Remp-It
Remp-It merupakan filem aksi Malaysia 2006 yang ditayangkan pada 10 Ogos 2006 yang memfokuskan kepada aktiviti lumba haram atau lebih dikenali sebagai Mat Rempit. Filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan dibintang oleh Farid Kamil, Cat Farish, Julia Hana, Zul Huzaimy dan Aqasha.
Remp-It | |
---|---|
![]() Poster filem Remp-It | |
Pengarah | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 92 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2 juta |
Pecah panggung | RM 4 juta |
Sinopsis sunting
Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin. Kehidupan sosial Madi yang agak bebas menyebabkan hasrat Ieka tidak ditunaikan, sebaliknya dia menyimpan wang untuk membeli motosikal Yamaha Y125Z baru. Kawan baik Madi, Macha menjadi orang tengah dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi. Suatu hari, Madi dicabar Spark dan mereka beradu kecekapan. Malangnya, Madi kalah. Lebih mengharukan, Madi dipukul dan motosikal kesayangannya dibakar.
6 bulan berlalu, dan kini Madi bukan lagi seorang penghantar surat. Dia kini bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel motosikal. Satu hari, orang bawahan Spark datang ke bengkel tersebut tetapi dilempang oleh Madi. Seterusnya, Madi mendesak untuk menganjurkan satu perlumbaan sejenis (one-make race) melibatkan motosikal Yamaha RX-Z di Lebuhraya Shah Alam. Dalam perlumbaan tersebut, kebanyakan Mat Rempit yang lain tersungkur separuh jalan; ada yang terjatuh di plaza tol dan selebinya terjatuh di lorong motosikal sehingga hanya tinggal Madi dan Spark sahaja. Pada penghujung perlumbaan, Spark bermain kotor - dia menendang Madi, menyebabkannya melanggar sebuah lori dan mati. Spark pula berjaya melepaskan diri.
Pelakon sunting
Pelakon utama sunting
- Farid Kamil sebagai Madi
- Zul Huzaimy sebagai Spark
- Cat Farish sebagai Macha
- Julia Hana sebagai leka
- Aqasha sebagai Rizzo
Pelakon pembantu sunting
- Osman Kering sebagai Ayah Macha
- Kismah Johar sebagai Ibu Macha
- Khatijah Tan sebagai Ibu Madi
- Shah Rempit sebagai Ajak
- Azlan Komeng sebagai Komeng
- Rab Khalid
Penampilan khas sunting
- Ahmad Idham sebagai Mekanik
- David Teo sebagai Tauke kedai motor
- Nik Adruce
- Aedy Ashraf
- Lana Nordin
Keluaran sunting
Remp-It dikeluarkan pada 10 Ogos 2006. Ia merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan RM4 juta.[1]
Motosikal yang digunakan sunting
- Honda Cup Bulat - Motor Macha.
- Yamaha Y125Z - Digunakan oleh kebanyakan Mat Rempit. Motosikal kedua Madi yang dimusnahkan oleh Spark.
- Honda EX-5 - Digunakan oleh kebanyakan Mat Rempit. Motosikal pertama Madi.
- Yamaha TZM 150 - Digunakan oleh Spark dan kumpulannya.
- Yamaha RX-Z - Motosikal ketiga Madi. Digunakan oleh Mat Rempit semasa cabaran akhir merentasi Lebuhraya Shah Alam.
- Suzuki GSX-R1000 - Digunakan oleh Wazi Abdul Hamid.
Lagu sunting
Cahaya Di Atas Tar dinyanyikan dan digubah oleh Cat Farish kemudian dijadikan lagu tema serta lagu latar bagi adegan perlumbaan. Selain Goda sebagai lagu iringan dinyanyikan oleh Awi Rafael
Kesinambungan sunting
V3: Samseng Jalanan (2010) sunting
Kesinambungan filem ini, V3: Samseng Jalanan dikeluarkan pada 11 Mac 2010. Tajuk asalnya ialah Rempit V3, filem ini menjadi kontroversi kerana mempunyai banyak unsur tidak sihat dan tidak menjadi pengajaran kepada samseng jalanan. Sebanyak 20% filem ini telah dipotong.[2]
Remp-It 2 (2022) sunting
Kesinambungan filem Remp-It telah diumumkan pada 2019. Farid Kamil dan Zul Huzaimy pada mulanya mahu mengarahkan bersama filem ini, bagaimanapun Zul Huzaimy menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 kerana perbezaan kreatif.[3]
Rujukan sunting
- ^ Rozdan Mazalan (22 September 2014). "Genre permotoran kuasai filem tempatan". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2015.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (17 Mac 2010). Farid tidak angkat mat rempit Diarkibkan 2018-07-10 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 20 April 2018.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Ogos 2019). 'Saya bukan kacang lupakan kulit'- FaridKamil Harian Metro.Dicapai pada 26 Jun 2020.