Mat Moto
Mat Moto (juga dikenali sebagai Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit) merupakan filem aksi permotoran Malaysia 2016 arahan Pekin Ibrahim dalam pengarahan sulungnya dan dibintangi oleh barisan pelakon bertaraf A-list[1] iaitu dirinya sendiri, Datuk Rosyam Nor, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Cat Farish, Kamarool Hj. Yusof, Falisha Crossley dan Hakim Nawawi.[1][3][4][5]
Mat Moto | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Pekin Ibrahim Syafiq Yusof |
Penerbit | Dato Yusof Haslam Syafiq Yusof |
Penulis | Pekin Ibrahim |
Dibintangi oleh | Pekin Ibrahim Datuk Rosyam Nor Zul Huzaimy Faizal Hussein Syamsul Yusof Shaheizy Sam Cat Farish Kamarool Hj. Yusof Falisha Crossley Hakim Nawawi |
Syarikat penerbitan | G&Kin Productions[1] |
Pengedar | Skop Productions Viper Studios FIMTAB |
Mula ditayangkan | 14 Januari 2016 |
Tempoh tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Perbelanjaan | RM 1 juta[2] |
Pecah panggung | RM 4.39 juta |
Filem ini mengisahkan mengenai AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Pada masa sama Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL turut mengikuti lelaki itu dalam pengembaraan untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itu bermula bibit cinta di antara mereka. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2016.[6] Filem ini telah memenangi tiga dari lapan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.[7] Kesinambungan untuk filem ini, sedang dalam perancangan dengan Pekin kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.[8]
PlotSunting
AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air dengan ditemani oleh Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL. AL memberi Sikha sebuah kamera untuk merakam perjalanan mereka.
Didalam perjalanan, Sikha bertanyakan kewajaran AL memandu jauh untuk mendapatkan helmet tersebut dan tidak mencarinya di Kuala Lumpur sahaja. AL menerangkan bahawa dia melakukan semua ini kerana atas persahabatan tetapi dia tidak memberitahu siapa sahabatnya itu. Setibanya di Kuala Terengganu, AL bertemu dengan Farouk (Kamarool HJ. Yusof) dan membeli sebuah helmet bernilai RM 200 ribu.Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Motosikal AL telah rosak sebaik sahaja mereka tiba.AL bertemu dengan Pit (Faizal Hussein) dan membeli sebuah lagi helmet.Selepas membeli dua buah helmet, AL memberi day off sebelum mereka meneruskan perjalanan.Sikha masih mendesak AL memberitahunya mengapa rakan karbnya tidak mengikuti mereka bersama.
AL memandu kereta ke Georgetown, Pulau Pinang dan bertemu dengan Mus (Syamsul Yusof). Sikha telah diganggu oleh sekumpulan mat moto sebelum dileraikan oleh Mus dan AL. AL kemudiannya membeli lagi sebuah helmet dari Mus, menjadikan jumlah koleksi helmet yang dibeli kepada tiga buah. Tindakan AL menyelamatkan Sikha menyebabkan Sikha merasakan dirinya dicintai oleh AL. Selepas AL menjelaskan dirinya melihat Sikha tidak lebih dari seorang PA, Sikha merasa kecewa. AL meneruskan perjalanan ke Melaka untuk mendapatkan helmet terakhir. Mereka bertemu dengan Acai (Shaheizy Sam).
PelakonSunting
- Pekin Ibrahim sebagai AL
- Datuk Rosyam Nor sebagai Shahrul
- Zul Huzaimy sebagai Spark
- Faizal Hussein sebagai Pit
- Falisha Crossley sebagai Sikha
- Syamsul Yusof sebagai Mus
- Shaheizy Sam sebagai Acai
- Cat Farish sebagai Macha
- Kamarool Hj. Yusof sebagai Farouk
- Hakim Nawawi sebagai Bangcik
- Nazri Nawawi sebagai Osman
PenerbitanSunting
Filem ini berdasarkan dari kisah benar,[9] diilhamkan oleh Allahyarham Azuan Annuar, rakan karib Pekin Ibrahim.[1][10] Filem ini menjalani pengambaraan pada penghujung Mei 2015[5] di tujuh buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan mengambil masa 23 hari untuk disiapkan.[1] Sekumpulan besar mat motor tempatan telah menjadi pelakon tambahan untuk setiap lokasi. Filem ini juga telah mendapat sokongan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).[1] Untuk menjayakan watak Sikha, Falisha Crossley telah memotong rambutnya agar menjadi pendek.[11][2][12][13]
Pelakon utama filem Remp-It (2006) Cat Farish dan Zulhuzaimy serta Syamsul Yusof dan Shaheizy Sam yang sebelum ini memegang peranan utama dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2008) mengulangi peranan mereka masing-masing. Rosyam Nor yang terkenal dengan watak Shahrol dan Faizal Hussein dengan watak Pit dalam siri filem KL Menjerit (2002-2005) menjayakan kembali peranannya dan Kamarool Haji Yusoff kembali menjadi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja ( 1986 ) . Syafiq Yusof yang terkenal dengan filem arahannya seperti SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) dan Villa Nabila (2015) berkhidmat sebagai pengarah bersama.[14]
Skrip Mat Moto ditulis sendiri oleh Pekin bermula dari awal hingga akhir, beliau menjelaskan lebih selesa mengarahkan hasil karya sendiri berbanding karya orang lain: "Lebih baik saya yang tulis skrip dan kemudian arahkan karya tersebut. Mengarah dengan skrip tulisan sendiri lebih baik kerana saya bebas membayangkan bagaimana hendak mencorakkan jalan ceritanya."[15] Filem ini ditujukan khas untuk allahyarham Azwan yang kembali ke Rahmatullah pada 18 April 2015 akibat sakit jantung.[10][16]
Gaya dan temaSunting
Mat Moto menekankan beberapa aspek dalam budaya Malaysia termasuk muzik Melayu tradisional dan tempat-tempat bersejarah.
