Kekal Populariti". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  83. ^ Nadia Azam (13 Disember 2018). Faizal buktikan kehebatan pelakon Malaysia Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2019.
  84. ^ Dennis Chua (10 Februari 2017). "Revelling in every role". New Straits Times. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  85. ^ Tahir Alhamzah (22 Mac 2018). "#Showbiz: Acting gives me satisfaction". New Straits Times. Dicapai pada 13 April 2018.
  86. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (11 September 2021). "'Tak minat jadi pengarah' - Faizal". Berita Harian. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  87. ^ Ain Norman (7 Jun 2023). "Projek OTT bayaran paling tinggi pernah diterima, Faizal Hussein rela tolak berlakon filem". mStar Online. Dicapai pada 23 Februari 2024.
  88. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (5 Julai 2023). "Faizal Hussein jaga nilai eksklusif". Berita Harian. Dicapai pada 22 Februari 2024.
  89. ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (14 November 2021). ""Saya jadi pelakon bukan untuk kaya…" – Faizal Hussein". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Februari 2022.
  90. ^ Sairul Zamri Misrani (28 Jun 2022). "Umur 55, Faizal Hussein tetap 'remaja'". Kosmo!. Dicapai pada 22 Februari 2023.
  91. ^ Nazrin Zulkafli (7 Januari 2024). "Faizal Hussein tak pernah pergi gim, angkat dumbbell 150 kali sehari rahsia jaga kesihatan". mStar Online. Dicapai pada 22 Februari 2024.
  92. ^ Hanisah Selamat (19 Oktober 2018). "Farali contohi disiplin Faizal Hussein". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2019.
  93. ^ Mohamad Hussin (6 Julai 2004). "Spekulasi cinta Faizal berakhir". Berita Harian. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  94. ^ Ramlah Zainal (25 Jun 2004). "Faizal tak sabar menanti". Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  95. ^ Khairull Azleyana Ishak (20 Julai 2004). "Pak Hussein, Mahyon terima menantu". Berita Harian. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  96. ^ Shakilawati Abdul Rahman (5 Jun 2005). "Faizal berdebar nanti orang baru". Metro Ahad. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  97. ^ SS (18 Julai 2005). "FAIZAL JADI BAPA". Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  98. ^ "Faizal Hussein ingin anak fokus pada pelajaran". Berita Harian Singapura. 14 Februari 2015. m/s. 15. Dicapai pada 10 Februari 2019.

Pautan luar sunting