Kaka Azraff
Nor Atiqa "Kaka" Noor Azraff (Jawi: كاک ازرف; lahir 20 Mei 1989) merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi rock wanita terkenal, Ella.[1]
Kaka Azraff | |
---|---|
Kelahiran | Nor Atiqa binti Noor Azraff 20 Mei 1989 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2012-kini |
Pasangan | Adam Azriff (k. 2018) |
Ibu bapa |
|
Saudara | Ella (ibu saudara) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Uprising Entertainment |
Pengkarya berkait | Zizan Razak, Sleeq, Awi Rafael |
Kehidupan peribadiSunting
Kaka dilahirkan pada 20 Mei 1989 dan berasal dari Klang, Selangor. Beliau juga merupakan anak saudara Ratu Rock negara, Ella.
Pada 14 Disember 2018, Kaka sah bergelar isteri kepada ahli usahawan iaitu Adam Azriff dengan sekali lafaz.[2]
KerjayaSunting
2012: Permulaan kerjaya dan kemuncak popularitiSunting
Kaka memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi selepas mendapat peluang berkolaborasi bersama Zizan Razak melalui lagu "Bawaku Pergi" dan kolaborasi dan lagu ini juga berjaya mencuri tempat dan perhatian peminat di Malaysia. Tambahan pula lagu ini dicipta oleh Malique. Walaupun lagu tersebut mempunyai banyak kontroversi melibatkan lirik lagu tersebut [3] namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.
Beliau mendapat peluang tersebut selepas ditawarkan oleh Juliana Evans yang juga kawan baik beliau selepas Zizan mahu mencari penyanyi untuk lagu tersebut. Selepas berjumpa dengan Zizan, Kaka diminta untuk menyanyi kepada penulis lirik lagu berkenaan dengan berkomunikasi melalui telefon dan setelah mengetahui bahawa penulis lirik itu merupakan Malique (bekas ahli Too Phat). Beliau terus bersetuju untuk menyanyikan lagu itu. [4]
Walaupun, ramai mengenali Kaka sebagai anak saudara Ratu Rock Malaysia, Ella. Kaka tidak mahu tempias dengan populariti ibu saudaranya itu dan beliau juga pernah diperkenalkan oleh beberapa produser namun Kaka mahu berdikari serta memulakan sesuatu kerjaya dengan bakat dan usahanya sendiri.[5]
Selain itu, Kaka juga telah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia pada musim Ke- 2 tahun 2012 dan berpasangan dengan Johan As'ari. Namun, mereka tersingkir pada episod ke 10 dan rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz.
2013–2015: "Infiniti Cinta" dan kejayaan berterusanSunting
Setelah berjaya dengan single Bawaku Pergi, Kaka dan Zizan sekali lagi berkolaborasi untuk single terbaru bertajuk Infiniti Cinta yang dikeluarkan pada tahun 2013 [6] . Lagu single ini sekali lagi berjaya mendapat tempat di hati peminat Malaysia.
Selain itu, lagu single beliau iaitu "Bukan Hal Aku" telah berjaya menjadi lagu finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2015.
2016–kini: Interchange dan karya terkiniSunting
Pada tahun 2016, Kaka membuat penampilan istimewa [7] dalam filem berunsur thriller iaitu Interchange dan memegang watak sebagai Melur. Filem ini dikeluarkan pada 1 Disember 2016.