Keluaran dan sambutanSunting
TayanganSunting
Trailer untuk filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 21 November 2015. Filem telah ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2016. Filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 1 Juta pada hari pertama tayangan.[17] Kutipan meningkat menjadi RM 3 Juta selepas empat hari tayangan.[18][19] Selepas 21 hari ditayangkan, kutipan filem ini menjadi RM 4.39 juta.[20]
Ulasan kritisSunting
Mat Moto menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[21] Portal web Oh Media! menyifatkan Mat Moto mempunyai keunikan yang tersendiri sambil mengulas pada awalnya filem ini dilihat sebagai filem klise cerita Melayu tetapi sarat dengan pengajaran.[22] Nurezzatul Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian mengulas bahawa Mat Moto ialah sebuah karya pengembaraan biasa dan mempunyai tarikan dan erti tersendiri buat golongan mat moto.[9] Beliau memberikan taraf 4 daripada 5 bintang untuk filem ini.[9] Mohd Al-Qayum Azizi dari mSTAR Online menyimpulkan bahawa Mat Moto seolah-olah "kekurangan warna", namun mempunyai mesej yang tersirat. Beliau berkata: "...ia sebenarnya masih sebuah naskah yang baik dan menghiburkan. Jadi tidak hairan ia mendapat sambutan luar biasa daripada peminat filem tempatan."[7]
Runut bunyiSunting
Mat Moto: Original Soundtrack | |
---|---|
Runut bunyi oleh Pelbagai artis | |
Dikeluarkan pada | 2016 |
Genre | Runut bunyi |
Runut bunyi filem Mat Moto mengandungi 11 lagu, dengan tiga daripadanya dinyanyikan oleh The Pilgrims dan dua lagi dipersembahkan oleh White Percussion Unit.
No. | Tajuk | Penulis | Penyanyi | Masa |
---|---|---|---|---|
1. | "Peronda Jaket Biru" | M. Nasir, Usop | Wings | |
2. | "Buka Panggung" | The Pilgrims | The Pilgrims | |
3. | "Migrain" | The Pilgrims | The Pilgrims | |
4. | "Bunohan" | The Pilgrims | The Pilgrims | |
5. | "Perahu Kayuh" | White Percussion Unit | White Percussion Unit | |
6. | "Samba Rap Reggae" | Copyright Controlled | White Percussion Unit | |
7. | "Rakyat Negeri Pulau Pinang" | Copyright Controlled | Boria Pulau Pinang | |
8. | "Ulek Mayang" | Copyright Controlled | Rakyat Negeri Terengganu | |
9. | "Patunda Patende" | Copyright Controlled | Rakyat Negeri Terengganu | |
10. | "Dondang Sayang" | Copyright Controlled | Rakyat Negeri Melaka | |
11. | "Perjalanan Ke Langit" | Sevenwords | Sevenwords |
Anugerah dan pencalonanSunting
Mat Moto menerima lapan pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28, memenangi tiga kategori.[23]
Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-28 | Filem Terbaik | Datuk Yusof Haslam & Syafiq Yusof | Tercalon |
Pelakon Lelaki Terbaik | Pekin Ibrahim | Menang | |
Cerita Asal Terbaik | Menang | ||
Pengarah Baru Terbaik | Tercalon | ||
Lakon Layar Terbaik | Tercalon | ||
Pelakon Baru Wanita Terbaik | Falisha Crossley | Menang | |
Sinematografi Terbaik | Raja Mukhriz | Tercalon | |
Penataan Bunyi Terbaik | Imaginex Studios | Tercalon |
KesinambunganSunting
Dalam temuramah bersama Media Hiburan, Pekin berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan menerbitkan kesinambungan filem Mat Moto,[24] yang dijadualkan akan menjalani penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri.[25]
RujukanSunting
- ^ a b c d e f "5 Fakta filem Mat Moto yang anda perlu tahu". Kakimuvee.com. 27 Julai 2015. Dicapai pada 2016-01-12.
