Awi Rafael

penyanyi lelaki Singapura

Muhammad Nabawi bin Erwan Gunawan Rafael atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael (lahir 23 Julai 1986) merupakan seorang penyanyi dan pemuzik yang berasal dari Singapura. Beliau mula mencipta nama di Malaysia dengan lagu hits seperti "Pulanglah" dan "Bila Aku Jatuh Cinta". Awi Rafael merupakan artis rakaman Warner Music Malaysia dan berkarya sepenuh masa di Malaysia.

Awi Rafael
Awi Rafael semasa mengadakan persembahan di WeChat Party di Neverland, Kuala Lumpur pada 2 April 2013.
Latar belakang
Nama lahirMuhammad Nabawi Bin Erwan Gunawan Rafael
Kelahiran (1986-07-23) 23 Julai 1986 (umur 37)
Singapura
GenrePop, Ballad
PekerjaanPenyanyi, komposer, Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2011-sekarang
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia

Kini Awi Rafael bergerak dibawah company beliau sendiri, NEWSANTARA.

Biografi sunting

Latar belakang sunting

Awi Rafael atau nama penuhnya Muhammad Nabawi Bin Erwan Gunawan Rafael dilahirkan pada 23 Julai 1986 dan dibesarkan di Bukit Batok, Singapura. Merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik, Awi mula menulis lagu seawal usia 13 tahun. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Rendah Dazhong, Sekolah Menengah Kranji dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Politeknik Temasek dalam jurusan Undang-undang & Pengurusan.[1]

Kerjaya sunting

Awi merupakan bekas vokalis utama Bhumiband, sebuah kugiran yang berasal daripada Singapura yang pernah memenangi Album Terbaik (Suara Dunia) dan Lagu Terbaik Singapura (Oh Kasih) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2005. Band ini juga pernah popular dengan lagu "Goda" (diambil dari filem Remp-It).[2] Pada tahun 2014 beliau meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-28 apabila meraih tempat ketiga menerusi lagu hits "Kalau Aku Kaya" ciptaan Altimet. Beliau juga mencipta dan menerbitkan lagu hits ramai artis-artis di Malaysia termasuk debut penyanyi Aman Aziz yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim 11. Beliau juga turut terlibat dalam pembikinan album Datuk Siti Nurhaliza, Fragmen di mana beliau menyumbangkan lagu yang bertajuk "Mula dan Akhir".

Beliau juga pernah bekerjasama dengan Altimet menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[3]

Awi mencapai kejayaan memenangi 10 Anugerah Muzik dari pelbagai acara Industri Muzik, sepanjang waktu dia dibawah naungan Warner Muzik Malaysia.

Awi Rafael kini CEO & pemilik , NEWSANTARA, company Talents & Brands management & Muzik Label Digital.

Awi Rafael merupakan artis solo pertama dari Asia utk merakamkan lagu di studio muzik antara paling unggul di dunia, Abbey Road Studios, buat singlenya pada tahun 2021 bersama J.R Richards dari band group Amerika, Dishwalla.

Kejayaan sunting

  • Lagu singlenya yang pertama ’Pulanglah’ , merupakan lagu dwi-bahasa pertama yg pernah di-’ban’ di Malaysia, namun berjaya utk merangkul status sales Double Platinum.
  • Salah seorang peserta selebriti dalam rancangan realiti ASTRO, Mania! Diarkibkan 2013-09-02 di Wayback Machine di bawah bimbingan Aubrey Suwito.
  • Mendapat penghormatan menjadi aksi pembuka bagi konsert Dashboard Confessional di KL Centre, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2012 [4]
  • Mendapat penghormatan menjadi aksi pembuka bagi konsert Jason Mraz Love is a Four Letter Word di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2012.[5]
  • Dipilih untuk bernyanyi bersama Kris Dayanti di showcase Malaysia beliau.
  • Naib Juara - Duo Star (bersama Kaka Azraff)
  • Tempat Ketiga di Gema Gegar Vaganza Islamic Program Nyanyian
  • Berjaya sebagai lagu ’Hip-Hop’ pertama utk menangi tempat ketiga di acara berprestij, Anugerah Juara Lagu dgn lagu 'Kalau Aku Kaya'
  • Menangi Anugerah Kolaborasi Lagu Terbaik utk lagu ’Kalau Aku Kaya’ & ’Manusia Sempurna’ di acara Anugerah Planet Muzik berturut-turut.
  • Artis yg nominasi tertinggi dgn 6 nominasi, di APM 2014. ’Pulanglah’ pernah menangi Lagu Singapura Terbaik
  • Nominasi ’Album Terbaik’ di Anugerah Industri Muzik ke-20 utk ’Asalkan Aku OK’

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2012 Anugerah Planet Muzik Lagu Terbaik Singapura - "Pulanglah" Menang[6]
2012 Anugerah Planet Muzik Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)- "Bila Aku Jatuh Cinta" Tercalon
2012 Anugerah Planet Muzik Artis Singapura Paling Popular Tercalon
2012 Anugerah Planet Muzik Lagu Singapura Paling Popular - "Pulanglah" Tercalon

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

  1. Apa Itu Cinta (Bhumiband) (2005)
  2. Pulanglah (2011)
  3. Bila Aku Jatuh Cinta (2011)
  4. Asalkan Aku Ok (2012)
  5. Hari-hariku (2013)
  6. Dewa (OST Bisikan Syaitan) (2013)
  7. Kalau Aku Kaya (duet bersama Altimet) (2013)
  8. Jangan Takut (PrayForMH370) (2014)
  9. Haus (OST Apokalips X) (2014)
  10. Takdir Cinta (OST Kusinero Cinta) (2014)
  11. Manusia Sempurna (duet bersama Ayai (Illusi)) (2015)
  12. Kau Di Hatiku (duet bersama Altimet) (2017)
  13. Mohon Bantu (OST Mohon Hantuan)
  14. Angels Or Devils (Duet bersama J.R Richards dari grup Amerika, DISHWALLA)

Lagu duet sunting

  1. Ada JalanNya (duet bersama Kaka Azraff) (2017)
  2. Jangan Lupakan Aku (duet bersama Julia Farhana)

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2012 Mania! Peserta Astro Ria Tersingkir di Konsert 5
2016 Duo Star Peserta Astro Ria & Astro Ria HD digandingkan dengan Kaka Azraff
2017

Rujukan sunting

  1. ^ "MY SCHOOLDAYS: 'I love you, Malaysia!'". New Straits Times. 25 November 2012.
  2. ^ "Selesa bergerak solo". Berita Harian. 2 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2013-08-18.
  3. ^ Nadia Azam (7 Jun 2016). "Altimet kongsi rezeki dari Kalau Aku Kaya". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Disember 2016.
  4. ^ "Dashboard Confessional Acoustic Showcase @KL Live Centre". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-26. Dicapai pada 2013-09-17.
  5. ^ "Jason Mraz rocks Kuala Lumpur once again".[pautan mati kekal]
  6. ^ "Who won what at the Anugerah Planet Muzik awards". The Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-19. Dicapai pada 2013-08-23.

Pautan luar sunting