Kaka bersama-sama Nad Zainal menjayakan drama radio Sumpahan Stiletto karya Eda Zuraida yang bersiaran di Kool FM; melakonkan watak Amy.[8]
DiskografiSunting
SingleSunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2012 | "Bawaku Pergi" (bersama Zizan) | |
2013 | "Infiniti Cinta" (bersama Zizan) | |
2014 | "Terpulanglah" | OST Lara Terindah |
"Perjalanan" (bersama Sleeq) | ||
2015 | "Bukan Hal Aku" (feat. Sleeq) | |
2016 | "Levitasi" (bersama Fynn Jamal & Zizi Kirana) | |
"Terima Kasih" | ||
2017 | "Ada JalanNya" (bersama Awi Rafael) | |
"Kembali" | ||
"Experience It" (bersama Caprice & Mimifly) | ||
2018 | "Sibuk" (feat. Alif) | |
"Shout It Out" | OST Gol & Gincu Vol.2 | |
"Getaway" (bersama Maya Karin) | ||
2019 | "Diamonds" | |
2020 | "Gila" (bersama Noki & LOCA B) | |
2021 | "Karma" (bersama Jaz Hayat) | OST Takdir Yang Tertulis |
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Aliff Dalam 7 Dimensi | Izreen | Faisal Ishak | Filem pertama |
Interchange | Melur | Dain Iskandar Said | Penampilan istimewa | |
2019 | Zharfa | Zharfa | Ruli Wanisar | Filem Malaysia-Indonesia |
TBA | Paradoks | Ramdan Che Hassan | Pos-produksi |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2015 | Dunia Generasi Baru | Norelle | TV9 |
Plan Cinta Tak Jadi | Sara | Astro Ria | |
2018 | Inai Yang Hilang | Ika | ntv7 |
2021 | Diva Popular The Series | Wawa | AwesomeTV |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Kesempatan Kedua | Myra | TV3 |
2018 | Rama-Rama | ntv7 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Fear Factor Selebriti Malaysia | Peserta | Astro Ria | digandingkan bersama Johan As'ari |
Sesat | berpasangan bersama Cristina Suzanne | |||
2014 | #Supper | Pengacara | TV9 | |
2016 | Duo Star | Peserta | Astro Ria | digandingkan bersama Awi Rafael |
2020 | Immortal Songs Malaysia | Peserta | TV3 | Episod 2:Ella |
Muzik videoSunting
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Durasi |
---|---|---|---|
2012 | "Bawaku Pergi" | Kaka Azraff feat. Zizan Razak | 4:22 |
2013 | "Infiniti Cinta" | 6:26 | |
2014 | "Terpulanglah" | Kaka Azraff | 4:05 |
"Perjalanan" | Kaka Azraff feat. Sleeq | 3:45 | |
2015 | "Bukan Hal Aku" | 3:39 | |
2016 | "Terima Kasih" | Kaka Azraff | 3:39 |
2017 | "Ada JalanNya" | Kaka Azraff feat. Awi Rafael | 4:21 |
2018 | Sibuk | Kaka Azraff feat Alif | 3.15 |
2019 | Diamonds | Kaka Azraff | 3.00 |
2020 | Gila | Kaka Azraff,Noki dan Loca B | 3.17 |
2021 | Karma | Kaka Azraff dan Jaz | 4.01 |
Drama radioSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Stesen radio |
---|---|---|---|
2018 | Dramatik Kool: Sumpahan Stiletto | Amy | Kool FM |
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Anugerah | Pencalonan Bagi | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | "Bukan Hal Aku" | Terbuka (bersama Alif)[9] | Finalis | |
2017 | Kaka Azraff (bersama Awi Rafael) | Terbuka | Naib Juara | |
Kaka Azraff | Temubual Terbaik Tetamu Carta ERA | Tercalon | ||
2018 | Kaka Azraff | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |
2021 | Terbuka (bersama Noki dan Loca B) | Pending |
RujukanSunting
- ^ KENNETH CHAW (22 September 2016). "You may not know singer Kaka Azraff yet but you do know her aunt" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai pada 14 Mac 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
- ^ Nur Asyikin Mayudin. Kaka Azraff akhirnya jadi isteri Adam Azriff. mStar.
- ^ 31 March 2012. Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi - Hiburan. Kosmo
- ^ 22 September 2016. Introducing singer Kaka Azraff. Star2.com (artikal dalam Bahasa Inggeris)
- ^ Zulhilmi Jalil (18 Januari 2015). "Kaka mahu pergi lebih jauh". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 28 Julai 2017. Dicapai pada 18 Januari 2015. Parameter
|dead-url=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ 26 September 2013. Kontroversi 'Bawaku Pergi' Tidak Jejaskan Lagu Baharu Zizan Razak & Kaka - Berita Hiburan. mStar
- ^ Kaka Azraff teruja berlakon dengan Nicholas Saputra Cinema.Com
- ^ "Sumpahan Stileto". Kool FM. 14 November 2018. Dicapai pada 1 Disember 2018.
- ^ ANGELIN YEOH & KENNETH CHAW (21 Januari 2016). "Which song will reign supreme at Juara Lagu this year?" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai pada 14 Mac 2019.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)