- ^ a b Syed Mahdi, Syed Musaddad (27 Disember 2015). "Tuah Falisha Crossley". Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 Januari 2016.
- ^ Ardini Sophia Sina (13 Disember 2015). "Mat Moto bukan cerita rempit". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2016.
- ^ Angelin Yeoh (28 January 2016). "Pekin Ibrahim is making bank with Mat Moto". Star2. Dicapai pada 16 April 2016.
- ^ a b Abdul Rahman, Shakilawati (3 Mei 2015). "Pekin dalami ilmu sutradara". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2016.
- ^ Filem MAT MOTO Lakonan Shaheizy Sam & Syamsul Yusof Sensasi Selebriti (8 Disember 2015). Diperoleh pada 8 Dsiember 2015.
- ^ a b Mohd Al-Qayum Azizi (22 Januari 2016). "Mesej Tersirat, Monolog Pekin Dalam 'Mat Moto'". mSTAR Online. Dicapai pada 2016-01-12.
- ^ Zaidi Mohamad (13 Januari 2016). "Pekin rancang susulan Mat Moto". Berita Harian. Dicapai pada 19 Januari 2016.
- ^ a b c Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Januari 2016). "Mat Moto inspirasi kisah benar". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-01-23.
- ^ a b Nadia Azam (5 September 2016). "Mat Moto - Tuah Pekin, 'masin mulut' Azwan". Malaysiakini. Dicapai pada 29 September 2016.
- ^ "Potong rambut, bergaul dengan punk demi Mat Moto". Malaysian Digest. 19 Januari 2016. Dicapai pada 13 Januari 2016.
- ^ Hasbullah Awang Chik (4 September 2016). "Sebak ingat penulis 'Mat Moto', tapi Pekin puas rempit tenggelam". The Malay Mail. Dicapai pada 13 Januari 2017.
- ^ Mohamed Isa, Faten Saphilia. "Pekin, Falisha beradu nasib dalam Mat Moto". KOSMO!. Dicapai pada 13 Januari 2016.
- ^ "Syafiq Yusof terima 'Mat Moto' kerana Pekin Ibrahim". The Rakyat Post. 19 Januari 2016. Dicapai pada 20 Januari 2016.
- ^ Nor Azurin Ali (28 Januari 2016). "Mat Moto, kisah klise yang jadi juara". Kosmo!. Dicapai pada 29 Januari 2016.
- ^ Farhana Ab Rahman (17 Oktober 2015). "Janji Pekin pada Azwan Annuar". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2016.
- ^ Mazalan, Rozdan (15 Januari 2016). "Hari pertama filem Mat Moto kaut RM1j". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ Naseer, Ashraf (19 Januari 2016). ""Mat Moto" terus cemerlang kutip RM3 juta dalam tempoh 4 hari". Cinema.com.my. Dicapai pada 2016-01-19.
- ^ Hanisah Selamat (19 Januari 2016). Mat Moto raih RM3 juta selepas 4 hari tayangan Berita Harian. Diperoleh pada 20 Januari 2016.
- ^ Mazalan, Rozdan (15 Januari 2016). "Mat Moto kutip RM1j pada hari pertama tayangan". Astro Awani. Dicapai pada 16 Januari 2016.
- ^ Farouq Johari (20 Januari 2016). Walaupun kutip RM3 juta dalam 4 hari, Mat Moto tetap dihentam orang ramai Says. Dicapai pada 23 September 2016.
- ^ "Mat Moto Nampak Macam Cliche, Tapi Sebenarnya Sarat Dengan Pengajaran". Oh Media!. 19 Januari 2016. Dicapai pada 2016-01-19.
- ^ Ahmad Shah (4 September 2016). Senarai penuh keputusan pemenang FFM 28 Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2016.
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (18 Januari 2016). "Kutip lebih RM1 juta, Pekin rancang filem Mat Moto 2". Media Hiburan. Dicapai pada 23 Februari 2016.
- ^ "Kutip RM3j dalam empat hari, 'Mat Moto 2' selepas Raya". The Malay Mail. 21 Januari 2016. Dicapai pada 23 Februari 2016.